Baiklah, tampa membuang lebih banyak masa, i olls akan mulakan cerita hari ini yang berjudul "My Holiday with Kak Berry to Phuket, Thailand."
PLANNING YANG TAKDER PLANNING LANGSUNG
U olls tau tak sama seperti pembelian tiket Beyonce, ketika mengsign-in-kan diri aku melalui pakej istimewa melalui Air Asia, aku langsung tidak pikir siapa-siapa yang lain. Aku terus teruja dengan idea memergi ke luar negara seorang diri dengan harga yang sangat murah ini dan terus memasukkan details card credit ku. Dan dalam beberapa jam, aku telah menerima email confirmation daripada pihak Air Asia melalui sebuah agent pelancongan. Hotel, flight dan kereta to pick me up dari Phuket International Airport semuanya baru lebih kurang RM750.00 sahaja! Dah dapat email itu, barulah i olls gelabah. PASSPORT takdak (masa buat booking, aku tipu letak tarikh sah passport). Cuti pun tak approve lagi. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebelum tibanya tarikh keberangkatan, semuanya telah berjaya aku sediakan. So u olls semua yang tak dijemput, yang tak terjemput, tak dapat terikut....I olls mintak maaf okay. I really deserve this vacation.
Day 1 - From Kepong to Phuket
8.00am : I olls meniba di lapangan komuter Kepong untuk menuju ke KL Central. Actually, i olls turun KL dulu kerana menghadiri Majlis Persandingan Zulia and Zafrizan peringkat rumah pengantin lelaki yang berlangsung di Puchong, Selangor. Thanks to my dayangness, Ezz and Ajeeb for the accomodation. Diorang pun tak ikut i olls ke Phuket ok.9.00am : Sampai KL Central. Terus amik shuttle bas ke LCCT. Tiket bas RM8.00. Perjalanan lebih kurang satu jam melalui lebuhraya Putrajaya.
10.00am : Sampai LCCT. I olls terus berketwok sana sini mencari lokasi untuk cek in, kat mana Boarding Gate. I olls dah la pertama kali menaikkan diri menggunakan Air Asia. Selalu naik MAS jah (bunyi berlagak tak? Eleh...tu pun perasan pakai tambang murah ja). Memang penat u olls. Dahla i olls sorang diri. Dengan beg LV i olls yang RM14k ni kan? Over kan? Tapi takpa....nak bergaya punya pasal. I olls pakai simple ja. Sebijik macam pi Sungai Tekala dulu. Dengan gambar post ala-ala Awan Dania gitu!! Kelas Kak Maria.
11.00am : I olls dah setel cek in. Dah tau gate mana semua. So maka dengan itu. Tiba masanya untuk memakan breakfast kat Kopitiam. Roti + telok setengah masak + kopi. I olls makan light-light jah. Sebab takut nanti perut i olls yang kurang diseplin ini akan meronta-ronta ingin merembes najis pulak. Tak mau. I olls makan sorang ok. Memang sedih. Tapi takpa. I olls hot. Di tepi i olls ada dua couple mat saleh tua. Depa pun nak ke Phuket. Tapi depa akan stay kat Nai Yang Beach. I olls tak sembang banyak la. Tak mau ganggu.
12.05pm : Check in. I olls bangga and sangat terkesima dengan cara pemeriksaan passport Imegresen Malaysia. Kita masuk lorong tu. Slot in buku passport kita pada satu lubang kat mesin tu. Pastu kita akan nampak kat screen computer depan muka kita. Kuar semua details tentang kita. Sebenarnya, dalam passport kita ada chip yang mengandungi semua maklumat diri kita. Pastu, kita letak ibu jari kita kat satu alat khas untuk di scan. Then, dia luluskan. Pintu dibuka. Maka siaplah.
Sebelum menerbang pergi, i olls mengekol mak i olls, Kak Edeh. I olls merembes air mata. Inilah kali pertama i olls terbang ke luar negara sendirian. Sebelum ni, of course lah dengan mak i olls. Passport pun letak gambar bawah passport ibu. Masa kecik-kecik la. Cumels kan? Walaupun i olls and Kak Edeh tak tinggal serumah. Jumpa pun sebulan sekali atau 2 minggu sekali. Tapi rasa sayu sangat masa nak berangkat pergi. I olls jugak telah SMS kakak -kakak and abang-abang I olls yang berbunyi sedemikian :
"Salam. Doa I olls selamat pergi balik. Sorri..nak bagitau. I travel alone. Sori sebab rahsiakan sampai saat akhir sebab tak mau ampa risau and bagi I olls hilang keyakinan. I really deserve this vacation. Doa Jumie selamat p and balik k. I love u guys more than anything."
1.05pm : Ketwok menaiki flight AK 0826 menuju ke Phuket Thailand. Aiyo....advencer ok. First time naik Air Asia. Takdak hanger-hanger ni u olls. Tapi takpa. I olls dah eksaited kan? Tapi hati duk sayu jugak.
Dapat duduk tepi tingkap. Tapi tepi i olls dua dua kosong. Baru ver-ver macam ada jantans elok ka duk tepi i olls. Boleh la buat sembang-sembang ka apa kan? KELAS KAK MARIA.
"Good afternoon, ladies and gentlemen, and welcome aboard Air Asia Airlines AK 0826 flying from Kuala Lumpur to Phuket. The captain has estimated our flying time to be 1 hours and 15 minutes and shall arive around 1.15 pm local time,"
Wah.....satu jam jah u olls. Tapi haruslah i olls tidak dapat menutup air mata. Eksaited ni u olls. Nasib baik ada Kak Berry. I olls pun mendengar MP3 lagu-lagu yang best daripada sepupu i olls seperti Beyonce, Ashanti dan Alicia Keys. Layan u olls.
1.15 pm (THAILAND TIME) : Sampai kat Phuket International Airport. Cuaca amatlah cerah dan meletop. Dan panas. Memang terus eksaited ni. Dah lupa dah Kak Edeh, Abang Manap ....apatah lagi Cakcing. Adik aku yang sedang sebuk handling business kami The House of Red Gincu. HAHAHAH....jahat kan aku?
Permandangan Phuket dari tingkap kapal terbang u olls tau apa i olls terdetik kat hati "Nampak macam sampai kat Kelantan ja," HAHAHAHAH...siries. Macam hutan dara. Pokok nyiok banyak.
I olls disambut oleh Patch - nama wakil daripada pihak agent pelancongan yang i olls amik. Dia perempuan. Muslim. Aku dah la panas. Eksaited ni. Nak amik gambar la apa la. Dia duk sibuk tanya esok aku nak pi mana. Nak buat apa. Apa plan aku. U olls tau kenapa? Dia nak pancing aku la tu. Amik pakej jalan-jalan dengan agent dia. Haruslah.....Akak nak cekcur sendirian ok.
Patch tak berjaya memancing i olls. Dia ada bagi number phone dia. And suruh i olls call dia esok if i wanted get her help to prepare for a trip pusing-pusing Phuket. Tapi i olls ni dah tak sabar nak pergi hotel i olls. Tak lama kemudian, datanglah transport khas untuk Kak Janz untuk membawak Kak Janz ke hotel. Hampa tau depa mai amik aku dengan apa??? VAN OKAY!!!! Besak gila..........DENI PERLI AKU KA APA? Aku tau la aku muatan lebih!!!!!
Tapi takpalah. Pemandu aku bernama Hassan. He's local. And he's Muslim. He speaks simple English. Tapi macam baik jugak dia ni. Dia macam sanggup stop kalau ada view cantik. And kalau ada view lagi cantik kat depan. Dia suruh aku standby. Aku ni macam la terror sangat amik gambar guna DSLR aku ni kan? HAHAHAHAH....Aku tak seterror Cakcing. Sebab i was born to be in front of the lens not behind it. GETOOO!!!
These are some of the pictures.
Perjalanan dari Phuket International Airport memakan masa lebih kurang 50 minit ke 1 jam. I olls menanti penuh sabar. Memang banyak benda i olls tengok and belajar from Hassan. So i olls pun tanya la kat Hassan si Pemandu ni "U olls takder pelamin ke minggu ni?" ahahahahah...Bangsan, jangan mara. I kat Phuket. But still ingat u ok.
3.00 pm : I olls selamat sampai ke Patong Beach Resort, Phuket Thailand. Kelas Kak Maria. Akak disambut dengan fruit punch warna merah. Tak sempat nak amik gambar. Dah habis i olls telan. AHAHAHA...I olls over tau. I olls tanya kat Abang Hemsem kat lobby tu "No flower for me?" HAHAHAH...Over kan?
Okay...marilah menengok bilik i olls ok! Sila bersedia untuk zeles!!!!!!!
4.00pm : I olls tukar baju. Suar pendek and tops warna kuning. I olls hendak berjalan-jalan di sekeliling hotel. Melihat kawasan sekeliling untuk menengok kat mana ada kedai, bank, tempat urut....dan lain-lain.
I olls bawak DSLR and Kak Berry. Tapi tak buleh nak roaming and tak dapat Wifi yang kuat pun untuk Facebook. Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............................................................tapi takpa. I olls akan cuba hidup tampa Facebook. At least Kak Berry menemani akak.
Aku berjalan di persisiran pantai di depan hotel ku ini. U olls. tak sabarnya nak mandi. Tapi takpa. Esok pagi i olls mandi. Now nak melihat kawasan sekeliling dulu.
6.00 pm : Dinner at Royal Tandoor restaurant. Mereka served makanan Indian and Pakistan. And of course halal. Ketua pelayan, Imran sangat pandai cakap Melayu. Dia dulu kerja buruh kontrak buat bangunan Telekom kat KL. Tapi actually i olls sangat kenyang. I olls hanya makan kerabu mangga and coke.
7.00pm : Balik hotel. Unpacking. Mandi. Bersiap.
9.00 pm : Pergi mengurut. I olls dari siang menengok semua kedai urut menggunakan wanita-wanita dan gadis Thai yang cantik-cantik untuk menarik perhatian pelanggan. I olls bukan tak mau masuk. I olls jalan sorang-sorang. Muka i olls pulak macam Thai punya perempuan. Bila i olls lalu, takder sapa pun perempuan urut itu yang ingin menarik i olls. Macam tak puas ati jer ushar i olls.
I olls pun dressing over. Pakai dress holter jah. Tak bawak DSLR pun. Just bawak Kak Berry. Sebab takut gak nak jalan malam-malam ni. So, i olls rasalah. Perempuan urut Siam ni semua ingat i olls ni pelacur Siam high class kut. HAHAHHA...haruslah tercabar kan?
So i olls pun jalan jauh sikit, jumpalah dengan satu kedai urut ni. Bersih. Air conditioned. And takder perempuan ramai -ramai depan kedai dia pun. Ada sorang ja kat kaunter dia. So i olls rasa tertarik untuk masuk dan mendapatkan sesi urutan.
"Hello....I want massage. how much,"
"220 baht one hour. Full body massage,"
"Okay. I want one hour,"
"Yes. Thank you. Please wait miss. U Philipines?"
PULAKKKKK!! Deni ingat aku Philipines. Teruslah akak pun berangan macam PANGA KO SAYOO....HAHAHA...Mellysa Nadea. Jangan mara ok. Dorang ingat i olls adalah orang Philipines.
"Oh no. Im Malaysian. Penang,"
"Oh...Piiinang. U beautiful. Like Philipines," kata wanita itu. Akak sungguh kembang u olls. Akak pun verver sorang-sorang ni. Sebab seronot and kembang dia puji akak macam Panga Ko Sayo. Sampai dia suruh akak salin pakaian pun tak sedar. HAHAHAHAH.
Okay, yang urut aku adalah lelaki. Taklah tua sangat. Tak lah muda sangat. Muka dia macam Hopper, si belalang jahat dalam cerita Bug's Life. Tapi suara dia lembut. Dia cakap pun lembut. Aku rasa dia PLU lah. Dia nama Champa. Dia urut tak pakai minyak. Just tekan-tekan kat otot-otot badanku yang telah lama sangat penat dan letih. Tapi memang best la urut Thai.
Ini baru betui urutan Thai. Aku ni memang kaki urut. Tanyala urutan apa, Bali, Thai, Melayu, Mak Bidan...semua dah rasa. Tapi ini first time lelaki urut i olls guna style tekan tubi. Best u olls. Rasa macam nak tidok terus kat situ. HAHAHAHHAHA.
10.15pm : Sesudah berurut. I olls yang telah sedap tubuh badan meneruskan langkah dengan penuh gaya. I olls ternampak Mc Donald and terus beratur untuk membeli aiskrim. Aku beli Sundae Cone. Wehs...Mc Donald sini tak amik tax pun ke atas pembelian kita. Bukan macam kat Melesia. Hampeh.
Setelah membeli aiskrim. I olls pun berjalan melintas jalan yang sungguh busy itu. Memang malam lagi ramai and heboh la kat sepanjang jalan tepi pantai di Patong Beach ni. Aku pun melepak di tepi pantai itu (macam kat Gurney Drive Penang) sampai memakan aiskrim.
Pastu aku didatangi seorang wanita yang ingin menjual good luck paper lantern. Aku tanya la "How much?" Tapi makcik ni macam tak puas ati ja. Dia duk cakap Siam dengan aku. Haruslah makcik ni. Aku tak faham hang cakap la.
"I no Thai. I'm Malaysia,"
"Oh...........soollli. U like Thai. Very beautiful," haruslah makcik ini duk suruh aku beli satu paper lantern sampai nak puji-puji aku. Tapi aku tau la aku cantek kan.
"Okay. How much?"
"300baht" kata makcik itu. Aiyoo...RM30 untuk suruh aku bakar kertas putih tu. Aku suruh Abang Manap buat pun dia terror. Tapi aku kagum dengan wanita-wanita ini. They'll do anything, so creative untuk mencarik pendapatan.
"Okay...let me finish my ice cream," kata aku bersahaja. Lantas makcik itu pun seronok. Dia pun teman aku makan.
"U alone?"
"Yes, Im sinngel,"
"Yes...me too," haruslah makcik ini. HAHAHAHAH...Pastu kami pun sembanglah. Dia tak pandai pun cakap orang putih. Siap dia panggil geng makcik jual paper lantern yang lain and lepak dengan aku. Suruh translate apa dia nak citer. Tapi semua pun tak tau cakap orang putih sangat. Tapi depa semangat nak cerita dengan aku.
"My sister married Changlun," Wah...kelas. Haruslah adik dia kawen dengan orang kampung Abang COCO USM. Kelas Kak Maria. Pastu dia duk cerita macam-macam. Pastu aku pun suruh dia posing, aku amik gambar dengan Kak Berry. Dia pun seronot. Pastu last sekali. Ais krim aku pun dah habis, aku pun kata bye-bye. Dia pun peluk aku. Terlupa nak suruh aku beli paper lantern. Apa lagi? CABUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT..................
11.00 pm : MISI MENAIKI TUT TUT
Ampa tau kan Tuk-Tuk tu apa? Ala pengangkutan yang paling popular kat Thailand. Dia lori pick up kecik yang cantik dan dimodifaid dengan santek. So kita boleh naik untuk ke mana-mana. I olls tanya la semua abang-abang Tuk Tuk yang bersepah kat sepanjang jalan itu. I olls mintak depa bawak pusing-pusing sampai Bangla Street.
Semuanya duk propaganda. I olls tau Bangla Street tu dekat ja. Tapi babi depa mintak sampai 300baht. Tapi jumpalah sorang abang ni. Dia macam muda and muka baik. I olls tanya nak suruh dia "Go one round and go to Bangla Street,"
"Okay. 150baht," Ha....baik pun hang ni!!
So i olls pun naiklah tuk tuk sorang-sorang u olls. Memang meriah. Sepanjang-sepanjang jalan di tepi pantai Patong ini, sungguh meriah macam ada pesta sahaja. Tapi memang penuh dengan mat saleh dan kak saleh la. Tak nampak pun jantan Melayu okay.
Pastu I olls pun meniba di Bangla Street!!
BANGLA STREET
U olls tau tak Bangla Street ni tempat apa? Tempat ni, kalau sekali pandang macam Petaling St. la jugak. Macam panjang.....meriah. Bising. Tapi, bukan meriah menjual barang-barang. Tapi menjual orang. AHAHAHAH..Yes inilah syurga dunia kat Phuket. Jalan di mana terletaknya semua nude bar, tiger show and juga merupakan tempat -tempat cekcur Cik Ki and Kak Nam kat sini. Tapi semua kat sini memang aku tengok pelanggan terdiri daripada mat saleh and Arab sahaja. Takder pun Melayu? Sebabnya, jantan Melayu semua serbu Danok and Haddyai la u olls. Kalau depa turun sini, Cik Ki Siam and Lady Boi sini tak taste pun kat depa. Depa lagi duk seronot tengok jantan mat saleh lagi elok-elok ok. Muka macam Hugh Jackman, Gerald Butler, Orlando Bloom....haruskah nak layan muka-muka seperti Johan Raja Lawak, AR Badul atau Ebi Saiful?
U olls rasa orang tak follow akak ke? Aku sikit punya wajah kinky okay. Haruslah dorang ingat aku pun cekcur jugak. HAHAHAHAH. U olls tau tak. Memang ada yang follow akak. Tapi tua-tua la. Depa ni memang taste perempuan gemok kot. Depa mai kat aku. And duk cakap apa ka tak tau. Aku duk sibuk amik gambar dengan Kak Berry. Dia duk follow. Dia mabuk kut. Dia duk cakap apa aku tak faham. Aku cuak gaks. Tapi aku relaks. Tak buleh tunjuk kita cuak. Nanti malukah semua anak-anak ayam aku di Penang kalau depa tau mak ayam depa cuak bila orang nak cekcur. HAHAHAHAH. So aku buat tak tau. And jalan straight and buat-buat amik gambar lagi. So lama-lama dia tau la kut, aku ni tourist gaks. So baru dia blah. So, esok...harulah aku wajib pakai camera DSLR di leher dengan tali besar menulis Canon itu. Barulah dia macam tau aku ni TOURIST jugak.
PINGPONG SHOW
Tujuan utama i olls ke Bangla Street adalah dengan niat yang besar. HAHAHA. Yes, ingin menonton tiger show. YES! Sepanjang kita berjalan di Bangla Street itu, kita akan didatangi dengan pelbagai promoter yang mewakili bar-bar yang menawarkan pertunjukan tiger show. Dorang akan pegang macam poster kecik, and datang kat kita, pujuk kita pergi bar diorang. Diorang akan tunjuk la harga cover charge. Apa free drinks u olls dapat. Apa show diorang ada. Bersepah yang ada di sepanjang Bangla Street tu. Putih mata u olls nak pilih mana.Tapi i olls macam terpikat dengan seorang kakak ni, aku pun negosyiet dengan dia.
"How much?"
"450baht. First drink free. U can choose. U can seat as long as you want. If u dont like u can go,"
"Okay. I want ur bar," tersenyum lebar wanita ini. Tak tau la berapa komisyen dia dapat satu customer yang dia berjaya tarik masuk. Nama bar dia ialah Chillies Bar. Warna putih. Dari luar nampak macam Mambo kat Gurney.
"U alone,"
"Yes," kata aku. Simple. Sambil bercatwalk dengan cepat. Deni amatlah jalan dengan laju. Sabaklah. Mata aku dah la berpinar-pinar tengok perempuan duk menari atas bar. Pastu kat bawah pepet depa tu, Mat Mat Saleh relaks ja duk sembang minum beer. HAHAHAHAH.
"Okay i give u special seating," kata kakak tadi. So, aku pun masuklah dalam Chillies Bar. MELETOP u olls. Bar dia bulat. Tengah-tengah ada pentas dengan tiang-tiang pole dancing tu. Kat tengah-tengah pentas tu ada kolam kecik. Mesti ini khas untuk membuat pertunjukan kingki. KELAS KAK MARIA.
So cerita i olls di dalam bar tiger show itu. Sampai takat ini saja. Sebab tak sesuai untuk pembaca 18 tahun. Harap maklum.
Tapi memang best u olls!!!!! Aku rasa macam lain macam pulak tengok perempuan cantik-cantik itu membuat show. Adakah aku bisek u olls? HAHAHHAHA.....GETOOO!!
12.30 am : BERJALAN BALIK KE HOTEL. MANDI. LEPAK CORIDOR. MINUM TEH. TENGOK BUNGA API. KUNCI PINTU. TIDUR. (Dengan harapan nak bangun paling lambat di dunia esok!!)
DAY 2 - Bercanda di Pantai
8.00am : C**ai la mata ku ini. Kalau kat Penang, susah gila nak bangun pagi. Kat sini, nak bangun awal la plaks kan? Tapi takpa. Aku disambut dengan permandangan indah from my own corridor! Sila bersedia untuk zeles dengan gambar yang diamik menggunakan Kak Berry.
8.30am : Breakfast di hotel. Andaman Coffee House. I olls verver adalah lelaki mat saleh hemsem nak mampus dengan muka iras-iras seperti Usher ka untuk makan pagi bersama. Tapi semuanya KAPEL!! Yang tua pun KAPEL. Bab*lah. So lantaksla. I olls makan sorang.
9.30am : Selesai makan. I olls terus bersiap sedia ke pantai. Bawak beg silang satu and camera. And pakai suar tiga suku and singlet. Okay, di sini i olls nak buat pengumuman. I olls tak pakai pun suak dalam kecik macam mana yang i olls duk heboh tak habis-habis tu. I olls tak pakai sebab aku takut kena panah petir. Kak Edeh dah pesan jangan pakai seksi-seksi. I olls adalah anak yang baik.
I olls pun memulakan langkah mencarik permandangan yang cantek untuk mengambil gambar kenangan. Waktu dah menunjukkan 10 am. Macam dah start panas. I olls tak sabar nak mandi. So, nak sewa satu kerusi and payung kat situ, 100baht satu kerusi. Boleh duduk sepanjang hari. Tapi kalau u olls bangun and balik. So habis la.
MY SWITZERLAND BF
Masa i olls duk berjalan-jalan amik gambar. I olls macam duk pikiak jugak nak amik gambar i olls sendiri. Actually, cabaran utama travelling alone ialah mengambil gambar. Actually, orang Thai adalah sangat baik and jujur. So far, i olls tak pernah takut la nak suruh pak guard, abang pemandu tuk tuk, beach boy, bell boy, pemandu teksi yang bersepah di sana sini untuk suruh dorang tolong amik gambar i olls. Tapi tulah, depa suka mintak tips. So memang duit i olls banyak habis kat situ lah. Pastu gambar dorang amik pun kadang-kadnag cantik. Tapi banyaknya macam tak cantik la. Kena edit and crop sana -sini u olls. Tapi tak kisahlah, untuk semua pembaca belog ku. Aku sanggup tak beli sevinier untuk u olls semua. Sebab bayar tips jah. AHAHAHAH.So, masa tengah amik picture kat pantai tu. Ada satu mat saleh kat bawah payung and tegur i olls "Do you want me to take ur pictures," kata lelaki itu. Dia macam tua. And berwarna merah. And takdak rambut sangat. So i olls macam tak takut. I olls pun bagi dia camera i olls. And dia pun amik gambar i olls.
Then kami pun sembang. Nama dia Mr. Max. Dari Switzerland. Dia 71. Dia lari ke sini sebab tak tahan sejuk winter kat sana. Dia sakit dan kena amik daily medication sebab dulu dia pernah macam eksiden. Tapi apa yang membuatkan kami terus jadi rapat and aku decide untuk sewa kerusi tepi dia ialah bila kami mengetahui something yang menarik tentang kami berdua.
"Im a muslim, " kata aku apabila dia tiba-tiba bertanya why aku tidak memakai suak dalam kecik.
"Oh..really. Im a Jewish!!,"
HAHAHAHAHAH...So kami pun sembang and sembang. Dia cita pasai bini dia yang sangat pentingkan business and kerjaya. So dia dah macam 4 years hidup separately dengan bini dia. And then aku pun citer la jugak pasai kenapa aku di sini. Why aku singgel. Pastu dia cerita jugak pasai pengalaman dia masa 2nd World War. Ang tau tak...dia style nangeh semua bila cerita pasai mendiang mak dia. Gila betui. Tapi dia tak mabuk tau. Dia sakit otak sikit sebab pernah eksiden. Dia tak buleh minum alchohol.
So, dari 10am tu sampai lebih kurang 3pm. Aku lepak dengan dia la. Aku mandi dia jaga beg. Dia mandi aku jaga beg. Cuma yang lawak, Pakcik Max ni kan sakit otak sebab eksiden tu. Dia macam pelupa. Siries. Macam watak Dorrie dalam cerita Finding Nemo. Dia sat-sat boleh lupa. Dia boleh ingat nama aku Juju sebab dia kata sama dengan agama dia Jewish. Pastu kalau ada orang mai jual air ka, baju ka kat payung kami dia nanti sembang meleret dengan depa tu. Memang betui la pakcik Max ni masuk ayak kepala dia.
Yang lawaknya, bila aku tidok, dia kata dia nak pi jalan- jalan sat. Aku pun tidok la kunon macam orang putih duk berjemur tu kan? Pastu bila dia jalan....dia tak balik lama sikit. The aku nampak dia macam duk jalan tapi tak berhenti pun kat payung kami. Pastu aku nanti panggil dia "Max....Maxx," and aku angkat beg merah dia tinggi-tinggi. Baru dia nampak and mai balik kat tempat kerusi dia. HAHAHAH. Dia macam tak ingat kerusi kami kat mana. Kesian kan? Sebab tulah dia kata dia pakai beg besak warna merah. Sebab itulah cara dia nak cam.
Makin tinggi matahari menaik. Makin ramai orang yang menurun memandikan diri di tepi pantai. Memang mat saleh and kak saleh suka sangat matahari. Kita kalau boleh nak lari dari matahari kan? Ada banyak aktiviti kat pantai ni. Boleh mandi. Jet ski. Naik payung terbang tu. Boleh sun tanning. Boleh jalan-jalan.
Tapi i olls hanya mandi and tidur. And bangun balik and mandi balik and tidur. HUHUHU...Best u olls. Haruslah aku yang putih bak salju ini, terus bertukar warna menjadi warna kulit Semut Selangor yang bisa nak mampoih tu.
4.00pm : I olls balik ke bilik hotel. And mandi. And sambung tidur.
8.30pm : Malam terakhir di Phuket. Esok i olls dah nak balik. So i olls bercadang untuk berjalan ke semua tempat i olls dah pergi dan ambik gambar dengan beberapa orang kawan yang i olls sempat sembang-sembang semalam.
But first i olls kembali ke Royal Tandoor and makan Briyani Kambing. Sedappppppppppppppppppppppp gillaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Just nasik briyani and kambing itu. Tak perlu dalca or kurma or kuah kari daging. Makan kosong ja. Sedap gila!! I olls mintak chai "teh tarik" tapi takdak la. Mana ada!! So dia bagi yang paling nak dekat dengan teh tarik iaitu Masalla Tea.
Pastu hujan pun turun. I olls pun makan dengan lebih laju. Sejuk-sejuk macam tu, makan briyani paling sedap di dunia yang sangat panas dan pedas dan sedap. Masa tu kat dalam restaurant tu ada tiga orang ja. Aku, and dua lagi mat saleh. Sorang tu tua. Sorang tu macam tak tua sangat, tapi aku tak taste dia.
Dia kata kat aku "Are u from Nepal?" Nepal la pulak kan............................................haruslah! Tapi sebab i olls makan dengan kusyuknya. I olls malas nak layan abang saleh yang tak kendu sangat ni.
So, ini gambar-gambar yang i olls dengan beberapa kawan yang i olls kenal kat sini. Depa ni semua kerja dan mencari rezeki kat sekitar Patong Beach dan berasal dari pelbagai background.
Selepas hujan berhenti. I olls meneruskan langkah menuju ke Bangla Street sekali lagi untuk merakam gambar-gambar menggunakan DSLR. Paling seronot i olls dapat bergambar dengan akak akak Drag Queen yang cantik u olls. Nak bergambar dengan dorang 50baht sorang. Tapi i olls bagi sorang 100baht. Sebab depa macam cumels.
I olls berjalan jauh gila malam itu. Disertakan maps yang i olls edit menggunakan gambar dari Google Maps. Jauh kan? Memang jauh. Penat jangan cakap la. Nak pi berurut lagi tak cukup duit nak balik dah. Sevinier pun tak beli. Sebab ada masalah nak cash out money dengan ATM kat sana. Semua bank i olls try. Tak boleh. Tak tau pun pasaipa. Tapi takpalah. Setakat key chain bentuk gajah bapak i olls pun boleh buat dengan baha buangan. HEHEH.
Actually, aku amat kecewa and terkilan gaks la. I olls sendiri nak beli fridge magnet pun tak dapat. Sedih tau. Tapi takpala...THIS IS NOT THE LAST TIME AKU MAI PHUKET. PASTI AKU AKAN DATANG LAGI.
1.00am : I olls balik bilik. Rendam kaki bengkak dalam air panas kat bath tub. Pastu mandi. And lepak kat koridor. Minum air teh o. Sedap u olls. Hati aku duk merembes sedih. Bukan sedih apa...sedih sebab tak dapat nak main Facebook! HAHAHAHA. Wifi hotel punya la slow. Tapi takpala. I olls tengok lantern good luck duk naik banyak ke langit. Ramai lah yang berniat nak good luck malam tu. Angin pun kuat. Pokok nyok semua senget ke tepi. Pastu i olls tengok bunga api. This time dapat la rakam pictures.
I olls tak buleh tidok sebab tadi siang dah tidok. Walaupun penat nak mampoih. I olls duk pikiak macam-macam. Sedih nak tinggal Phuket. Tapi happy nak balik Melesia. I olls pun mengemas beg siap-siap. I olls ingat esok pagi-pagi before bergerak balik ke Phuket. I olls nak mandi pantai lagi. Tapi sebab tidur lewat, so sedar-sedar jer dah 9am. I olls pun cepat-cepat bersiap balik.
I think thats all yang i olls boleh ceritakan untuk tontonan and hiburan minda u olls semua. For me, memang tak cukup 3 hari. 3 hari dua malam itu hanyalah suatu pengenalan sahaja untuk aku and Kak Berry menyesuaikan diri dengan Phuket. Sebelum i olls menutup tirai catatan kembara hari ini, berikut adalah beberapa perkara yang ingin i olls ceritakan dan kongsi bersama :
- Semua orang teka aku orang Thai, Philipines, Nepal. Takdak sapa pun yang teka aku betul iaitu American Latin. Sia-sia aku menang Miss Venezuela dulu.
- Phuket adalah tempat pelancongan yang amat bersih. Walaupun susah nak carik tong sampah. Tapi amat susah jugak nak jumpa puntung rokok kat jalan!!Udara di Phuket amat bersih. Selepas dua hari baru i olls rasa nak korek hidung. Kalu kat Penang ni, sehari entah berapa kali aku kena cuci lohong hidung aku yang cute ini.
Air laut Patong Beach taklah sebiru air mineral. Tapi clear and bersih. Hang mandi pun tak pedih mata sangat. Pastu ada banyak ikan kecik yang akan berenang dengan hang. And pantai dia banyak gila remis. Aku teringat kat Abang Manap, my father "Kalaulah bapak and mak menetap kat Patong, aku rasa hari-hari lauk rumah depa masak remis ja,".
- Berjalan di Patong Beach adalah lebih selamat dari berjalan di Upper Penang Road Penang.
- Hanya 30% penduduk Phuket adalah beragama Islam.
- Sistem wire dan elektrik kat bandar Phuket ni especially kat area pekan dia amatlah teruk. Wire depa punya lah banyak dan meriah. Sampai menyusahkan aku carik angle nak amik gambar.
- Kak Nyah dikenali sebagai Ke'thui dalam bahasa Thai tapi kat sana amat popular dengan nama Lady Boy.
- Ronald McDonald kat sini buat pose Sawadikaap!!
- Kedai-kedai express tailor kat Phuket memang sangat terror and cantik gila depa buat dresses. Aku memang kalau ada bawak banyak duit lagi, memang aku nak ja buat satu dress. Aku memang gila dresss.
- Sehari sebelum aku meniba di Phuket Thailand, rakyat Thailand baru sahaja meraikan besday Raja Thailand iaitu King Bhumibol Adulyadej yang ke 82 tahun.
Aku bersyukur kerana alhamdulilllah selamat pergi dan sampai pulang ke Malaysia. Walaupun sedikit terkilan kepada aku tak dapat shopping lebih banyak (ikut nasihat Mama Regina) and tak dapat nak beli sevinier untuk u olls semua para sahabat ku. Doa murah rezeki, simpan duit lebih banyak. Lebih prepare....aku nak buat rombongan menuju "Kak Janz and Her Girls trip to Phuket"!! Kelas Kak Maria!
Thanks to Edros a.k.a Wombose/Sang Semut dan jugak Jonet Aljuned a.k.a Kak Gamz yang sudi mengambik aku di airport. Bak kata Jonet Kak Gamz, aku tak kisah hang tak beli aku souvinier. Hang dah ibarat macam souvenir untuk aku. Cuma tinggal nak tulis PHUKET dengan khot ja kat belakang badan aku.
OFFICIAL PHOTO ALBUM "PHUKET TRIP"
SIRI 1 : The Journey from Kepong to Phuket
SIRI 2 : Phuket Day Time
SIRI 3 : Jumie At the Beach
SIRI 4 : Bangla Street and Patong Beach Night Life
SIRI 5 : Phuket...selamat tinggal.
SIRI 2 : Phuket Day Time
SIRI 3 : Jumie At the Beach
SIRI 4 : Bangla Street and Patong Beach Night Life
SIRI 5 : Phuket...selamat tinggal.
ps/ Siapa yang tidak percaya perempuan Melayu boleh pergi bercuti seorang diri dan mempersoalkannya maka sesungguhnya u olls mempunyai mentaliti yang sangat kampung okay!!
tu dia..panjang berjela..kalah panjang segulung kain kt kamdar...kak janz kelihatan amak la HOT dan gojes..mesti ada byk lg crita tersirat nih..x puas ati!!..nk kena face to face korek crita lg..huahuahua
ReplyDeleteKak Janz..sampai ati hang tak snap gambar lelaki siam kacak untuk aku...huhuhuhuhu
ReplyDeletewow..
ReplyDeletebest nya p holiday..
kak jumie mmg sempoi la..
leh p holiday sorg2..
tp kdg2 p sorg2 tu lg best kn..
apa2 pn..kak jumie mmg best..
:)
bravo sistah!!
ReplyDeleteu make me proud!!
u deserved it....tetiba nak packing gi GOLD COAST!!heheh
puas ati aku baca....lega weh. mcm xyah pi phuket dah...hahaha...
ReplyDeletelagu ni aku suka..ahahha..sonok kn p sana...so,bile lg nk wat trip..pastikan ila dpt p n mse tu tgah byk duit k...nice holiday...=)
ReplyDeleteHuh..s0 brave la u sis..
ReplyDeleteJln crite pn sgt s0n0k..
I'm s0 pr0ud 0f u..
H0t+Sweet..
Harap leh kite bercuti bsame pasni..
ekekekee..
betul2 full report nih..:-) suke baca entry u kak janz...(or shld i addressed u dik janz..??) x kering gusi:-)
ReplyDeletesyok no pukettt..nnt kita p lagi nak bawak rania....huhu... kellas uolls p sorang..aku penakuttt!
ReplyDeletewei pasai apa hang p xajak aku???
ReplyDeleteaku kan same2 ngan hang
hahaha
next trip jgn lupa ajak aku!!!
saya nk p travel alone2 gak seim reap...ok dak kak jumie?
ReplyDelete