24.11.09

[Pesan Kak Janz] Jangan Jadi Jantan Jalang

Pesan Kak Janz untuk bulan ini adalah dikhaskan untuk semua kaum-kamun manusia yang dinamakan diri mereka sebagai jantan. Jantan ialah manusia lelaki yang suka wanita. Tetapi ada juga jantan yang suka sesama kaumnya. Malah ada juga yang menyukai kedua-duanya. Sebab itulah dinamakan jantan. Dia pun tak tau apa dia nak?

Sebenarnya, aku telah belajar tentang quote JJ atau Jantan Jalang ini ketika dalam satu lawatan rasmi ku ke Kuala Lumpur. Seorang sahabat ku, jantan yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak acapkali mengsebut tentang perangai kawan-kawannya yang masih tidak berubah macam jantan jalang.

"U ols...Jantan Jalang tu apa? Sapa u olls?"

"Hang tak tau Jantan Jalang tu apa?" tanya kawan ku kembali pada ku. Aku merasa takut u olls. Kawan aku ini sangat garang. Dia kerja bodyguard seorang VIP di KL.

"Hang amik pen and kertas, ang salin apa aku tulis ni. Siapakah yang dikategorikan sebagai Jantan Jalang!!,"

"Tapi aku takdak pen and paper. Aku type pakai Kak Berry boleh?" tanya aku dengan muka innocent.

"Allah...mengada lah hang ni. Duk buat tanya. Saja nak menunjuk la kat aku tu!,"  Aku tersenyum terbojeh (MALU).

Lantas aku mensalin setiap ayat yang dikeluarkan oleh mulut kawan ku itu. Dia berkata-kata dengan begitu yakin dan tuntas. Seolah-olah dia telah faham dan pasti dengan hasil kaji selidiknya mengenai spesis maknusia yang digelar, Jantan Jalang. Maka, hari ini aku nak sampai kan kepada kalian semua. Apakah itu Jantan Jalang. Dan semoga, kita semua tidak menjadi Jantan Jalang. Tidak tertipu dengan Jantan Jalang. Dan yang paling pasti. JJ itu mengambil iktibar dengan bermuhasabah diri agar mengubah peribadi dan tingkah lakunya.

Ciri-ciri Jantan Jalang

  1. Ramai teman wanita. Mengaku masih singgel. Tidak bersedia untuk commit. Padahal hakikatnya, dia memang suka menjalang.

  2. Menggunakan wajahnya yang cute untuk meraih simpati kaum yang lemah seperti wanita dan maknyah untuk lari dari dipersalahkan atau mendapat ganjaran lumayan seperti wang ringgit dan barangan berharga.







  3. Berani mendatangi perempuan itu dan mengkata, "Awaklah perempuan idaman saya. Beruntung siapa jadi BF awak," tapi hanya di mulut sahaja. Bila betul dia tahu wanita itu sedang bersinggel. Jantan Jalang entah ke mana bersembunyi takut perempuan itu ajak kapel. HAHAHA...bodoh kan?

  4. Menggunakan isu-isu dan kepandaiannya dalam ilmu agama untuk memancing hati pasangannya sebagai mengaburi yang dialah sebenarnya KAWAN SATU CLUBBING DENGAN MR. IBLIS


    Alim-alim kucing u olls.





  5. Mensabotaj maruah u olls dengan menyampaikan fitnah-fitnah kepada semua lelaki yang dia kenali tentang keburukan u olls yang hanyalah kata nista semata-mata untuk memastikan yang semua lelaki jijik untuk menghampiri u olls.  Ini jenis yang beranggapan - IF HAKU TAK DAPAT U OLLS PUN TAK DAPAT JUGAK.







  6. Sangat PLU tapi mengaku jantanz.  Aiyo.....Ini pun dikira JJ jugak la.  Sebab,  dia actually sangatlah wanita wanna be.  Tetapi sebab dia confuse dan sanggup jadi fake,  maka dia suka buat statement yang menunjukkan dia adalah JANTANZ.  Lepas tu,  siap kutuk-kutuk PLU PLU and Kak Nyah lain.  Sungguh JJ ok. 







  7. JJ jugak HIGH TASTE gila-gila ni!!  Hanya memilih wanita perfect untuk dijadikan pasangan cekcurnya.  Antara ciri-ciri yang dia mahukan ialah wanita itu kenalah berkulit putih dan licin,  badan kurus slim,  muka mesti mix (paling cliche JJ Melayu suka sangat perempuan muka Chinese lookkan?)!!  Personaliti dan hati wanita itu santek atau tidak,  bukanlah dia kisah sangat.  Yang penting,  perempuan tu santek.  Bila boleh usung pukaki santek di bawah pelukan ketiaknya di hadapan kawan-kawannya yang lain,  maka JJ akan menjadi sangat bongkak and riyak. 



    Wah....tayang gf macam tayang sport rim kan?  Lepas tu,  kalau perempuan lawa tadi kikis duit hang.  Main jantan lain.  Buat hang macam anjing.  Mula lah buat drama-drama sedih kunonnya dia menjadi mangsa kejahatan wanita.  Aiyo...tapi yang lebih sedih.  Sanggup lagi menyembah perempuan santek itu.  Sangat eksesori kan?  Tapi walaupun hakikat HIGH TASTE ni.....................JJ ni sebenarnya adalah tak hemsem langsong!!





  8. JJ jugak adalah sangat PENGECUT.  Dia perasan ja gagah berani dan mengaku ahli persatuan 3 line,  PEKIDA dan lain-lain.  Tapi sungguh PENGECUT jantan macam ni apabila,  nak cerai bini pakai SMS jah.  Nak putus dengan awek hantar SMS jah.  And paling ngeri,  dah berhutang dengan jandanya sanggup tukar number phone sebab tak mau janda dia carik.  Aiyo!!  Buat malu nama persatuan tu jah.  Baik ngaku masuk KELAB CATUR.





  9. JJ juga seorang yang berlagak tak bertempat.  Kunon kaya,  ada duit,  stable,  tapi DINTIS!   Kalau bercerita dia tak pernah kalah.  Kunon dia lah mempunyai koleksi pakaian termahal.  Sekali shopping habis at least RM9000.00.  Pastu PINGPONG kisah dia modifaid kereta dia.  Dia la pakai HP paling canggeh.   Kalau orang lain buat-buat statement nak beli HP jenama tertentu,  maka dia pun akan mengutuk pilihan orang lain itu.  Kononnya,  HP yang dia beli adalah paling best.  Kat Facebook aku,  ada sorang budak ada ciri-ciri JJ ni.  Nama dia Azlan Khan.  Aku tak tau la dia sakit ati kat mana.  Dia la paling suka kutuk aku beli Blackberry dulu.  Lani dah sengap pulak.  Tak berani kacau aku dah.  Aku rasa dia dah delete aku kut.  ALHAMDULILAH....

  10. Paling akhir sekali....JJ jugak buleh tahan mulut puaka ok!  Kalau mengumpat orang mengalahkan perempuan.  Every details depa tau.  Tapi lagi celaka,  JJ ni kalau nak ngumpat.  Aku rasa bab ni,  aku tak mau nak comment sangat.  Sebab aku rasa ampa semua pun ada cerita nak dikisahkan dengan JJ ketegeri ini.






Okay u olls semua.  I think semua orang dah faham dan suka dengan semua yang aku explain tentang JJ ini.  So haruslah,  pasni  kalau kita tengok ada jantan yang kita kenal itu,  mempunyai ciri-ciri seperti di atas.  Maka harus kita COP kat dahi dia - SANGAT JJ!


Sekian,  janganlah jadi JJ.  Jadilah Kak Janz.

ps/  Pesanan ini jugak sesuai untuk perempuan ok.  

    2 comments:

    1. aku sokong ang jumie...smua detail yg ada smua btol..x kira la JJ nie suka pompuan or kaum sejenis..depa nie smua sama...ckp x serupa bikin..depan kita baik..ckp pung pang..x suker org curang..x suker main kayu tiga..x suker scandal... benci org mcm nie ..mcm tue..tp blakang kita dia dok main cinta..main sms..main mms dgn org lain...bila berjauhan dgn kita depa dok jumpa org lain(kalo dh jumpa Tuhan saja tau aper depa buat)..sendiripikir laa...tp bila dh kantoi..skit pon x mau ngaku..walau bukti dh depan mata..sms dr org yg mereka jumpa seronok 'main' n nk lagi...tp org mcm nie x kan penah berubah..dia tetap akan buat lagi ...tp jgn terkejut kalo mereka nie ada byk stock simpanan..kemana mereka pergi ada sajer org nk di contack tuk jumper...PERCAYALAHHHHHHHHH...wujud org mcm nie...depa mmg baik..tp dlm hati sikap mcm setan..org mcm nie susah nk perasan..sbb dr segi percakapan sgt baik..budi pekerti..senyum sentiasa..ckp manis..tp skali dh kena..ang tau la dia mcm mana..so..hati2...uol hati kena keras dr skrg...

      ReplyDelete
    2. aku nk tambah lagi satu jumie..JJ nie sejalang jalang mereka..bila dh susah n perlu bantuan.depa akan carik kita blik meraih simpati..tp bila dh senang..kita dikutuk mcm2..kita la yg buruk slalu kena maki..itu la ini la..n bila berseronok dgn org lain....

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com