13.11.09

[Personaliti Bulan November] Tuan Mochtar Al Idrus

Hai u olls! Tolong jangan menjerit kerana bulan ini i olls betul-betul berjaya menenengahkan seorang artist yang betul-betul selebriti menjadi PBI untuk bulan ini. KELAS KAK MARIA! U olls, inilah untungnya jadi bangsawan. AHAHAHAHA. Anyway, apa pun, i olls amat beruntung sangat kerana actually selebriti ini amat mesra rakyat dan TAK KEKWAT ok! Memang supporting giler! Walaupun belog aku ni takder la semegah mana, tapi dia berbesar hati untuk menjadi PBI untuk belogku. Orang yang saya maksudkan ialah tak lain tak bukan, Tuan Mochtar Al Idrus.

Jejaka hemshem ini bukan sahaja seorang penulis muda yang sedang menempah nama dengan dua buah buku yang ditulis oleh beliau sendiri, malah beliau kini bergelar model. Dengar citer now, tengah dirisik untuk jadi pengacara and pelakon plaks. Wah...KELAS KAK MARIA!

Kami berkenalan sejak aku memergi ke TV3 untuk odisyen MENTOR u olls. Dia memang tak sombong ok!! Aku ingatkan dia macam verver la kan? Taknak tegur la budak budak odisyen yang yang perasan nak jadi artist ni. Tapi Tuan Mochtar bukan macam tu. Dia tegur i olls ok. Tanya perasaan semua. Then kami pun lepak sama-sama. Dia teman i olls sampai malam ok! Kami jadi kawan baik sejak itu!!!

Ni gambar kami masa baru mula-mula kenal u olls! Masa ni akak muda lagi. AHAHAHAHA.

Okay, u olls. Macam biasa. Kak Janz telah menyediakan beberapa soalan panas dan suam-suam air mandi baby untuk dijawab oleh Tuan Mochtar. So u olls baca la apakah yang telah dirembeskan oleh beliau. So u olls semua, jangan duk senyum-senyum sorang ok bila duk baca dia jawab apa! Aku penampak naya!!

Jumie Samsudin : Ceritakan tentang kerja you sebagai penulis? What inspires u? Bagaimana sambutan so far? Apa project seterusnya?

Tuan Mochtar : Sebenarnya kalau tengok baby book saya, masa umur saya baru je 2 minggu, Mummy saya dah tulis kata bila besar nanti saya akan jadi penulis. And fast-forward 23tahun termakbullah doa Mummy saya ni….dan jadi lah saya seorang penulis. Tapi actually umur saya 9 tahun saya dah buat my very first book untuk my lil’sis, Mazlinna, cuma tak publish je..huhu!

What inspires me? Well, meeting new people, lepak-lepak with kawan-kawan and travel everywhere. Ikut mood lah. I suka kalau jumpa orang-orang baru yang interesting and meletops and diva and sexy and ayu (mcm nak bodek je ni huhu) and bootylicious mcm Kak Janz kita ni….ha….siap lah idea datang mencurah2 buat character baru untuk buku baru!! >:P

Sambutan so far alhamdulilah……almost 7000 copies jugak lah jual…..kira boleh lah lepas nk gi karaoke…huhu.

Project seterusnya nak keluarkan lagi 2 novel hopefully by end of this yea or early next year, pastu ade nak buat macam travel book series, and then maybe publish kan novel cinta oleh upcoming romance novelist bernama Jumie Samsuddin bertajuk “Kak Janz D’Propa” huhuhh. (KAK JANZ TERSENYUM SIPU SAMBIL MEREMBES)


Jumie Samsudin : Bagaimana u boleh terjebak menjadi model? Dan apakah cadangan u kepada mereka yang minat nak buat modelling jugak?

Tuan Mochtar : Bagaimana? Well, kira baru gak lah terjebak since masuk jadi finalis Pencarian Lelaki Maskulin. Before penah lah try tapi tak serious sangat. Tahun ni je baru start serious.

Kepada uoalls yang nak jadi model, my advice is try your luck and go for casting ke ape ke…you never know what they are looking for….rupa paras tak mustahak sangat….guna ape kebolehan yang you ada….if you have a unik face ke…ape ke…go ahead and try….even you plus size pun bleh jadi model… (KAK JANZ VERVER NAK JADI MODEL GAKS!!)

Jumie Samsudin : Kalau diberikan peluang untuk hanya pilih satu kerjaya! You nak pilih mana?

Tuan Mochtar : Saya akan tetap pilih kerjaya sebagai penulis because this is my passion and I love doing it. (SAMA LAH AKAK SUKA MENULIS JUGAK...TAPI BELOGGING. KITA NI MACAM ADA JODOH JERSS!!)


Jumie Samsudin : U singgel lagi kan? U cari pasangan macam mana?

Tuan Mochtar : Yezza….saya masih single buat masa ni….hmmmm saya ade dua jawapan,

1.Jawapan Tuan Mochtar yang skema baik: Nak cari seseorang yang berhati mulia, pandai bawak diri, sopan-santun, ada confidence dengan diri sendiri, happy and sesuci salju putih di gunung everest….ecewah….huhu (INI LAH CIRI-CIRI KAK JANZ ok!! THANKS MOCKY...I LOVE U!!)

2. Jawapan Tuan Mochtar yang poyos romeo: Nak cari yang tinggi at least 5’9, body cutting macam Miss Venezuela, 36-24-38….kulit macam Eve Mandes, Bibir Angelina Jolie, Rambut mcm Penelope Cruz, Mata macam Megan Fox….kira nak sorang yang sexy giler ah! huhu (U Ols...KENAPA SEMUA NAK MENGGAMBARKAN DIRI AKAK NI??? MALU LA......)
Senyuman manis untuk semua orang sayang Jumie!! Tuan Mochtar sayang u olls jugak ok!!


Jumie Samsudin : Kalau diberikan antara duit dan populariti u pilih mana?

Tuan Mochtar : Maybe duit kot…tapi kan kalau ade popularity duit boleh senang cari kan? Huhu atau bila ade duit boleh jadi popular…mcm Paris Hilton..huhuhu entahlah…x tau nk pilih.

Jumie Samsudin : Kalau ada free time apakah hobi yang paling you suka buat?
Tuan Mochtar : I suka lepak2 gan kawan2….pegi karaoke ke…atau kalau sorang2 photography or oil painting.

Jumie Samsudin : Siapakah celebrity/public figure yang paling u teringin nak jumpa?
Tuan Mochtar : Hmmmmm….this is a tough one….ramai nak jumpa….tapi kalau dapat lah…I really want to meet Dan Brown, My favourite author. I dah baca semua buku dia, Tapi The Da Vinci Code mmg the best one!


Jumie Samsudin : Apakah u akan buat kalau u jumpa dengan peminat fanatic?

Tuan Mochtar : Peminat lelaki or perempuan? Huhuhu. Kalau mana2 pun if diorang tak extreme sangat, I akan layan them sebaik mungkin, tak kisah umor bape pun…budak kecik pun saya hargai dia nye minat terhadap saya nya buku. Tapi kalau dah mcm terlampau sgt terpaksa lah I pggl bodyguard I kot….ecewah…huhuhu. (U olls...sama la akak pun macam ni jugak!!)

Jumie Samsudin : Kalau diberikan 27.5 juta ringgit apa u nak buat?

Tuan Mochtar : Mak Ai! Banyaknye! Huhuhu of course akan selasaikan hutang yang ade pastu tolong my family, and maybe invest in a few business venture ke ape…buat company event ke…..and yang mustahak sekali RM4.5 million akan saya bagi ke Jumie untuk di gunakan supaya dia boleh jadi Malaysia’s Next Top Plus-Size Model! Kelasssss Kak Mariiiiiiiiaaaa. Huhu >:P (U OLLS....AKAK MENITIS AIR MATA KEHARUAN U OLLS....TISUU PLISSSS)

Jumie Samsudin : U ada cita-cita nak jadi pengacara kan? Apakah rancangan program yang u paling teringin nak jadi HOST/MC?

Tuan Mochtar : Yup2…Memang ada cita-cita nak jadi pengacara….Kalau boleh I nak jadi Host untuk show Mcm Oprah and Ellen tapi add a bit Macam-Macam Aznil and a dash of Trek Selebriti….Kira nak Talk yang paling Gempak sekali di Malaysia!!! huhu

Antara himpunan sisipan gambar-gambar Tuan Mochtar masa masuk TV and Majalah!!

Ini gambar portfolio Tuan Mochtar. Tolong semua jangan jatuh dari kedudukan asal. Ampa ni, tengok jantanz elok sikit dan dan ketak kaki kan?

Ucapan untuk semua pembaca jumiejumie.blogspot.com : Kepada you oalls yang nak jadi penulis ke pelakon ke model ke, my advice is dont give up! Kalau org kata x boleh atau your not good enough kita usahakan diri kita improve and be better! Jangan takut nk mencuba. Anything is possible if you set your mind for it. Stay positive!
P.S Keep supporting my besty best friend Jumie nya blog! Jumie Janz, Malaysia first plus size Ultramodel! Lagi terer dari supermodel. Huhu kelas kak maria!


THANKS MOCKYYY.........................................I support u too ok!!! From day one!!! U olls...ok ok. Dah jangan duk verver lagi ok. Seronot tak tengok gambar-gambar Tuan Mochtar. HEMSHEM KAN? Ya...kalau u olls tak merembes. Tipu ok!! Okay....seperti biasa, i olls sertakan maklumat-maklumat penting u olls semua! U olls jangan lupa add beliau di FACEBOOK ok!!


ps/ Jangan lupa mandi hadas.

5 comments:

  1. Uoooooooooooooooaaalllllllllllsssssssss!!!! Terharu....x terkata....tisu 20 kotak dh habis...huhuhu Thank You!!! Kak Janz Memang Kelas Kak Maria!!!!

    ReplyDelete
  2. kak jumie...!terjatuh chenta lagi!..haha..sangat hensem ini orang, ade jangkit muke robert thomas pattinson lah..adeh la camni..huhu

    ReplyDelete
  3. U ollsss....akak sms kat mocky tadii...dia kim salam...dia kata dia maluuuuu u olls semua puji diaaa

    ReplyDelete
  4. dah jauh rupanya perjalanan mamt ni dlm dunia seni.... Tahniah harap impian tercapai..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com