26.10.09

My KakBerry!!

U olls. Another berita gumbira from me. I olls berjaya memiliki sebuah Blackberry. Lantaklah pada mereka yang mengkutuk dan menghina i olls dengan mengkata bahawa iPHONE lagi best. Aku mintak duit hang kah nak beli Blackberry ni?

First of olls, nak cita kat ampa ni pasai Meksis and Nyelkom. First sekali, u olls tau la, aku kan pakai Meksis. So aku ke booth Meksis di Jelutong untuk mentanya tentang pakej membeli Blackberry melalui Meksis. Makcik penjual tu pun propa dengan aku macam-macam.

"U bagi order...kita boleh bagi u phone within 3 days!!," Wahh!! Kelas...Aku pun apa lagi terus mengsign up dan membayar wang deposit. Balik rumah dengan wajah ketenangan dan kepuasan. Haruslah siap mengepos dalam Fesbuk dengan mengkata bahawa aku akan mendapat Blackberry aku tidak lama lagi.

Ramai yang mengomen kat status aku tus dengan mengkata yang mereka mengharap agar tiada propa dan penipuan yang berlaku macam dulu masa akak nak beli laptop and handphone tu kan? Sabar jer la u olls. Tak tau la u olls ikhlas tegur and ingatkan i olls atau u olls ni sama jer sekongkol dengan Datin Jals yang suka suki menggelakkan akak sebab Konsert Beyons terkensel akibat tidak mempakai dress and baju seksi macam aku!! Takkisah la u olls. Apa pun, niat u olls semua. Hanya Allah yang tahu. (BETTY YONE - I wasnt saying this to you ok!! MUAH...akak tau hang sayang akak!!)

Okay, so tengah aku verver kat rumah bergelak ketawa bersama Cakcing. Tiba-tiba aku mendapat panggilan mengejut daripada Makcik Meksis tadi.

"You punya order Blackberry Curve 8520 sudah habis. Kalau u mau, u upgrade package 8900. Harga dia RM1299!!"

Wah...berdesing telinga aku u olls! P*kimak punya selsgel. Masa nak promo aku bagus la ang duk propa macam-macam. Aku dah placing order tiba-tiba hang cakap takder stok!! Kenapa tadi hang tak cakap kata nak check stock apa dulu. Sah-sah ini satu agenda jahat untuk memastikan sales ampa bulan ini terus memuncak!!

Aku terus buat arahan Pandu Puteri kat Cakcing dan mensuruh dia tukar baju. Waktu tu jugak aku pi serang kedai Meksis tadi. Terkedu dia melihat akak melangkah masuk dengan high heel VINCI yang berwarna hijau.

"I mau deposit i balik. I tak jadi amik dengan u punya kedai," dalam ati aku. Memang aku dah plan dah. Kalau depa ni buat kekwat tak mau bagi deposit aku balik, memang aku nak call Mak Janz Faridah yang sungguh berani untuk datang dan menolong aku memaki dan membakar kedai Meksis itu.

Nasib baik depa bagi. Tengs Mak Janz Faridah kerana meminjamkan hantu raya hang!! Kelas Kak Maria.

So, dengan duit deposit di tangan. Aku merasa sangat kecewa. B*bi sangat!! Takkan aku nak balik tangan kosong. Sial la!! Aku dah banyak kali terkecewa. Kena cerai. Beyons kensel. Now!! Meksis tipu plaks!


Ini gambar BERRY BERRY yang aku idamkan sangat itu!!


Aku ternampak sebuah kedai bernama NYELCOM. Wah...........depa pun ada pakej beli Blackberry Curve 8520 idaman ku!

"I mau beli, tapi u convert line i jadi NYELCOM boleh?"

"Boleh..........i buat. Esok boleh dapat! Tak payah deposit. Bila line you sudah convert. U terus datang kedai angkat phone!!." kata Abang Nyelcom yang sungguh cute!!


"Kak Janz...u ni sangat cute laa," kata pembantu kedai ini yang bernama Erin.

YEAHHHHH!! Akak gembira!!!


ESOKNYA! Dalam tempoh 24 jam. Line Meksis aku telah ditamatkan. Dan aku menggantikan dengan SIMCARD Nyelcom! Wah...dah berfungsi line ku. Terus aku called kedai Nyelcom. Dan mereka menjemput aku mengambil handphone baru aku di kedai.

Sekian sahaja cerita misi mendapatkan apa yang aku idamankan. U olls. Jangan berhenti bermimpi dan berimpian, walaupun sebanyak banyak kali pun u olls try dan gagal. Biar seribu Datin Jals dan sejuta Kak Tina yang datang menganjingkan u olls kerana u olls jatuh tersungkur dan gagal. Yang penting, kalau u nak dan u percaya u akan dapat. U akan dapat. Tapi kalau u takut....u duduk la situ sampai tua.


Tengs tu Datin Jals yang suka menganjing dan menghina aku. Jangan merembes air mata ok. U olls pun buleh jer nak pakai Blackberry kalau u olls nak. Tapi mungkin u olls tak penting sangat dalam Facebook tu. Sebab kawan-kawan u olls semua dah jadi musuh u olls...yelah...takder sapa pun backing u olls di kala kena Serangan Anjing Kak Janz.

One more thing, i nak kenalkan kepada u olls. Mulai hari ini, nama Blackberry Curve 8520 aku ialah KAK BERRY!! OK~~ Sapajer yang ada Blackberry tolong bagi nama kat Blackberry ampa ok!

Gambar-gambar gediks ku ketika pertama kali mengambil gambar bersama Kak Berry.




ps/ Sebab tu lah Facebook aku meriah sekarang!!!

1 comment:

  1. wahhhh..merriee kak berry kak jans....nh yg over hormon nk beli gakz nh...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com