16.10.09

[Movie of The Month] Juno

Movie untuk bulan ini adalah sebuah movie yang pastinya ramai ampa semua tak tau. Sebab filem ni takder la hot. Tapi aku tertarik nak buat review. Aku suka pelakon dalam citer ni. Aku suka jalan citer dia. Simple tapi sangat mendalam mesejnya. Aku dah tengok citer ni dua kali. Sebab aku suka tengok budak perempuan yang jadi watak utama. And of course...soundtrack dalam lagu ni! Kelas Kak Maria.



Plot cerita :

  1. Citer ini tentang budak perempuan 16 tahun ni yang bernama Juno MacGuff yang telah termengandung dengan budak lelaki yang di suker kat sekolah. Memang la dia terkejut u olls. Dah la first time katanya!! Terus bunting pelamin.


  2. So bila dia tau dia mengandung. Macam-macam lah yang dia buat untuk memikirkan apakah yang terbaik untuk dia dan juga baby dalam kandungannya.


  3. Juno ni ala-ala tomboy and sangat lain dari lain. Semua orang kecoh nak pakai skirt getis macam aku ke sekolah. Dia selamber pakai apa jer baju yang dia rasa selesa pada hari itu. Tapi memang aku SALUTA kat Monique Prudhomme yang menjadi fesyen designer untuk movie itu. Hang memang KELAS KAK MARIA!! Ini antara fesyen trend yang dimulakan oleh Juno dalam movie ini dan menjadi ikutan di CATWALK RUNAWAY!!

  4. Juno ni macam gila la jugak sikit. Pas dia tau dia mengandung, dia bagitau budak lelaki tu yang bernama Paulie. Dia relaks gila masa bagitau yang dia dah mengandung. Paulie tu dah la style macam nerd. Mestilah terkejut bila tau kata Juno mengandung anak dia. Tapi Juno kata " Hang jangan risau. Aku jaga diri aku. Cuma lani aku mintak, kita jauhkan diri sikit la....OK?"


    Hang rasa macam pelik tak? Berani kan Juno ni. Selamber je suruh budak lelaki ni jauhkan diri dari dia. Dia nak handle semuanya sendiri. Kalau perempuan kat Melesia ni (tak semualah kan), pastinya dah merembes carik jantans depa and paksa kawen. Pastu kalau jantans tu larik. Terpaksa la pulak mencarik jantans lain sebagai pak sanggup. Tapi nak buat macam mana. Aku tak berani nak komen lebih issue ini. Nanti kena saman.

  5. Pastu si minah Juno ni, duk plan macam-macam la untuk buat apa dengan baby ni. First dia pikiak pasai nak gugurkan baby ni. Then later.....sebab dia tak sampai ati. Dia mengambil keputusan untuk teruskan mengandungkan anak ini dan kemudian mencari keluarga angkat yang baik untuk menjaga baby tersebut!! Kelas Kak Maria!! Juno hang memang berani!!

  6. Then, dia telah mengumumkan perkara ini kepada keluarganya iaitu bapak kandung dia dan mak tiri dia sendiri yang sungguh supporting. At first depa macam terkejut la, Juno ni boleh mengandung.

    Yang si bapak dia over react la nak tanya sapa laki tu. Pastu yang si mak dia pulak macam excited pulak sebab nak kena jaga Juno.


  7. Kemudian itu, maka mereka pun memulakan misi untuk mencari keluarga angkat kepada anak Juno nanti. Depa carik dalam paper dan telah menjumpa satu kapel yang sangat perfect yang mengiklankan diri mereka untuk mencari anak angkat!! Kelas kan?? Kat Melesia ada tak macam tu. Kalau ada..aku pun nak buat iklan macam tu.

  8. Kapel yang perfect itu ialah Vanessa and Mark. Depa dah lama nak ada anak. Tapi takdak rezeki. So, Juno telah called depa dan satu perjumpaan telah dibuat bersama seorang peguam dan juga bapak Juno sendiri. Basically, depa jumpa untuk bincang syarat-syarat dan perjanjian untuk membiayai segala perbelanjaan perubatan Juno sampai dia beranak dan selepas diberanakkan baby itu, mereka akan menghantar updates tentang perkembangan baby itu kepada Juno.

    Tapi Juno tak mau, dia kata "We olls buat style old fesyen ok. U amik baby ni. U jaga. U takpayah update i apa-apa,"


  9. So, setelah berkenal-kenalan....sejak itu Juno menjadi sebahagian daripada keluarga Vanessa and Mark. Vanessa ni memang tersangat-sangat teruja dengan bakal babynya yang akan dilahirkan oleh Juno. Dia excited gila prepare macam-macam untuk baby itu!! Memang Juno pun rasa sangatlah happy and tenang bila tengok anak dia akan dijaga oleh seorang ibu yang HOT dan jugak penyayang sangat.

  10. Mark iaitu si suami Vanessa, adalah seorang yang kadang-kadang nampak dia siries nak baby tu. Kadang-kadang nampak macam dia terpaksa untuk jadi bapak. Mulanya, Juno dah nampak. Tapi dia tak berapa nak amik port sangat. Dia selalu lepak dengan Mark. Sebab depa mempunyai minat yang sama, cheap crazy movies, rock music, guitars dan macam-macam lagi.

  11. Then, kita kembali pada citer si Juno kat sekolah. Bila perut dia dah besak. Of course la dia tak buleh nak p PROM kan. Lagipun, Juno ni bukan jenis budak perempuan gedik yang excited pasai PROM. Tapi tiba-tiba Juno telah tersentap apabila mendapat tahu yang Paulie, akan memergi ke PROM bersama seorang budak perempuan yang HOT. Juno zeles u olls!!


  12. Bila Juno zeles, maka Paulie pun teruslah mengkata kat Juno.

    "Awat hang nak zeles. Hang tau tak? Hang dah sakitkan hati aku at the first place?" kata Paulie. Juno terdiam la. Dia tak faham apa yang Paulie cakap.

    "Actually, aku frust gila bila hang suruh aku jauhkan diri dari hang. Hang tau tak aku cinta kat hang," kata Paulie.

    Haruslah!! Juno terus merembes apabila mendengar kata-kata itu! Terus lah mereka bercium di tepi padang bola!! Kelas Kak Maria!!



  13. Maka gemparlah kat sekolah and jiran jiran semua mentengok si Juno ini dengan perut boyotnya adalah anak Paulie. Dia selamber jer u olls. Memang ramai la kawan sekolah dia yang amat mengkutuk beliau. Ada jugak la dia terasa effect. Tapi dia buat tak tau ja.

  14. Okay...now berbalik pada cerita Vanessa and Mark. Satu hari, Juno saja la gedik nak p lepak dengan Mark sambil main guitar. Pastu, entah macam mana, masa tengah lepak. Mark telah memberitahu sesuatu yang mengejutkan Juno.


    "Juno, aku rasa. Aku tak buleh la nak jadi bapak anak hang. Aku tak tahan hidup dengan Kak Vaness hang lagi. Aku nak tinggalkan Kak Vaness," kata Mark.

  15. Juno terus menangis dan berlari keluar. Vanessa time tu baru sampai rumah terkejut bila tengok Juno berlari kuak.

    "Abang buat apa kat Juno?" tanya Vanessa.

    Terus masa tu...si Mark bodo ni pun membuat konfesyen bahawa dia nak cerai dengan Kak Vaness sebab dia tak ready nak jadi bapak dan dia nak tumpukan perhatian pada career music dia dan bercita-cita satu hari dia akan jadi ROCK STAR!! U olls...apakah? Ni lah jantanz. Penakot komitmen. Tiba-tiba dah verver nak jadi ROCK STAR.

  16. Juno punya la frust tadi kan. Dia drive jauh-jauh dengan perut dia. Cumels tengok dia time tu. Dia nangis teruk. Macam Kak Janz masa meroyan dulu. Yalah, apa nak jadi kat dia sekarang? Macam mana dengan anak kandungan dia tu? Kalau Mark nak mintak cerai...Kak Vaness masih nak ke jaga anak dia? Kak Vaness mesti nak merembes air mata jer pasni sebab kena cerai.

  17. Pastu, di rumah pulak. Kak Vaness and Mark pun bergadoh besar la u olls. Tiba-tiba tengah dorang bergadoh. Tiba-tiba loceng rumah dorang berbunyi. Pastu dorang pi la bukak pintu. Bila dorang bukak pintu. Dorang nampak Juno dah cepat-cepat masuk keta and belah drive dengan laju u olls!!
    Pastu dorang tengok kat depan pintu, Juno tinggalkan satu nota yang bertulis

    "Vanessa: If you're still in, I'm still in. —Juno."

    Maksudnya, Juno tanya kat Kak Vaness "Kalau u olls still nak anak ni. I olls pun akan bagi anak ni kat u olls sorang jer!!"

    KELAS KAK MARIA!!

    So memang baguslah! Mark tu nak pi mampos pun lagi bagus. Memang dah la penakut. Kertu. Verver nak jadi ROCKSTAR.

    So, Kak Vaness and Juno teruskan perjuangan mereka bersama menantikan kelahiran baby itu. Kak Vaness nekad, kalau Mark nak blah. Boleh blah buang. Tak payah nak PROPA depan aku lagi. Aku buleh hidup dengan anak aku!!

    KELAS KAK MARIA!!

    Ini lah betui u olls!! The true spirit of KAK JANZ.
  18. Akhirnya, tibalah masa Juno ni nak terberanak. Kelakar u olls. Masa air ketuban dia pecah. Satu rumah kecoh. Then bila sampai kat hospital, boleh pulak dorang main-main dengan kerusi roda. Memang la nampak sangat dorang ni anak-anak lagi!!

  19. Pastu akhirnya, baby tu pun diberanakkan! Baby boi u olls!! And pas baby tu kuar jer...misi tu terus bagi kat Kak Vanesss! Masa tu kan...Kak Vaness memang cute giler! Dia macam neves...macam happy...macam sedih...macam takut....semua ada masa first time nak dukung baby dia. Dia tanya kat mak tiri Juno,

    "How do i look?" tanya Kak Venuss.

    "Exactly like a mother should be...afraid," jawab mak tiri Juno.

  20. And di akhir cerita ini, u olls akan tengok Juno dah kembali sihat. Menaiki basikal. And gi rumah Paulie. And dorang akan duk depan rumah, nyanyi lagu ni. Giler CUTE!!!!!

    Ampa pi la carik MP3 dia - Anyone Else But You

    Paulie: You're a part time lover and a full time friend
    The monkey on you're back is the latest trend

    Juno: Here is the church and here is the steeple
    We sure are cute for two ugly people
    I don't see what anyone can see, in anyone else
    But you

    Paulie: We both have shiny happy fits of rage
    You want more fans, I want more stage
    I don't see what anyone can see, in anyone else
    But you

    Juno: You are always trying to keep it real
    I'm in love with how you feel
    I don't see what anyone can see, in anyone else
    But you

    Paulie: I kiss you on the brain in the shadow of a train
    I kiss you all starry eyed, my body's swinging from side to side
    I don't see what anyone can see, in anyone else
    But you

    Adam: The pebbles forgive me, the trees forgive me
    So why can't, you forgive me?
    I don't see what anyone can see, in anyone else
    But you

    Both:
    Du du du du du du dudu
    Du du du du du du dudu
    Du du du du du du dudu du
    I don't see what anyone can see in anyone else but you

Sekian jer citer untuk bulan ini!! Citer ni memang best. Kalau ampa semua yang otak kampungs and terlalu terikat pada suatu pemikiran dan idea. Baik jangan la tengok ok. Aku sure ampa kata citer ni amatlah SYAITAN kerana menggalakkan budak-budak mengandung sebelum bernikah. Terpulang kat u olls lah? Tahi yang busuk pun, boleh buat baja kan??

Bye u olls....


Inilah Allen Paige yang melakonkan watak Juno. Meletops perempuan ni!!
Kelas Kak Maria!!

4 comments:

  1. citer ni memang cool abes...
    cuba kalo camni kat mesia...confirm takde citer jumpe baby dalam mesjid, dalam tandas, mahupun dalam tanah kat kuboq...

    huhu...positive side, citer ni banyak family values yang baik2 yang jarang kita dengaq dalam family2 rakyat mesia yang kononnye baik, bersopan-santun dan prihatin dalam menangani isu gejala so-sial.

    sekian ulasan saya,
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. HANG PUNYER CITE NI PENUH.. AKU RASA AKU DA TAK PAYAH TGK DA MUVIE NI SEBAB HANG DA CITA SEMUA..

    ReplyDelete
  3. menarik uols....lagu pon sedap...

    ReplyDelete
  4. jumie... hang buat sinopsis citer ni pun aku dah tau best..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com