24.8.09

Tips Menjadi Peladang Berjaya di Farmville

Greeting semua pekebun dan peladang!!

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kalian semua kerana telah menceburkan diri dalam bidang yang sungguh lestari ini. Selain menghijaukan muka bumi ini, kita juga telah sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pendapatan negara dalam bidang agrikultur.

Sejak saya mengesyorkan bidang pertanian ini kepada semua pembaca Farmville, saya telah menerima banyak message daripada kalian semua yang sungguh berminat untuk menceburkan diri dalam bidang yang sungguh bagus ini. Ternyata kalian semua mempunyai potensi yang sungguh baik dalam bidang ini.

Tahniah saya ucapkan kepada beberapa pekebun seperti Kak Imah Btulips yang dalam masa 3 hari telah mencapai tahap 17!! Sungguh dahsyat. Saya pasti ada ramai lagi protege yang telah mencapai keuntungan dan kejayaan yang sungguh dahsyat dalam bidang ini. Saya ucapkan tahniah.

Saya juga berasa sungguh kagum dengan geng-geng penerima Fellowship dan juga calon Ph.D. di PPSK yang sanggup meninggalkan penulisan thesis mereka buat seketika demi memenuhi impian dan juga mencapai matlamat perkebunan yang dianjurkan. Tahniah kepada Dr. Sal and East West Synergy group.

Baiklah, oleh yang demikian saya ingin kongsi beberapa tips untuk menjadi anda dari seorang pekebun kecil kepada peladang berjaya.

Kena rajin bercucuk tanam. Kalau boleh sebanyak kali yang boleh. Tapi kalau boleh, belilah benih yang hasil tuaiannya tidak mengganggu waktu bekerja anda. Kalau lambat tuai, nanti mati dan layu semua tanaman itu. Rugi sangat. Kalau hujung minggu tu.......pulun la habis-habisan. Setiap kali anda membajak dan menanam benih, walaupun duit habis sedikit tapi ingat...nanti bila tuai, hasilnya berganda. Untung. Points pun bertambah, level pun cepatlah naik.

Kebun stroberi aku yang rosak sebab lambat petik


Aku dan kebun stroberi ku, masa ni seronot main Super Stroberi. Beli 10coins. Jual 100coins. Tuai 2 jam sahaja.Ni pokok nenas. Tanam untuk buat jem. Nanti boleh buat tart gulung Tasya.


Ini adik botak dan juga buah beri biru.
Ini pula bunga pokok cabai kuning. Cantik. Tapi tak boleh tuai lagi.
Ni tanam cabai banyak banyak untuk bekalan raya.
Ada ramai jiran!! Add la seramai jiran yang boleh. Bila kita ramai jiran. Lagi banyak peluang kita untuk mendapat duit tambahan dan points apabila kita melawat dan membersihkan ladang-ladang jiran-jiran kita. Tautak, sejak anjuran saya minggu lepas, kini saya sudah ada lebih dari 50 orang jiran. Nak pusing round petang-petang tolong kebunorang kena pikir dua tiga empat kali...hehehehe

Rajinlah tolong kebun jiran anda. Kalau ada masa terluang, rajin-rajinlah melawat kebun jiran-jiran kamu. Fakta ini bersangkut paut dengan fakta sebelum ini.
Jangan kedekut untuk beli benih yang mahal. Ini kerana benih yang mahal, hasil tuaiannya lebih berharga. Untung berlipat ganda. Point menanam pun ada yang lebih dari 2 point. Kalau lagi cepat naik level, ada lebih banyak pilihan benih yang lebih bermutu dan untung besar.
Ini gambar saya dan kebun kopi. Main cilut cak...hehehehTeka ni pokok apa? Ini la pokok carrot.
Ini bunga pokok carrot sebelum ia berbuah.

Ini adik botak dan jugak pokok-pokok tomato.

Ini saya dulu-dulu, masa ni ladang tak besar lagi. Rambut pun pendek lagi. Tanam beras, cabai dan juga cabai kuning.

This is artichokes
Maksimakan penggunaan tanah. Jangan bazirkan tanah dan ruang kosong dalam kebun kamu dengan meletakkan hiasan yang tidak penting seperti perigi, kerusi dan lain-lain lagi.
Haiwan ternakan dan pokok-pokok, susunlah dengan betul dan kemas supaya ada lebih banyak ruang yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam, Padatkan posisi tanah kamu dengan menanam petak petak tani seluas dan sepadat yang boleh.

Bila dah betul kaya dan capai level yang tinggi, boleh beli ruang tanah lebih besar, barulah kalian boleh suka hati nak hias kebun kalian dengan pelbagai cara. Ada kawan saya...Abang Roslee tercinta...dia ada ruang kolam renang...hahahaha...romantik sangat. Saya percaya dia selalu mengajak kawan-kawannya Pejai Watana dan Wombose bermandi manda di situ setelah penat berkebun.

Ini gambar saya depan rumah saya.Di tepi rumah saya ada ruang kecik untuk lepak bersama rakan-rakan dan kenalan untuk buat BBQ.

Berposing di bawah kincing angin yang saya baru beli.
Ini saya di depan rumah kawan saya. Abang Roslee sayang. Abang Roslee ialah idola saya dalam bidang bertanian.Inilah kolam mandi Abang Roslee dan rakan-rakannya, Wombose dan jugak Pejai.

Susun petak semaian kamu dengan kemas. Memang orang selalu tidak pentingkan hal ini, tapi kalau kamu susun mengikut petak yang kemas dan lurus. Kamu akan dapati bahawa kamu mempunyai ruang yang lebih banyak dalam kebun kamu. untuk DELETE petak yang sedia ada. Tips, jangan PLOW petak itu. Sebelum kamu PLOW, gunakan SHOVEL dan DELETE petak-petak yang tidak berkenaan. Dan PLOW semula menggunakan cangkul atau tractor.

Rajin-rajinlah mengambil anak angkat kambing / lembu. Dulu orang suka gelak kat saya, sebab saya selalu kutip anak anak kambing dan lembu yang sesat di kebun orang lain. Tapi ampa tak tau...bila aku kutip..dapat sampai 20 ekor. Kutip hasil susu dua tiga kali, pastu jual. Siapa yang untung?

Ini saya amik gambar kambing-kambing yang saya selamatkan. Masa ini, saya takdak kandang besar. So lepas kutip ni semua. Saya terus jual.
Bila kita tolong iklankan di HOME untuk bagitau kata ada lembu/ kambing yang sesat di ladang kita, pastu kalau ada kawan kita yang sudi amik bintang itu, Farmville akan menghantar satu mesej di page kita. ALERT : Di bahagian kanan screen.
Mesej itu akan memberi tahu, siapa kawan kita yang telah sudi mengambil kambing itu. So, click kat mesej itu, kita juga akan dapat duit. 85coins!! Hah...sapa nak bagi tu??

Rajinlah memberi gift pada kawan-kawan. Jangan kedekut. Satu sen duit Farmville pun tak habis kalau kita duk bagi hadiah kat kawan-kawan. Mulakan amalan memberi gift pada kawan-kawan setiap hari. Bila kita selalu bagi hadiah. Necaya, kita pun rajin dapat hadiah. What u give, u get back!!

Ini gambar hadiah-hadiah pada 1 Ramadhan. Thanks kawan-kawan. Kereta sorong pun dapat.
Ini pulak hadiah yang dapat untuk 2 Ramadhan dan 3 Ramadhan. More than 30 gifts. Ini lah untuk dapat ramai jiran.
Sekian sahaja untuk minggu ini. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang idea, tips, cadangan dan pengalaman berkebun.

Sila kongsi pengalaman anda di sini. Saya akan memberikan sepohon buah kurma untuk komen atau tips yang terbaik.

ps/ Berkebun jangan sampai lupa tarawikh dan masak untuk berbuka.

Sekian.

6 comments:

  1. hahahahahahhaahha! mmg lepaih nie hang tak payah kawen dgn wanbose dah! sebab hang dah kaya bukak ladang sendiri!

    ReplyDelete
  2. hihi comel! nak gak pokok kurma (walaupon komen tak baik!) ;P

    ReplyDelete
  3. hehe..jumie dah jadi peladang berjaya..:-)) kite malas nak bertani di FB...tp seronok tgk kebun2 & ldg2 kengkawan...

    ReplyDelete
  4. aku rindu kebon aku....
    xley bukok

    ReplyDelete
  5. hahahaha...terbaik dari ladang ni...!!!

    ReplyDelete
  6. tuan, mohon share kan kepada rakan-rakan kami di https://www.facebook.com/agrinature2u?ref=hl :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com