20.8.09

Pencetus kegilaan FARMVILLE

Minggu ini aku dan rakan-rakan telah diserang suatu kegilaan yang dikenali sebagai perkebunan tegar melaui Farmville. Farmville merupakan satu permainan berkebun yang amat sesuai untuk semuakaum wanita, ibu-ibu, bapak-bapak, semuanya yang ada di sini.

Permainan online ini boleh dimain oleh mereka yang mempunyai account Facebook di mana kita boleh menanam pelbagai tanaman dan juga membela binatang ternakan dan mengumpul wang dan point. Setiap point yang dikutip melayakkan anda untuk naik level dari 1-30 dan lebih lagi.

Tetapi yang membuatkan permainan ini sangat best ialah, kita dapat tengok tanaman kita membesar dan kita boleh menuainya dan mendapat duit hasil dari tuaian tanaman itu. Untuk peringkat rendah boleh tanam stroberi, terung, labu dan kundur. Dan bila ada level dah naik sikit, kita boleh beli macam-macam benih lagi yang lebih mahal seperti gandum, beras, nenas, cabai burung, cabai benggala dan juga artichokes (BUKAN NONA OK! AKU DAH GOOGLE POKOK NI MACAM KAKTUS 'Lisence To Grill' SELALU GUNA). Kalau benih mahal, bila dah masak dan tuai...lagi untung la. Sebab harga dia lagi tinggi.

Kalau lambat kutip, u olls punya pokok layula....Sebab tula kena pandai letak timing nak tanam pokok. Pilih benih yang hasil tuainya masa time kita free dan tak ganggu tugas harian.

Kita juga boleh menanam pokok pokok buah hasil dari pemberian kawan-kawan kita seperti pokok cherry, pokok limar, pokok oren, avacado dan lain-lain lagi. Bila masak boleh tuai.. Best u olls.

Di samping itu, kita juga boleh membela binatang. Kita boleh dapat binatang daripada kawan-kawan yang bagi adiah kat kita, atau beli atau pun kita boleh kutip dari lembu-lembu yang sesat di FACEBOOK. Bila dah bela, dan bina kandang. Kita boleh mengkutip susu, bulu kambing dan macam - macam lagi dari hasil ternakan kita. Boleh dapat duit lagi.
Bila dah ada duit, hasil simpanan kita. Kita boleh hias kebun kita dengan membeli pagar, beli rumah, beli telaga, beli bangku dan macam-macam lagi. Bila duit banyak, level pun dah tinggi. Bolehla beli bangsal, rumah dan banglo dan juga kincir angin!!

Aku cerita ni pun ampa dah seronot kan?? Memang best. Setiap hari, semua bergegas pulang ke rumah untuk memetik labu, terung, soya, stroberi dan macam-macam lagi. Visit kebun orang. Bagi hadiah dan macam-macam lagi.


Semuanya ini berpunca daripada kakak aku yang bernama Ita.

PEKEBUN TERBAIK 2009 PUAN SANITA SAMSUDIN
Dia memulakan kegilaan ini. Dia start main game ini dan sanggup mengatur waktu shopping dia agar dia boleh balik rumah on time dan mengutip terungnya yang dijangka masak.

Lepas itu, dia hasut aku dan Surianie untuk menjadi rakan beliau di kebun. Dia sanggup call aku di waktu pagi semata-mata nak tolong aku petik stroberi masak. Malah Cakcing di dalam panggung pun kena jawab phone sebab dia call nak mintak PW nak tolong tuai pokok.

Selepas itu, aku pun terus berusaha sendiri untuk mengusahakan kebun aku. Nampaknya kegilaan itu telah menyerap dalam diri ini.

Pastu aku hasut Izzah Mama Danish, pastu Nica, pastu Mama Aiman. And then semua community yang dah memang ada kebun sebelum ini terus bersemangat dengan menjoin kitorang berladang.

HAHAHAHAHAH....kini aku ada ramai rakan sekebun dan peladang. Dari kategori pekebun kecil sampai la peladang tersohor seperti Mohd Roslee!! Aku jadikan dia IDOLA aku!!



Disebabkan oleh minat yang mendalam di bidang bertanian, beliau juga telah memulakan usaha menanam beberap jenis pokok-pokok di dalam pasu di rumah dia di Jelutong.


Dan ini pula, kawan aku Dr. Sal yang juga meletakkan gambar dia dan Hanna masa kat Sussex dulu kat Facebook...sebab gambar ini rasa macam betui betui kat Farmville!! Dia pun layan Farmville....anak beliau Hanna dan asben beliau En. Haris!!


Sekian, semoga usaha kami semua makin berjaya.

5 comments:

  1. mari menanam bersama2..hehe..mari mengoder cokelat..:)

    ReplyDelete
  2. astaga~ sampai mcm tu skali..huhu..
    kalo la kita leh kaya dgn bcucuk tanam camni kan jumie???wawawa..

    ReplyDelete
  3. Pok cik dulu org susah, pokcik tanam sayur tanam pokok bela ayam semua pokcik buat, lepas tuh pokcik menang power root! pokcik bukak la ladang besar besaran!hehehe

    ReplyDelete
  4. mmg besaq impact dr Farmville,

    pagi pagi bila sampai opis semua orang dok teriak

    WEI LADANG AKU!

    ReplyDelete
  5. ha, ha, ha, ha, ha,ha, ha,....lawak betuila....okla tu nak ilangkan stress........yg bestnye...gambo aku jadi penutup citani....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com