Actually, dah lama bro aku Rusdi rekemen suruh tunggu and tengok film ni dalam HBO. Tapi jarang nak sempat mentengok sebab filem ni ditayang sebulan sekali je.
Rusdi cakap cerita ni unik sangat menceritakan tentang seorang anak buangan yang membesar menjadi seorang pembunuh kerana ingin mencipta satu wangian yang bisa memukau dunia.
Tungu-tunggu punya tunggu akhirnya Agustus 2009 aku berjaya mentengok cerita ini Perfume The Story of a Murderer.
PLOT
- Cerita ini mengisahkan kisah seorang budak bernama Jean-Baptiste Grenouille yang dibuang di tepi jalan. Pastu dia dibesarkan di rumah anak yatim. Sejak kecil lagi, dia mempunyai deria mencium yang sangat dahsyat sehingga dia boleh tahu apa yang ada ditepi nya walaupun kayu atau batu walaupun dia mentutup mata.
- Apabila dia sudah besar sedikit, makcik warden rumah anak yatim yang kejam itu telah menjual dia kepada tauke kilang memproses kulit binatang. Dia bekerja sampai la dia sangat besar. Walaupun dia hidup sengsara kerja siang malam macam hamba tapi kepekaan dia dalam mencium masih amat tajam.
- Dia teringin sangat nak berhijrah ke Paris kerana di bandar itu, dia ingin tahu dan bau lebih banyak bauan lagi yang pastinya memang minat beliau.
- Pada suatu hari, dia diberi kepercayaan untuk menghantar kulit ke bandar Paris. Dia sangatlah excited pada hari itu.
- Apabila tiba di bandar Paris dia sangatlah teruja dengan kepelbagaian bau- bauan yang terdapat di sana. Dan buat pertama kali dia membau bau bauan yang sangat indah dari kedai kedai dan butik kecantikan di sana.
- Tetapi, dalam semua bauan....bauan yang paling wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang membuatkan dia terkejar-kejar untuk membaunya ialah bau gadis dara. Fewwittt....dia sudah bau satu anak dara ni duk jual buah sampai ke rumahnya dan sebab dia terlalu taksub pada bau itu, dia tidak sengaja telah membunuh perempuan itu.
- Pastu dia lari. Dan sejak itu dia terpikir macam mana nak menyemadikan bauan gadis anak dara yang sungguh indah itu. Perghs.
- Pada satu hari, dia telah di suruh untuk hantar kulit lagi ke sebuah kedai di Paris. bagaikan orang mengantuk disorong bantal rupa-rupanya kedai itu merupakan kedai minyak wangi.
- Tuan punya kedai minyak wangi itu bernama Baldini. Dia punya kedai dah old fashion gila.
Dah tak laku sebab takdak bau yang wangi dan dia tak tau nak produce formulasi minyak wangi yang meletop. - Then atas keterrorannya dalam haruman, pakcik Baldini telah membeli dia dari tauke kulit dan dia bekerja dengan pakcik Baldini sebagai pencipta minyak wangi. Dan sejak itu, kedai Baldini menjadi sangat popular di Paris. Disamping itu, dia belajar dengan Baldini bagaimana nak abstract bau bauan daripada pokok dan bunga.
- Namun, Grenouille masih tak puas hati. Dia nak belajar lebih mendalam tentang cara nak menyemadikan sesuatu bau. Sebab dia telah bercita-cita untukmencipta satu haruman yang dikatakan mitos iaitu bauan yang dicipta pada zaman Firaun yang boleh membuatkan musuh semua jatuh terkhayal akibat haruman itu. Haruman mitos itu dipercayai dapat membuatkan manusia rasa seperti di syurga. Fuiyyo....
- Sebab dia frast denagn Baldini, sebab Baldini tak buleh ajar dia apa yang dia nak. Dia pun larikan diri ke satu daerah di Perancis bernama Grasse. Tapi dalam perjalanan dia jadi terlalu depressed dan menyembunyikan diri di dalam gua selama 7 tahun. Dan ketika itu, dia baru sedari dia tidak mempunyai bau badan lagi kerana dia sudah busuk....7 tahun tak mandi...Yeeeeee
- Selepas itu, dia menyedari yang dia perlu berusaha untuk mencipta haruman mitos itu dan dia teringat kepada cerita Baldini dan juga haruman anak dara yang sungguh syiok itu.
- Akhirnya, dia telah sampai ke Grasse dan bekerja dengan sebuah kilang yang mengabstract bauan bunga. Di situ, dia telah menggunakan makmal kilang sebagai tempat untuk dia membuat eksperimen bagaimana hendak menyemadikan bauan seorang anak dara.
- Pelbagai cara dia buat, akhirnya dia telah mendapat satu cara iatu membunuh anak dara, potong rambutnya, lumur rambut dan badannya dengan lemak haiwan. Pastu amik balik lemak itu, campur dengan sejenis kimia yang tidak dinyatakan. Dan jadilah perfume anak dara A.
- Ampa tau tak......bila eksperimen dia menjadi. Dia bunuh 24 anak dara....untuk dapatkan bau-bauan. Yang dahsyatnya dia akan buang mayat tu kat tepi jalan ja. Itu yang membuatkan semua orang takut dan jaga anak dara depa dengan penuh kasih sayang dan ketakutan.
- Sepandai-pandainya tupai melompat akhirnya jatuh ke pasiak jugak. Dia kena tangkap dan dihukum bunuh. Pada hari dia dihukum bunuh, dia telah amik semua perfume 24 anak dara yang dia buat itu. Dia campur. Dan dia tabur setitik pada sehelai sapu tangan dan dia baling sapu tangan tu....SEMUA ORANG JATUH PENGSAN DAN BERKHAYAL....dan dia pun terlepas dari hukuman.
- Pastu, last sekali...dia pun dah tak tau apa nak jadi dengan dia. Dia balik ke tempat dia dibuang semasa kecil. Tempat orang miskin dan pengemis dan dia tuang perfume 24 ANAK DARA tu kat badan dia. Dan ampa tau tak...semua pengemis and orang miskin mai serbu dia dan MAKAN DIA HIDUP HIDUP.
- Bagi pendapat aku, filem ini hanya boleh dilayan oleh orang yang suka mendalami dan menghayati filem filem yang berkias dan mempunyai nilai-nilai sastera yang tinggi. Dalam erti kata lain, orang yang ilmu tinggi yang boleh tengok. Macam aku kira ok la boleh tengok. Untuk orang-orang yang teknikel yang hanya faham benda-benda yang ada peta dan instruction tu, tak payah la tengok citer ni. Ampa p tengok Transformers atau GI Joe sudah.
- Filem ini actually filem abstract yang memetaforakan aspek-aspek kehidupan masyarakat kita tak kira apa zaman pun dengan benda-benda dalam filem ini. Sebagai contoh, bau-bauan yang pelbagai busuk, wangi, hapak, hancing, tengik...semua itu menggambarkan jenis-jenis maknusia yang pelbagai, ada yang jahat ada yang baik. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang kurus. Ada yang gemuk.
- Perfume atau wangian dalam filem ini pula menggambarkan 'topeng' yang masyarakat kita duk pakai hari hari. Topeng yang menutup dan menyembunyikan siapa diri kita yang sebenarnya.
- Grenouille pulak merupakan watak anti-hero dalam cerita itu pulak memetaforakan diri kita sebagai maknusia. Yang selalu terkejar-kejar kemewahan dan kehendak nafsu kita sampai sanggup membunuh dan membuat cerca. In the end, bila kita dah berjaya, kaya raya dan sangat berjaya. Baru kita sedari, kita tak maukan semua itu kerana topeng itu tak boleh membuatkan kita bahagia. Cuma membuatkan orang lain jeles dan merana tengok kita.
- Sebab itulah, akhirnya watak Grenouille mati dimakan oleh orang -orang pengemis itu. Samalah kita, kalau terlalu duk ikut nafsu untuk mencapai sesuatu yang kita nak....kita sanggup bunuh diri kita dan biarkan orang lain makan kita hidup-hidup.
Sekian, jangan cium kentut sendiri.
i suka citani jumie, dah tgk 3 kali....i rasa dia ni autism kut....pandai pulak diagnose....dera hidung dia dasatla...x pernah kena resdung...
ReplyDeletebeside the plot i suka cara depa ambik gambar....cantik dan sungguh berseni...hang dah ada camera baru patut blh appreciate..
aku dah tengk citer nie...rasanye dah lama....
ReplyDeletebest wo citer nie....
citer minyak yng leh wat semua orang tunduk.
kalau melayu agaknye ubat senyonyong kot..hhuhuhuhu
the movie is a litle bit too slow, tp jalan cerita menarik buat I stay til the end.
ReplyDeletea good review from u, keep it up gal :)