Nurul Shukor adalah nama yang sangat gah dalam bidang persolekan profesional kat Malaysia ini. Apatah lagi, nama inilah yang satu-satunya menjadi pilihan Dato' Siti Nurhaliza through out her career. Aku tak sangka aku bernasib baik untuk berpeluang join kelas ini.
Masa aku mula-mula buat make up dulu, tahun 2008. Ada sorang kawan make up artist jugak di KL. Munie Ahmad. Dia attend course make up Nurul Shukor ni. Wa....jeles giler siot. Dapat bergesel-gesel dengan RATU MAKE UP ARTIST MALAYSIA!! Masa tu aku tak mampu lagi. Tapi dalam hati tersimpan keinginan diiringi niat, Insya Allah. Nanti aku nak join kelas macam ini jugak. Simpan duit simpan duit.
Setelah sekian lama, Razzi Musa (Ajeeb) MUA dari KL. Kawan baik aku contact at last minute cari another person untuk join make up class ini. Ada kekosongan. Alhamdulillah, kebetulan tarikh tu memang clean and clear. Teruih aku membuat bayaran deposit kepada pihak berwajib.
PERTAMA KALI
Memang dulu aku dah dengar dari Munie, Kak Nurul mulut memang tahap LASER potong berlian!! HAHAHA. Nak belajak kena la tahan perut and telinga and jantung ke tahan pekikan suara dia. Masa kami dengan Nurul Shukor bagi sesi perkenalan, dia pun dah bagitau siap siap, dia garang!! Nak belajar kena tahan. Tak boleh main-main.
LASER PERTAMA
Laser pertama Kak Nurul bagi kat akutak boleh lupa!! Masa tu kami semua dalam sesi memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula Ajeeb bagi intro dulu.
"Saya Ajeeb. Dari KL. Saya datang kelas, sebab saya tak puas hati dengan make up saya. Saya nak belajar lagi!!" kata Ajeeb.
"Bagus Ajeeb. Semangat macam ni yang kita nak. Sebagai make up artist, ko tak buleh terus puas ati dengan mutu make up kau. Bila ko ada rasa tak puas hati tu bagus sangat. Ko akan usaha untuk dapat make up yang berkualiti," tegas Kak Nurul. Pastu dia tengok kat aku. Aku faham la...suruh aku la intro.
"Saya Jumie. Dari Penang. Saya kawan baik Ajeeb. Kami sama-sama datang dengan niat yang sama nak belajar" kata aku.
"Ha...bagus la korang. Nanti aku kawenkan korang berdua pas ni," kata Kak Nurul.
Pastu aku jawab "Tak boleh. Dia tak mau kawen dengan saya...saya memang nak kawen dengan dia," HAHAHAHAHA.....
Pastu Nurul Shukor jawab "Memang la dia tak mau kat hang....Hang bukan taste dia, walaupun te*** ang besak. Dia nak te*** kecik jaaa..."
Aiyo....matilah hang!! (Trade Mark Ajeeb)
HAHAHAHAH...itulah stetment laser pertama kepada aku!!
IKUT RESMI PADI
Sesungguhnya, satu perkara yang aku respek kat beliau ialah beliau seorang yang sangat rendah diri. Dia betui-betui ikhlas mengajar dan menaburkan ilmu yang ada. Bayangkan, nama HEBAT macam dia hanya charge RM650 untuk dua sessi! Mana ada make up artist lain yang menawarkan harga macam tu, dibandingkan dengan status yang dia ada. Dia tak cakap, tapi aku rasa dia buat macam ni...untuk sedekah dan amal jariah. Dia tau, bila kita dah belajar dengan dia, ianya boleh dijadikan bench mark untuk diri kita promo diri dan buat business.
Pastinya orang akan yakin bila dengar "I belajar dengan Nurul Shukor,". Betul tak? Dia tak harap untung sekarang, tapi bila orang pakai nama dia dan bantu jana pendapatan diri sendiri. Bayangkan pahala dan keberkatan yang dia dapat selepas itu.
Walaupun mulut dia laser, tapi bila kita tanya soalan tentang perkara yang kita tak faham. Dia akan explain dengan perlahan-lahan. Detail dan penuh sabar. Tapi make sure tanya dengan betui dan kena gaya.SHHHH....Dato' Siti suruh diam. Nanti Dato' K marah!
Tapi, kalau hang tanya kat mana nak beli finger puff yang obviously hang boleh tengok ada banyak tergantung kat SASA atau Chameleon memang dia akan LASER hang lagi la.
"Kak Nurul...finger puff ni beli kat mana?"
"Kedai basikal" AMIK KAU!!
Aku amat tekun mengambil nota. Setelah ditulis dan dirangka semula. Ada 35 step penting, make up ala NURUL SHUKOR!!
Pastu kalau nak tanya soalan, contoh kita nak tanya adakah kita menggunakan applicator yang betui.
JANGAN TANYA MACAM NI " Kak Nurul...nak pakai brush ni ke?" - Haram dia tak mau jawab!!
TANYA MACAM NI "Kak Nurul, untuk bahagian ni, gunakan medium shader kan?" Ha....itu baru dia akan jawab.
Budak baik mengambil nota.
So, tumpuan dan focus memang penting. Sebab kita tak boleh simple dengar, esok dia tanya. Hang tak tau jawab. Kena la TENGKING!!
KEKEKOKKAN
Pada sesi belajar dua hari ini, kami belajar tentang produk yang baik. Tools yang wajib ada. Dan teknik kali ini, soft socket. Sesungguhnya, memang aku kekok. Dah la aku disuruh guna semua barang dan applicator dia. Memang macam first time make up balik la. Sebab kita dah terlalu selesa dengan teknik dan skill yang kita develope sendiri. So, bila belajar dengan pro. Kita kena la ikut pro. Pastu ditambah pulak....dia seorang RATU!! Gila ka apa.....memang sangat takut dan terketak sangat.
Oleh itu, sesungguhnya saya dengan sejujurnya mengakui hasil make up saya pada sesi pembelajaran itu, sungguhlah saya tidak memuaskan hati!! Tapi takpa, i give myself a chance. Kekekokkan ini adalah normal untuk orang yang baru belajar macam aku!!
Hasil Make Up aku. Dibawah supervision Nurul Shukor.
Picture taken from http://makeup-by-jumie.blogspot.com/
AKU DAN SITI
Lepas habis sesi pembelajaran, sambil mentengok Nurul Shukor mengkemas barang make up beliau ke dalam beg make up beliau yang sungguh besar!!! Bukan beg make up ok!! Travel beg tau!!
Nampak tak beg kecik tu penuh dengan LIPGLASS by MAC!! Aku minta nak pinjam. Dia kata "Ko nak mampus!!".
Ini pulak beg lipstick sahaja!!
So, aku yang bermulut tak tau diam ini dan hati yang berkobar-kobar. Aku takkan bazirkan masa ini dari menanya soalan-soalan yang hot dan memuaskan nafsu hati aku. Hehehe. Positive lah. Bukan gossip ok!! Aku tanya, how that she started in this industry? Kat mana dia graduate untuk make up? Dia pernah kerja kat mana dulu? Dan bagaimana dia boleh kenal dengan Dato' Siti Nurhaliza.
Bila sebut Dato' Siti. Terus nada penceritaannya berubah.Ini bulu mata Dato' Siti Nurhaliza!!
"Siti tu budak baik..." Dari situ, memang boleh nampak betapa akrabnya perhubungan persaudaraan dan persahabatan antara dia dan Dato' Siti. Sampai dia sendiri cakap, dia terus bersama Siti bukan hanya kerana business, tapi kerana pertalian hubungan yang sungguh rapat ini.
HARUS!! LV milik Nurul Shukor
Dia kata, dia akan publish sebuah buku bertajuk "Aku dan Siti" tidak lama lagi. Let's wait for that!!
HALALKAN ILMU KAMI
Akhirnya, segala excitement dan keterujaan aku dan Ajeeb berakhir dengan penuh kepuasan. Tau tak, kami dorang punya excited. After first session dengan Nurul Shukor, kami tidor 3am just untuk discuss nota yang dah diambil dan tulis semula untuk senang faham. Buat rombakan beg make up dan kenal pasti senarai "LIST OF THIS TO BUY" untuk memudahkan kami beli-beli barang dan update beg make up kami.
Kami tak sabar nak gunakan ilmu ini untuk customer-customer kami pada masa akan datang. Semoga selepas ini, niat kami nak majukan diri akan menjadi kenyataan!!Mak ayam dan adik ayam yang bersemangat waja!!
Me and Nurul Shukor. I will never forget this moment!!
My model, Fieza, Nurul Shukor and me.
ps/ Aku takkan lupa setiap kata-kata Nurul Shukor kat aku! Simpan dalam hati hingga ke akhir hayat.FINALLYY!!!
[Alhamdulillah....Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat saya yang telah memberi sokongan padu dari dulu hingga kini......mak dan bapak di Penang. The love of my life, Zaza. Adik saya...Cakcing. Kawan-kawan baik saya...Ajeeb, Ezz and Fieza..we've been through a lot! ]
HAHAHAHAHA...angan-angan la pulak!!!!
kak...gerek seh..meleTOP....knp akak xjwb balik kat die y size akak da btmbh kurg berbanding sblm pakai korset hehehehehe anyway kak.tahniah..moga bisnes akak btmbh baik..amin
ReplyDeletemati la hang.. letak pic aku dengan bibir terjuih mcm tue..aku nampak mcm hadek2 plak taw.. keh keh keh
ReplyDeletebtw jumie aku tima kasih kat hang sebab sudi mai kl nak juin kelas sama2.. kau hang tak da mesti aku terpinga tak da kawan..
hang mcm tak tau aku ni pemalu tahap cipan hutan belantara di afrika sana hehehe
sian kat hang.. kene amik gambar..
wah letop uols!
ReplyDeletego..go jumie...
ReplyDeletecaya lah...!!.
semoga berjaya d'ms depan...
muax!
wah..bestnya hampa..teringinnya..doakan kami gak dapat attend kelas ni nanti
ReplyDeletekak jumie..
ReplyDeletewahhh..
bagos3..
sntiasa nk tgktkn kmhirn diri..
ermm apa2 pn..
gudluck n all da best tau..
(: