28.4.09
APC : Apa pendapat anda tentang orang yang dapat APC tapi dia tak patut nak dapat?
Thank to all for the wishes kerana aku dapat APC. Aku tak tau nak respond apa kat semua kecuali berterima kasih dan bersyukur kepada yang MAHA ESA.
For Salwani Jaapar, ive read your column and aku akui issue itu bukan hang saja yang lalui. Tetapi ramai rakan kita lagi di USM malahan di mana-mana jabatan lain di Malaysia ini...
Untuk Sun Melon yang bertanya soalan itu, aku tersentuh nak bagi respon sikit.
Apa pendapat dan komen aku pada individu yang dapat APC tapi tak sepatutnya dapat...???
Boleh tak kalau aku nak jawab soalan ini dengan soalan?
Apa pendapat ampa semua dengan orang yang jahat tapi dia kaya raya?
Apa pendapat ampa semua dengan kawan perempuan kita yang jahat dan suka mengadu domba tapi dapat kawen dengan orang kaya?
Muahahaha...
Aku tak mau komen bab ni. Sebab aku pasti ampa semua yang membaca blog aku ini adalah lebih arif lagi bijaksana. Ketua unit, ketua jabatan pun curi-curi suka baca blog aku ni. Thanks semua. Jangan kata cek tak buat kerja noh....Cek tulih blog kat rumah. Bukan kat office. Cek buat scheduelling siap-siap, bila mai time and tarikhnya. Dia akan publish sendiri. KIH KIH KIH...jangan marah.
Anyway, berbalik pada isu kita. Aku harapkan semua pun sedia maklum bahawa hidup ini memang tidak adil. Dan ketidak adilan itu yang memberi segala warna dan keindahan dalam hidup kita ini. Aku tidak cuba memasukkan apa-apa nilai di sini, tetapi apa juga kita buat kat dunia ni, kalau buat baik di balas baik. Buat jahat di balas jahat. Biarpun sekecil zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran.
For Salwani Jaapar, hang kata hang jealous kat aku dan Mazlina, tapi hang tau tak aku jealous kat hang sebab hang dan Sham dah nak kawen akhirnya. Hang orang Johor, Sham orang Kulim. Tapi jodoh ampa di Penang. Rezeki ampa di sini. Ampa boleh merancang untuk kawen. Abih aku tak jealous?? Aku pun teringin nak kawen jugak. Aku pun teringin nak sibuk-sibuk tulis dalam blog persiapan kawen macam Azie and Wandy. Bukan aku tak tingin.
Kalau ampa jealous kat aku sebab aku rezeki murah, cuba amek pen dan buat senarai semua benda best yang berlaku dalam hidup anda dalam tempoh seminggu ini. Dan banding dengan perkara yang tak best berlaku dalam hidup anda dalam tempoh seminggu ini.
Kita ini suka berfikir dengan benda yang tak best dalam hidup kita sampai kita lupa benda yang best berlaku dalam hidup kita.
Aku pun tak tau apa dugaan pula selepas ini, kerana aku percaya hidup bak roda. Today aku sedih, esok aku gumbira. Today aku gembira, esok aku sedih. So...bersederhanalah dalam hidup ini.
Cewah, aku cakap ja pandai sebab aku dapat APC for this year.
Tapi untuk SUNMELON, rezeki kita ada. Jangan kata takdak.
Maybe rezeki itu tak datang dari Pejabat Pendaftar, tapi datang dalam bentuk lain. Wallahualam.
Untuk mereka yang dapat APC tu tapi tak berhak dapat...biak pi la. Jangan jadikan isu itu isu besar hingga mengganggu kefungsian sosial anda sebagai penjawat awam.
Sekian.
Pictures aku ini adalah courtesy daripada Afix Lim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam, jumie thanks for the respon, setuju dgn u, "Jangan jadikan isu itu isu besar hingga mengganggu kefungsian sosial anda sebagai penjawat awam" ;D..
ReplyDeletebest la bace pendapat cik jumie.. benas the vas!!
ReplyDeleteeh.. bernas da.. silap.. ya ampun... heheh
ReplyDeletetahniah kak jume dpt APC..
ReplyDeletejumie.. apc tu apa? dyana ni anyway
ReplyDeleteAnugerah Perkhidmatan Cemerlang.
ReplyDeleteAmin...
haha..tetiba nama azie ada ;)
ReplyDelete