30.10.08

Jangan masak sambil bermain internet!

Dapur ku di kala normal! Bersama chef de la hoya dari Jalan P Ramlee, Caunter Hall!!


Pada suatu petang yang sunyi.
Adik aku sedang menonton TV.
Aku sedang bermain internet.

Adik aku lapar burger. Beliau mengeluarkan daging burger dan letak di tepi dapur. Membiarkan daging itu deforst sebelum di goreng. Beliau kembali ke posisi menonton TV.
Aku sedang bermain internet. Aku ke dapur. Dan melihat niat adik ku hendak memakan burger. Aku pun berniat untuk membantu. Lantas aku panaskan minyak masak. Dan kembali ke kedudukan di depan PC.

15 minit kemudian!!!


DAPUR KAMI BERCAHAYA!! API TELAH MARAK. MINYAK MASAK YANG AKU PANASKAN TADI TELAH TERLALU PANAS DAN MENGELUARKAN API. AKU DAN ADIK MENJERIT. API! API!


AKU MENGAMBIL PENYAPU SINTETIK. TETAPI PENYAPU ITU TERBAKAR SEDIKIT.


AKHIRNYA, DALAM KEADAAN GABRA. AKU MEMBALING AIR KE ARAH DAPUR.
API LEBIH MARAK!! HINGGA KE BUMBUNG!!




YA ALLAH.....SELAMATKAN LAH RUMAH KAMI INI. KALAU RUMAH INI TERBAKAR KAT MANA KAMI NAK BERHARI RAYA!!
SELEPAS API ITU MARAK, API ITU PUN STOP!



Kuali kegemaran kami yang akhirnya hitam!! Dan terpaksa di buang. Burger yang hangus sebelum sempat di bakar. Plastik burger yang mengerekot!! Percikan minyak!!


Tempat menggantung kuali diperbuat daripada plastik juga turut melted!

Dinding siling yang disambar api!!

Pengajaran untuk hari ini : Jangan masak sambil bermain internet!!

29.10.08

Shopping di Rantau Panjang, Kelantan

Pada hujung minggu yang lepas, ditengah-tengah kepesatan schedule ku yang sungguh maju membangun, aku telah ditugaskan dan diarahkan oleh ofis aku untuk hadir ke sebuah kursus di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sana.

Tetapi highlight bagi aktiviti ini bukannya berkursus tetapi bershopping.

Berikut adalah beberapa barangan yang telah aku beli semasa di sana.
HANDBAG CLUTCH
WARNA PUTIH
HARGA : RM 22 sahaja





BEG LUGGAGE CORAK MACAM LV TIPU
AKU AMIK SEBAB DIA WARNA COKELAT
KENA DENGAN AKU PUNYA HANDBAG DAN BEG MAKE UP
HARGA : RM 28




TUDUNG BAWAL I

KRISTAL KECIL
WARNA PUTIH
RM 20



KAIN SAMPIN
TENUNAN SONGKET BUATAN ASLI
WARNA CREAM DISALUT BENANG EMAS
(ini hadiah Shikin Marzuki dan Ijat Cute bersempena melantik Boifreng aku menjadi pengapit di raja)
RM120


DIAMOND BRACELET
RM20
(Kat Chameleon RM69.90)



BEG MENGELIP-GHELAP
ala Mariah Carey
Tujuan : BF aku carik tak hilang!!
RM45!!
(Kat Batu Feringghi takdak lagi macam ni!!)







Bershopping la dalam Malaysia. Marilah kita beramai-ramai membuat rombongan ke Rantau Panjang. RM300 buleh beli macam macam!!

28.10.08

Gambar mengandung Nora Danish




Aku baru dapat email forwarded dari seorang kenalan dari KL. Gambar-gambar ini menunjukkan Nora Danish yang terbaru di mana perut beliau yang sedang mengandung telah menunjukkan hasil yang menarik.

Macam sweet kan, dia ni walaupun dah mengandung. Tapi still stylo. Beliau kelihatan sedikit chubby tapi masih a

Aku harap dia tabah menghadapi segala dugaan hidup sebagai single mother nanti. Dengan doa rezeki beliau melimpah ruah selepas kelahiran itu nanti. Siapa cakap kalau dah beranak tak buleh jadi model!!

and to cik Sundalina tu, hope dia seronok juga dengan kehidupan beliau sekarang. Merosakkan rumah tangga orang adalah perkara yang tidak sihat.

ps/ bestnya kalau mengandung dan still gojes!!

21.10.08

Banjir di rumah saya


Pada 15 Oktober yang lalu, hujan mula turun pada jam 10.30 malam. Aku dan Shahril sedang rancak berSMS. Inilah hakikat orang bercinta jarak jauh. Handphone menjadi agenda perhubungan kami yang terutama sekali. Sambil melepas rasa rindu dendam melalui ayat-ayat jiwang dalam SMS air mulai menitis jatuh ke atas katil. Bumbung rumah ku bocor.

Tak buleh jadi. Aku angkat semua cadar katil. Aku cover katil dengan plastik. Dan tidur di ruang tengah bilik tidor aku beralaskan tilam lain. Katil ku terpaksa ditutup dengan plastik bagi mengelakkan dari tilam dari terus basah.

Aku pun terlena. Sungguh enak suasana malam yang dingin itu.

Jam 12.15 malam. Aku dikejutkan oleh adik ku.

"Wehs bangun!! Rumah masuk banjir!!"

Aku bergegas turun. Ya Allah. Baru sejam lebih, rumah aku dipenuhi dengan air jernih iaitu air hujan setinggi lebih kurang satu kaki. Kami terpaksa menyelematkan apa saja yang patut. Dan yang paling krital ialah CPU personal computer ku yang baru di beli.

Air masuk melalui pintu utama rumah! Air parit penuh. Jadi bertakung dan masuk ke halaman rumah.

Jam dah menunjukkan jam 2 pagi. Tiada tanda hujan mahu berhenti. Kami terus masuk tidur. Dan membiarkan air banjir memenuhi rumah kami. Esok nak kerja.

Berikut adalah gambar-gambar yang aku sempat amik ketika petang 16 Oktober. Selepas balik kerja, aku terpaksa mengemop dan mencuci keseluruhan rumah!!


Bukan lantai ni berkilat tau!! Tapi ada air.




Karpet pun basah!!


Air yang dimop dan diserap di perah dalam tong ini. Dan kemudian di buang keluar rumah. Bayangkan aku berjaya penuhkan 5 tong ini!!
Sungguh penat mencuci rumah. Kepada mereka yang ingin menghantar dan menyalurkan bantuan anda kepada mangsa banjir ini, sila emailkan kepada jumie_samsudin@yahoo.com

Sekian.

19.10.08

Bapak ku, THE FAMOUS PAKCIK MILO


Pada 28 September 2008 yang lalu, bapak ku, Mr. Samsudin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Manap a.k.a Pakcik Milo telah menjangkau usia 60 tahun.

Alhamdulillah pada usia ini, beliau masih lagi hemsem dan cute walaupun telah memiliki 5 orang cucu.

Marilah saya cerita beberapa perkara mengenai bapak saya.
  • Beliau sangatlah popular. Kerana dahulu beliau berkhidmat sebagai Canteen Van Operator dengan Nestle dimana beliau membawa lori Milo ke sekolah-sekolah untuk minum free. Tidak seperti Milo Man yang lain, bapak saya sangatlah popular kerana sifat semula jadi yang sangat lawak dan tahap confident yang tinggi.

    Ketika beliau mahu bersara, cerita mengenai persaraan beliau even mendapat liputan oleh pihak PAPER STAR. Tajuk nya - Famous MILO Man to resign. Tapi saya tak dapat menjumpai keratan paper itu.
  • Bapak juga sangat gangster. Beliau disegani oleh orang kampung kerana beliau sangat gangster dan berkuasa. Sehingga ketua kampung kami sendiri memanggil beliau BOSS. Dahulu mat-mat pit di dalam kampung tidak berani untuk mencuri barang-barang di rumah kami walaupun sehelai daun kering di laman. Ketika musim banjir, dan orang kampung jumpa ular sawa sesat melingkar di dalam rumah, mereka akan memanggil bapak saya sebagai hero.

  • Bapak saya sangat lucu. Walaupun dia sangat gangster. Tapi pada masa yang sama beliau sangat lucu. Itulah istimewa bapak saya. Kalau hati beliau sedang gembira, semua orang lain di sekeliling beliau akan rasa gembira. Kata-kata yang keluar dari mulut beliau sungguh tulus dan jujur dan begitu kelakar. Lawak terbaru bila bapak panggil Surianie "STUPID MIND" kerana tidak bersedia untuk bertunang. HAHAHAHHA...
  • Saya sungguh sayang dengan saya! Zaman sekolah saya sungguh penuh dengan kenangan manis kerana bapak saya tidak pernah membagi chance budak lelaki untuk mengurat saya. Kalau dia tahu ada budak dalam kampung yang mengurat saya, beliau dengan tanpamnya akan mencari budak lelaki itu di dalam kampung dan tanpa banyak soal terus menduku budak itu "Awat hang duk kacau Jumie!!"

    Pernah juga ketika form 3, ada budak lelaki bernama Hafiz dari sekolah Munshi telah menelefon aku dirumah kerana nak berkenalan. Aku cerita kat bapak aku the hero. Dan keesokannya, bapak aku terus ke sekolah MUNSHI berjumpa dengan guru besar kerana hendak mencarik budak lelaki form 3 bernama Hafiz.


    Apabila budak itu muncul, beliau tidak mengaku beliau yang melakukan panggilan ke rumah. Dia berkata itu semua rakan beliau dari sekolah Jelutong. Mereka menggunakan nama beliau atas tujuan tidak bertanggungjawab.

    Kes itu tidak sampai di situ, bapak aku meminta kebenaran guru besar untuk membawa Hafiz ke sekolah Jelutong dan berjumpa dengan kawan-kawan beliau. Terbukti Hafiz berkata benar. Kawan beliau yang menipu itu telah memohon maaf dan berjanji tidak akan kacau lagi.

    Dan kepada Hafiz, bapak jemput dia datang beraya di rumah. Dan kami menjadi kawan baik sejak itu lagi!! Hafiz kini graduan USM dalam jurusan Bahasa Inggeris.

    Kalau anda tak percaya, anda buleh add Hafiz kat Friendster dan tanya sama ada cerita saya ini betul atau tidak!! Ini URL page beliau :- http://profiles.friendster.com/30942368
  • Bapak saya seorang kreatif!! Kalau ada anugerah untuk BAPAK PALING LESTARI patut diberikan kepada beliau kerana beliau sangat kreatif terutama dalam hal-hal kitar semula. Dahulu kami tidak pernah membeli meja makan baru, meja TV baru, kerusi baru, bangku baru, gayung baru, sangkar burung baru, semuanya dibuat oleh bapak!! Memang dia pandai bertukang!!

  • Bapak ku seorang yang berbakat! Tidak keterlaluan kebanyakan dari bakat bapak turun pada aku. Bapak aku pandai menari. Dahulu masa muda-muda beliau wakil BELIA BAWEAN dalam pertandingan menari di Pulau Pinang. Beliau juga mempunyai suara yang sedap! Seperti aku juga!! Malah bapak seorang yang pandai bergaya dan sangat stylo walaupun sudah berusia! Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke atas nasik. Aku pun stylo kan? hahahahahah Puji diri sendiri.

  • Bapak saya mempunyai GREEN FINGERS. Apa saja yang ditanam oleh beliau pasti menjadi. Dan dimana sahaja beliau tinggal beliau pasti akan bercucuk tanam. Setiap petang dari jam 5 hingga 7 adalah masa untuk beliau berkebun. Antara pokok kegemaran beliau ialah bunga raya, betik, pisang, tebu, lidah buaya, dan sireh.

  • Bapak saya pandai berjimat. Orang lain jugak panggil beliau kedekut. Tapi aku tak sampai ati nak tulis beliau kedekut dalam blog ini. Tapi berkat jimat cermat beliau, walaupun kerja sebagai seorang pemandu Nestle. Beliau kini memiliki dua buah kereta TOYATA LASER, FORD LASER 82', Lori Pick Up untuk menjual Milo, dua buah rumah kampung, sebuah rumah flet dan juga berjaya membela 5 orang anak-anak yang kini telah pun berjaya dengan hidup masing-masing. Tak lah berjaya sangat, tapi kami semua dah hidup dan jadi manusia.
  • Bapak saya seorang pencinta setia!! Sampai sekarang ke mana beliau pergi, pasti akan membawa girlfriend beliau iaitu Kak Ede iaitu mak saya. Walaupun ramai gadis seperti Shanaz yang cuba memikat dari dulu sampai sekarang, tapi bapak saya setia bersama mak!! Walaupun mereka sering bergaduh manja.


    Tapi mereka masih CINTA KUAT. Ke mana saja bersama. Tak macam kebanyak lelaki lain, dah tua banyak duit mula gatai nak carik perempuan lain. Tapi bapak bukan macam tu. Sebab sifat jimat cermat beliau, beliau tau, perempuan muda semua hanya maukan duit beliau saja!!

Kami semua sayang kat bapak!! Walaupun bapak sangat bising dan suka memarah kami tanpa belas kasihan. Tetapi bapak dah berjaya mendidik kami untuk jadi manusia berguna dan berakhlak. Kami sayang bapak sampai bila-bila.

Untuk anda yang berminat untuk berkenalan dengan bapak saya, berkunjunglah ke Pasar Malam Kampung Melayu setiap Isnin, Pasar Malam Tanjung Tokong setiap Sabtu dan juga Pasar Malam Nusantara setiap Selasa dimana beliau akan berniaga Milo di waktu lapang.

ps/ Semoga lori Milo bapak mendapat kelulusan PUSPAKOM dengan segera.

18.10.08

Room Renovation 2008

Tidak lama dahulu, kita digemparkan dengan berita rumah saya yang dimasuki pencuri ketika kami keluar ke tempat kerja mencari rezeki.

Habis semua barang kemas ku dicuri oleh abang pencuri tersebut.

Pada malam aku membuat laporan polis, para abang polis telah masuk ke dalam bilik aku untuk mengambil gambar dan sebagainya.



Gambar-gambar yang sempat aku curi-curi ambil ketika pihak abang polis
membuat siasatan.


Aku agak segan kerana itulah kali pertama lelaki masuk ke dalam bilik aku. Dan yang paling memalukan, bilik aku yang tak best ini telah diambil gambar dan sebagainya.
Keesokannya, aku terus berkunjung ke kedai perabot 88 yang terletak di Gelugor.

Aku terus membeli set katil yang baru!! Katil, almari baju, almari solek, dan meja TV.



Aku juga turut bekerjasama dengan abang aku iaitu abang Budie untuk mengecat bilik aku. Pilihan warna ungu. Dan kami telah memilih 3 tona ungu lembut untuk menghiasi bilik ku. Kata Kak Ita, pakar aura dalam keluarga kami, beliau mengesahkan bahawa warna ungu sangat relaxing dan sangat bagus untuk wanita bekerjaya seperti ku. Ketenangan warna ungu akan meneutralaiskan rasa penat dan letih ku.


Apabila bilik ku berjaya disiapkan sebelum menjelang raya. Aku sungguh berasa lega. Walaupun aku tak dapat beraya dengan barang kemas ku seperti anak dara Penang yang lain. Namun, aku happy sebab bilik aku macam marveles!!

17.10.08

Kegunaan Telefon dalam hidup Jumie Samsudin



BOSS SAYA PANGGIL SAYA JUMIENET

Boss saya panggil JumieNet kerana bila bila masa sahaja beliau SMS saya. Saya akan membalas beserta jawapan yang tepat dengan pantas. Kami jugak mempunya beberapa siri SHORTFORMS yang sering kami gunakan dahulu dengan kerap sekali.

Contoh : J PCM (Jumie, please call me)

Boss saya jugak akan mati sekiranya saya tidak berhenfon dengan beliau. Saya mengSMS dengan BOSS saya setiap ketika. Segala permasalahan dan isu terkini, kami komunikasi melalui SMS.

Even ketika beliau bertemu seseorang di airport, beliau akan SMS saya dan tanya apakah nama orang itu. Kerana beliau ingat siapa orang itu, tetapi tidak mengingat nama beliau. Terkadang apa bila di dalam meeting, dan beliau ditanya oleh Dekan atau TNC tentang sesuatu perkara, beliau akan sms saya dengan pantas dan saya akan terus membalasnya. Dan beliau akan menjawab persoalan itu dengan penuh bangga seolah-olah beliau tahu semuanya.



LONG DISTANCE RELATIONSHIP (LDR)

Seperti yang kalian semua tahu, saya dan BF saya mengamalkan hubungan jarak jauh atau dalam bahasa Mat Salleh adalah Long Distance Relationship. Maka, handphone saja lah yang menjadi media perhubungan kami yang paling utama.

Antara kegunaan yang menjadi rutian harian kami ialah, etiap pagi pukul 9am. Saya akan menggerak beliau bangun tidor. Sekiranya beliau tidak bangun, saya akan call rakan-rakan serumah beliau. Panggilan pagi itu amat penting untuk memastikan mereka semua bangun dan ke tempat kerja di mana mereka selalu memulakan tugas seawal 11 pagi. Sejak beliau berkapel dengan saya, dikatakan mereka serumah bangun awal dan boleh relaks-relaks sementara menantikan arahan dari BOSS di pejabat AS-SALAM.

Di awal percintaan monyet kami, buleh dikatakan kami bertukar dari 300-400 mesej sehari. Tanpa henti. Makan, minum, berlahak, terkentut, semua benda hendak diceritakan. Tanpa henti. Tapi sekarang, boleh dikatakan dah tak ada topik lagi. So SMS apabila perlu sahaja.

Namun, handphone ini jugaklah yang menjadi satu-satunya penghubung kami berdua. Dia akan call aku setiap sejam dalam sehari. Ohh...sedihnya.

JENAMA HANDPHONE YANG DIPAKAI

Telefon saya tidaklah canggih. Motorola V3i yang merupakan dibeli secara second hand dari abang ipar saya dengan harga RM300 saja dua tahun yang lalu. Sekarang sudah dua tahun saya memakainya. Ada juga niat di hati untuk membeli handphone baru. Tetapi rezeki belum ada lagi.

Namun, saya berangan-angan untuk memiliki sebuah handphone yang mempunyai ciri-ciri PDA untuk merakam segala catatan tarikh tempahan mekap saya.

Telefon amat penting dalam hidup kita. Tanpa handphone susah lah segala.

Saya lebih suka SMS dari call. Tapi kalau nak gossip. Saya suka call.

Saya dulu selalu jugak MMS tetapi sekarang tidak lagi. Kerana GPRS saya tak berapa nak betul.

Sekian dahulu. Untuk Esah Jonet. Selamat membeli handphone baru. Nanti abang Awie Rusa akan kecewa.

PS/ UNTUK TEMPAHAN MEKAP CALL LA SAYA.

13.10.08

BALI HAI



Pada hujung minggu yang lepas, Shahril iaitu Boifreng saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke Pulau Pinang dalam siri lawatan Aidilfitri. Memang seronot sangat kali ini kerana kami berenam walaupun rushing sana-sini, tapi rasanya kali ini semua aktiviti kami berjalan dengan lancar berbanding dahulu-dahulu. (Contoh :- kena rushing dalam SS. Perlu!!)



Antara kunjungan dan aktiviti paling aku sukai dan tak akan lupakan ialah makan makan di BALI HAI.

BALI HAI ialah sebuah restoran seafood yang terkenal dengan kata-katanya IF IT SWIMS WE HAVE IT. Terletak di Persiaran Gurney, Penang. Along the seaside. Bahagian depan restoran ini dibina pondok pondok kecil ala Bali.



Petang itu ketika sedang mencuci rambut di Hair Impression. Aku sedang buntu memikirkan mana tempat seafood yang dekat dengan Hotel Malaysia tempat Boifreng ku dan kawan-kawan menginap, ada seafood yang best dan sedap dan tempat tu mestilah happening. Tapi kalau di tanya pada Wandi The Boss dia mesti akan jawab "Tak kisah la Jumie. Yang penting ada ketam. Aku nak carik Ketam."


"Kat mana nak carik ketam?"

"U pergi BALI HAI la" jawab Alvin. Mamat Ciner yang mencuci rambut Nonie.

Ha......................!!!!!! Aku dah lama teringin nak makan kat situ.



So malam itu, around 830pm. Aku datang menjemput mereka sekelian. Dan tak sampai 20 minit drive kami dah sampai ke BALI HAI.




Wandi the Boss mintak aku dan Ikin memulakan order. Aku ni mana la reti order seafood. Tapi lantak la. Yang penting nak Ketam.

Kat BALI HAI. Semua seafood fresh fresh belaka. Letak dalam aquarium. Ada yang di ikat dan di letak atas papan display dengan ketulan ais. Ada yang diimport. Ada yang local. Yang aku pelik, macam -macam binatang laut yang aku selalu tengok dalam National Geographic Channel ada dalam aquarium tu. Yang aku lebih pelik, aku duk tertanya "BOLEH MAKAN KE BINATANG NI SEMUA?"

Selepas diberi kesempatan bermesra dengan seekor ketam gergasi. Kami memilih beberapa binatang laut yang sudi kami makan.

Lobster!! Ketam gergasi!! Kupang!! Ikan warna grey ( aku tak tau ikan apa!!). Dan sejenis sayur macam kayang panjang tapi dia macam pendek sikit, tapi kurus kurus. Bedal jer la....


Masa makan time. Semua yang dari tadi tak abih-abih bergelak dan berseronot, mendiamkan diri dan menkonsenretkan diri pada makanan. PEWRGHHHHHHHHHHHHH.....ini menandakan makanan sangatlah sedap dan berguna untuk halwa perut.


Kami makan dan terus makan. Aku order air coke. So senang nak sendawa. Shahril amik teh ciner. Macam best gak. Kena teh payau pas makan seafood tu.



Tapi part last sekali baru LOBSTER masak cheese kami sampai. Pergh...memang sedap. Tapi macam mual dah pulak. Yelah bagus punya sental oriental food. Tiba tiba masuk western taste!! Shahril terus nak termuntah!

Di akhir sesi perkenalan bersama binatang binatang laut tersebut, akhirnya tibalah bil yang dinanti-nantikan. Korang teka berapa?

RM1065.00.

Takper..takper...WANDI THE BOSS belanja!! Dia memang nak belanja kami semua. Adik-adik tercinta!

Kepada anda yang berminat dan teringin nak makan seafood. Datanglah ke BALI HAI. Sangat happening. Luas dan selesa. Bersih. Dan yang paling penting. Ikan semua fresh dan SEDAP!
For more pictures during BALI HAI-ing, please log on to :- http://www.facebook.com/album.php?aid=56559&l=b5e85&id=731797131