9.8.08

Hikayat Seorang Mak Andam Part-Time

PERMULAAN MINAT

Aku memang minat mekap. Sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Minat aku semakin mendalam sejak aku kerja part time di Nani's Bridal House, Puncak Impian selepas habis SPM dulu. Aku bertugas sebagai penjahit manik sahaja, tapi sekali sekala aku curik-curik melihat Kak Nani mekap customer/pengantin. Dari situ datanglah segala minat yang semakin mendalam. Duit gaji aku, aku simpan sedikit-sedikit untuk beli barangan solekan. Dan aku gunakan wajah aku sendiri sebagai kanvas untuk berlatih bersolek.




This is me in red lipstick. I really love looking at myself wearing this colour!!



SOLEKAN PENGANTIN SEBAGAI SIDE INCOME

Sehingga kini aku masih lagi mengaplikasikan minat aku ni untuk menjana pendapatan sampingan. Tetapi aku hanya focus kepada tempahan dari teman-teman rapat dan juga ahli keluarga. Bukan aku tak mau komersialkan perkhidmatan aku ni, dulu aku pernah buat juga. Tapi sangat mengecewakan bila para pelanggan yang telefon expect harga yang langsung tak munasabah dari aku.


Sekarang ni, in market kalau tempahan mekap perkahwinan di kedai pengantin dalam RM180-200. Dan untuk mekap di rumah harga itu mungkin buleh naik ke RM250.


Pengantin ni nama dia Fauziah Faruk. Biras aku (Abang aku punya adik ipar). Paling mencabar nak buat mata dia. Sebab mata dia besar sangat.




Aku pernah berurusan dengan seorang pelanggan yang ingin bertanya harga khidmat solekan untuk majlis tunang adiknya.

"RM100 jer kak"


"Mahainya...nak tunang jaa..bukan nak menikah"

"Nak nikah ka, tunang ka, saya guna teknik yang sama. Cuma warna yang lebih lembut la kak..."


Kakak yang tidak mahu namanya disebut akhirnya end up tak amik pun tempahan dari aku. Katanya dia pernah amik tempahan mekap dengan seorang kak nyah dengan harga RM30. Aku tak tau la sama ada cerita itu tepat atau tidak. Tetapi, kalau betul pun ada dia pernah membayar hanya RM30 untuk mekap, pastinya make-up artist tu saja bagi harga sedekah dan lepas tu menyesal tak sudah sebab hail kerja tak balik modal.






Ini Puan Dilla. Rakan seopis aku...hehehehe. Lepas nikah, dia punya la peluk cium aku ucap terima kasih sebab semua orang kata dia LAWA. Rasa terharu sangat. Itulah bayaran paling best seorang kak andam nakkan!!


PENGANTIN BAIK vs PENGANTIN KEKWAT

Kalau nak bercakap pasal kerenah pengantin ni...wah wah wah.....tak cukup satu blog ni. Hahahah. Ini hanya aku yang buat kerja mekap part time. Tak tau la macam mana make-up artist yang memang buat duit penghidupan dengan memekapkan muka-muka orang yang dah nak kahwin ni. Selain kewajipan memiliki semua alatan mekap yang lengkap, ilmu solekan yang tinggi...tapi dia juga kena mempunyai communication skill yang baik malah kekuatan emosi yang tinggi.



Ini kawan baik aku!! Antara kawan baik aku yang menikah dulu. Aku diterbangkan oleh beliau ke Terengganu semata-mata nak mekap dia. Oh...bangganya!! Paling best bila masa kami tiba di masjid, semua orang dalam masjid tu yang sedang tunggu turn untuk nikah, berhenti dan toleh tengok Maznida. Sebab dia lawa sangat. huhuh...tengokla sapa yang mekap!!

Apabila mekap seseorang pastinya aku nak buat yang terbaik. Aku akan pastikan pengantin tu nak kan mekap yang macam mana, apakah warna pakaian yang hendak di pakai, dan yang paling penting aku perlu ada hubungan yang mesra dengan pengantin tu so that dia tak rasa kaku sangat dengan aku.


Antara benda yang paling aku tak suka ialah, pengantin kata muka dia mekap tebal sangat. Dan dia mintak aku kurangkan sikit bedak. Ampa(korang) ingat mekap kami ni macam pakai bedak baby ka? Nak mekap muka ampa nak bagi cantik ni, paling kurang tiga lapis, make up base, foundation, concealing, shading, compact powder, loose powder, bronzing, highlights....So bayangkan aku dah mekap habih....dengan mata, dengan pipi, dengan gincu...Tiba -tiba, ampa suruh aku hilangkan sikit bedak?


It's like, u had done menghias sebuah ruang tamu. Dengan permaidani, pasu bunga, perabot, mengecat, lampu hiasan...tiba tiba customer hang suruh hang tukar colour cat lain?

Itulah perbandingan paling relevan yang boleh aku bagi.

Selain itu, aku paling tensyen kalau aku dah mekap, datanglah, makcik pengantin, kakak sedara pengantin, kawan baik pengantin yang anak dara tua, dan macam-macam status lagi, yang datang dan complain suruh tukar warna lipstick, suruh pakai lipstick merah yang merah sampai kalau kereta lalu pun kereta tu nak berhenti.


Lebih mentensyenkan lagi apabila, tengah sedap sedap kita duk mekap, kakak sedara pengantin, sepupu, maklang, kak ipak belah abang sepupu, duk masuk keluar bilik pengantin dan sibuk tanya macam-macam. Pernah sekali tu, aku tengah mekap pengantin nak sanding lagi sejam, tiba-tiba kaak sepupu dia masuk dan bagitau


"Rose(bukan nama sebenar), nasik dah habih hang tau tak...orang takdak apa nak makan kat luak ni.."


APAKAH betul la kakak ni. Kalau la ini masalah dunia, takpayahla nak citer kat pengantin, dia ni nak naik pelamin. Yang hang nak risaukan dia buat apa?



Ini kawan aku Madihah yang bertunang baru-baru ini. Minah ni pun mula-mula macam tak selesa dengan mekap dia. Yelah, tak pernah mekap tebal. Tapi bila kami semua duk puji dia cun. Dia pun dah yakin. Terus dia tak mau berhenti posing! hahahahah



NASIHAT UNTUK PENGANTIN DAN SEKUTU-SEKUTUNYA

So untuk rakan-rakan yang dah nak menikah dan berkahwin pasni, ingatlah hampa nak kahwin kalau boleh sekali ja dalam hidup ni. Of couse, semua orang pun nak jadi yang paling cantik masa hari terindah itu juga. Tapi tanggungjawab untuk mendapat hasil yang terbaik ini bukan sahaja datang dari mak andam tu sendiri. Tetapi juga daripada anda juga.


Kalau boleh, berilah keselesaan kepada mak andam anda. Jangan minta kurangkan harga kalau itulah harga yang telah ditetapkan. Kalau nak carik yang lebih murah. Cuba terangkan dengan mak andam tu, actually you are under tight budget. Dan minta cadangan beliau bagaimana kalau anda nak dapatkan harga perkhidmatan yang lebih murah dari harga yang ditawarkan. Jangan berlagak macam buleh bayar berapa ribu pun, tapi dengan tak malunya duk minta murah tak tentu pasal. Lebih tak elok kalau dengan telusnya anda membuat komen kepada mak andam "Awat mahai sangat?" "Bedak apa yang pakai sampai mahai sangat?"


Keduanya, beri kebebasan kepada mak andam untuk membuat kerja beliau. Kalau boleh terangkan dahulu sehingga jelas, cara mekap yang diingini. Selepas itu, biarlah mak andam membuat kerja tanpa gangguan. Tak salah sekali sekala anda melihat hasil kerja mak andam, because kalau aku pun risau jugak, apalah yang diani duk conteng kat muka aku. Tapi yang penting, jangan duk buat pandai dengan mak andam macam hang tu pandai mekap sangat.


Kalau betui hang pandai mekap, ok...amikla barang aku, berus aku, hang mekap la sendiri. Tengok nak jadi ke tak?


Selain itu, kepada anda yang tak pernah mekap seumur hidup anda walaupun secalit lipgloss, its good hampa minta arrange dengan mak andam untuk pre-testing. Kalau aku, aku mintak harga setengah dari harga mekap betui. Kalau dapat mak andam yang baik, kadang-kdang depa buleh bagi free kat kita. Tapi tulah, kena built really strong relationships la dengan mak andam anda tu. Kepentingan anda membuat pre-testing ni ialah, supaya anda tak terkejut bila melihat perubahan kat muka anda tu.


Pernah aku dapat sorang customer ni, muka macam aku jaa...jawa tok tok. Tapi mintak aku mekap bagi muka dia macam NORJUMA. Meletop sungguh permintaan beliau. Bila tengok hasil yang diberikan tidak memuaskan impian beliau, dia buat muka dengan aku. Pergh....macam nak bagi penampar jer kat muka pengantin tu sambil berkata "sila kembali ke dunia asal."


Dan kepada rakan-rakan pengantin perempuan, saudara, sepupu, kakak dan sebagainya, kalau ada masalah kat kenduri tu, kalau buleh korang setella sesama korang. Tak perlula nak cerita dengan pengantin. Korang expect apa? Pengantin tu hayun tongkat sakti dan terus timbul 7 belanga nasik beriyani dari tanah?



Ini pula gambar aku mekap diri sendiri ketika hendak keluar menggedik-gedik bersama rakan ketika hujung minggu!!


HARAPAN AKU

Selain dari kerenah pelanggan yang tak menentu, aku juga mengakui ilmu solekan aku masih lagi cetek dan masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan pelajari. Aku tak pernah menghadiri mana-mana kursus solekan secara rasmi. Harapan aku, suatu hari, aku nak menambahkan ilmu solekan aku dan make sure aku ada kelengkapan seloken yang serba lengkap dan bermutu untuk memastikan aku dapat beri yang TERBAIK untuk para pelanggan.

Insya allah, bila dah bergelar isteri, aku betul-betul nak jadikan bidang solekan ini sebagai side income utama aku. Yolah, sekarang ni, aku focus kat nyanyian sahaja. Takkan bila dah kahwin nanti aku duk gedik nyanyi depan orang lagi. Itulah harapan dan niat aku. Semoga segalanya yang didoakan akan dirahmatiNya.


ps/ duk gaduh mekap orang...nanti aku kahwin sapa nak mekap?

14 comments:

  1. haha!! aku sangat suke nak bagi komen2 kalo bace blog2 orang nih...

    haha!! leh aa nanti aku nak kawen aku book ko siap2...ehehe...camne nak kawen...calon pun tarak...haha!!

    kalo kulit muke yg sedia licin cam aku nih pun kene pakai bedak berlapis2 gak ke? aritu membe aku tlg mekap aku untuk dinner fakulti...nipis je dier wat kat aku...tekejut beruk gak aku tgk muke aku sendirik...haha!!

    aku tak penah nak mekap sebenarnyer...tapi...aku pakai lipbalm gi kelas je pun ramai jgk tegur ingat aku pakai mekap...uhuhu...

    ReplyDelete
  2. jumie, terasa benar diri ini kekurangan dari segi kecantikan. aku kena sekolah grooming dgn hang selama 7 bulan. :) ---- athira

    ReplyDelete
  3. jumie...santeknyer kmu maake up...
    slalunye kmu amik berapa upah make up tuh???pandaila jumie..truskan usaha jumie 222...

    ReplyDelete
  4. aslinawati : Hang ni sangat bagus. Tak semestinya pakai mekap tebal hari-hari. At least make sure hang pakai apa yang basic untuk bagi muka cantik, and plus menjaga kesihatan kulit.

    Thira : Hang kena tunggu aku transfer p Putrajaya. Kita go shopping mekap together! Aku ajak ang semua.

    Kak Epi : Saya amik RM100 ke RM150. Terima kasih. Majulah mekap untuk negara.

    ReplyDelete
  5. uwahhh...terharu la jumie ingat name penuh aku lagik...lalala~~

    ReplyDelete
  6. wah... respek sama lu lah jumie..

    ingatkan pondan je pandai makeup pengantin... rupanyer masih ada wanita yg mampu tandingi dorang nih..

    alahai.. kalau pengantin itu ada tongkat sakti tak de lah dia nak susahkan ko swoh makeup2 ni... dia hayun je kat muka sendiri... pastu BERTUKAR!!..

    anyway.. suka bangat ngn this entry... maju la makeup untuk negara!!

    ReplyDelete
  7. Salam! hy Jumie..

    ill be having my kawin soon n what u said ttg org masuk n kacau kerja mak andam is really2 true. Dh banyak kali tengok, kekadang masa MA taruh lipstik pun diorang sibuk nak tanya itu ini....alahai...

    my plan - taknak kasi org masuk kecuali 2 3 urg harapan waktu mekap. selesai mekap okle.

    tq again for the post, selama ni i thought i sorang je rasa mcm tu..rupanya mak andam pun rasa tak selesa..hehehe...thank u!

    ReplyDelete
  8. Salam! hy Jumie..

    ill be having my kawin soon n what u said ttg org masuk n kacau kerja mak andam is really2 true. Dh banyak kali tengok, kekadang masa MA taruh lipstik pun diorang sibuk nak tanya itu ini....alahai...

    my plan - taknak kasi org masuk kecuali 2 3 urg harapan waktu mekap. selesai mekap okle.

    tq again for the post, selama ni i thought i sorang je rasa mcm tu..rupanya mak andam pun rasa tak selesa..hehehe...thank u!

    ReplyDelete
  9. Daniaa...thanks for reading. good luck for your wedding ok.

    ReplyDelete
  10. hello akk jumie..
    hri ni sy trgin plak nk bce blog akk.. kehkeh..
    sy tgk akk kt sanaz.. akk rpt ngn die kn.. hehe
    sgt syok bce blog akk nie..
    sgguh jujur vocabularynye.. wink wink..
    wlupn sy blum nk kawen agi..
    tp rsenye cm nak akk jd mak andam sy nnt.. ececeh.. :)
    sbbnye.. sy xthu nk mekap yg mcm mne sbb tunang sy xsuke mekap sy tbl sgt..
    sadis kan.. klu amek akk mst happening kan?
    sbb akak mst rock mcm sanaz.. hehe..
    so.. mulai hri ini.. sy akn trus menjadi pembaca blog akk.. sy add akk kt fb..
    good luck with 'mak andaming'!:)

    ReplyDelete
  11. 100 pon mahal ke ? kedekutnya mak cik tu . dia ingat mekap student u nak g dinner kot 30 ringgit .lol . sha mekap 120 . tu pun dah Alhamdulillah dapat murah . ade yang lagi mahal cekik . mak cik tu tak pernah jumpa kot .

    ReplyDelete
  12. Kalo nak booking utk MA available tak on 9 august ni di ipoh perak?

    ReplyDelete
  13. demand betul masing2. ahha. yg lain cantik, paling cantik yg mate besar tu, biras akak. yg tu cun. tp yg tudung hijau tu sy kurang gemar la. :D

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com