Hari Khamis yang sungguh memenatkan. Aku pulang ke rumah seperti kebiasaannya. Berehat dan mengambil masa-masa yang indah untuk mandi. Tiba-tiba Shahril (BF saya) SMS aku untuk bertanya tentang rantai emas Zhulian yang dia tinggalkan pada aku. Adakah aku telah bawa rantai itu untuk dicelop. Aku balas belum lagi.
Jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Aku pun dah siap nak masuk tidur. Hati terdetik untuk periksa kotak barang kemas aku yang aku letak pada meja hias di tepi katil. Sunnguh CUWAK bila aku sedari kotak barang kemas itu tiada di tempat yang aku letakkan. Lebih mencuwakkan apabila aku tanya Sue, adik aku, dia cakap dia tak ambil.
Lantas aku telefon mak. Mak pun cakap dia tak datang ke rumah kami, apatah lagi ambil kotak barang kemas aku.
Tiba-tiba Leya, teman serumah kami, memanggil aku dari luar, dia suruh aku tengok pintu atas rumah kami yang jarang kami gunakan, kecuali pada hari raya. Pintu itu tidak berkunci dan tidak tertutup rapat. Dengan ini sahlah bahawa rumah aku telah diceroboh masuk.
Aku terus masuk semula ke bilik dan mencari kamera CANON 460 warna silver kepunyaan ku yang aku simpan dalam beg denim kecil. Namun, aku tiada lagi kelihatan. Kaki aku terus lembik. Aku terus terlentok di tepi katil. Memang sah pencuri telah masuk ke bilik aku dan telah mengambil barangan yang berharga dan senang dia sembunyikan dan bawa lari.
Aku terus telefon mak dan abang Budie.
Around 1am, aku telah pergi membuat laporan di Balai Polis Kg. Baru.
Setelah laporan di keluarkan. Aku perlu bawa laporan ke Balai Polis Bandar Baru Air Itam untuk berjumpa dengan Inspektor yang bernama Ins. Zulfazli.
Sekali lagi laporan aku diteliti. Lebih banyak soalan yang dikemukakan. Antara barangan yang telah hilang adalah :
Rantai leher emas dan kalung jes
Gelang tangan emas
Sepasang subang emas dan batu jed
Dua pasang cincin emas
lain-lain barang kemas adalah emas Zhulian
Camera Canon
Dalam gambar ini kelihatan adalah gambar aku memakai rantai leher emas dengan loket jed yang telah hilang.
Ini pula gambar aku dengan kamera kesayangan aku!!
Kesemua kehilangan yang dilaporakan mencecah RM3000.00Pagi itu juga, tiga pegawai polis telah datang ke rumah untuk mengambil bukti-bukti kejadian. Bilik aku dimasuki oleh pegawai-pegawai tersebut. Gambar dan cat jari telah diambil. Kata mereka, kerja ini dibuat oleh MAT PIT. Dia hanya ambil barang yang mudah dia bawa lari dan sembunyikan.
Selepas selesai segala prosedur laporan. Pegawai pun beredar. Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak polis yang telah datang ke rumah. Abang Budie pun mohon mengundurkan diri. Bapak dan mak aku pun terus mahu sahaja pulang, kerana by 4 am mereka dah nak keluar beli ikan untuk meniaga kantin sekolah. Zam (BF adik aku) pun yang datang menjenguk, tanya aku nak makan ka tak? Sebab dia tau aku lapar dari tadi.
Mulanya aku memang nak makan sangat. Sebab lapar sangat. Tapi lepas polis dah balik, aku call Shahril. Aku menangis tersedu sedu kat cinta hati aku tu, at last aku cakap kat Zam takpala...aku tak jadi nak pi makan.
Zam pun mengundur diri.
Kami semua bersiap untuk tidur. Semua pintu rumah kami periksa dua tiga kali to make sure semua berkunci dengan betul. Kami semua ketakutan. Membayangkan rumah ini telah dimasuki pencuri semasa ketiadaan kami.
Tiba-tiba baru lima minit aku letak kepala di atas katil, tiba-tiba Sue menerima satu panggilan menyatakan ZAM telah mengalami kemalangan jalan raya di depan Sekolah Menengah Convent Green Lane.
Alangkah terkejutnya kami mendengar berita itu. Apatah lagi aku, yang terus dihimpit rasa bersalah kerana aku telah membatalkan niat untuk keluar makan bersama-sama.
Aku, Sue dan Leya terus ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang.
Zam telah dilanggar oleh kereta dari arah belakang. Tayar kereta itu telah pecah dan kehilangan kawalan. Seluar Zam koyak, muka bengkak, tulang pergelangan tangan kanan retak. Dia dimasukkan ke wad sakit. Sue perlu jaga dia di wad, aku dan Leya akhirnya tertidur di dalam kereta di ruang legar parkir hospital.
Kami pulang ke rumah lebih kurang jam 6.30 pagi apabila digerak oleh adik lelaki Zam yang datang ke kereta kami.
Esoknya, 1 Ogos 2008 aku dah flat sangat. Aku SMS dengan semua boss aku bahawa aku dah tak larat nak pergi kerja lagi. Aku masih sedih dan terkejut. Keadaan diri aku tak stabil.
Aku takkan lupakan malam itu.
whaaa...sume perkara jadik serentak ek...sabar la beb...ader hikmah tuh...mungkin petanda untuk bende2 yang menggembirakan dalam jangke mase terdekat...sape tau kan?
ReplyDeletewei syahdu nya.. aku sgt suka camera tuh sbb gambar dia cantik..
ReplyDeletejumi!!!! kena rompakk!!! sorry lambat baca!!! huhuhuh
ReplyDelete