Okay akak tak bubuh pun sangat cerita pasai kucing kat Facebook sebab orang-orang tua kata, jangan duk tunjuk sangat gambar anak kita kat orang nanti 'kena mata' anak kita nanti selalu sakit. Tambah pulak anak comei macam mak dia, silap hari bulan tak dan besaq mampuih teruih.
Tapi sebab lani anak kucing kami dah besaq dah, so akak nak share la dengan u olls. Kisahnya, akak dan En. Khafi memang dari dulu suka sangat-sangat bela kucing. Walaupun suami akak ni seorang penghidap penyakit asthma, tapi tetap gigih nak bela. Masa duduk rumah kampung dulu lain, kucing boleh masuk keluar rumah bebas dan takdak la terkurung dalam rumah sahaja.
Masa hari pertama bok balik rumah dari En Aizat, masa ni dia kotor lagi. Tak bagi mandi lagi, nak bagi mandi pun kesian dia kecik lagi u olls.
Ni Muhammad Hezriq Adi Putra, anak jiran yang selalu mai lepak di rumah kami. Masa ni Jaden kecik, dia berani la dukung buh tang riba tepuk bagi kucing tidur sambil nyanyi Selawat. HAHAHAH lawak wehs...tapi lani Jaden dah besaq nanti gigik Hezriq. Deni punya takut sampai tak mau mai rumah kami dah....😂😂😂😂
Lani kami dah pindah rumah sewa (rumah flat) di Taman Tun Sardon, so mula-mula tu memang rasa macam tak bolehlah nak bela kucing kan? Rumah kecik, pastu rumah tingkat atas, macam mana dengan tempat berak kucing tu, bulu-bulu dia, rumah tertutup. Kami pun tak bela la kucing.
Tapi pada bulan Mac 2018 yang lalu, En Aizat, my ex boss masa kat IMCC contacted us on Whatsapp. Dia kata, ada anak kucing baby baru lahir kena tinggal dengan mak dia. Baby kucing tu duk mengiau punya kuat tapi takdak sapa pun selamatkan dia. Mulanya En Aizat biarkan dulu anak kucing tu sebab takut kadang-kadang mak kucing ni, dia nak angkut anak dia sorang-sorang susah. So dia tinggal dulu anak sekoq ni, satgi dia mai amik lagi sekali.
Tapi En Aizat ni punya risau, by lunch time dia balik rumah lagi sekali and seperti yang dijangka, anak kucing tu duk ada lagi kat the same spot. Teruih En Aizat amik bubuh dalam kotak dan Whatsapp kat we olls...."Nak bela tak?"
Ni lepas dah seminggu, minum susu semua elok dan bagi mandi dah pakai ayaq suam.
Kami pun setuju dan pi amik kucing tu from En Aizat. Masa tu kucing ni ya Allah punyalah kecik lagi, kecik dari tapak tangan akak. Bulu tak banyak lagi, rasanya dia macam 1-2 minggu baru dilahirkan. En Aizat tolong belikan botol susu dan susu untuk baby cat. Kami pun mulalah membela dia. Bila bawak balik rumah, balut dia dengan baju lama yang bersih dan bagi dia tidur sebelah akak. Bila dia menangis, duk kena bangun bagi minum susu. Nohorom.....macam bela budak manusia pulak.
Ni gambar bagi minum susu pakai botol. Kepada yang tak tau, ampa kalau nak bela anak kucing terbiar macam ni, boleh beli botol dan susu baby kucing di kedai petshop. Jangan bagi minum susu segar atau susu lembu, sebab perut depa tak tahan. Susu kambing depa okay...tapi better pi petshop dan beli jenama formula susu yang baguih jangan beli murah-murah punya. Kesian kat kucing tu.
So bila dia dah start boleh makan solid food, instead of bagi makan Frieskies, En Khafi duk ajar dia makan apa tau? Nasi kandar!! Khafi balik kerja nanti beli nasi kandar satu bungkus, pastu nanti duk gaul sepinggan kecik untuk dia makan. Dia pun sampai jadi gian, bila kita balik bawak beg plastik, dia bauuuu ja dia tau dah tu ada nasi kandar, dia pun nanti mengiau macam apa ja!!
Tapi satu hari, dia start berak cirit dan muntah-muntah, kami pun cepat-cepat bawak dia pi klinik haiwan. Lepas cerita apa semua kat doktor, doktor tu kata, "You tak boleh bagi dia makan nasi dengan ayam sahaja. Kucing punya perut, dia kena makan protein yang warna merah macam ikan ataupun daging. Itu paling bagus. So dia kena tukar diet baru boleh sihat," HAHAHAHA maka mulai itu maka tamatlah diet nasi kandar Jaden.
Time ni sampai jadi kuruih lembik duduk termenung ja. Nasib baik Tok Icha dia tolong...
Tapi still lepas makan ubat yang doktor bagi, dia duk muntah-muntah dan tak lalu nak makan. Duduk rumah pun, nampak lembik, asyik termenung sahaja. Tak mau berlari-lari dan bermain rancak macam biasa. Nak buat macam mana? Kami duk mai risau dah. Akak pun pikiaq macam mana ka, teringat kat mak ayam sorang Kak Icha Ratu yang kebetulan duduk kat bawah sekali rumah akak. Sapa zornen Penang mesti akan kenai sapa Kak Icha tu, wanita besi yang gigih membela kucing. Haaaaa...yang suara sengau duk buat show tu semua tu. Dia la jiran akak sekarang.
I pun turun bawah dan mengadu la kata anak kami duk sakit macam mana semua. Kak Icha bagi aku satu petua yang sangat sempoi, dengan suara sengau kepit Kak Icha habaq "Jumie bagi dia minum ayaq nyioq, pastu amik ayaq nyioq tu...buh kat tangan...pastu baca selawat, basuh muka dan badan dia semua..."
Aku mula-mula nak gelak, tapi tak baik berdosa!!! Orang nak tolong kita, kita duk buat main-main. Aku pun punya tahan la...."Takpa ...Jumie tunggu, satgi Icha keluaq, Icha pi beli ayaq nyoq sekali bok mai pokok kucing." Haaaa sungguh lepas Maghrib Kak Icha pun mai la....dengan ayaq nyiok takdak gula dan pokok kucing. Pokok kucing tu kalau sapa tak tau boleh baca sini: Khasiat Pokok Kucing Galak
Alhamdulillah lepas amal petua Kak Icha, Jaden terus jadi sihat walafiat. Selamat duit bawak pi klinik kucing. Haram wehs hari tu bawak dia pi Hope (klinik Haiwan yang ala-ala first class juga kat Penang ni.....aku pi sana sebab dia ja bukak hari Ahad) kena sampai RM150. Babi betui macam bawak pi Lam Wah Ee...
Hagen Catit Magic Blue Jumbo Cat Litter Pan / Cat Toilet XL
Harga dia RM130.00 tapi dia selalu nanti ada diskaun sampai jadi RM70 lebih sahaja. Nak beli tengok link: https://goo.gl/ABbGZHHangpa boleh pi beli kat kedai haiwan ataupun boleh beli online sahaja (akak beli online ja u olls). Dan ada macam-macam jenama dan warna yang mana sesuai dengan bajet dan citarasa masing-masing. Tapi apa pun, sejak bagi solid food kat Jaden, start dari dulu dia memang akan berak dah kami terus beli dah benda ni kat dia.
Seterusnya untuk memastikan keadaan rumah bersih especially bau dan udara, sebab En Khafi adalah seorang asma ul husna....maka kami pun sewa penapis udara Coway. Yang tu akak takdak gambar. Tapi kami amik yang besar standard sewa RM90 sebulan tu. Dari hari first pasang, Jaden seronok duk bok masuk kepala kot lubang tengah tu.
Okay lah, itu sahaja aku nak share dengan hangpa pasai kucing kami. Memang best bela kucing, gelagat dia, ada la teman untuk kami dorang kat rumah. Walaupun lani dia dah 4 bulan dan mula menjadi seekor harimau, tengoklah tangan aku habis semua dia duk gigit!
Aksi Tidur Yang Pelbagai
Ni semua gambar dia tidur, terlentang, tergantung, peluk manja...macam-macam lagi. Dari dia kecik sampai dia besar.
Kena Bedung
Masa ni lebih kurang sebulan, dia tak tau duduk sengap, last sekali kami bedung dia dalam stokin. Dia pun duduk diam.
Duduk dalam Beg
Bila aku balik kerja, ini adalah kegemaran dia, masuk dalam handbag aku.
Manja Keteik
Dia tak suka tidur dengan aku sebab aku tidur malam, malam dia menjaga rumah, esok siang En Khafi ada rumah tidur siang, baru depa tidur sekali.
Qisya's Best Friend
Dari kecik sampai lani dah besar dia memang manja dengan Qisya cuma lani dia dah menjadi harimau tak boleh nak main naik-naik kerusi roda macam ni dengan Qisya. Qisya pun lani feeling nanti buat video call dengan kawan-kawan sekolah dia, naik atas rumah kami semata-mata nak tunjuk kucing dia. Bertuah betui...aku basuh berak, aku bagi makan...tapi hang kata kucing hang!
KELAKAR LA BACA...APAPUN BELA KUCING MEMANG TERHIBUR..SAYA SENDIRI ADA 5 EKOR...SEMUA ASAL KUCING JALANAN...JGN LUPA DAH BESAR (BETINA 5 BULAN KEATAS/JANTAN 7 BULAN KEATAS) NANTI "MANDUL/KASI" KAN YE :-)
ReplyDeleteThis is really a nice and informative, containing all information and also has a great impact on the new technology. Check it out here: https://catthink.com/
ReplyDelete