1.3.18

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ BBQ by Local Chef


Tukang-tukang bakaq semua pun muka terbakaq!

Hello u olls,

Sambung lagi cerita pasai Langkawi,  masa kami pi sana,  antara aktiviti yang group kami buat adalah berBBQ di tepi pantai.  Kami memang duduk tepi pantai dah....so haruslah kena buat BBQ.  So macam mana?  Kami order catering daripada seorang chef tempatan.

Kami order apa semua kat depa,  habaq bajet berapa-berapa...nenjiaaa....depa mai antar semua kat kami.  Alhamdulillah,  memang baguihlah depa laki bini yang buat catering BBQ untuk kami ni.  To be frank,  kami bayar RM300 untuk 10 orang makan,  tapi depa masak bok mai rasanya macam 20 orang makan!

Our BBQ Menu
Semua akak tunjuk kat bawah ni untuk RM300 sahaja.  Untuk Perapan BBQ kami order;  Perapan ayam,  Perapan daging kambing (black pepper),  Perapan udang,  Hot dogs & Daging burger.

Udang nala diperap elok.

Yang kiri tu kambing,  yang kanan tu perapan ayam.


click read more




Salad;  Green salads/tomato.

Side dishes;  Nasi goreng,  Bihun goreng,  Spaghetti carbonara,  French Fries (goreng siap) & Naget (goreng siap)

Spaghetti carbonara

Nasi goreng.

 
Bihun goreng dengan french fries.  Nugget aku lupa amik gambar!

Pastu air + ice cube depa bok mai kat kami!  Termasuk dengan sos-sos nak menyicah.  Kami nak buat apa bakar jer la....

Sesi membakar bermula.

Soih-soih yang disediakan.


In term of tempat bakar pulak,  pihak challet dah siap semua kat kami.  Tempat bakar,  arang,  kipas dan pinggan mangkuk nak bubuh makanan.

Kami message kat owner challet,  kami nak buat BBQ.  Balik-balik mandi air terjun,  semua ni dah ready depan challet kami.  Tempat bakar,  arang,  kipas,  tempat bubuh makanan + pinggan.


Kami pakai kerusi sandar ni buat bubuh makanan.

Abang-abang kita duk pelekat api.  Baju putih ni la kami punya Rizal,  penyanyi.


Ruang depan challet kami,  kerusi and meja semua ada.  Selesa la nak buat makan-makan.


So kalau hangpa mai Langkawi,  mai buat event kat tepi laut ka apa ka,  kalau hangpa nak buat BBQ,  akak amatlah rekemen hangpa order daripada depa dua husband and wife ni.  Depa takdak Facebook official tapi apa-apa boleh Whatsapp/Call depa nombor macam kat bawah ni.


Contact
Chef Nizam +60 17-577 0431
Mimi +60 12-542 9583


Pemandangan cantek ya Allah macam lukisan!


  

Apa pun,  memang feel la BBQ malam tu.  Especially time Maghrib,  kami pun duk start bakar-bakar,  langit jadi kaler oren.....sempoi wehs.  Macam lukisan punya cantek langit time tu.  Kami pun seharian dah penat sebab pi snorkeling la,  pi panjat naik air terjun la.....so malam ni,  nak kena makan puas-puas hilangkan penat.

Sambil2 tu juga,  kami mendengar Abang Rizal menyanyi kat kami menggunakan Youtube karaoke. Feewwwittt....kawan mat salleh kami Phoebe dan Lily punya syiok kat Rizal.  HAHAHAHA sampai nak ikut Rizal balik Penang tengok dia nyanyi kat Hardrock. Haaa....kawan kami Rizal ni memag penyanyi tau.  Kalau hangpa nak tengok nyanyian dia,  boleh tengok link ni:  "Senja Nan Merahlah Sangat"

Nah tengok gambar kami!





No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com