19.2.18

Ulasan AJL 32



Hello u olls semua,

Okay nak mengadu secara light-light sikit kat anak-anak ayam akak especially kat anak ayam bernama Hazel.  Dia tu dulu sebulan dua bulan sebelum AJL rajin duk peringat kita,  habaq tarikh apa semua,  pastu peringat suruh review lagu-lagu apa masuk finalis,  pastu duk ajaq kita buat party AJL apa semua bagai.  Tapi sejak memenjak dia jadi pegawai USM ni,  teruih dia lupa kat kita semua.  Last-last,  kita dah sampai Langkawi hari Jumaat,  9 Februari 2018 baru kita sedaq la kata,  11 Februari ni,  Ahad malam Senayan ada AJL.

Habeh kita ni tak tau la sapa masuk final,  tak tau sapa perform lagu apa semua,  last-last touch down Penang International Airport,  balik mandi,  tukar pakai uniform kelawar teruih turun pi rumah jiran nak tengok AJL.  Sebab apa? Sebab rumah kita TV pun takdak.  HAHAHAHAH.  Habeh bila pindah rumah baru,  kita laki bini tengok TV apa berita semua kot HP dan Ipad sahaja,  tak gaduh la nak beli TV kan? Habeh nak harap anak-anak ayam lain kesayangan semua lagi tak boleh pakai,  harap Hazelina Natasha lagila sengap teruih sibuk dengan tugas-tugas di kantor.

Tapi takpalah,  terima kasih kepada Aniza dan Qisya kerana menumpangkan Aunty Mok mai tengok AJL kat rumah hangpa.  So jom kita bacakan huraian dan ulasan AJL 32 oleh Jumie Samsudin!!


Tema
Tema AJL 32 tahun ini adalah "Fesyen dan Muzik".  Walaupun akak tak berapa nak nampak kacukan antara dua elemen ini dipentas AJL melainkan sumbangan Rizman Ruzaimi sebagai pereka piala AJL,  apa yang menyerlah daripada montaj dan iklan-iklan adalah "Muzik di Alaf Baru".  Siap dengan robot-robot apa semua bagai kan?




click read more





Pembukaan
Ramai yang meroyan di Twitter tak puas hati mengapa Stacy diberikan penghormatan sebagai artis pembuka tirai AJL 32.  For me...why not?  Kalau nak dikira daripada pertama kali dia diperkenalkan kepada pentas seni tanah air,  dia dah 10 tahun dah.  1 dekad kekal di pentas seni bukan satu tempoh yang boleh diperlekehkan,  dia sendiri pun dah beberapa kali layak masuk pentas AJL.

Persembahan Stacy malam tu agak semput maybe sebab pakai microphone ataupun sebab kena turun tangga.  Nyanyi turun tangga adalah hazab okay.  Pastu penampilan Ag Coco,  Edrie Hashim,  Waris dan DJ perempuan adalah gempak.  Akak suka persembahan pembukaan ni,  bertenaga dengan mainan lampu LED yang meriah bukan sahaja di seluruh pentas atas dan bawah,  malah kalau ampa tengok dalam TV seluruh dewan ada permainan lampu laser.

Tapi tahun lepas ampa dah buat pembukaan gempak,  tahun ni pun gempak,  bagi akak la kan.....kadang-kadang kita kena try dengan sesuatu yang damai yang relaks,  tak semestinya nak kena gempak bising-bising ja every year ka?



Pentas
Sangat suka pentas AJL kali ni! Boleh kata ini adalah pentas AJL yang paling meletops sekali sejak bertahun-tahun sekian lamanya.  Cuma sayangnya kat kat rumah TV3 takdak siaran HD,  kalau tak pasti lagi gempak tengok LED yang penuh seluruh pentas,  atas lantai,  belakang dan seluruh dewan.  Tahniah TV3 sebab berjaya cari sponsor meletops iaitu SAMSUNG!  Tula,  pemilihan sponsor juga amat penting.  Sebab kalau boleh kita kena win-win situation,  bukan nampak menang kat sponsor sahaja sampai objektif asal persembahan AJL langsung dikaburi dengan iklan-iklan yang mengarut.


Pengacara
SANGAT SUKA PENGACARA TAHUN INI iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar.  Aku tak tau pun Alif Satar ni seorang pengacara yang amat baik,  tidak terhegeh-hegeh dan sebutan dia sangat sedap.  Aku suka depa dorang punya entrance sebab Alif Satar memang seorang penyanyi yang baik.  Dua orang gabungan ini memang aku amat setuju,  cukup rasa cukup meriah.  Tak perlu emcee sampai 4 orang macam tahun lepas.

Pastu nak habaq sat kat hangpa semua,  aku sangat suka bila orang duk PM habaq kata Sherry Al Hadad macam akak! Yes....Sherry adalah wanita agam yang cantek dan bijak,  so kalau hangpa samakan aku dengan dia,  aku rasa sangat happy.  Akak boleh mengamok syaitan kalau hangpa samakan aku dengan E*** ataupun Kak **** ka lagi sorang tu!

Akak juga nak puji pakaian yang dipakai oleh Sherry Alhadad,  yang pertama dan kedua.  Bijak Sherry memilih busana pertama warna biru gelap malam oleh @tymfatimah dan busana kedua dari Rizalman!  Dua-dua baju cantek,  tak membuatkan orang sakit mata dengan benjolan-benjolan kita sebagai wanita plusize!

Seterusnya,  of course akak sangat suka pengacara tahun ini,  im sure semua orang pun setuju dengan pendapat akak iaitu kedua-dua pengacara betul-betul membuat skrip dengan baik.  Penyampaian bertenaga (tempo yang laju sederhana),  penuh isi (bercakap pasai latar belakang penyanyi yang membuat persembahan dan juga lagu-lagu yang bakal dinyanyikan dan sepanjang pengamatan akaklah...depa tak buat lawak LUCAH dan tidak mempersendakan saiz badan!  Cuma sekali ja Alif Satar buat lawak saiz badan itu pun lepas kena kutuk kau kau dengan Sherry sebab duk perli dia banyak kali kalah dalam AJL.




Preview Piala oleh Rizman Ruzaini
Satu pencapaian yang amat membanggakan buat dua pereka fesyen terkenal tanah air apabila diangkat sebagai pereka piala Anugerah Juara Lagu - Special Edition untuk tahun ini.  Tiga piala yang berbentuk treble clef didatangkan dalam tiga warna,  emas,  perak dan gangsa dengan permukaan berbijik-bijik.  Ketiga-tiga piala ini ditampilka oleh tiga orang model yang tiga orang supermodel Malaysia iaitu Aleeza Kasim,  Hartini dan Nasha Aziz.

Depa tiga orang tampil dengan pakaian yang dicipta khas oleh Rizman Ruzaini juga,  penampilan depa haruslah satu come back yang membuatkan semua orang berteriakan.  Cuma kalau nak komen,  memang nampak cat-walk depa tiga orang nampak sedikit canggung,  tak ikut rhythm ataupun mungkin tak cukup rehearsal.



A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on


A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on


A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on



#AJL32 | Syamel | Lebih Sempurna
Penyanyi: Syamel
Komposer: Syamel
Penulis Lirik: Syamel




Mula-mula dia bukak mulut,  aku macam WOW!  Suara power. Confident nyanyian dia. Baju pun kemas,  nampak yakin.  Latar belakang cantek. Laut yang bergelora gitu.  Emosi dia untuk nyanyian ini sangat kuat dan stable sampai hujung. Respek! Dah la lagu ni dia cipta sendiri!  Tapi to be honest,  lagu ni biasa ja.  Takdak tarikan apa,  lepas habis dia nyanyi...aku lupa terus dah lagu ni macam mana.





#AJL32 | Azmi Caliph Buskers | Sejati
Penyanyi:  Azmi Caliph Busker
Komposer:  Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik:  Faizal Tahir & Mike Chan

Ada jugak lakonan persembahan form 6 untuk AJL.  Tak syiok la sebab masa orang tu duk doa doa,  pastu ada orang gelak teriak kat penonton.  Tapi momentum tu maintain oleh pelakon tu,  baru penonton semua sengap.  Baguihlah dengan efek asap,  menunjukkan ketuhanan.  Nyanyian Azmi starting memang cantek. Rambut meletops ada zik zek semua.  Baguih la sebab dia lani lebih berpengalaman dari segi gaya sebab dah 3 kali masuk AJL. Lagu ni nada dia naik turun daripada paling tinggi kepada paling rendah....paling best sekali part akhir dia tarik tinggi tu.


Gila power la Azmi ni nyanyi lagu nasyid rock ni.  Gigi pun dah ada kan?  Sedap la kita memandang. Akak suka lagu ni especially part chorus.  Apa pun,  patutnya masa last tu,  nak bagi lagi gempak,  patutnya, tutup semua lampu atas pentas dan juga dalam dewan,  pastu bubuh spotlight satu ja kat pelakon baca doa tu masa dia jatuh atas sejadah!  Mesti lagi gempak berhantu kalau macam tu...







#AJL32 | Hazama The Penglipur Lara | Aku Yang Sebenar
Penyanyi:  Hazama & The Penglipurlara
Komposer:  Datuk M. Nasir
Penulis Lirik:  Ad Samad

Bini dia ka main piano?  Tajuk lagu ni adalah "Aku yang sebenar"...so baju depa semua macam robot atau hantu.  Baguih,  artificial intelligence campoq dengan apokalips zombie gitu.  Tapi pasaipa Hazama pakai legging. Kaki hang kuruih keding tak elok bila pakai legging dengan seluar pendek macam tu.  Kalau hang nak pakai macam ni kat padang takpa,  tapi not on the AJL stage.  Kalau kaki hang ada muscle takpa.





Bercakap pasai lagu ni,  lagu ni best...karya Datuk M. Nasir kot. Dia macam rock yang ala ala saspen mcm mana Imagine Dragons gitu.  Aku suka!  Persembahan Hazama kali ni paling energetic antara semua AJL yang dia pernah masuk before this.  Gilaaaaa....baru baguih sebab dia tak over-over lari atau berlakon dan selainnya. Dari awai sampai last,  dia maintain.  Aku duk ingat lagu ni akan menang!






#AJL32 | Wany Hasrita | Menahan Rindu
Penyanyi:  Wany Hasrita
Komposer:  Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik:  Gouffran & Ibnu
Lakonan jugak!  Skrip lakonan di awal persembahan ini "Bukan saya tak cuba,  saya dah cuba,  hati saya takdak apa untuk awak..." Ha laa laki hang gay!  Sapa suruh jatuh cinta dengan laki gay.  Memang la dia cuba sedaya seupaya macam mana pun dia tak akan boleh punya.

Wany Hasrita punya first look on camera macam sundel bolong dengan baju dan make up.  Im not saying in a bad way,  but in a good way.  Sundel bolong adalah hantu yang cantik.  Make up ini terlalu garang untuk wanita cantek macam dia.

Qisya kata macam perempuan drakula. Pastu mama Qisya kata,  kalau dia ada tanduk dia jadi Maleficent.  Lelaki yang berlakon dengan Wany Hasrita ni punya shading jatuh ke bawah...parang sangat.




And one more,  baju Wany pun tak cantek tak komplimen diri dia seorang wanita yang very the lembut-lembut.  Maybe dia nak look edgy tapi tak jadi. Dia nampak macam askar pakau dalam Alice in the Wonderland.





Actually lagu ini very the balada hati rakyat Malaysia yang penuh dengan kesenduan.  Tak tau pasaipa,  rentak bunyi macam ni kena dengan hati-hati kita,  jangan nak salahkan sapa-sapa sebab kalau kita dengar balik lagu-lagu asli zaman tok-tok kita,  semuanya lagu-lagu patah hati like Laksamana Mati Dibunuh,  Damak dan sebagainya...semua lagu-lagu sedih mendayu.

Lagu ni boleh menang sebab lagu ni popular kot dan disukai oleh ramai orang (sebab Jampi menang sebab populariti),  tapi Wany Hasrita gagal membawa mejik pada nyanyian dia.  Patutnya dia just relaks,  simpan tenaga pada nyanyian dan lepaskan melalui emosi.  Tapi sayangnya,  mungkin sebab tiada pengalaman nyanyi Wany very the flat malam tu.  Dari awal sampai last,  mendatar ja.  Takdak emosi yang akak terima dari nyanyian dia.






#AJL32 | Hael Husaini | Jampi
Penyanyi:  Hael Husaini
Komposer:  Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik:  Hael Husaini & Ezra Kong
Tahniah Hael Husaini sebab menggunakan sepenuhnya seni atas pentas.  Dengan lampu,  efek bayang-bayang dan paling smart sekali adalah paparan tangan kat belakang macam orang duk jampi.  Sangat bijak.  Aku suka perempuan macam ahli sihir duk main piano kat tepi.  Cuma satu ja kalau nak komplen,  ataupun mungkin depa sengaja nak buat macam ni sebab nak bagi nampak elemen mistik,  jampi jampi untuk ritual pemukauan di mana depa pakai lampu warna merah yang terlalu banyak.  Sampai baju depa semua daripada baju Hael,  baju penyanyi dan pemain musik lain atas pentas jadi warna merah.

Hael ni macam Sam kawan aku (bapak Arjuna),  mula-mula dia nyanyi okay.  Tapi nyanyian Hael ada flat kat tengah-tengah sebab aku rasa dia macam antara nak buat ala ala R&B atau rock? Dah hilang sikit dia punya control. Lagu ni sedap tapi arrangement utk malam ni tak best...tapi lagu ni tetap menang....respek.







#AJL32 | Salma | Akhirnya, Cinta
Penyanyi:  Salma Asis
Komposer:  Ajai
Penulis Lirik:  Slen

Pi keriau awai-awai mcm tu...tak best gila. Macam jerit. Pasaipa tak best?  Sebab dia punya nyanyi tarik-tarik tu tak kena dengan lagu asal ni.  Tak kena u olls.  Dah la ada berhenti sebab nak amik nafas.  Why not terus ja dengan lagu ni dari awal macam biasa sebab lagu ni sedap kot.  Very the bentuk lagu Ajai,  zaman-zaman Ajai duk buat lagu kat Kris Dayanti punya style.

Baju kertas timah. Bentuk apa ni?  Dari belakang baju dia nampak macam papan..dah la dalam dia seluar.  Walaupun suara Salma adalah mantap dan power (tak dinafikan),  tapi persembahan pentas tu macam tak kena.  Apa kesinambungan latar belakang mood musim luruh (warna oren),  tirai dan bayang-bayang baju timah dan tajuk lagu ni?  AKHIRNYA CINTA!



So amatlah penting sebagai seorang penyanyi,  hangpa kena betul-betul pikiaq,  apakah konsep hangpa nak bawak?  Mesej lagu ini? Jiwa yang nak diberikan kepada pendengar?  Pastu daripada situ barulah hangpa decide nak lampu warna,  baju colour apa,  make up macam mana?  Kalau dah kata hangpa takdak idea nak buat macam mana,  pi hire budak-budak UiTM yang keluaran seni,  depa taulah nak mereka lagu mana!  Semua tu penting kot! Bukan asal ada jaa...

Apa pun,  nyanyian Salma Asis memang power dan membuatkan aku rasa macam bangga sebab ini adalah barisan penyanyi tanah air dari era baru yang mempunyai vokal yang mantap.








#AJL32 | Dayang Nurfaizah | Separuh Mati Ku Bercinta
Penyanyi:  Dayang Nurfaizah
Komposer:  Ajai
Penulis Lirik:  Ajai
Lagu ni sangatlah sedap dan membuatkan akak sangatlah sedih ketika menonton persembahan ini.  Ini adalah majis yang hanya mampu dibawakan oleh penyanyi berpengalaman macam Dayang Nurfaizah.  Emosi yang dibawakan oleh beliau sangatlah mendayu-dayu, dengan paulan gendang dan gesekan biola.   Dayang berjaya menunjukkan perbezaan antara menjerit dan membawakan emosi dalam nyanyian.  Siriesly,  sapa sama-sama tak bernafas bila tengok Dayang menyanyi time ni sila angkat tangan?



Cuma apa yang membuatkan akak terkejut adalah penampilan Dayang malam itu,  sangatlah biasa dan macam tak mahu mencoba langsung.  Maybe dia sudah tahu,  dia tak akan menang tahun ini?









#AJL32 | Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta
Penyanyi:  Syamel & Ernie Zakri
Komposer:  Syamel
Penulis Lirik:  Syamel


Selepas lagu Lebih Sempurna,  lagu Aku Cinta merupakan lagu kedua hasil ciptaan dan lirik oleh Syamel yang berjaya ke pentas akhir AJL tahun ini.  Dahsyat mamat ni!  Sangat berbakat.  Dengan elemen istana Rom,  kedua-dua penyanyi turun dari tangga dengan jayanya.  Akak tak pernah dengar lagu ini malah sama macam you olls-u olls semua,  tak kenal siapa Ernie Zakri!  Bila depa start perform,  semua orang bising kat Tweet....SAPA ERNIE ni?  Menurut kawan akak,  Ernie ni adalah anak menakan kepada Ziana Zain dan memang seorang penyanyi opera klasikal terlatih.  Meletops.


Lagu ini maybe tak berapa nak lekat di hati akak (terlalu balada yang plain) tetapi nyanyian depa dorang gila babi memag best.  Aku dan Aniza beberapa kali punya duk jerit dengan eksaitednya sambil pegang-pegang dada setiap kali Ernie menyelitkan nyanyian dia dengan skill nyanyian opera klasikal.  Walaupun badan dia kecik molek dan kecik macam akak,  tapi gila suara dia power bak hiang.  Pada masa yang sama,  aku rasakan juga Syamel pun macam nak compete teruk dengan vokal Ernie hinggakan ada kalanya terdengar macam dia menjerit.  Tapi Ernie maintain through out the song,  dia bukan nak compete tapi to compliment his voice for the song.

Love baju yang dipakai oleh Ernie,  ciptaan @amaze_atelier.  Sangatlah berinspirasi gaun rekaan pereka dari Filipina iaitu Michael Cinco.  I also love her make up dan hair do!  Ernie ada taste!!






#AJL32 | Altimet | Amboi
Penyanyi:  Altimet
Komposer:  Navigator
Penulis Lirik:  Altimet


Ini adalah lagu yang aku paling suka dalam finalis AJL kali ini,  yes aku harap Altimet menang dengan lagu ini.  Why?  Sebab lagu hip hop,  adalah muzik kegemaran generasi terkini dan tak dinafikan lagu ini sangat catchy dan kekuatannya adalah terletak pada lirik lagu ini yang sangat mendalam.



Altimet masuk dengan pakaian pendekar,  menari sorang-sorang hingga datangnya kemunculan kupu-kupu malam.  Hahaha bukan kupu kupu betul tapi Nabila Huda yang buat cameo sebagai seorang nenek tua.  Akak suka juga dia punya montaj,  akak rasa Altimet satu-satunya artis malam ini yang betul-betul menggunakan hiasan grafik yang lebih komplek untuk persembahan beliau.  Dia buat ala-ala kartun pastu masukkan effek diri dia dan penari dikir barat untuk dipamerkan dalam skrin.  Very the animasi yang digunakan oleh Beyonce dalam persembahan pentas beliau.

Pastu part last,  Altimet masuk tengah penonton dan sama-sama menyanyikan lagu beliau,  very the moment Eminem dalam persembahan MTV Awards untuk lagu Slim Shady 18 tahun yang lalu!





#AJL32 | Ara Johari | Warkah Untukku
Penyanyi:  Ara Johari
Komposer:  Hang Nadim
Penulis Lirik:  Laq
Kerlass kak Tom kita membuat persembahan.  Walaupun pada malam itu dia mempunyai masalah sakit tekak,  tapi bagi akak dia telah membuatkan persembahan yang terbaik okay!!  Untuk pengetahuan u olls,  lagu ini adalah sangat tinggi.  Akak tak boleh nyanyi lagu ini tanpa tercirit sedikit.  So akak faham perasaan Ara apabila terpaksa menyanyikan lagu ini dengan keadaan dia yang sakit tekak.  Dia menggunakan teknik yang baik untuk membuatkan part tinggi tu jadi rock gitu!  Akak suka lagu ini sebab unik,  starting lagu dia terus masuk bridge.  Kalau aku kat tempat Ara,  of course aku dah telan 10 bijik Lithium pastu aku nanti nangeh dalam bilik sorang sorang,  tak boleh nak move on.  HAHAHA


Apa pun,  akak eksaited sebab ramai kak Less duk sokong beliau masa buat persembahan.  HAHAH kerlas.....Akak juga suka style rambut dan mekap dia. Maskulin gitu!  Pastu yes,  akak suka dia punya gimik cermin pecah pastu lampu semua tutup....pastu orang jerit "Ara....Ara..." baguih depa.  Suara pecah....cermin pecah.....




#AJL32 | Khai Bahar | Bayang
Penyanyi:  Khai Bahar
Komposer:  Harry Khalifah
Penulis Lirik:  Patrick Anohada

Persembahan lagu ni macam pun*** ja.  Sangatlah tema adik-adik kan?  Nak kata dia hot gila macam mana ka,  sampai hantu jantan dari kubur pun keluar terbang-terbang pastu mai cari dia!  Lagu ni sedap tau,  tapi sayangnya Khai Bahar gagal memberikan nyanyian yang sesedap nyanyian dia dalam SMULE.  Lepas kita tengok vokalis lain yang mantap sebelum ini,  tiba-tiba mai kat turn Khai Bahar,  momentum tu menurun.

Daripada part awal lagu ni,  masuk kat bridge,  masuk kat chorus...suara dia mendatar takdak power.  Bagi kat penyanyi karaoke lain lagi best.  Habis persembahan kat kubur Kristian ni,  pastu yang kedengaran hanyalah penyokong beliau dalam dewan.  Orang lain semua macam diam krik-krik ja.  Tak caya...ampa tengok balik video.






#AJL32 | Haqiem Rusli | Tergantung Sepi
Penyanyi:  Haqiem Rusli
Komposer:  Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik:  Gouffran & Ibnu


Starting aku ingat dia nak berlakon jugak,  aku dah get ready nak baling bantai kat Aniza!!  Sekali dia baca sajak.  HAHAH ala-ala drama la jugak kan?  Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa lagu ni tau.  Melodi dan lirik sangat aku suka.  Tapi sayangnya Haqiem gagal menghidupkan lagu ini.  Kalaulah Hafiz Suip yang nyanyi lagu ni,  pergh.....aku confirm lagu ni boleh menang malam ini.  Haqiem dari awal dah semput,  maybe sebab dia nervous,  dia gagal nak kawal emosi dia.  Pastu part last,  dia buat-buat macam menangeh macam mana ka.  Tapi dia menageh fake...bukan betui-betui.  Bila mai kena tarik tu semua,  Haqiem tidak mahu amik risiko.  Dia twist nyanyian yang sepatutnya kena tarik kau-kau dia buat bagi nada rendah.   Sapa perasan?


Persembahan selingan
Punya cantik kot belakang awat orang lain tak buat mcm ni?  (Kecuali Altimet) Disebabkan semua duk pakai lampu merah ja. Baguihla after all the lagu-lagu yang berat emosi dan telinga,  depa bagi persembahan lagu relaks,  santai pop yeah yeah.  Nothing to carut,  semua orang have fun.  Menari apa semua.  Sampai kakak pakai niqab pun menari juga.  HAHAH apa la kakak ni.





Prediction
Ramalan akak untuk yang akan menang AJL 32 kali ini adalah:
No 3 - Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta
No 2 - Hazama The Penglipur Lara | Aku Yang Sebenar
No 1 - Altimet | Amboi

Persembahan terbaik
Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta

Vocal terbaik
Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta


Pemenang
No 3 - Haqiem Rusli | Tergantung Sepi
No 2 - Azmi Caliph Buskers | Sejati
No 1 - Hael Husaini | Jampi

Persembahan terbaik
Altimet | Amboi

Vocal terbaik
Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta









Kesimpulan
Akak sangat berpuas hati dengan show AJL32 kali ini,  sangat tersusun,  simple,  takdak kontroversi bodo-bodo kecuali kakak niqab menari dan juga kemunculan Iqram Dinzli.  Akak juga berpuas hati dengan keputusan oleh pihak juri.  Secara kesimpulannya,  kepada orang yang sama generasi macam akak (lahir 80 an dan sebelumnya) sudah tiba masanya kita semua akur dan terima bahawa aliran lagu dan muzik masa kini sudah melepasi zaman kita.  Ya,  nada-nada balada dan nyanyian sendu kita tak dapat nak tepis sebab ini memang sebahagian daripada jiwa Melayu kita,  tapi pembawa lagu-lagu ini sudah diganti dengan pelapis yang baharu. Terimalah,  zaman Tok Ti,  Kak Ziana mahupun Misha Omar sudah berakhir.  Kalau yang masih ada pun,  yang masih gigih dan masih relevan adalah Dayang Nurfaizah.  Selainnya,  kita kena akur dan raikan bersama.

Gambar sumber:  Facebook.com/TV3MALAYSIA/,  Instagram &

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com