14.1.18

Red Carpet Fashion Review - Golden Globes 2018 Part I

Hello u olls,

Haa pada minggu lepas telah berlangsungnya 75th Golden Globes Awards 2018 di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Sangat menarik red carpet kali ini sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan selebriti yang mai majlis ini memakai serba hitam.  Haaa.....pasaipa?  Sebab menunjukkan solidariti terhadap mangsa-mangsa gangguan seksual yang baru-baru ini menggemparkan dunia Hollywood.  Pertama Harvey Weinstein,  dan seterusnya ramai lagi nama-nama lelaki yang diwarwarkan sebagai pemangsa kejam dalam kegiatan tidak bermaruah ini.  Akak pernah review pasai cerita tu kat sini,  hangpa boleh baca:  Lelaki Miang Gatai Gila Seks Macam Harvey Weinstein Masih Wujud - Let's Talk About Sexual Harassment!

Selain memakai warna hitam, depa telah join satu pergerakan baru diberi nama "Time's Up" ke arah agenda yang sama iaitu menghentikan jenayah moral ini.  Dah-dah-dah,  tak mau cakap banyak,  terima kasih kepada u olls-u olls yang duk tagged akak kat page FB Rizal Hakimm yang selalu duk share macam-macam info dan gambar kat Facebook dia.  By the way,  dia takpalah tulis kat Facebook ja,  takdak buat research apa-apa pun,  aku tak boleh nak post cepat macam dia.

Kita nanti belek banyak website,  buat bacaan dan rujukan daripada pengkritik fesyen lain,  rajin jugak bukak youtube dan tengok orang duk komen pasai fesyen redcarpet ni semua.  Oleh itu,  memang patutlah akak punya review akan lambat sikit ya.  Harap kalian tak marah.

Memandangkan kali ini semua orang pakai warna hitam,  so akak tak boleh nak susun baju-baju artis ni semua mengikut warna,  tetapi akak susun mengikut pereka fesyen.  

Apa yang penting,  takdak sapa pun pakai MARCHESA!  Hala....jenama tu adalah milik Georgina Chapman yang juga isteri kepada Harvey Weinstein.  Memang depa duk kata pun dulu,  Harvey Weinstein akan suruh pelakon-pelakon filem dia pakai baju yang bini dia buat.  Haaaa....tahun ni dan mungkin mulai tahun-tahun akan datang...takdak sapa pun pakai jenama Marchesa ni (walaupun bagi akak,   baju-baju Marchesa always meletops mewah lace-lace macam mana ka..)


Part I


Alberta Ferretti
Mary J Blige
Okaylah....mak ayam hip hop kenala ada bling bling kan?

Armani Prive
Laura Dern
Baju ni futuristic,  sesuai untuk orang badan elok macam dia.  Rambut dia buat kepok-kepok macam ni,  akak suka.


click read more



Jessica Chastain
Cantek pun mak ayam ni pakai warna hitam......dia selalu pakai warna pastel dan kaler kaler lembut macam mana ka.



Allison Williams
Kalau akak jadi hang,  akak tak pakai rantai tu.  Kalaupun Habib Jewels yang sponsor rantai hang,  aku mintak pakai gelang tangan meletops instead of rantai lehiaq.


Atelier Versace 

Oprah Winfrey
Persoalan akak adalah,  macam mana deni punya badan punya elok meletops macam ni?  Korset apa dia pakai!!!! Akak suka rambut dan yang paling penting akak suka lani dia selalu pakai spek mata frame hitam tebal macam ni.  Awatla mata aku tak rabun...aku pun nak pakai spek frame besaq macam ni!!


Saoirse Ronan
Saoirse antara artis yang meletops memakai busana rekaan Versace selain Kak Oprah dan Kak Angelina Jolie.  Macam mana nak sebut nama pompuan ni?  Bukan Sause okay....sebutan dia...SHASHA.  Ni ejaan orang Ireland...Ridhwan Shariff tau la dia Irish.  Deni cantek tau....pandai berlakon aku suka tengok dia sejak dia berlakon gambaq Lovely Bone.  Lani dia punya nama makin naik.



Angelina Jolie
Kak Jolie kalau pakai hitam teruih otomatik aku duk nampak macam Maleficent dah!



Ashi Studio Couture
Heidi Klum
First time aku suka apa dia pakai!  Kerlas kak Heidi....Dress keraih macam mana ka?




Brandon Maxwell
Viola Davis
Mak ayam ni memang tak sesuai pakai colour gelap,  dia kena pakai colour terang.  Tapi takpa....dia pakai warna ni untuk sokong solidariti.



Balenciaga

Salma Hayek
OMG aku suka dress ni.  Walaupun material dia jenis macam berkilat nampak macam swimming suit.  Macam mana depa potong kain supaya baju ni serlum elok masuk ikut bentuk badan dia.


Calvin Klein by Appointment

Sarah Paulson
Simple dan santai.  Okay la...tak mau nak carut sangat.


Millie Bobby Brown
Hello...u are 13 this year.  Awat duk gatai pakai baju macam orang-orang tua?  Seksi over....


Chanel

Alessandra Mastronardi
Nothing to carut.



Caitriona Balfe
Tak paham...yang puff kat dua tepi lengan tu apa? Chanel pun suka buat baju pelik pelik juga...mak tak paham.


Chloe

Isabelle Huppert
Mak ayam ni punya baju macam nak berlakon Star Wars.



Christian Siriano

Kelly Clarkson
Sama macam baju Mary J Blige,  Kak Kelly pun pilih untuk ada sleeve sebelah.  Akak suka dress ni,  kemas,  sesuai untuk wanita agam macam Kelly Clarkson.  Make up dan hair do pun kemas.   I love the pocket too.

America Ferrera
Pasaipa hang pakai jacket tu?



Christina Hendricks
Emma Watson pakai dress pants macam ni masa majlis anugerah yang sama tahun 2014.  Dress tu ciptaan Dior.  Yang ni adalah ciptaan orang lain,  tapi style yang sama.  Apa pun,  dengan memakai dress hitam,  teruih Christina Hendricks punya tetek nampak kecik macam manusia biasa.  



Debra Messing
Deni kira buat cheong sam dengan seluar la....



Christian Dior Couture


Natalie Portman
Natalie Portman yang kanan ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.  Dia punya baju macam dipinjam daripada pelakon teater yang nak pentaskan cerita Shakespear sahaja.  Dah la baldu.


Michelle Pfeiffer
What do you think of this look?  Akak rasa akak suka,  sopan.  Dia sebagai wanita berusia tau apa yang nice dan meletops untuk dia.

Elisabeth Moss
Hangpa zoom dekat-dekat,  tengok kot mana depa potong kain untuk buat dress ni?  Tak nampak line kan?  Gilaaa ni barulah couture!  Jangan tanya pasaipa baju ni mahai pasni.....


Sally Hawkins
Comel ja makcik ni pakai dress ni.  Apa pun,  aku suka tau deni pandai berlakon!  Terkini cerita lakonan dia,  Sea Monster bakal hit.  Tapi akak suka dia berlakon cerita Maudie,  pasai seorang pelukis.



Jessica Biel
Kerlas makcik ni pakai sopan macam tok tok Hollywood zaman 50 an.


Diane von Furstenberg


Madeline Brewer
Kerlas skirt depa ada fringe fringe....suka...seksi.




Dolce & Gabbana
Sarah Jessica Parker
Makcik ni always merapu kan?

Mariah Carey
Kerlas kak Mariah kuruih banyak....




Elie Saab
Lena Headey
Simple sangat dress ni....nampak macam casual dengan rambut dia yang santai.



Ashley Judd
Sorry mak tak jumpa satu pun gambar Ashley Judd sorang-sorang,  semua duk ada dia berkepit dengan mak ayam Salma Hayek.  Walaupun muka Ashley Judd dah kembung habis pecah lubang akibat daripada kosmetik surgery atau apa sahaja jenis filler ka apa semua yang Emi Kaz sahaja faham benda alah ni semua,  tapi mak rasa dia cantek dalam dress ni.  Ashley Judd juga salah seorang aktres yang berani tampil mendedahkan kisah dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh Harvey Weinstein.



Ermanno Scervino

Jamie Chung
Comels dress ni, nampak fun la.  Nothing to carut.



Giles Deacon


Gwendoline Christie
Tudia deni pakai baju ni berapa meter la nak buat baju dia....deni tinggi besaq tauuu!



Genny
Eva Longoria
Kalau dia tak pegang perut dia,  kita pun tak tau dia ni mengandung kan?  Dress ni simple,  potongan terbelah di depan menjadikan dia nampak seksi dan cleavage yang memanggil.  I like.




Giambattista Valli Couture

Kendall Jenner
SUKAAAAAAAAAAAAAAA dress ni.  Deni memang cantek macam mana ka kan?  And kasut tu......canteknya weh!



Givenchy Couture
Nicole Kidman
Nenjiaaa...deni pun muka kucing juga.  Teruk tau muka dia duk mai cekang macam mana ka....depa ni style duk buat macam-macam kat muka sebab nak stay young.  Tahun ni dia 50 tahun....tapi takpalah....baju ni still eloks.  Mak suka bahagian atas baju ni lace keraih-keraih macam mana ka.  Very the couture.


Jean Paul Gaultier

Naomi Campbell
Kak Noami punya standard looks la....takdak apa apa yang boleh dicarutkan.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com