26.12.17

Mee Tarik Warisan Asli, Queensbay Mall, Penang



Hello u olls,


Okay hari ini akak nak cerita dekat u olls pasai Mee Tarik Warisan Asli yang kini sudah membuka cawangannya di Queensbay Mall. Selama ni kalau u olls nak rasa Mee Tarik Warisan Asli, kena pi kat Mydin Mall, Seberang Prai. Soo berita baik kat orang Penang semua, sebab lani kat Penang island pun dah ada cawangan ni.


Akak ter-mai makan kat sini sebab kisahnya akak dan Mohd Azmi a.k.a Anak Ayam Marni telah merancang nak tengok filem Jibam, rupanya Jibam tayang kat Queensbay GSC sehari sekali ja pukul 3 petang, ehhh noks?? Habis kami yang kerja-kerja office ni macam mana? Dah kalau macam ni, tunggu Astro jer la u olls.


Mee Tarik Warisan Asli
Pandaila Melayu mana yang buat francais brand ni. Bawak mai orang China Muslim, pastu bukak kedai di seluruh Malaysia. Orang KL dan kawasan sewaktu dengannya dah rasa benda alah ni sejak tahun 2013 lagi, tapi kita kat Penang ni baru lani dah duk berasa.


Berkerumun la orang-orang semua mai makan. So basically, kepada u olls yang tak tau apa Mee Tarik Warisan Asli ni? Dia actually adalah makanan orang China, depa akan buat mee kita, pusing-pusing, baling-baling, daripada segumpal tepung akhirnya jadi mee, pastu ikutlah kita nak makan dengan sup ka, nak goreng ke, semua dia akan sediakan kepada kita. Kita dapat tengok depa Tarik mee kita secara live!!

Mee Tarik Warisan Asli cawangan Queensbay Mall,  sama aras dengan Soeul Garden.




click read more



Haa...baca dia punya sejarah.


Nah tengok gambar abang I duk buat mee.



Nah ini video dia duk buat mee u olls.





Cara Order?
Macam biasa, hang tengok kat menu, ada nombor, hang isi la tempat kosong kat borang yang diberikan. Ada macam-macam menu duk ada, mee dengan soup, mee dengan special soup, mee goreng, nasi dengan daging, kambing dan ayam goreng. Dan macam-macam jenis air.


Tapi yang lawak, kat sini takdak dessert ya. HAHAHAH. Aku kata kat Azmi "Nyah...sini takdak dessert ka?" Azmi kata..."Ni kedai China Muslim, dessert semua hang pi kedai Kristian...." HAHAH Sibat.





Mee,  Nasi dan Lain-lain
So apa pendapat akak tentang Mee Tarik Warisan Asli ni? Bagi akak yang mee Tarik style soup punya, rasanya memang ikut asli China mungkin style dia memang macam ni. Kuah tu, rasa daging, panas dan rasa pedas sikit. Itu sahaja. Dia bukan rasa macam soup Thai or Malaysian style, takdak rempah-rempah semua. Even soup Malaysian-Chinese pun aku rasa lebih flavourful daripada taste soup ni. Tapi mee dia memang sempoi, lembut, springy (kenyal) tapi panjang gila tak putus. HAHAH susah nak makan u olls.


Kalau ikut China style hang makan polok-polok masuk dalam mulut guna chopstick. Akak tak mampu buat macam tu sebab kita tak biasa makan panas macam tu kan? So akak akan gigit la sikit sikit mee tu.


So kalau ikut taste akak, akak lebih suka dia punya mee Tarik goreng. Yang ni memang dia masak style depa punya stir fry la kan? Kicap, manis, pedas sikit, lemak. Aku suka!


Kalau you olls tak mau makan mee, boleh makan dia punya set nasi + daging ataupun teruih beli dia punya daging goreng macam-macam duk ada. Sedap jugak yang nasik + daging / ayam / kambing tu. Hangpa tengok kat bawah nanti ada details.


Babao Tea
Satu lagi tarikan kat sini adalah dia punya Babao Tea. The tu dalam tu ada macam-macam bahan duk ada. Lain daripada Chinese tea yang kita selalu minum rasa pahit dan kelat kan? Yang ni depa bubuh gula krytal pastu macam-macam buah kat dalam tu like red dates, laici dan sebagainya, so rasalah manis-manis sikit.


Antara bahan-bahan yang terdapat dalam babao tea ni.






Harga
Harga dia lebih kurang RM10-RM30 sepinggan.  





Gambar
Okay dah, jom tengok gambar!

Kedai



Mee Soup with Braised Beef RM14.80
Haa yang ni la mee dengan soup daging yang bagi akak tak berapa best tu. Tak tau la maybe cawangan kat Queensbay ni yang tak best ataupun memang original taste dia lagu ni. Can't complain kalau ini adalah rasa sebenar yang asli.




Mee dia banyak,  dia punya dagig bentuk empat sagi.

Makan kak Zah,  jangan tak makan.



Daging Goreng 
Tak tau la tajuk sebenar dia apa...lupa nak catit. Sorry guys. Yang ni memang sedap. aku suka. Dia takdak kuah, rasa daging pastu sayur2 tu digoreng dengan kicap.



Nenjia Marni Azmi Ratu Growllr duk makan daging goreng.


Mee Tarik Goreng
Fried wet mee with sliced beef RM14.80.  Yang ni aku suka.  Memang sedap la goreng2 taste kita kan?  Mee tarik untuk goreng ni depa akan buat tebal sikit.  Ada cendawan apa semua.




Mee with Special Soup  RM13.80
Yang ni mee dia halus dan jadi kerinting macam maggi,  pastu dia bubuh special sauce kot ataih ala-ala spagethi la u olls.






Rice with Braised Chicken RM12.80
Sapa tak suka mee boleh try ni,  nasi dengan ayam.




 Rice with Ziran Mutton RM14.80
Haaa....ziran mutton pun ada.  Yang ni rasa daging kambing saja-saja.  Okay la...




Babao Tea  RM6.00 hot
Free refill.  Yang teh ni kalau ampa nak beli teh dia bawak balik pun boleh.  RM6 sepeket.




Nenjia model Babao Tea.

Marni Azmi yang beli,  pastu tertinggal dalam beg aku,  dia suruh aku telan dengan Khafi.


Condiments
Okay sebagai rakyat Malaysia,  kita dan kepedasan memang tak dapat dipisahkan.  Aku menyeru hangpa mintak cabai ni kalau mai makan kat sini.  Bubuh la dalam sup ka apa semua,  baru la rasa sikit.



Okay sekian sahaja akak punya review.  Harap u olss semua pi la try,  maybe for u olls,  benda ni kena dengan taste u olls.  Berapa bintang nak bagi?  Akak bagi 6/10.  Maybe sebab benda ni tak sesuai dengan tekak akak.


Mee Tarik Warisan Asli
Address:   LOT 3F -22 , 3rd Floor , Queensbay Mall , Persiaran Bayan Indah , Bayan Lepas,  11900 Penang, Malaysia
No tel:  011-6090 3240
Facebook:  https://www.facebook.com/meetarikwarisanasli/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com