Me and Parvin
Hello u olls,
Yang ni kira catatan diari campur dengan cerita jalan-jalan. Pada bulan Oktober yang lalu, uish dah lama dah, tapi baru nak keluar blog, seorang anak ayam akak yang disayangi bernama Parvin yang dulunya adalah pelajar USM tapi lani dia dah graduate dan balik bekerja dan menetap di hometown dia iaitu Johor Bahru. Dia mai Penang sempena konvokesyen kawan-kawan dia di USM, so dia habaq akak awai dia nak mai Penang, alhamdulillah ada calendar free. So kami pun berjumpa.
Pekena Bangwhich dan teh panas di Tea Kadai. Meletops. Hangpa nak tau lebih lanjut pasai Tea Kadai akak pernah tulis kat blog akak before this: Original "Chai" India di TeaKadai
click read more
Kami berjumpa di Tea Kadai, milik kawan akak Faez De Boss, pastu lepas tu kami jalan kaki ronda dalam Little India dan bermakan malam di Woodlands Vegetarian restaurants. Walaupun dah acapkali dengar nama Woodlands, tapi akak tak pernah mai sini. Pengalaman pertama kat sini memang best la, tempat ni dah la ada aircond, pastu makanan dia sedap!!! Lagi best adalah sebab Parvin boleh speaking Tamil (of course) dia duk order la sempoi apa semua.
Ini dia punya samosa.
Yang ni aku lupa tajuk dia apa. Tapi set ni menarik, dia bagi nasi briyani sikit, roti nan, pastu macam-macam jenis kuah kari yang semuanya pure vegetarian. Tapi amazingly sedap dan berasa!! Aku suka.
Ni depa punya teh. Dia bubuh dalam cawan steel macam ni pastu ada mangkuk kecik kot bawah. Fungsinya? Untuk bagi ayaq hang tu sejuk cepat, hang tarik la sendiri pakai cawan dan mangkuk kecik tu.
Tapi masa yang di-spend bersama Parvin malam tu memang sangat best sebab kami sama-sama share banyak benda. Sebagai seorang wanita dalam hidup Parvin yang ternyata sudah layak menggelarkan diri kepada dia makcik saudara, banyak benda jugalah yang aku boleh nampak perubahan pada diri beliau. Paling utama sekali adalah macam mana Parvin lani dah lebih open dengan masalah yang dia hadapi. Dulu budak ni, bukan sahaja masalah dia sendiri dia duk pikiaq, masalah orang lain pun dia duk sama khuatirkan. Aku selalu pesan "Parvin....jangan peningkan kepala hang dengan masalah orang boleh tak?" "Tapi Kak Jumie...saya care kat depa..."
At the end of the day, Parvin duk rasa sangat-sangat happy sebab kami dapat spend time bersama. Aku pun sangat happy u olls, berjalan-jalan macam ni. Santai. Aku kata kat dia "Aku tak kaya Parvin....aku takdak duit nak bagi kat hang. So aku bagi lah masa aku......harap hang sudi terima..."
Well itulah sahaja yang aku nak share dengan hangpa. Hargailah kawan kita... (isi tempat kosong).
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com