Hello u olls,
Tak kisahlah dah lambat seminggu ka, lambat 40 hari ka, habis pantang ka, janji aku nak buat jugak review ni. Aku tau, hangpa penonton setia akan tunggu ulasan daripada aku jugak kan. So aku telah menggagahkan diri stalk semua Instagram depa from Izara Aishah (which actually tak dak langsung pun post pasai dia kawen, maybe dia letak kat Insta personal dia....), Adib Khalid, Dato' Seri Siti Nurhaliza, Rizalman, Rizman Ruzaimi dan Shanell Harun. Haaaa pastu kita copy paste letak kat sini.
Izara Aishah ni memang cantek muka dia very the mahal. Spisyis anak mixed ni, Melayu Pakistan apa semua. Meletops lah. Kawan I, Kak Danny Manyara Sarafina, ibu ratu H&M pernah jumpa Izara Aishah dua kali kat H&M Penang. Katanya, Izara Aishah yang tegur kawan i sebab dia dua hari berturut-turut mai window shopping kat tempat ni. Suka la kita dengar orang-orang tak sombong ni. Duk sombong mombong ni semua dapat apa tak tau?
Tapi kita bukan nak cakap pasai dia ni artis tak kekwat apa semua, kita nak cakap pasai majlis perkahwinan Izara Aishah dan Adib Khalid yang boleh dikatakan high profile punya wedding sebab yalah mak tiri mentua dia sapa? Dato' Seri Siti Nurhaliza kot. Aku sukala tengok depa post gambar mak-mak depa dalam insta semua, semua mak mak, mak betul, mak tiri semua bergabung untuk majlis perkahwinan anak depa.
Okaylah jom kita tengok gambar-gambar yang akak kumpulkan untuk hangpa semua.
click read more
Malam berinai diadakan sebelum majlis bernikah. Untuk majlis ini, of course pengantin mengenakan busana ala-ala Hindustan. Lengga dress by Shanell Harun. Inspirasi dari filem Padmavati lakonan Deepika Padukone. Memang sesuaila Izara Aishah ni rupa very the Hindustani duk pakai dress lagu ni......ni muka-muka Boyan hidung bulat penyek macam mana ka duk feeling Hindustan tu apa? Memang tepat sekali la Izara memilih Shanell Harun sebagai pereka busana ala Hindustan ni sebab orang-orang Penang macam beliau sahaja layak dan betul-betul paham pasai gaya hat lagu ni!
Make up done celebrity make up artist, Syed Faizal Syed Noh.
Nikah
Majlis pernikahan diadakan di Damansara, sebuah lokasi tertutup pada 17 November 2017. Make up by Khir Khalid dan dekorasi disempurnakan oleh GlamWeddingsby Rizalman. Ternyata meletops. Sentuhan solek Khir Khalid very the subtle dan classy. Tapi yang paling menarik perhatian, of course rekaan Rizalman iaitu busana baju kurung klasik dengan veil inspirasi maharani kerajaan Moghul. Aku sangat suka. Satu fesyen statement yang hanya selebrity can pulled out. Hangpa pi follow insta Rizalman di mana dia akan post macam-macam rekaan busana dia yang mempunyai citarasa tersendiri.
Ibu pengantin perempuan mengenakan busana Shanell Harun
Dato' Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana by Qudyn Aziz
Sanding
Majlis persandingan diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada 18 November 2017. Dimeriahkan oleh Johan dan Ozlynn, pasangan suami isteri pelawak yang memang meletops. Rasanya dekorasi still by Glam Weddings, make up by Bosco Ryzarl & rekaan dress by Rizman Ruzaimi. Tapi dress ni, for me la................macam biasa ja. Sebab baju nikah dah va va vum kan, tiba-tiba mai kat dress majlis bersanding macam biasa ja. Pilihan warna pun for me macam boring dan too blend in dengan dekorasi. Ni aku punya pendapat nah.....jangan la nak mai carut aku pulak balik aku tau nanti peminat fanatik over-over semua nanti mai. Tapi apa pun, Izara and Adib still nampak kerlas elok. Sama-sama nampak muda dan cantik.
Jangan dilupakan baju si ibu mentua meletops, Dato' Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana by Qudyn Aziz manakala ibu pengantin perempuan mengenakan busana Shanell Harun. (For both occasion, nikah dan sanding, kedua ibu meletops menggunakan khidmat pereka yang sama).
Dato' Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana by Qudyn Aziz
Ibu pengantin perempuan mengenakan busana Shanell Harun
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com