Sapa duk cekak tangan tu? HAHAHAH Kakak Fadzli!
Tahun 2008, aku promote make up business melalui BLOG dan FRIENDSTER. Akulah make up artist Penang pertama yang iklan melalui laman sosial dan internet. Sebelum ini, MUA lain perlu masuk melalui kedai-kedai pengantin. Selok belok buat blog iklan make up service aku belajar dari satu MUA from KL yang aku kenal melalui alam maya sahaja, nama dia Nurin. Im not sure if she's still doing make up or what. Dah putus contact sebab dulu hubung dia melalui Yahoo Messenger sahaja.
Charge pertama untuk nikah RM80, sanding RM100. Pastu perlahan-lahan aku naikkan charge aku kepada RM100 dan RM120 satu session. Itu pun jenuh nak educate custome di negeri Pulau Pinang ini yang rata-rata nak semuanya 'buta'.
2009 aku berkenalan dengan mak ayam Baby Zarina. Dia banyak ajar aku pasai make up hinggalah cara nak urus business dengan customer. Jaga PR dan pentingnya ambil 50% deposit untuk secure the deal. "Kalau ambil RM50 deposit, anytime orang boleh cancel kita nyah...." pesan mak ayam. Dia juga bagi aku keyakinan untuk naikkan harga kepada RM350 satu session iaitu antara harga paling 'mahal' lah kunonnya kat Penang buat masa tu.
click read more
Paling aku suka about this work adalah kepuasan bagi orang jadi cantek dengan hasil kerja kita. And meeting a lot of new people! Kenai ramai kawan baru tau....nak meniaga make up ni bukan semata-mata feeling glamour bawak beg make up besi tarik masuk dalam rumah orang. Kena belajar sembang-sembang dengan pengantin sampailah ke makcik potong bawang kat dapur, barulah tengah duk make up, Mak Caq nanti masuk bilik pengantin dengan sedulang kuih muih dan kopi o!Masuk tahun 2015 aku pilih untuk berhenti dari kerjaya sampingan ini. Aku pilih untuk focus dengan kerjaya utama aku di USM yang aku cintai dan selebihnya aktiviti blogging dan teater aku buat mengikut kelapangan dan kebebasan diri.
2008 2009
2010 2011
2012 2013
2014 2015
Kalau bagi balik berus dan gincu, aku masih boleh contiang muka hangpa bagi elok. Sebab make up ni adalah skill, macam masak. Kuali dan bahan semua sama, tapi air tangan tu yang membezakan. Barang make up aku dahulu semua dah takdak. Aku bagi semuanya aku perturunkan kepada anak menakan aku Faezah dia pun lani MUA duk meletops. Dalam beg aku lani ada la benda-benda asas sahaja.
Tapi nak suruh aku start meniaga make up balik....oh noo noo noo. Allah tu dah tulis siap-siap, u can't have everything in this world. Jangan tamak.
Tapi hati kecik aku, bila tengok orang-orang duk make up cantek-cantek, tayang hasil tangan depa di Facebook, ingat aku tak teringin ka?
Dalam kenangan....Make Up by JUMIE SAMSUDIN. #muapenang#makeupbyjumiess
ampooonnnnnn...
ReplyDelete