16.10.17

Ulasan Filem Bisik Pada Langit



Assalamualaikum semua,

Dah lamaaa tak tengok filem Malaysia di wayang,  selama ni duk tengok bila keluar kat Astro sahaja.  Alhamdulillah bila dah duduk kat TTS ni ada gang-gang yang duduk dekat-dekat iaitu Marni Mazlina Marpiyah Mohd Azmi yang sudi mengangkut akak pergi dan balik siap tolong beli tiket online lagi.  Makanya pada Rabu lepaih,  akak dan Marni bersama rakan-rakan lain pun pergilah tonton filem arahan pengarah terkenal Malaysia Kabir Bhatia iaitu Bisik Pada Langit.

Ramai yang duk bagi review tinggi kat filem ini.  Safiyyah Osman pun sibuk duk suruh akak tengok juga.  Baiklah!  Akak tengok.  Sapa tak tengok lagi cerita ni,  SPOILER ALERT yaa....So ini adalah pendapat akak mengenai filem ini.


click read more



Sinopsis
Cerita ini mengisahkan sebuah keluarga Melayu yang tinggal di sebuah daerah di Johor.  Ada mak,  bapak,  dan tiga orang anak.  Dua lelaki dan seorang perempuan.  Bapa dalam filem ini lakonan Jalil Hamid adalah seorang yang sangat garang dan tegas,  tetapi kalau kat anak perempuan dia,  dia manja habis.  Apa sahaja yang diminta oleh anak perempuannya mesti dapat,  sehingga anak-anak lelaki lain rasa tersisih.  Anak lelaki sulong okay,  dia macam redha dengan segala ketetapan keluarganya,  tetapi anak lelaki bongsu menganggap ayah depa macam tak adil dan dalam banyak hal dia memberontak dan cakap benda-benda yang menyakitkan hati bapak dia.

Anak perempuan dalam cerita ini lakonan Ummi Nazeera diberi peluang untuk sambung belajar ke luar negara.  Semasa di penghujung tempoh pengajian di sana,  before dia balik Malaysia,  dia terlibat kemalangan jalan raya sehingga meninggal dunia.  Bermula dari saat berita anak perempuan ini kemalangan di Australia maka timbullah segala konflik dalam keluarga ini.  Bapak jadi stress sebab dia nak pi tengok anak dia kat Australia,  anak-anak lelaki pulak rasa macam keputusan bapak dia ni macam terlalu tergopoh gapah sebab pikiaq depa punya kemampuan kewangan tak berapa okay.  Sampai nak pi jual tanah kebun semua semata-mata nak dapat duit untuk beli tiket apa semua pi Australia.  Tambahan pulak,  si bapak ni tak berapa nak sihat,  cakap orang putih pun tak tau langsung.  Habis macam mana?

Konflik punya banyak la time ni,  sampai last sekali anak perempuan depa mati dan jenazah balik mai Malaysia.  Dikebumikan dan masa tulah baru semua orang nak insaf dan sedar kekhilafan masing-masing.   Habihhh itu ja cerita filem ni.  Simple sahaja.  Very the typical story keluarga Melayu yang mengamalkan adat resam dan budaya tradisional kita.  Like,  perempuan tak boleh bawak motor......

Takdak la cerita teruk-teruk sampai boleh menyakitkan kepala otak because orang kampung is very simple people. Jujur,  ikhlas dan penuh dengan santun dan kesopanannya.  Semua orang ada peranan yang depa kena mainkan dengan sederhana,  tak payah nak over-over dan bila ada konflik sebegini,  cepatlah depa settle.



Pendapat Akak Mengenai Cerita Ini
Okay kepada u olls semua yang puji cerita ni gila-gila please jangan kecam akak sekiranya pendapat akak ini mungkin tak sama dengan apa yang u olls fikirkan okay!  For me,  cerita ini kalau suruh bagi bintang akak bagi 6/10 sahaja.  Why?  Bila mula-mula akak baca sinopsis cerita ni akak terus macam OMG cerita ni cerita family ja,  tapi macam mana boleh buat jadi filem semua?  Bukan selalunya genre keluarga ni semua selalu dibuat drama TV sahaja ka?  So kalau masuk jadi filem mesti sebab dia punya skrip dan lakonan very the meletops.


Yes,  akak mengharap skrip filem ini very the punching to the heart dan slapping to the face.  Tapi sayangnya,  instead of sarat dengan skrip bahasa Melayu yang simple tetapi ayat makan dalam macam ayat-ayat dalam novel Mama Regina Ibrahim,  sayangnya akak disorotkan dengan scene ala-ala video klip iklan hari raya.  The-very-typical scene pemandangan, slow motion cinematography,  pastu duk tunjuk adegan-adegan pergerakan pelakon tanpa dialog, (AGAIN AND AGAIN).  So akak very the turn off okay.  Then in the middle of the show baru akak realized,  ehhhhhhh ini semua adalah gaya cliche Kabir Bhatia.  Patutlah!!!


Masa tengok wayang,  dari barisan hujung kerusi kami yang terdiri daripada Ash Mohamed,  Nadia Khoo,  Taufiq Noor dan Azmi....haram semuaaaaaaaaaaa duk nangeh teruk!!! Aku duk tegok depa jadi stress.  Tapi Azmi tak boleh tangkap feel nak nangeh sangat sebab aku duk kacau dia.  Nadia pulak,  baru duk feeling nangeh teruk sebab duk ingat kat Uncle Halim Khoo (bapak dia) pastu Taufik masuk style pelan nyanyi "Ayam...bermacam ayam...ada ayam kampung..."  HAHAHAHAHAH


Okay,  lack of GOOD and DEEP script membuatkan akak rasa macam turn off.  Cerita asal adalah oleh Saniboey Mohd Ismail dan ditulis bersama Maizura Mohd Ederis dan Sofia J. Rhyland dua orang penulis novel tersohor di Malaysia.


And now let me talk about lakonan,  Jalil Hamid memang best.  Let me just sing this song agai..."Ayam...bermacam ayam...ada ayam kampung..." ......  Lakonan Jalil Hamid memang best sebab simple,  tak over,  suara dia,  dengan riak muka original kampung people dan mata juling-juling itek sikit,  Jalil Hamid tak payah nak buat over-over untuk yakinkan kita semua dengan lakonan dia.
Depa kata semasa sesi penggambaran berlangsung,  Jalil Hamid sendiri kehilangan cucu dia.  Tapi dia still bagi full komitmen pada tugas yang diberikan iaitu sebagai seorang bapa,  orang-orang kampung,  garang dan tegas tapi sebenarnya dia pun macam confused dengan keputusan yang dia buat.


Dia tau,  dia sayang Hajar dan nak Hajar diberikan peluang belajar ke Australia,  tapi pada masa yang sama,  berulang kali dia duk cakap kat anak lelaki sulong dia yang pengorbanan itu akan memberikan keuntungan kepada seluruh keluarga sebab dia yakin Hajar akan kembali dan jaga seluruh keluarga depa.  Bukankah itu adalah satu contoh bahawa dia pun ada rasa bersalah sebab dia tak bagi peluang yang sama kepada anak-anak lain?


Tapi lakonan yang paling aku suka adalah Beto Kusyairy!  Shit mamat ni memang very the faham watak yang dia pegang.  Anak sulong memang selalunya,  pendiam,  tak banyak cakap.  Itulah Beto,  dia tau tugas dia sebagai anak sulong,  berkorban untuk keluarga dan dia buat dengan redha.  Scene dia risau dengan sikap bapak dia,  fed up bila bapak dia buat perangai,  bara bila bapak dia duk bising-bising dalam kereta,  walaupun tak banyak dialog tapi Beto dapat tunjukkan perasaan dia dengan jelas.


Hajar lakonan Ummi Nazeera....SORRYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY mak turn off dengan lakonan Umi Nazeerah dalam cerita ini.  Nombor satu,  mak tak paham deni nak jadi perempuan feeling manja-manja ka?  Ataupun nak jadi tomboyish sebab dia suka naik motor?  Setiap kali dia duk buat manja dengan bapak dia,  dengan abang dia,  dengan boyfriend dia especially masa dia kata "Awak pengecut ehhk??"  Wehssss teruih aku rasa macam cringing!  Macam meluatnya perempuan ni duk feeling-feeling cute.  Siries aku tak dapat watak yang disampaikan oleh Ummi Nazeera.


Pastu lagi satu,  okay sah-sah genre cerita ini adalah realism.  Bercakap tentang realiti kehidupan.  Tapi kalau betui realiti,  pasaipaaaaaaaaaaaaaaaaaaa takdak langsung scene "bersentuhan" antara anak dan bapak?  Kalau betui anak tu anak manja especially anak perempuan dengan bapak mesti ada adegan peluk wehs!  Sorry aku bukan pervert okay.  Aku rasa macam keperluan emosi aku untuk percaya yang depa dorang ni anak dan bapak yang real tak sampai sebab takdak langsung scene Umie peluk Jalil Hamid......paling kurang la...letakkan kepala atas bahu bapak!


Okay aku faham mungkin Ummi Nazeera adalah perempuan Islam-Islam yang nak berlakon ikut syariat,  tu yang sampai scene dia pi kutip botol dengan bapak dia kat tepi laut,  dia pakai stokin!  Wehssssssssssss pi laut pakai stokin ka???????????????????????????????????  Bukan stokin sukan,  tapi sheer socks yang perempuan selalu pakai colour kulit tu.  Haaa sebab tula aku tak menangeh langsung tengok cerita ni sebab aku tak dapat apa yang cuba disampaikan antara bapak dan anak ni.  Aku tengok movie secara details okay!


Paling tak boleh blah,  masa scene Hajar mai kat bapak dia bagitau keputusan SPM dia.  Bapak dia happy sebab anak dia dapat 12 A,  so bapak dia bagi dia rantai.  Hajar pun amiklah rantai tu.....tapi at least salam dan cium tangan bapak hang!!! Scene itu diakhiri Hajar secara 'berhati-hati' menerima rantai itu di atas tapak tangan dia,  pastu duk buat terkedu-kedu happy terharu which aku tak boleh nak terima langsung.   Lakonan bullshit apakah ini?


Pasaipa aku jadi lagi tak boleh nak percaya dengan lakonan bapak-anak ini? Sebab bila tengok scene mak dalam cerita ni pengsan,  awat Beto boleh peluk dan bantu mak dia daripada rebah? Macam nilah,  ekspresi seni adalah sesuatu yang bebas dan tidak boleh terikat dengan apa-apa.  Kalau hang nak berlakon,  tetapi hang tak boleh ekspreskan bakat lakonan hang sebab hang terikat dengan diri hang sebagai seorang wanita Muslim tak boleh nak sentuh lelaki lain yang bukan muhrim hang......so stop dan tak payah berlakon.  Hang buat lah kerja-kerja lain like blogger fesyen ataupun instagram artist only.


Punya pusing keliling panggung wayang nak cari poster Bisik Pada Langit.  Last sekali ada juga.  Kepada u olls semua orang Penang,  ada satu ja panggung wayang yang pasang cerita Bisik Pada Langit iaitu GSC di Sunway Carnival.  Kalau tak dan nak tengok,  ampa beli nanti kalau keluar kat Astro,  ampa beli la gambaq dia.


Dari atas kiri,  Ash,  Nadia,  Taufiq,  Azmi dan akak...Okay bye.



Bercakap pasai watak-watak lain, Naim Daniel sebagai adik bongsu.  Baguih juga dia berlakon tapi masih nampak macam tahap-tahap drama sekolah.  Mungkin dia baru lagi,  pelan-pelan nanti dia baguih la.  Dan Fadilah Mansor sebagai mak dalam cerita ni,  dia punya lakonan biasa laa...standard drama-drama TV Astro Ria.   Watak marka Ummie Nazeera kat Australia lakonan Erwin Dawson,  yang ni macam tak wujud pun takpa.  Mak rasa depa saja saja la amik satu pelakon sendu tapi muka ala-ala mat salleh sikit buat penyedap penonton Melayu yang dambakan marka muka mix gitu.


Okay sekian sahaja ulasan akak. Its still a good story tapi tahap-tahap drama TV sahaja bukanlah filem.  Sekian,  terima kasih.

4 comments:

  1. yes... setuju dgn sis Jumie, drama biasa ja... dah tgk kluaq kat online dah...
    apa pun mmg akak minat Beto, tk kisah la drama apa pun... org teater la katakan...

    ReplyDelete
  2. Bila puak liberal buat ulasan filem...

    ReplyDelete
  3. bagus la Ummi Nazeera tu pakai stokin, menutup aurat x kira dekat mana pun kita memang wajib tutup aurat kan. itu yg patut pelakon2 dekat Malaysia ni buat barulah berkat duit hasil lakonan tu.

    ReplyDelete
  4. "Kalau hang nak berlakon, tetapi hang tak boleh ekspreskan bakat lakonan hang sebab hang *terikat dengan diri hang sebagai seorang wanita Muslim* tak boleh nak sentuh lelaki lain yang bukan muhrim hang......so stop dan tak payah berlakon. Hang buat lah kerja-kerja lain like blogger fesyen ataupun instagram artist only."

    ?? Sungguh tak relevan dan agak bias. Filem Bisik Pada Langit mementingkan ciri-ciri melayu dan islam secara holistik. Mengejar dunia tapi akhirat tercicir, sekurang-kurangnya para pelakon menjaga syariat dan berusaha mengikut tuntutan Tuhan.

    Bangsa Melayu sekarang memang dah lupa dengan sikap-sikap murni Melayu lama. Hilang rasa malu sehingga terkinja-kinja mengikut budaya luar atas dasar KEBEBASAN.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com