4.10.17

Gaga: Five Foot Two Review


Baru-baru ini sebuah filem dokumentari seni kehidupan selebriti terkenal Lady Gaga diterbitkan oleh Netflix. So akak dah tengok pada satu hujung minggu yang damai. Rumah dah kemaih, makanan dah masak, hujan renyai, cuaca jadi sejuk dan dingin. Ala ala duduk kat London gitu. Akak pun bukak Netflix kat iPad dan tengok movie terbaru ni. WOW. Macam best jer.


Akak memang minat Lady Gaga walaupun dia punya fesyen merepek dan kelakuan dia pun agak pelik tapi siriesly, kalau disuruh susun penyanyi kesukaan akak, nombor satu, of course my cousin Beyonce, so the second one I would choose, Lady Gaga. Sebab akak sangat tertarik dengan wanita yang mempunya vocal yang kuat dan sedap. Lady Gaga adalah seorang vocalist yang mantap ya.  Ingat tak dia nyanyi lagu Sound of Music masa 87th Academy Awards?  Sembah ratu noks.


Sebab tu dalam sesi nyanyi nyanyi akak kat Smule dan rakaman Live di Facebook, akak sangat suka menyanyi lagu Lady Gaga. Lagu yang dia nyanyikan dan selalunya adalah lagu ciptaan dia sangatlah meletops.  Walaupun selalu kena carut dengan suami sendiri,  En Khafi akan kata "Awat hang duk nyanyi lagu yang sama ja?"


Okay dah mak nak cerita pasai dokumentari dia yang berjudul Five Foot Two ni. Actually dokumentari ini mengisahkan kehidupan seharian dia sebagai Stefani Joanne Angelina Germanotta.  Haa itulah nama penuh dia. Daripada pembikinan album terbaru iaitu Joanne hinggalah persembahan Half Time Superbowl tu.

click read more



Tahukah anda,  Lady Gaga pernah lalui masalah tekanan mental dan kini dia sedang bekerjasama dengan HRH Prince William tentang kesedaran mental?  Klik sini:  #oktosay



Noks, dokumentari ini diceritakan dengan begitu indah sekali. Kita dapat lihat dan kenal Lady Gaga secara dekat. Kita duk ingatkan dia sebagai persona Lady Gaga adalah perempuan yang kakaih, berani, lantang, gila dan kuat! Rupa-rupanya, sebagai diri dia sendiri iaitu Stefani, pompuan ni agak sendu-sendu u olls. Very emotional, banyak kali dia menangeh! Manja, penyayang dan sangatlah lembut.


Akak suka sangat dokumentari ni sampai 2 kali akak termenangeh u olls. Sebab dalam dokumentari ni dia tunjuk babak-babak macam mana dia cerita pasai lagu Joanne, pasai mendiang makcik dia yang dulu kena penyakit kusta pastu last sekali kena potong tangan dan mati. Dia bagi dengar lagu ni kat nenek dia.


Selain babak intimasi tu, dokumentari ni jugak tunjuk pasai pa sebenarnya dia sekarang dah tak mau nak dressing macam gila gila dulu pakai baju daging apa semua. Sebab dia kata, dulu dia muda, takdak confident, dia selalu rasa diri dia tak cantek dan tak meletops. So all those costumes adalah dia cuba sembunyikan diri dia yang sebenar.


Bila menjangkau usia 30 tahun, dia dah lalui macam-macam, sakit hati, kalah, menangeh, sedih. Semua tu membuatkan dia sudah membesar menjadi seorang wanita. Dan sebagai seorang wanita yang telah membesar, perlukah lagi dia berasa takut dan rasa macam terancam? Sebab tu dia tak perlu nak berselindung menjadi benda benda lain dalam kostum ciptaan dia.


Mak faham sangat apa yang lady Gaga lalui bila dulu aku punya blog boleh kata penuh dengan cacian melampau-lampau sampai kalau aku baca posting aku tahun 2009 dan sebelumnya mak rasa macam Ya Allah meluat noks duk benci semua benda buat apa? So ramailah pondan-pondan yang macam tak puas hati dan meluat sebab bagi depa masa tu, mak feeling woman fuh sekeping sampai tak perlu nak maki-maki orang dah. Feeling suci sebab dah bersuami.


But that’s not the case after all mak masih lagi mencarut, tetapi mak mencarut sebab perkara itu perlu dicarutkan dan bukannya mak carut kerana mak rasa mak nak u olls semua tepuk tangan gembira sebab mak mencarut. Ehhhhh noks! Mak bukan hang punya badut ya nak kena buat persembahan! Haaaa kan dah kena carut!


Sebab tu mak faham sangat apa perasaan si Stefani ni.


Satu lagi yang membuatkan mak rasa syahdu apabila pada hari persembahan dia untuk Half Time Superbowl, bekas tuning dia yang maha elok macam Tuhan Yunani iaitu Taylor Kinney telah menghantar sejambak bunga sebagai tanda kasih dan ucapan tahniah. Stefani menangeh masa tu, noks sedih noks. Mak pun nanges sama sebab mak faham perasaan depa.


Taylor Kinney and Lady Gaga.


Depa dah tunang dan sepatutnya kawen, tapi Stefani tak boleh nak lalui itu semua sebab dia tau dia dah berkahwin dengan seni yang dia cintai. Seni nyanyian, persembahan dan dunia hiburan yang bukan sahaja memerlukan badan dan nyawanya malah jiwa dia. Aku rasa Taylor Kinney jatuh cinta dengan Stefani dulu sebab dia kenal Stefani bukan wanita biasa, talented, baik hati dan seorang wanita yang sangat amazing. Tetapi, bila depa sama-sama faham apa sepatutnya Stefani patut buat sebagai lady gaga, sebab tu depa amik keputusan untuk berpisah secara elok.


Mak rasa depa saling mencintai tetapi nak buat macam mana…depa dilahirkan dalam dunia yang salah.


Dalam dokumentari ni jugak hangpa akan lihat macam mana pompuan ni dan seluruh team kerja dia bekerja kuat untuk pastikan setiap persembahan depa menyentuh jiwa setiap penonton, peminat atau bukan peminat. Dedikasi daripada producer album, pengurus pentas, personal assistant semua tu bukan feeling-feeling depa nak tunjuk kat orang yang depa tu pembantu LADY GAGA, depa buat for the art.


Dan yes, melalui dokumentari ini barulah mak sedar rupanya album Joanne sempena middle name Lady Gaga dan juga sempena nama mendiang makcik dia adalah sedap di dengar sebab dia ikhlas! Dia buat bukan semata nak ikut trend dan semata-mata nak buat for money, dia buat untuk seni.


Sekian sahaja ulasan daripada mak u olls semua especially all the ‘kakak-kakak’ dan gebois, hangpa wajib tengok dokumentari ini sebab dokumentari kisah Momma Monster kita.


Ps/ Sedang Lady Gaga menangeh teresak-esak tahan sakit badan sebab jadi body spasm sebab buat kerja kuat for performance, Fazura dan Fattah Amin buat birthday party Fattahzura. Kepala butoh.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com