Ini baru Breakfast Macam Raja.
Cerita dia macam ni, anak ayam akak iaitu Mijan saja la balik Penang rehat-rehat gitu. Dan dikesempatan balik Penang, dia pun jumpa balik dengan dia punya cikgu zaman-zaman aerobick dan sajalah buat jasa dengan mengajar slot zumba percuma kepada cikgu aerobik dia iaitu Kak Ros yang aktif membuat aktiviti Zumba di sekitar Penang. So, Mijan pun angkutlah I olls dan Yazid sekali pi zumba dengan dia.
Kami zumba di open garden tingkat atas SPICE Arena yang dulu kita kenali sebagai PISA. Wehsss...tergamam aku bila sampai kat tingkat atas SPICE Arena tu punyalah cantek, ada padang, ada struktur arca ala-ala macam duk ada kat negara Kazakhstan aku rasa. Memang meletops. Lepas Zumba, kami pun berjalan-jalan pusing atas tu memang cantek sekali. Sangat sesuai kalau u olls nak mai petang-petang buat aktiviti riadah macam berlari, pilates ataupun just lepak sembang-sembang. Cuma jangan buat kotor sahaja.
With Yazid and Mijan.
click read more
Tiga Jumizah.
Meletops tempat ni kan!
Lepas dah buang lemak zumba dua jam, kami pun balik nak cari makan breakfast. Aku duk sibuk menyembang kat seat belakang, depa kata "Mak ayam kita pi breakfast roti bakaq na?" Aku pun haa..haaa...setuju. Tiba-tiba kami naik jambatan Pulau Pinang. "Eh nok...kita nak pi mana?" "Kita nak pi makan roti teloq la...." "Halaa...tapi kat mana? Cross laut ni?" "Kat Kepala Batas...."
Haaa kisahnya, duk bising macam burung kuit kuit kot belakang tak sedar orang nak pi mana. So akhirnya kami pun sampai kat warung Arango Roti Bakar Arang yang terletak di Depan Telekom Kepala Batas. Depa ada cafe yang terletak di bertentangan pintu masuk hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Tapi kami mai kat depa punya cawangan yang dibuka pada waktu pagi.
Jumizah bila dapat makanan.
Orang nak amik gambaq dia duk buat malu-malu pulak.
Nenjia depa duk grill dah.
So kalau kita selama ni duk makan breakfast roti bakar, standardlah akan ada baked beans, telur, hotdog dan tambahan cheese. Tapi kat Arango akan ada set-set roti bakar dengan grilled meat, mutton, chicken dan macam-macam lagi bersama salad, coleslaw dan gravy lada hitam yang lazat.
Apa lagi yang best kat sini? Dia punya nasi lemak bungkus kecik-kecik. Memang sedap pastu dia ada bagi free flow air teh o ais. Amiklah berapa banyak nak.
Ini barulah betul-betul breakfast like a king. Harga, setiap set antara RM8 hingga RM21 lebih kurang.
Jom tengok gambar.
The Food
Ni akak punyala melampau set dengan kambing semua.
Ni Yazid punya, bantai dua bijik dengan hot dog kecik.
Ni Mijan punya, roti dengan hotdog besaq. Simbolik sangat.
Teloq meleleh...
Menu
Lokasi Warung:
Depan Telekom Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia · 013-200 3377
Facebook Page Cafe: Arango Roti Bakar Arang
Lokasi Cafe
Arango Cafe
7, Jalan Usahawan 7, Kompleks Perniagaan Kepala Batas
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Facebook Page: Arango Cafe
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com