Hello u olls,
Ujung tahun ni musim award show pun bermula. Akak akan buat macam-macam review awards ni semua sampailah tahun depan Academy Awards, pastu masuk sekali acara tahunan kita? Apa lagi kalau tak bukan, Victoria Secret Fashion Show sempena hari raya Krismas every year kan! Seronok kakak-kakak semua.
Baiklah, jom kita tengok apakah yang dipakai oleh para retis mat salleh sempena red carpet 69th Emmy Awards yang telah berlangsung pada minggu lepas di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
ps/ Akak susun ikut colour ya....
click read more
Cream Pink
Thandie Newton In Jason Wu
Daripada dia duk pakai baju yang nanti design pelik-pelik ada bentuk api la apa semua dulu dia duk pakai, akak suka pilihan ini. Walaupun pilihan selamat dan sedikit boring. Make up yang tak menyundal? Ini memang signature look dia. Tak boleh buat apa. Terimalah.
Padma Lakshmi in Christian Siriano
Kerlas mak ayam pemasak seksi ni. Potongan dress klasik dari CS. Nama Christian Siriano semakin naik sekarang. Tapi dia punya style tak berapa nak lari dengan style Zac Posen mak duk nampak. Biasalah, designer ponen-ponen ni, kes tiru mentiru ni biasalah sis. Terima sahaja. Walaupun dress ini cantek, tapi mak tak suka pilihan colour baju ni nampak murahan.
Kiernan Shipka in Miu Miu
Pilihan yang baik untuk anak muda.
Anika Noni Rose in Thai Nguyen Atelier
Sapa yang lupa kak nam ni, dialah salah seorang pompuan yang berlakon dengan sepupu akak Beyonce dan Jennifer Hudson dalam filem Dream Girls. Pilihan dress gaun kembang yang selamat. Pattern kat kain gaun nampak macam orang duk tontiang kan?
Yara Shahidi in Prada
Ampa ingat tak cerita Salt, yang masa Angelina Jolie lari daripada orang nak tangkap dia, dia pi masuk rumah jiran dia dan bagi dia punya kucing ka anjing ka bagi kat satu budak perempuan suruh jaga. Budak kecik tu deni la....haa dah besaq dah. Pilihan dress yang comel dan meletops. Walaupun Prada selalu dress dia mak tak berapa paham, tapi mak paham dress ni. Style rambut pun kelas......lani style rambut macam ni duk mai popular. Style rambut ini dipangil, "Rambut basah lepaih mandi lap dengan tuala sahaja".
Millie Bobby Brown In Calvin Klein By Appointment
Meletops tau Millie lani. Pandaiiiii dia bergaya!! Dah la cantek.
Jane Fonda In Brandon Maxwell
Kelas mak tok Ponda pakai dress pink teghang ni!! Takutla kita tengok.
Kristin Cavallari In Kaufmanfranco
Tetek kecik boleh la pakai dress macam ni. Tapi kan!!! Mak tengok secara mendalam, rupanya dress ni macam kemban kosong macam tu ja, rupanya daripada bahagian tetek sampai bahu, ada kain jarang nipis. So nampak macam dress kemban ni terletak elok laa...
Elisabeth Moss in Atelier Prabal Gurung
Sebab tu la dress ni ala-ala Michelle Obama sat, Prabal Gurung buat. Tapi walaupun bagaimana pun, akak tak suka colour ni kat dia. Nampak sangat dull.
Vanessa Kirby in Marchesa
Sekali lagi rambut style macam akak kata kat atas iaitu "Rambut basah lepaih mandi lap dengan tuala sahaja".
Alessandra Mastronardi in Chanel Couture
Standard dress Chanel, mak tak paham. Couture pulak kan....Kita ni pompuan biasa biasa, duk pakai baju kurung mak mentua sahaja mai kerja. Duk nampak dress bentuk macam lapik lemari TV ni kita tak berapa nak paham sat.
Blue and Purple
Rashida Jones in J. Mendel
Kemaih tengok Rashida Jones macam ni.
Felicity Huffman in Tony Ward Couture
Meletops kak Felicity. Potongan dress yang stunning! Nampak mahal.
Ellie Kemper in Jenny Packham
Tak tau la nak suka atau tak suka. Okaylah suka.
Reese Witherspoon in Stella McCartney
Straight answer, tak elok! Tak suka. Sebab macam pelik la pakai suit dress macam ni untuk Emmy Awards. Tapi make up and rambut ploless!
Kiri: Jessica Lange In Gucci
Kanan: Susan Sarandon In Zac Posen
Depa dorang berlakon drama bersiri Fued. Akak tak tengok lagi. Ramai duk kata best, nak kena tengoklah lepas ni. By the way, baju depa biasa la simple and nice untuk tok tok.
Hitam dan Putih
Uzo Aduba in Sally LaPointe
Baju ni nampak slimming tapi still tak cover tang lengan tu. Tetek selambaq ni tak cover juga.
Mandy Moore in Carolina Herrera
Comels dress ni.
Michelle Pfeiffer in Oscar de la Renta
Meletops mak ayam ni pilih dress singkat macam mana ka, nampak sangat fresh and young 20 tahun daripada usia sebenar.
Sofia Vergara in Mark Zunino
Kembali kepada gaya signature Sofia Vergara. Nothing to carut. Mak suka dia pakai macam ni. Bila dia cuba ubah lain lain rasa macam tak kena.
Louise Roe in ADEAM
Dress ni cantek tau sebenarnya. Walaupun dia mengandung, tapi still nampak elegen dan tidak memilih gaya selamat iaitu princess cut. Maybe sebab dia mengandung pun badan light-light ja, bukan membuyung seperti sesetengah ibu lain.
Tatiana Maslany in Reem Acra
Potongan klasik oleh Reem Acra yag akak suka.
Priyanka Chopra in Balmain
Pasaipa rekaan Balmain ni nampak macam rekaan Rizman Ruzaimi sahaja? Siriesly Balmain kan very the edgy macam mana ka tapi dress ni nampak macam biasa-biasa saja. Fitting pun macam lain. By the way, Priyanka Chopra dah beberapa kali bagi akak gagal di red carpet Hollywood. Dia macam masih tak tau lagi apakah dia punya gaya peribadi yang sesuai. Mak rasa dia kena tukar stylist mulai sekarang! (Itu pun kalau dia ada)
Jane Krakowski in Badgley Mischka
First time mak tengok deni pakai nampak macam meletops dan klass sikit. Dia selalu nampak macam pakai biasa biasa ja.
Gabrielle Union in Zuhair Murad
Walaupun dress nampak-nampak dalam ni orang dah tak berapa nak pakai dah, tapi sebab dia baru nak pakai, mak izinkan. By the way, cardigan ka apa ka cape macam tu? Ganggu dress ni.
Leslie Jones in Christian Siriano
Deni badan macam pahlawan ni!!
Laura Dern in Proenza Schouler
Terlalu santai dan nampak macam pi majlis biasa biasa ja. Padahal ni Emmy kot...
Samira Wiley & Lauren Morelli in Christian Siriano
Kerlas couple ni dua dua pakai CS. Tapi Samira Wiley nampak tak cantek la baju ni nampak besaq untuk dia dan rambut and subang nampak tenggelam. Maybe potongan ni macam tak berapa sesuai untuk orang badan tomboyish macam ni.
Mary Elizabeth Winstead in Armani Prive
Motip kepok sebelah macam baju clown sebalah lagi pi mana? Rambut pun macam tak kena dengan style ni. Rogi beli baju jenama mahai.
Allison Janney
Macam baju pengantin-pengantin la pulak.
Macam baju pengantin-pengantin la pulak.
Robin Wright
Aku suka style dia ni, rock, sempoi tapi meletops.
Aku suka style dia ni, rock, sempoi tapi meletops.
Evan Rachel Wood In Jeremy Scott for Moschino
Deni plak tak habis-habis duk pakai pant suit.
Jaimie Alexander in Naeem Khan
Okay laa...nothing tu carut.
Sandra Lee
Tak tau sapa buat baju dia. Deni celebrity chef, tak popular pun. Pakai baju apa ni tak tau diperbuat daripada kain meghelit nampak mor mor.
Tak tau sapa buat baju dia. Deni celebrity chef, tak popular pun. Pakai baju apa ni tak tau diperbuat daripada kain meghelit nampak mor mor.
Julianne Hough in Marchesa
Nice tapi bagi akak kalau dia make up dia over sikit macam colour terang-terang ka mak lagi suka. Style rambut macam bohsan.
Ajiona Alexus
Dia tak boleh decide nak pakai seluar ka skirt, so dia pakai dua dua.
Giuliana Rancic in MONSOORI
Rambut sedih, make up sedih, baju pun sedih. Kesimpulannya, mak sedih pasaipa kali ni dressing dia tak meletops. Deni selalu fesyen dia semua yang paling class kot.
Emmy Rossum in Zac Posen
Potongan Zac Posen yang meletops klasik. Suka.
Claire Foy in Oscar de la Renta
Queen Elizabeth ni macam duk pakai seluaq pulak. Deni dia punya pilihan fesyen mesti macam lain dari lain. Baguih la dia
Julie Bowen In Alberta Ferretti Couture
Nenjiaaaa dresss gamat duk mai dah. Lama dah tak tengok orang pakai ropol-ropol kelentit gamat duk mai kot tepi macam ni. Please please make this come back again. HAHAHAH
Hijau dan Kuning
Shailene Woodley In Ralph Lauren Collection
Aku suka personal style pompuan ni, sempoi dan rock. Tapi sometimes, macam boring jugak kalau pikiaq balik. Sebab dia pun kalau berlakon cerita apa pun, boleh nampak dia pun jenis budak budak selekeh dan sempoi. Cuba bersiap sikit buh bedak dan liptid terang sikit, mak nak tengok sat?
Natalia Dyer in Vera Wang
Baju ni elok tapi deni kena bagi gemok sikit.
Shannon Purser
Pelik aih bentuk baju ni tak tau nak kata macam mana.
Angela Sarafyan in Elizabeth Kennedy
Kerlas colour kuning ni lama tak nampak dah orang pakai. Mak suka. Potongan dress ni pun sangat cantek especially kat bahagian dada, pastu sleeve yang puffy pastu long down dress. Memang meletopslah. Nak tempah la macam ni satu untuk hari raya haji tahun depan.
Chrissy Metz
Tak tau sapa buat baju ni, pilihan lace yang meletops, ada tekstur tapi elok. Nak buat macam mana lagi? Dia memang dah gemok sangat dah pun, nak cover macam mana pun tak boleh dah. Janji dia nampak kemaih. Alhamdulillah dah tu.
Tak tau sapa buat baju ni, pilihan lace yang meletops, ada tekstur tapi elok. Nak buat macam mana lagi? Dia memang dah gemok sangat dah pun, nak cover macam mana pun tak boleh dah. Janji dia nampak kemaih. Alhamdulillah dah tu.
Kiri: Mackenzie Davis in Delpozo
Kanan: Gugu Mbatha-Raw in BOSS
Depa dorang ni personal style yang macam klass klasss tapi pelik sikit ni. Mak tak paham ni semua. Yang Mackenzie lagi sempoi, baju kaler hijau pokok pisang, kasut kaler biji remia macam mana ka. Tapi sat, depa dorang ni couple ka?
Jennifer Nettles in Pamella Roland
Baju ni macam nak masuk miss-miss.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com