Gambar Astro Awani.
Hello u olls,
Minggu lepas kita semua dikhabarkan dengan sebuah berita
yang amat-amatlah menyedihkan iaitu sebuah kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Kuala Lumpur hingga meragut nyawa berpuluh-puluh orang. Kalau tak salah, masa tu hari Khamis, we olls semua kat office duk ada dalam
meeting. Sambil meeting, akak duk bukak Ipad. Tiba-tiba banyak mesej notififikasi masuk melalui
apps Astro Awani, duk habaq kata ada ada
kes kebakaran yang meragut ramai nyawa di sebuah sekolah hafazan Quran. Tapi actually berita awal mengenai kejadian
kebakaran ni akak mula-mula dapat melalui sebuah Whatsapp Group yang akak
join, mesej yang dipanjangkan itu
menerangkan secara ringkas kes kebakaran yang baru terjadi, takdak gambar, takdak video apa-apa. So bila keluar berita melalui Astro
Awani, makanya kes ini dah memang sah
la.
Habis daripada meeting,
masa nak dekat masuk waktu rehat lunch time. Akak terus pakukan buntut akak ke kerusi computer
dan terus membelek-belek laman web internet dan membacakan berita-berita yang
dipaparkan mengenai kes kebakaran ini.
Dan disusul pula dengan berita-berita tidak rasmi melalui teman dan
saudara mara melalui Whatsap Group (whatsapp kan dah boleh baca melalui computer?
Hangpa dah pernah cuba?)
click read more
Paling menyayat hati sekali apabila aku tertengok….video
yang menunjukkan ketika api sedang marak membakar bahagian paling atas rumah
itu. Sapa yang tak tengok lagi, dan mempunyai hati yang tidak kuat, please do not watch it. Akak tengok video itu dan menyebabkan akak
jadi bodoh untuk beberapa jam seterusnya.
Video itu memaparkan keadaan yang masih gelap (rasanya
sebelum subuh) sebab kebakaran mula berlaku jam 5 pagi (lebih kurang). Bahagian atas rumah itu sedang terbakar, sebuah surau yang terletak di sebelah rumah
itu sedang melaungkan azan. Mengikut
amalan orang Islam, sekiranya berlaku
kebakaran, angin kencang ataupun rebut taufan
yang terlalu kuat dan menakutkan,
laungan azan dapat diperlahanakan,
angin yang kencang sedikit tenang.
Banyak bukti bukti yang kalian boleh cari dalam Youtube yang menunjukkan
keajaiban dan kekuasaan Allah.
Dalam luangan azan daripada surau itu, kalau u olls pay attention, I say if you listen to the video using
earphone, kita boleh dengar suara orang
menjerit dari dalam rumah itu. “Arhhhhhhhh….aaahhhhhh.” Itulah suara mangsa-mangsa yang sedang
dibakar hidup-hidup. Sejurus selepas
itu, ada bunyi benda-benda jatuh dari
dalam rumah. Mungkin perabot-perabot
yang jatuh dan pecah ataupun sebagainya.
Video itu membuatkan akak jadi bodoh beberapa jam. Bayangkan perasaan saksi-saksi yang berada di
tepi rumah tersebut. I think u olls
semua pun dah baca dengan lebih lanjut kisah ini dengan terperinci. Berapa orang yang menjadi mangsa, kenyataan daripada saksi-saksi dan
sebagainya. Tak perlu akak nak ulang
cerita itu di sini.
Dalam banyak-banyak kenyataan yang dikeluarkan daripada
orang politik, akak suka dua
kenyataan. Pertama daripada Tun Dr. Siti Hasmah
yang datang menziarah tempat kejadian,
dengan harapan untuk menemui waris-waris mangsa tetapi dia difahamkan
waris kebanyakannya sudah berada di hospital.
Jadi dalam temubual dia bersama pihak media, Tun Dr. Siti Hasmah menegaskan bahawa, perkara seperti ini kita tidak boleh
sebulat-bulatnya meletakkan kepada qada dan qadar. Aku sangat suka sekali bila dia kata “Allah
tak pernah mau benda benda yang buruk jadi kepada kita.” Beliau juga berpendapat, pengusaha pusat tahfiz perlu dikenakan
tindakan tegas kerana gagal untuk menyediakan tempat yang konsusif dan selamat
untuk para penghuni. Link ada kat bawah, aku share. pi baca.
Satu pendapat yang bagi aku memang betul sekali. Kita sebagai masyarakat yang memerhati tak
berani nak kata lebih-lebih berkenaan kes begini sebab kalau kita duk salahan
pihak sekolah, secara tak langsung kita ni macam nak attack agama kita sendiri
pulak? Sebab depa ni semua berselindung di sebalik cap-cap agama dan tuhan!
Mufti negeri Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga memberikan pendapat yang sama. Dia kata,
nak buka sekolah tahfiz tak cukup dengan hanya sebuah keikhlasan tetapi
seorang pengusaha perlu lebih daripada itu.
Maksudnya, dia nak pengusaha semua
lebih bertanggungjawab bukan sahaja untuk memberikan pendidikan yang sempurna
untuk para pelajar, tempat pembelajaran
yang selesa dan kondusif, malah juga
dari segi keselamatan para penghuninya.
Tapi kita ni sampai bila nak belajar daripada kesalahan
kita? Sampai bila kita akan terus takut
kerana like akak cakap kat atas, sesiapa
yang berani nak amik tindakan kepada pihak sekolah-sekolah agama ini akan
dianggap sebagai tidak cukup ISLAM,
liberal dan mencabar institusi ketuhanan.
"Kerja Allah"
Cerita sekolah-sekolah agama duk terbakar ni bukan dua tiga kali kita duk dengar, tetapi sejarah hitam seperti ini dah berulang-ulang sejak kejadian Pondok Pak Ya di Kedah sekitar tahun 80 an. Jangan salahkan mana-mana kerajaan yang memerintah ataupun, pihak pentadbir (badan kerajaan yang berkuat kuasa), sebab like aku cakap kat atas, kena ulang lagi, satgi kalau depa pi arah untuk tutup ataupun nak saman sekolah agama yang tidak beroperasi mengikut spesifikasi yang ditetapkan, kita akan dipersalahkan seolah-olah kita cuba menghalang “kerja Allah”. Sebenarnya kita semua ahli masyarakat kena ubah sikap kita. Macam mana dan bila kita nak berubah? Cerita kedai kopi…
Cerita sekolah-sekolah agama duk terbakar ni bukan dua tiga kali kita duk dengar, tetapi sejarah hitam seperti ini dah berulang-ulang sejak kejadian Pondok Pak Ya di Kedah sekitar tahun 80 an. Jangan salahkan mana-mana kerajaan yang memerintah ataupun, pihak pentadbir (badan kerajaan yang berkuat kuasa), sebab like aku cakap kat atas, kena ulang lagi, satgi kalau depa pi arah untuk tutup ataupun nak saman sekolah agama yang tidak beroperasi mengikut spesifikasi yang ditetapkan, kita akan dipersalahkan seolah-olah kita cuba menghalang “kerja Allah”. Sebenarnya kita semua ahli masyarakat kena ubah sikap kita. Macam mana dan bila kita nak berubah? Cerita kedai kopi…
Little Monster
Sehari lepas kejadian,
kawan baik akak, saja nak sebut
nama dia kat blog ni sebab dia suka tumpang glamer nama dia Fansuri. Dia the first one yang mai habaq kat
akak, kata….ada unsur-unsur khianat pada
kes yang berlaku di sekolah tahfiz tu.
Tapi akak macam skeptikel malas nak amik port apa dia kata
sebab akak tau deni macam bodo-bodo sikit kadang-kadang. Suka baca news yang tak dapat disahihkan
dalam whatsapp dan tanpa usul periksa dia akan percaya berita tu macam dapat
agama baru. HAHAHA. Tapi nenjia,
hari ini pada hari Ahad, berita
bahawa punca kebakaran itu sebenarnya berlaku kerana ada budak-budak daripada
taman berdekatan yang bergaduh mulut dengan pelajar sekolah agama ini telah
memulakan kebakaran itu.
Melalui satu mesej whatsapp group akak yang akak
terima, cerita dia lebih kurang macam
ni. Budak-budak lelaki yang berumur
antara darjah 5 hingga 18 tahun ni, depa
duk bara lah kat budak budak sekolah tahfiz ni.
So malam tu depa berkumpul kat sebuah kedai tomyam untuk discuss tentang modus operandi depa.
Esok pagi seawal 4 pagi,
depa berkumpul di padang di belakang sekolah tahfiz tu. Sorang bawak minyak petrol yang depa
beli, bubuh dalam botol mineral sahaja. Pastu,
dua ekoq lagi pi pecah masuk sebuah pejabat berdekatan dengan sekolah, dan curi dua tong gas. Seterusnya,
depa pun masuk kawasan sekolah. Depa
pecah masuk tingkat dua dan curi tilam.
Tilam tu depa sandarkan pada pintu utama masuk ke tingkat 3 (tingkat ni
yang terbakar hangus). Tong gas diletakkan
di depan tilam, ditidurkan. Dan gas
dibebaskan dari tong dengan menyucuk pili tong itu dengan lidi. Pastu dia corak petroleum dari tilam hingga
ke tangga bawah, lalu depa bakar petrol
tu yang menyambar naik ke atas.
PATUTLAH PARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ TAK BOLEH NAK LARI
KELUAR SEBAB PUNCA KEBAKARAN YANG PALING MARAK ADALAH DI PINTU DAN TAK BOLEH
KELUAR KOT TINGKAP SEBAB TINGKAP SEMUA GRILL MATI. DAN PADA KAWASAN BERDEKATAN, TAKDAK PILI BOMBA ATAUPUN PEMADAM API
(mungkin ada ……..tak tau la……)
Okaylah, habis dah
cerita ni. Aku akan tunggu berita-berita
selanjutnya mengenai apa yang bakal jadi kepada budak-budak yang menyebabkan
kes ini berlaku. Kalau diberikan
kesempatan, aku teringin nak pi
interview budak-budak ni, nak sembang
apa yang berlaku dalam hidup depa sampai depa takdak pedoman langsung untuk
buat kes yang besar celaka macam ini.
Sama juga macam kes pembunuhan budak lelaki nama Naveen kat Penang
dulu, kawan-kawan yang lebih kurang umur
sama dengan kes ini, depa buli Naveen
sampai menyebabkan kematian.
Dapat interview depa ni semua, mau buat satu buku, bagi semua baca! Kisah daripada sudut mata penjenayah ni
sangat penting untuk kita fahami dan pelajari kat mana kita sebagai ahli
masyarakat dah buat salah sampai kita boleh lahirkan “monster” macam depa-depa ni.
Jumie, aku setuju kena interview budak2 ni.. sama macam budak UPNM yang mati kena serika tu..
ReplyDeleteAssalam Jumi, just nak bagitau. husband saya mengajar kat sekolah berdekatan tahfiz. anak murid dia yang nama fatimah anak kepada naib pengetua situ yang ada kat Mekah. Fatimah tetap amik UPSR pagi tuh lepas dijemput guru. just to clarify yang bangunan tuh husband dah tengok elok. grill tak mati. ada kunci. tapi mungkin kunci tiada dalam bilik tuh. n ada tangga kecemasan cuma belah lain. saya pun memula skeptikal tentang keselamatan tp SOP bangunan yang basic memang dah ada sebab itu bangunan sementara. bangunan asal tgh renovate. n ini perbuatan jenayah terancang. memang tak boleh nak selamat kalau dah pintu pun depan sendal spanar. Allahu. saya pun murung dengan suami sama nangis. kawasan sekitar situ berbau wangi. inshaaAllah syurga tempat anak2 dan guru mereka ini.
ReplyDeleteJumie, pernah tgk tak movie Sleepers...a very old movie in 1990s..kisah budak2 nakal yang tak tahu the consequences of their kenakalan. That movie remind me of this. A very sad story indeed. Nobody choose utk jd mcm ni kan?
ReplyDeleteMasyarakat kita x pernah cuba ambil peduli pasal mereka. Masyarakat lebih suka menuding jari salah kan pihak yg lain. Lebih mudah dari ambil tahu dan ambil tanggungjawab. Menghukum itu lebih mudah.
ReplyDelete