Okay ini adalah post berletiaq. Sebenarnya, penulisan ni apart of my previous article yang bertajuk "Social Media Player Yang Aku suka" mengenai beberapa orang yang akak selalu duk follow depa punya Facebook dan Insta apa semua. Pastu terbeletiaq ni sekali, mak tengok, ehhh macam nice ja carutan ilmiah ni. So mak copy paste dan buat artikel asing. So, artikel ni, aku akan berletiaq ja kat hangpa. Hangpa baca, telan.
Akak nak cakap pasai stalker. Stalker ni aku tak payah la nak habaq panjiang-panjiang apa benda. Zaman lani, stalker tak semestinya kena mai duduk dalam kereta, bawak motor, sembunyi-sembunyi mengendap orang yang depa nak stalk tu, stalker tak payah mai dekat pun dia dah boleh jadi stalker dah. Semuanya melalui handphone sahaja! Sebab melalui handphone, hang boleh tengok macam-macam pasai semua orang yang hangpa suka, tak suka, tak puas hati ka apa semua.
Sapa yang boleh jadi stalker?
Semua orang ada tendency nak jadi stalker. Tapi rasanya, orang yang paling mempunyai risiko tinggi nak jadi stalker ni adalah orang-orang yang terlalu sedih dengan hidup sendiri. Terlalu sedih ataupun terlalu bohsan, atau dua-dua sekali. Pandai-pandailah hangpa kenali diri sendiri kan? Jangan kata hang suri rumah tak tau nak buat apa kat rumah selain jaga anak-anak dan suami, so bila time sendu-sendu, hang pun stalk orang. Wanita bekerjaya pun ada tendency nak jadi stalker juga. Time boss duk sibuk membebel dalam mesyuarat, dia duk sibuk tengok handphone dia, check out sosmed milik orang yang dia minat tu. Raplah nyah!!
click read more
Jangan kata perempuan ja....niiiii laki pun samaaaa! Dalam kes ni, aku bagi contoh suami aku. Wehsss....laki aku stalker besaq na. Aku selalu nanti maki dia sebab dia ada Facebook tapi kalau ampa tengok Facebook, tak pernah post apa-apa, tak pernah nak share apa-apa pun. Dia pun tak pernah nak like sapa-sapa, tak pernah nak komen kat sapa-sapa. Walaupun like dan komen untuk Facebook bini dia sendiri yang meletops ni!
Tapi setiap kali dia bukak Facebook, dia la raja nanti stalk semua adik beradik aku punya Facebook, kawan-kawan baik aku, orang office dan sapa-sapa yang kami kenal sama dalam Facebook.
"Sayang...sayang...Hasnah dengan laki dia pi makan dinner kat hotel. Depa selebrate anivesary apa ka. Duk amik gambar macam manja-manja semua. Duk buat macam sempoi," kata laki akak.
"Macam mana hang tau?" tanya akak.
"Aku tengok FB depa. Depa post semalam,"
Muka aku dah kerdot dah. "Hang awat macam serr abang duk bukak Facebook kawan aku semua. Serrr.....bekpi la depa ada duit nak pi makan hotel. Pastu laki depa baguih, sayang bini, appreciate bini, bawak pi makan hotel semua. Harap hang? Aku duk dapat nasi kandar ayam goreng pukul 3 pagi la dengan teh ais."
Bila aku berletiaq, laki aku akan bara. Aku dah berapa kali tegur dia. Tak baik kita duk stalk orang, kalau kita nak tengok takpa, tapi like like dan komen la sikit. Doakan depa bahagia. Kita tumpang gembira. Kan? Ni duk tengok sengap-sengap pastu duk kutuk kot belakang saipa?
Sebab tu, LAKI AKU CUKUP PANTANG KALAU AKU NAK AMIK GAMBAQ DIA ATAUPUN NAK SELFIE DENGAN DIA. Dia nanti paranoid duk tanya lebih-lebih, "Hang nak antaq kat sapa? Hang nak post Facebook ka?" Pendek cerita memang dia tak bagi aku post kat social media semua. Sekali sekala takpa. Dia jadi paranoid la sebab selama ni dia duk kutuk orang yang duk post gambar-gambar manja laki bini, so bila dia nak buat, dia takut la orang kutuk dia.
Stalk Artis vs Stalk Rakan Sebaya
Stalk artis tak pa lagi, mak paham la (tapi tak boleh lah jugak banyak-banyak nanti jadi penyakit, sebab kebanyakan artist dia pun duk post semua gambar-gambar posing dengan harapan palsu. Takdak isi mampan pun), lagi sedih kalau hangpa duk stalk kawan-kawan hangpa punya social media, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan Universiti. Yang in real life, hangpa tak pernah bertegur sapa, kalau terjumpa kat pasar malam ataupun Queensbay pun hangpa buat macam-macam tak nampak, dan lagi sedih rupa-rupanya anak hangpa pi nursery yang sama....hang terserempak pun hang buat-buat tak nampak! Tapi........dalam social media...hang punya stalk setiap gambar dan setiap komen semua sekali hang akan amik tau. Dahsyat betui. Pastu lebih hina, macam mana hang punya duk stalk semua gambar depa and komen-komen sekali....tapi sekali pun HANG TAK PERNAH KOMEN WAIMA MENGELIKE posting orang tu.
Memang serrr wehs. Aku cakap macam ni sebab memang ada dan aku pernah jumpa. Sebab tu aku nak highlight kat sini siap-siap sebab bukan aku nak berdengki ka apa ka, mampuih pila dah hang yang pilih nak hidup cara miserable macam tu. Tapi aku nak tegur-tegur jugalah, tak elok kita duk amalkan tabiat tu. Satu benda yang tak elok duk stalk hidup orang yang tak pernah kacau langsung hidup kita.
Social media ni untuk memudahkan hubungan manusia, bukan untuk kita ambil kesempatan sampai macam tu sekali.
Okay u olls itu sahaja mak nak habaq kat hangpa. Bye.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com