Wheeler's Coffee - Pencahayaan dan dekorasi membuatkan tempat ni stands out daripada cafe lain di Love Lane!
Tapi Wheeler's Coffee macam stand out sikit berbanding cafe lain di Love Lane sebab dia punya dekorasi memang meletops. Sesuai dengan tajuk kedai ni Wheeler's Coffee, so hiasan dekorasi penuhlah dengan roda-roda.
Kreatif depa buat hiasan ni semua aku rasa menggunakan barangan terpakai, tapi kalau hang takdak taste (citarasa) yang tinggi, tak semestinya hiasan ni semua akan nampak mahal dan meletops kan?
Tissue dengan cop mohor.
click read more
Lampu-lampu siling yang meletops.
Kerusi pun daripada roda. Tapi tak boleh kayuh na...bubuh kaki ja.
Comel cawan kertas kecik kecik depa duk lukis.
Lukisan-lukisan di dinding.
Bar utama untuk order.
Americano for Kak Azie and ayaq ais koko for Kak Nina.
Sandwich yang dihias dengan cantek dan sedap.
Nacho dengan 4 jenis dip. Cream cheese, salsa, buah aprikot and chicken bolognese. Seronok macam cicah-cicah macam ni dengan kengkawan.
Yang ni memang sungguh sedap! Spaghetti carbonara.
Tempat ni best untuk?
Dating ataupun lepak-lepak dengan kawan (small groups) sebab tempat ni tak besaq. Dating memang sesuai sangat. Sebab tempat ni cantek dan macam romantik gitu.
Lokasi?
Masuk ja Love Lane Penang from Seven E tu, jalan sikit tengok blah kanan. Nanti jumpa lah.
Harga?
Lebih kurang dalam RM30-50 untuk satu orang. Ini adalah everage kalau sorang order 1 air dan 1 makanan.
Facebook: https://www.facebook.com/wheelers67/
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com