![]() |
Teh Tarik Madu dan Sup Kepala Ikan Warung Pak Mat Pulau Pisang |
The first makanan sedap yang aku makan masa kat Kota Bharu adalah set nasi putih dengan sup ikan + daging dan teh tarik madu ais di Warung Pak Mat Pulau Pisang. From Kota Bharu ke lokasi gerai ini, lebih kurang 15 minit.
Warung ini terletak di sebuah astaka yang terletak di hilir Sungai Kelantan. Ada banyak kedai-kedai lain kat sini, tapi Warung Pak Mat ni paling meriah.
Selain terkenal dengan sup kepala ikan dan teh tarik madu, Warung Pak Mat juga menyajikan pelbagai jenis nasi dan lauk pauk seperti ayam, ikan dan daging yang dimasak menggunakan resepi kesukaan rakyat Kelantan. Tapi hangpa kalau mai sini memang confirm kena try set nasi putih dengan sup ikan atau sup daging ni.
Untuk set sup kepala ikan adalah RM60 dan ke atas mengikut saiz kepala ikan tu, tetapi aku dah la mai berdua dengan laki aku sahaja dan kami dua orang mana boleh nak makan kepala ikan besar-besar, so aku amik sup isi ikan siakap sahaja. Isi ikan itu dipotong besar dan tebal. Memang puas hatilah!
Satu sup ikan adalah RM25 kalau tambah daging jadi RM30, so aku amik sup ikan + daging. Dua nasi putih, teh tarik madu ais dua dan ais krim teh tarik dua, kami kena RM45.
Aku juga dapat rasa ais krim Teh Tarik Madu yang dibuat khas oleh Pak Mat. Rasa dia memang sedap. Rasa teh pekat, after taste dia ala-ala masin macam caramel gitu. Pak Mat yang kebetulan duk ada kat kaunter masa aku beli ais krim ni, dia kata aku memang pandai rasa. Dia bagi aku satu scoop air krim free. HAHAHA YES!! Oh yes, Pak Mat kata dia tak pakai gula langsung. Just madu dan susu yang dimasak. Something like that.
Ampa mai tengok gambar-gambar yang aku share ni!
click read more
Teh Tarik Madu Ais
Sup Ikan dan Nasi Putih
I can eat like this everyday!
Ice Cream Teh Tarik Madu
I have the honor of meeting Pak Mat himself! The inventor of ice cream teh tarik madu. |
Makan Seflie
The Location of Warung Pak Mat
The Process
Inilah kaunter untuk order di mana sup kita akan dibancuh mengikut kesukaan kita. Selain sup, ada macam-macam lagi juadah yang ada.
Inilah kaunter untuk order di mana sup kita akan dibancuh mengikut kesukaan kita. Selain sup, ada macam-macam lagi juadah yang ada.
Pemandangan Sungai
Warung ini terletak di sebuah astaka yang terletak di hilir Sungai Kelantan. Aku baru tau....betapa besarnya Sungai Kelantan. Patutlah depa selalu banjir.
Warung Pak Mat
Waktu Urus Niaga: 7:30 pagi hingga 4:30 petang (Tutup hari Selasa)
Lokasi: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Contact number: 013-919 8131
sedapnyaaa.. dan-dan rasa lapaq aihhh
ReplyDelete