Oleh itu, aku rasa amatlah penting aku berkongsi pendapat aku mengenai dua perihal yang dalam pikiran aku adalah berkait rapat.
Kesian kat laki aku, terpaksa pakai gambar dia. Haaaa....deni pun duk baik baik baik, aku bukan percaya sangat ni. Mau ushar rapat semua. |
So cerita pertama. Kawan aku happily married for almost 10 years now. Ya Allah cepatnya berlalu. Sebab dia adalah antara pengantin pertama yang aku make up dulu masa aku mula-mula menjejakkan tangan aku dalam dunia permekapan pengantin. Lani kawan aku pun dah beranak pinak dan alhamdulillah depa suami isteri masih lagi sah suami dan isteri.
Nak dijadikan cerita, kawan aku mai la habaq kat aku. Kebelakangan ini, laki dia ada kawan kerja baru. Kawan dia tu, perempuanlah, janda. Untuk memudahkan cerita, let me call my friend as Senah, suami dia Hamid, dan si wanita janda itu kita panggil dia Zaiton.
Okay fine lah. Semua orang ada jalan hidup masing-masing kan? Tapi, nak dijadikan cerita, Zaiton sangat suka berkongsi kisah-kisah hidupnya sejak bergelar janda kepada Hamid. Tak cukup bercerita di office, Zaiton akan berwhatsaap pulak dengan Hamid.
Pada mulanya, Hamid cerita kat Senah pasai Zaiton. Dia pun macam bagi assurance kat bini dia, dia kata "Hang jangan takut apa-apa Senah. Aku takdak apa-apa perasaan kat dia. Aku nak bagitau kat hang supaya hang tau lah, dia ni duk mesej-mesej aku. Satgi hang ingat aku ni duk menggatal pulak dengan dia."
Bila ditanya, "Awat abang duk layan? Awat dia pun tak bercerita dengan orang lain?" Hamid berkata "Tak tau la, mungkin aku sorang yang dia percaya kot. Orang lain mungkin akan pecah rahsia dia." Alasan itu Senah terima dengan hati terbuka.
Dalam masa yang sama, hati kecil Senah juga berkata, "Buat apa aku nak takut dengan Zaiton tu? Zaiton tu pompuan segak, takkan la dia berkenan kat laki aku yang tak berapa nak hemsem ni." Mungkin kata hati itu adalah penyedap hatinya sendiri.
click read more
Jadi satu hari, Senah yang terbiasa menge-check handphone suaminya mendapati, ada beberapa gambar yang dihantar oleh Whatsapp Zaiton kepada suaminya (sebab dalam photo album, disusun dalam kategori Whatsapp - Zaiton), tetapi bila pergi kepada Whatsapp suaminya kepada Zaiton, tiada conversation yang ada di sana.
Ini bermakna, Hamid ni tak berapa reti bab-bab handphone ni. Dia delete conversation, tapi file downloaded dalam mesej tu dia lupa nak delete. Maka berlakulah sedikit perang Badar antara Hamid dan Senah. Hamid duk kata, takdak apa-apa antara dia dan Zaiton, dia just delete mesej tu semua siap-siap sebab dia tak mau bini dia prasangka buruk.
Senah terima penjelasan itu, tetapi pada masa yang sama, Senah memberanikan diri menelefon Zaiton. "Pasaipa hang nak kena cerita semua benda tu dengan suami aku? Hang takdak orang lain ka nak bercerita pasai kisah hidup hang? Hang takdak kawan lain ka? Hang takdak keluarga ka untuk dengar luahan hang?"
Talian telefon itu dimatikan apabila Zaiton mematikan talian telefon itu tanpa sebarang penjelasan. Dia juga telah block Senah melalui Facebook dan kini melalui Whatsapp.
Persoalan yang ditimbulkan oleh kawan akak iaitu Senah adalah:
1. Apa masalah Zaiton ni? Betul ka dia nak mengurat laki aku?
2. Lani aku boleh percaya ka laki aku? Walaupun dia kata dia takdak apa-apa dengan Zaiton?
3. Is it okay for us to check on our husband handphone?
Suami Kita Baik Okay!!
Cerita kedua apabila seorang kenalan akak telah meletakkan status di Facebooknya, membuat satu penyataan rasmi kepada semua bahawa laki dia bukan gatal, bukan miang, bukan kaki perempuan. Berdasarkan penyataan wanita itu, rasanya ada orang macam duk mengata pasai laki dia, kata laki dia duk menggatal ka apa ka, so ada orang menyampai, last last dia pun bara, dia pun tulis status macam tu kat Facebook.
Aku tak boleh la nak share seketoi apa yang kawan aku tu tulis, sebab aku cari-cari kat Facebook dia, dah takdak. Mungkin dia dah delete kot. Tapi mungkin jugak orang duk saja buat fitnah sebab laki pompuan ni memang elok pun, jeles kot sebab laki dah la elok, pastu baik dengan bini pulak kan!!!
Persoalannya:
4. Haruskah kita pertahankan suami kita sampai macam tu?
5. Haruskah kita percaya tohmahan / anasir orang mengata buruk pasai laki kita?
Sesi Jawap Menjawab
Seperti di atas, akak dah list out 5 benda yang menjadi persoalan utama dalam dua story ini. Soalan-soalan adalah seperti berikut:
1. Apa masalah Zaiton ni? Betul ka dia nak mengurat laki aku?
2. Lani aku boleh percaya ka laki aku? Walaupun dia kata dia takdak apa-apa dengan Zaiton?
3. Is it okay for us to check on our husband handphone?
4. Haruskah kita pertahankan suami kita sampai macam tu?
5. Haruskah kita percaya tohmahan / anasir orang mengata buruk pasai laki kita?
Jawapan:
1. Apa masalah Zaiton ni? Betul ka dia nak mengurat laki aku? Masalah Zaiton ini adalah dia seorang yang sunyi dan dia sedang mencari sesiapa saja yang sudi mendengar cerita dia. Tak salah sebab kita pun tak tau apa perasaan dia bila sekarang rumah tangga yang dia bina selama ini punah hancur begitu sahaja. People get lonely you know! Tetapi pasaipa dalam ramai-ramai maknusia kat dunia ini dia perlu nak bercerita dengan laki orang?
Aku respek jawapan jitu Che Ta dahulu apabila orang persoalkan pasaipa dia kahwin dengan Zain, yang berbelas tahun lebih muda dari dia? Dia jawab "Baik dia kawen dengan laki muda terang tang-tang, pasaipa nak cari laki tua? Laki tua apatah lagi?" Jawapan itu sangatlah praktikel sekali.
Kita dah tau rumah tangga kita dah punah, macam-macam masalah dan rintangan yang mungkin kita dah lalui dengan segala kesusahan nak bercerai tu semua, so why kita nak kena lalui masalah dan rintangan yang lain, maksud aku, berkawan dengan laki orang? Awat tak pi cari anak-anak ikan, muda-muda, bujang, no commitment!
Okay fine, hang kata hang nak bercerita sahaja? Bukan nak buat laki baru kan? Haaaa....so awat bila kawan aku called hang, hang letak phone sampai blocked dia kat Whatsapp? Maknanya hang memang ada motif nak ada sesuatu dengan Hamid la kan? Untuk soalan 1, jawapan akak adalah Zaiton ni memang garik nak kat laki walaupun laki hang mungkin tak hemsem tetapi orang yang ada kerjaya dan rupa macam Zaiton, dia tak cari rupa, dia cari stability. Dan yes, dia memang nak mengurat laki hang Senang.
2. Lani aku boleh percaya ka laki aku? Walaupun dia kata dia takdak apa-apa dengan Zaiton? Jangan percaya laki hang Hamid tu walaupun dia menjanjikan bulan dan bintang. Come on! Laki hang mungkin baik, tapi hang kena ingat, kucing mana tolak bangkai. Okay, fine, mungkin iman dan taqwa Hamid adalah tinggi dan mampu menghalang dia dari buat benda tak elok dengan menduakan hang, tapi hang kena ada cara pemikiran macam orang jahat! Macam mana kalau laki hang dah baik apa semua, memang tak mau kat Zaiton. Tapi macam mana kalau Zaiton buat bomoh dan mandrem laki hang sampai laki hang lupa kat hang semua. HAAAAAAAAAA...nenjiaaaaa.....achi paranoid bersuara!
3. Is it okay for us to check on our husband handphone? YESSS of course! Tapi dengan syarat, be ready untuk baca apa juga jenis mesej dan kepada siapa dia mesej. Check juga browsing history dan sebagainya. Gambar-gambar. Dan kalau boleh jangan check depan dia la. Pandai-pandai la sembunyi. Dan kalau terbaca apa-apa pun yang meragukan, jangan cepat-cepat melenting. Mau simpan dan diam dulu. Sebab kalau cepat-cepat habaq dan melenting kat depa balik, pandai depa nanti nak cover. Tapi yes, akak nak ingatkan korang, be ready untuk terima dan baca apa sahaja yang depa duk buat dalam phone depa tu.
4. Haruskah kita pertahankan suami kita sampai macam tu? Dalam konteks kawan akak yang pereng sebab orang duk tuduh kata laki dia gatai, pastu dia buat announcement kat Facebook, bagi akak TAK HARUS! TAK PERLU! Dan TAK PAYAH. Orang nak kata buruk apa pun pasai laki hang, laki hang pemalaih, laki hang serr, laki hang gatai, laki hang kaki pompuan, etc etc, biaq macam mana salah pun tanggapan orang terhadap laki hang, at the end of the day, biarlah hang seorang yang tahu siapa laki hang yang sebenarnya. Sebab sapa yang kawen dengan laki hang? Hang atau orang-orang lain?
Bukan tak boleh nak back up suami, in fact aku sangatlah respek tindakan hang yang berani itu mempertahankan suami hang sendiri di mata orang lain yang mengutuk dan mengata pasai laki kita. Tapi apa natijahnya? Adakah orang akan berhenti bercakap pasai laki kita? Adakah dengan penyataan kita itu, orang akan berhenti cakap pasai kita?
Of course tidak kan? Siap orang yang duk mengata hang tu, laki nak bertepuk tangan siap buat tarian zapin rentak tektonik ya sebab tengok hang melalak-lalak kat Facebook. Hang diam buat cool sudah. Yes, laki kita baik dan romantik, biarlah kita yang tahu sudah. Orang duk mengata pasai kita? Pasaipa nak pereng, kalau akak, akak lagi suka, sebab apa maksudnya kalau orang berkata pasai kita? Sebab orang jeles kat kita, kita elok dan hots you olls.
5. Haruskah kita percaya tohmahan / anasir orang mengata buruk pasai laki kita? Maybe yes, maybe not. Tengok dari mana hang dengar tohmahan tu. Reputasi dia? Dia kawan hang? Dia family hang? Kalau orang tu rapat dengan kita, sah sah dia habaq sebab dia sayang kat hang. Bukan senang ya nak jumpa kawan baik yang berterus terang untuk bagitau kata laki hang serr!! Just bayangkan apa perasaan dia untuk beranikan diri untuk menyatakan sesuatu yang pasti menyakitkan hati orang yang dia sayang. Consider that. So kalau kita dah dengar berita tak baik ni, janganlah 100% buang. Ambil masa terbaik untuk siasat dan buat pikiaq cara terbaik untuk selesaikan tohmahan ini satu persatu. Be ready, be wise dan ingat tak semestinya kita mengalah bermaksud kita kalah!
Aku respek wanita-wanita yang berani korbankan kebahagiaan hatinya sendiri, demi selamatkan rumah tangga yang telah dia bina bersama suami yang dia sayang, hingga ada anak pinak yang ramai. Bila dia tau si suami mendua, dia lebih rela maafkan suami daripada merelakan suaminya pergi untuk wanita lain!
Dulu aku tak faham benda tu, tapi lani aku sendiri dah bergelar isteri, aku faham dan aku sangat respek keberanian itu. Alasan mudah, buat apa aku nak biarkan suami aku pergi untuk dia? Dulu aku sama-sama susah dengan suami aku, sekarang bila aku dah senang, dia boleh pergi untuk dia? Satu kisah yang aku dengar depan mata kepala aku sendiri dan aku sangat respek wanita ini.
Sekian sahaja pendapat aku. Pendapat hangpa macam mana pulak?
once u have been betrayed, things will never be the same ever again. even u tried so hard to forgive and get together again. it's just feel different. forgetting is some kind of impossible. i think its the main reason why people choose to let go.
ReplyDeletehi kak jumie..bercakap soal percayakan suami nie sebenarnye terpulang pada diri suami kita sendiri juga sama ada dia nak setia atau dia nak main dengan api. Macam saya sendiri sebab percayakan suami la akhirnya saya ditinggalkan demi kekasih gelapnya. Dia dah tinggalkan saya selama 7bulan dan bersekedudukan dengan kekasih gelap selama tempoh nie. Nie bukanlah kes pertama dia kantoi curang tapi sebabkan saya tak nak keruhkan keadaan saya hanya maafkan dia dan beri dia peluang lagi. Saya percayakan dia untuk berubah tapi malangnya maruah saya dipijak2 je. Kalau ikut logik akal sekali kita kantoi tentu kita tk akan ulangi lagi kesalahan kita tu tambah melibatkan 1 perkahwinan pula tapi sebaliknya dia mempergunakan kepercayaan saya untuk terus berlaku curang cuma sepandai tupai melompat akhirnya terjatuh juga. Kali nie kepercayaan saya pada dia dah 0 walau sayang saya pada dia masih ada jadi jalan terbaik untuk saya dari terus terluka dengan sikap dia adalah penceraian. Saya dalam proses tuntutan fasakh kerana sudah melebihi 7bulan dia tinggalkan saya walau dia ada mesej saya kononnya akan kembali pada saya tapi saya dah tk mampu nak layan semua drama2 dia dan segala janji2 manis dia pada saya yg kononnya dia masih sayangkan saya. Sayangkan saya tapi bemesra dengan orang lain rindukan saya tapi berpeluk dengan orang lain cintakan saya tapi berasmara dengan orang lain?sebelum saya jadi gila kerana dia lebih baik saya undur diri saja. Hati akan hancur bila kepercayaan kita dikhianati tambahan oleh orang yg kita cinta jadi lebih baik makan hati sekarang dan bangkit semula dari merana selamanya. Memaafkan mudah tapi untuk lupakan pengkhianatan dia adalah mustahil. Sukar untuk terus bersama andai kita sebagai isteri dihantui oleh sikap tk baik suami kita tu dan kita tk lagi mempercayai dia.
ReplyDelete