Terdetik saya untuk kongsikan satu kisah yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila sepanjang pengajian saya di sebuah universiti awam. Saya telah bergraduasi dan kini sedang bekerja di Kuala Lumpur.
Kisah ini berlaku semasa saya menetap di sebuah desa penginapan yang kami panggil sebagai Desahuni Pahlawan yang terletak di kampus universiti tersebut. Desahuni Pahlawan mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pelajar, selain bangunan-bangunan penginapan, tempat riadah seperti gelanggang futsal dan bola keranjang.
Setiap malam, selepas selesai membuat rujukan / bacaan ataupun menyediakan kerja-kerja kuliah saya, saya akan spend lebih kurang 1 hingga 2 jam untuk berlatih bola keranjang seorang diri di waktu malam di gelanggang bola keranjang yang terletak di tepi kantin. Kebiasaannya saya akan berlatih dari 10 malam hingga saya rasa puas dan penat.
Setiap malam, selepas selesai membuat rujukan / bacaan ataupun menyediakan kerja-kerja kuliah saya, saya akan spend lebih kurang 1 hingga 2 jam untuk berlatih bola keranjang seorang diri di waktu malam di gelanggang bola keranjang yang terletak di tepi kantin. Kebiasaannya saya akan berlatih dari 10 malam hingga saya rasa puas dan penat.

Click to read more
Kenapa saya suka berlatih seorang diri pada waktu malam? Sebab cuaca yang dingin, damai and tiada gangguan. Lagipun kawasan tu amat cerah pada waktu malam. Kalau waktu siang hari gelanggang tu sesak dengan rakan pelajar yang lain.
Jadi, pada suatu malam saya seperti biasa membuat latihan saya. Tak ingatlah hari apa saya berlatih kerana terlalu asyik dan leka dengan lantunan bola dan lontaran ke jaring bola keranjang, sedar-sedar jam tangan saya menunjukkan jam 1:00 pagi.
Saya terus mencapai bola keranjang saya sambil mengelap muka saya yang berpeluh dengan tuala. Saya amik botol air untuk minum.
"Alamak...habis pulaa air ni...." saya keluh sendirian.
Lantas saya berjalan, sedikit lesu tetapi saya teruskan langkah saya perlahan menuju ke kantin yang terletak di tepi gelanggang bola kerajang ini. Di sana ada sebuah mesin air yang menjual air jenis reverse osmosis yang beroperasi secara 24 jam di kantin itu. Saya selalu beli air di situ, jadi tanpa pikir panjang, saya hanya hendak pergi beli air di situ macam hari hari lain yang saya selalu lakukan.
Suasana agak sunyi. Lampu kantin ada yang terbuka ada yang tertutup. Ini adalah kerana, kadang-kadang ada kumpulan pelajar yang datang ke sini untuk membuat study group, discussion atau sebagainya. Tetapi malam ini agak lengang, tiada sesiapa pun yang berada di kantin ketika itu. Hanya saya.
Saya dekati mesin air dan mencapai duit syiling dalam poket saya. Saya masukkan duit syiling 50 sen ke dalam slot mesin dan dekatkan muncung mulut botol saya pada slot mesin itu. Saya tidak fikir apa-apa ketika itu. Tak rasa takut. Tak rasa seram. Tak rasa apa pun. Mungkin sebab saya terlalu penat.
Saya dekati mesin air dan mencapai duit syiling dalam poket saya. Saya masukkan duit syiling 50 sen ke dalam slot mesin dan dekatkan muncung mulut botol saya pada slot mesin itu. Saya tidak fikir apa-apa ketika itu. Tak rasa takut. Tak rasa seram. Tak rasa apa pun. Mungkin sebab saya terlalu penat.
Tiba tiba..................................
Saya dengar ada satu suara dari tepi saya.
"Nak, ada nampak anak makcik?"
"Nak, ada nampak anak makcik?"
Darah saya berderau. Saya nampak satu bayang-bayang kelabu gelap, macam coklat gelap, hampir hitam, berbentuk seperti seorang tua yang membongkok. Suara itu pula.....suara nenek tua yang saya tak akan lupa sampai hari ini. Suara yang perlahan tapi amat jelas.
Saya gementar seluruh badan. Saya terus ambil langkah 70 juta ke bilik saya. Hanya Allah yang tahu betapa lajunya saya berlari. Botol air saya entah ke mana. Juga bola keranjang serta tuala kecil yang saya bawa tadi. Mulut saya kaku. Tak boleh nak jerit. Tak boleh nak baca apa-apa. Memang iman saya lemah. Masa saya berlari, saya rasa macam saya dikejar oleh sesuatu. Saya tak berani nak toleh belakang.
Malam itu jugak, saya jatuh demam. Saya tak boleh tidur. Saya menggeletar bawah selimut. Mujurlah, esok selepas Subuh, roomate saya balik dari berkhemah dengan rakan-rakan kelasnya. Dia terkejut tengok saya jatuh demam panas macam tu.
"Dah berapa hari ko demam? Jom pergi kelinik," roomate saya bawa saya ke klinik terdekat. Saya diberi ubat panadol dan antibiotik. Itu sahaja.
Lepas seminggu lebih, demam saya pun kebah. Tapi kejadian itu masih menghantui hidup saya. Tapi saya ni anak jantan, takderla saya sampai tak keluar malam semua. Cuma, kalau nak berlatih bola keranjang tu.....saya ajak teman teman lain.
Saya tak pernah ceritakan kisah ini kepada sesiapa pun. Hanya selepas habis minggu peperiksaan barulah saya ceritaka kisah ini kepada teman sebilik saya.
Lepas kejadian itu, saya seringkali mengingatkan rakan-rakan yang ingin membuat group study atau discussion di kantin atau mana mana pun pada waktu malam....agar mengajak teman. Jangan pergi seorang diri. Begitu juga kepada adik adik junior......its okay to be brave. Tapi, pada masa yang sama, kena bijaksana juga.
Siriesly, saya tak percaya dengan hantu. Tapi sebagai orang Islam saya tau tentang jin dan syaitan yang juga makhluk Allah. Kerja diorang memang nak menggoyahkan iman manusia. Dan malam itu, mereka berjaya goyahkan iman saya.
Siriesly, saya tak percaya dengan hantu. Tapi sebagai orang Islam saya tau tentang jin dan syaitan yang juga makhluk Allah. Kerja diorang memang nak menggoyahkan iman manusia. Dan malam itu, mereka berjaya goyahkan iman saya.
U got scary story during your campus life to share? Or any kind of cerita seram dan misteri? Email to jumiess@gmail.com
kalau sy pun mmg lari pecut jugak.he
ReplyDeleteNak share cite seram kat Soc Sains boleh????
ReplyDeleteKAK ZURAa harus la boleh...please email to meee
Delete