Terima kasih kepada pihak Nestle yang telah menjemput saya sebagai blogger rasmi untuk event MILO® Breakfast Day in Penang. Minum MILO® anda jadi sihat dan kuat.
![]() |
Haaa over tak Kak Zah? |
Pada hari Ahad, 19 Mac yang lalu telah berlangsung event MILO® Breakfast Day di Padang B, Universiti Sains Malaysia. Mulanya akak macam eksaited nak join berlari sama-sama dengan family akak, tapi disebabkan kami lambat nak register, akhirnya akak sorang yang mengemai ke event ini. Family akak last-last semua tak boleh datang, anak sakit la, kaki sakit la apa semua. Haa...tu semua sebab malas bersenam la tu.
Akhirnya akak datang jugak dengan kawan baik akak Azren, from Kuala Kangsar (dia sempat register sebagai pelari), so dia datang berlari, akak datang buat ramai dan makan-makan u olls. Haa kerlas!
Memang best sangat u olls. Paling membanggakan sekali, Penang diberi penghormatan untuk jadi tuan rumah pertama untuk event ini dan mendapat sambutan hampir 6000 peserta!! Gila bapak punya ramai. So, negeri-negeri lain? U olls boleh beat kami tak?
![]() |
Posing depan barisan permulaan larian. |
- Harga registration adalah murah. Especially kalau u olls register sebagai kumpulan!
- Walaupun ini adalah fun run, tetapi semua orang yang menamatkan larian dapat medal!
- Bukan u olls yang register as pelari sahaja yang boleh dapat banyak hadiah, u olls yang datang sebagai peneman juga boleh register sebagai BUKAN PELARI dan berpeluang dapat hadiah jika melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang event ini daripada pihak Milo.
- Event ni memang meriah, tersusun dan sesi riadah yang amat sihat. Selain berlari, ada banyak sesi zumba seawal 6.00 pagi (untuk mereka yang tiba awal), ada macam-macam zon games yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Hangpa tengok sendirilah kat gambar yang akak akan tunjuk nanti. U olls boleh dapat macam-macam hadiah!
- Bukan sahaja hadiah, u olls juga disajikan pelbagai juadah sihat lepas penat menjalankan aktiviti. Milo tu confirmlah u olls boleh minum sebanyak-banyak kali yang u olls sanggup, dapat juga Milo Cereal dengan susu sekali.
- Kalau u olls tak larat nak berlari atau berzumba pun, bawak jer mak dan ayah u olls, baby kecik pun takpa, sebab depa bagi picnic mat untuk duduk lepak kat padang sambil makan-makan. Memang meriah u olls.
Okay dah jom tengok gambar pulak!
click read more
Larian




Gang abah-abah duk dukung anak-anak. |
Gang ibu ibu membawa stroller. |
Zumba



Games


Makanan & Minuman
Hadiah

![]() |
Ini adalah gambar yang dikogsikan oleh kawan akak, dia dan family dia (empat orang) dapat ini semua sebab depa semua berlari dan buat macam-macam aktiviti masa MILO® Breakfast Day. |
Tarikh MILO® Breakfast Day di Seluruh Malaysia
Best kan? Baiklah, memang u olls semua kena join aktiviti ini sebab mulai minggu ini sampai bulan Mei, aktiviti MILO® Breakfast Day akan berkunjung ke lokasi-lokasi berdekatan anda. Untuk registration hangpa kena masuk kat website MILO® atau tengok update terkini di laman sosial Facebook depa : www.facebook.com/MiloMalaysia

Lokasi: Padang B, Universiti Sains Malaysia
Tarikh: 19 Mac
Lokasi: Padang Ragbi, Tanjung Aru, Kota Kinabalu
Tarikh: 26 Mac
Sarawak
Lokasi: Pustaka Negeri, Kuching
Tarikh: 2 April
Johor
Lokasi: Padang Perbadanan, Pasir Gudang
Tarikh: 8 April
Pahang
Lokasi: Padang MPK, Kuantan
Tarikh: 16 April
Kelantan
Lokasi: Kompleks Sukan 2, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Tarikh: 6 Mei
Putrajaya (Precint 4)
Lokasi: Anjung Floria
Tarikh:14 Mei
Berpeluh-peluh Kak Zah dan Kak Ren. Eh!! |
Pulau Pinang, 19 Mac 2017: Hari Sarapan Terbesar MILO® kembali ke Pulau Pinang bertempat di Padang B, Universiti Sains Malaysia (USM), menyediakan sarapan berkhasiat untuk lebih 6,000 peserta dan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang bertujuan mendidik ibu bapa tentang kepentingan sarapan pagi, dan peranannya dalam memenuhi keperluan tenaga harian kanak-kanak.
Acara dimulakan dengan MILO® Malaysia Breakfast Run sejauh 3km dan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi Zumba, demonstrasi masakan, dan acara treasure hunt, serta sarapan yang sihat, telah disediakan buat para peserta dan keluarga mereka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Mohd Saad bin Hj. Din, dan Pengarah Sukan dan Rekreasi, Muhamad bin Mohd Hanif.
Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, berkata: "Walaupun sudah empat tahun diadakan, Hari Sarapan Terbesar MILO® masih merupakan acara sarapan yang dinanti-nantikan. Kami amat teruja untuk kembali ke Pulau Pinang buat kali kedua, sambil terus mendekati keluarga di seluruh negara, memperjuangkan kepentingan sarapan pagi yang sihat dan dipadankan dengan MILO®, yang membantu untuk melepaskan tenaga daripada makanan dengan lebih efisien. "
Tahun ini, MILO® berhasrat untuk mendidik ibu bapa mengenai keperluan tenaga harian sebenar anak-anak mereka, yang sebenarnya lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini. Satu kajian dalaman mendedahkan yang kanak-kanak menggunakan sehingga 1,500 kcal secara purata pada hari persekolahan. Sama banyak dengan tenaga yang digunakan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari sejauh separuh marathon.
Walaupun sarapan yang seimbang membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak, satu perkara penting adalah memastikan tenaga dari makanan yang diambil dilepaskan dengan berkesan.
"Kami menggalakkan ibu bapa untuk memulakan hari anak-anak mereka dengan tepat, dengan sarapan yang seimbang dan MILO®, supaya mereka boleh mendapatkan yang terbaik dari sarapan itu. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go ™, gabungan unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting - vitamin dan mineral - yang membantu mereka melakukan yang terbaik, baik untuk mental mahupun fizikal," kata Tan lagi.
Berlangsung untuk tahun kelima, Hari Sarapan Terbesar MILO® ini merupakan sebahagian dari inisiatif MILO® untuk memupuk tabiat sarapan yang sihat di kalangan warga Malaysia. Acara di Pulau Pinang tahun ini menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan untuk semua ahli keluarga termasuk permainan papan bersaiz besar, permainan karnival, tarian buluh, cabutan bertuah, chapteh tradisional, dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa acara kemuncak untuk para pengunjung seperti persembahan gendang dan kumpulan sorak.
Pulau Pinang adalah bandar pertama yang menjadi tuan rumah Hari Sarapan Terbesar MILO® untuk tahun ini dan lebih 5,000 peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun lalu.
Hari Sarapan Terbesar MILO® akan turut diadakan di bandar bandar berikut pada minggu-minggu akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® dan bagaimana untuk mendaftar bagi acara Hari Sarapan Terbesar yang seterusnya, sila lawat: www.milo.com.my.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com