![]() |
Anak-anak Rohingya dan guru mereka sedang membaca Al Quran semasa majlis kesyukuran. |
Hello u olls,
Seperti kalian tau, akak mempunyai anak-anak angkat pelarian Rohingya. Depa adalah para pelajar dari Peace Learning Centre, sebuah sekolah yang dibangunkan oleh NGO untuk memberikan pendidikan asas kepada anak-anak pelarian Rohingya di sekitar Pulau Pinang. Akak pernah cerita tentang sekolah tersebut kat blog akak sebelum ini. Link berkenaan. Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)
Actually akak sponsor persekolah untuk sorang sahaja, nama dia Shabukunnahar a.k.a Shabu. Berusia 8 tahun. Tapi dia ada dua adik beradik lagi, abang dia Saiful Islam dan adik dia Abdul Rahman. So kalau nak bawak depa keluar berjalan atau beli apa-apa, takkan la nak bagi kat Shabu sorang sahaja kan ? Secara tak langsung akak pun jadi rapat dengan keluarga dia. Depa tiga-tiga pun panggil akak mama. Gitttu !!
So baru baru ini sempena cuti sekolah, Abdul Rahman yang kecik sekali, umur dia 6 tahun telah dikhattankan. Maka keluarga depa pun buatlah kenduri kesyukuran untuk Abdul Rahman. Depa pun jemput akak dan suami pergi ke kenduri berkenaan.
Untuk pengetahuan u olls, tiga beradik ini mempunyai ibu dan bapa. Depa satu keluarga duduk menyewa sebuah rumah pangsa berdekatan dengan USM. Ibu depa, Banu, adalah suri rumah sepenuh masa. Manakala bapa mereka, ( aku tak tau nama apa duk panggil abang saja), bekerja sebagai buruh binaan di sekitar Pulau Pinang (ikut projek mana depa kerja, currently duk kena buat bangunan kat Butterworth).
click read more
![]() |
My selfie with Abdul Rahman. |
![]() |
Aku amik gambar laki aku sekerat ja duk dukung anak sapa ka yang mai kenduri juga. |
Depa potong buah, tuang air oren ais untuk akak dan En. Khafi. Seorang saudara mereka, yang depa panggil Ustaz, duduk sebelah Khafi dan mula bercerita tentang pengalaman dia datang ke Malaysia lebih kurang 25 tahun yang lalu. Bila yang lain-lain pun bercakap, dia akan menyuruh mereka diam sebab aku dan En. Khafi tak boleh dengar. Ustaz ni macam ketua yang dihormati dalam kalangan ahli keluarga ini, dan the fact dia suruh semua orang sengap sebab kami dorang tak berapa dengar percakapan dia, aku rasa macam aku dan En. Khafi otomatik adalah Kak Ros dan Abang Najib yang mendapat layanan istimewa di rumah ini.
Ustaz menceritakan bagaimana susahnya mereka hidup di Rohingya dahulu. Kekejaman puak Rakhine dan polis yang ingin menghapuskan kaum Muslimin di perkampungan mereka. Macam mana, depa akan tangkap pompuan, orang tua dan dikuncikan dalam rumah. Selepas itu, rumah itu dibakar! Bayi dan kanak-kanak kecil dibaling ke dalam rumah yang sedang terbakar. Semua mati hidup hidup kena bakar.
Ada pula, 7 buah perkampungan yang habis dibunuh dan dibakar sama sekali. Takdak satu pun yang tinggal. Gila babi wehs sampai 7 kampung.
Keluarga Shabu berasal dari kawasan perkampungan yang terletak di bahagian bukit, syukur kerana puak Rakhine dan polis tidak datang memusnahkan kampung mereka. Tetapi setiap hari, ada sahaja ahli keluarga, saudara dan sesiapa sahaja orang kampung yang hilang tanpa berita. Entah ke mana perginya ? Sudah tentu ditangkap dan dibunuh. Jadi depa semua hidup dalam rumah, takut untuk keluar atau membuat apa-apa sahaja.
Pada hari yang sama, hari kesyukuran untuk Abdul Rahman ini juga, di Kuala Lumpur sedang berlangsung perhimpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan jitu dan solidari terhadap kekejaman yang sedang berlaku kepada saudara kita di Rohingya. PM Najib punya semangat over-over menjerit-jerit bagi ucapan kononnya dia memang adalah antara orang yang paling marah la dengan apa yang sedang berlaku di daerah di negara Myanmar tu sekarang. Siriesly, aku menyampah gila tengok PM kita duk bagi ucapan over over macam tu.
Padahal, aku berpendapat, awat dia, sebagai Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara yang paling dihormati dalam kesatuan ASEAN, tidak menggunakan kedudukan ini untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan damai dengan kerajaan Myanmar. Ataupun, secara sulit mengadakan perbincangan dengan Aung San Suu Kyi dan menawarkan sebarang bentuk pertolongan yang diperlukan sekiranya pompuan itu, pemenang Nobel Keamanan tidak boleh berbuat apa-apa atas kekejaman yang sedang berlaku di depan matanya.
Masa hari tu MH17 kena tembak, PM Najib boleh pulak dapat 'deal' dengan pemberontak di kawasan terpencil di negara Ukraine tu untuk bagi pelepasan khas kepada pasukan daripada negara kita untuk masuk ke kawasan nahas ?
Aku dan Khafi duduk mendengar cerita mereka dengan kusyuk.
"Sebab itulah kami sangat syukur duduk Malaysia. Ada makan, boleh kerja, boleh hidup. Semua selamat. Syukur alhamdulillah," kata Ustaz menghabiskan cerita.
"Tapi tula. Kami tak boleh bagi IC sama you semua. Negara kami kecik," aku meluahkan kata simpati ini kepada Ustaz kerana memang hakikat pelarian Rohingya yang berdaftar hanya diberikan kad pengenalan khas daripada pihak United Nation dan bukanlah kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.
"Takpaa...ini sudah cukup. Alhamdulillah. Saya semua, hari hari sembahyang, doa sama Allah. Malaysia jadi maju, lagi bagus, bangunan tinggi banyak, semua orang Malaysia pun baik dan bagus,"
Aku dan Khafi saling berpandangan. Aku rasa, lepas ni, kalau negara kita lebih bagus, lebih maju, ekonomi terus stabil dan lebih baik dari sekarang, bukan sahaja banyak bangunan tinggi tetapi nilai matawang kita juga menjadi tinggi, semua ini adalah kerana doa-doa baik yang dipanjatkan oleh pelarian Rohingya yang sedang menumpang di negara kita sekarang.
well said kak jumie. saya suka entri ni. dan ayat last tu betoi sangat-sangat.
ReplyDelete