Assalamualaikum semua sahabat pembaca blog akak yang dihormati,
Hari ini akak nak mintak tumpang lalu iklankan khidmat saham akhirat kepada u olls semua. Kalau ada lebih bagi lebih, kalau ada sikit, kita share sorang sikit.
Saham akhirat hari ini, untuk baby Hezra, anak bongsu kawan baik saya Hadi (dulu dia student kat tempat kerja saya PP Sains Kemasyarakatan, USM).
Secara ringkas, baby Hezra memerlukan suntikan khas untuk mencegah RSV. Satu suntikan mencecah lebih kurang RM3,500.00. Secara purata, perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga kecil sahabat saya ini adalah berjumlah RM17,500.00.
Baby Hezra ada dua orang adik beradik, kakak dan abang masih kecil. Ibu dan bapa Hezra kedua-duanya adalah guru private tutor sepenuh masa.
Sedikit pengenalan tentang baby Hezra yang lahir tak cukup bulan, melalui pelbagai komplikasi. Dan sejak lahir hingga kini, baby Hezra tak dapat balik ke rumah. Kini masih berada di dalam Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Hospital Besar Pulau Pinang.
Jom baca !

click read more
17/12 Hikmah HezraBuat kali pertama ayah tontonkan Hezra Hadi di muka buku ayah. Ramai saudara Hezra Hadi di luar sana bertanya akan Hezra.
Nak,
Hari minggu mcm ni teringin nak bawa keluar jalan jalan dengan abang Herris & kakak Hessa

"Ayah, nak pergi hospital ke Ayah? Nak tengok adik Hezra? Tak apa, abang tunggu lam kete"
"Ayah, adik Hezra dalam hospital? Kenape ayah?"
Kakak pulak "h&$@ra?" Sambil angkat tangan tanda tiada.
Hezra, baru-baru ni Mama dimaklumkan Dr Pakar yang Hezra perlukan ubat untuk cegah RSV bila Hezra keluar nanti. Ubat tu namanya Palivizumab. Hezra perlukan suntikan ubat ini setiap bulan dalam jangka masa 5 bulan. Setiap suntikan RM3500, maka jumlah keseluruhan Ayah dan Mama perlukan untuk menampung perubatan segera Hezra Hadi sebanyak RM 17,500. Jangan risau nak, ayah dah jual moto ayah tu. hihi. Lepas ni jogging ala2 Bleep test pi pasar dan sejid. Walaupun duit moto tu boleh tampung untuk shot pertama ni, InsyaaAllah bulan hadapan Allah akan bantu perjuangan kita sekeluarga dan baby syurga Hezra ni. 

Ayah nak sharing lagi ni nak, sahabat2 ayah juga banyak bantu ayah di luar sana kumpulkan dana. Ada yang tak kenal pun salurkan bantuan untuk Hezra.
Kak Irdina, salah seorang student ayah darjah 4 tahun depan, korek tabung sendiri lepas tu sebelum ayah balik, dia datang dekat dengan ayah.. "Cikgu, ni saya beri untuk tolong Hezra". Ayah tak mampu untuk menolak sebab ayah tahu Kak Irdina tu memang ikhlas nak tolong Hezra. Ayah jalan laju masuk dalam kereta sambil pegang sampul "Raya Aidilfitri Tesco", ada duit syiling sahaja tapi nilai murni dia sungguh besar Nak.
Ya Allah, ayah tengok lama2 sampul tu. Hilang kata kata
😷

Oleh itu, Hezra kena terus kuat tunggu ayah datang melawat Hezra.
Nanti ayah akan usahakan cara lain untuk Hezra Hadi ayah ni. Tunggu ye nak.
Detail tentang Palivizumab
https://www.synagis.com/hcc/what-is-synagis/overview.html
Antara kertas kajian yang dibuat akhir-akhir ini berkenaan dengan Palivizumab
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0014595/
Keputusan - "No infants died"
Ada juga terbaca dengan risiko palivizumab
http://www.thehealthyhomeeconomist.com/the-scary-side-of-s…/
Nota kaki-
Saya memerlukan bantuan kewangan untuk anak saya, Hezra Hadi yang kini masih berada di Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Hospital Besar Pulau Pinang.
Semoga bantuan doa dan sumbangan sahabat-sahabat di luar sana akan diberkati الله SWT.
Jika ada sahabat2 yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh Whatsapp sy 0194805715
Atau boleh terus bank in dalam acc saya
Cimb Acc:
Mohd Hanis Hadi bin Rahman
7019273542
#hikmahhezra
Nanti ayah akan usahakan cara lain untuk Hezra Hadi ayah ni. Tunggu ye nak.
Detail tentang Palivizumab
https://www.synagis.com/hcc/what-is-synagis/overview.html
Antara kertas kajian yang dibuat akhir-akhir ini berkenaan dengan Palivizumab
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0014595/
Keputusan - "No infants died"
Ada juga terbaca dengan risiko palivizumab
http://www.thehealthyhomeeconomist.com/the-scary-side-of-s…/
Nota kaki-
Saya memerlukan bantuan kewangan untuk anak saya, Hezra Hadi yang kini masih berada di Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Hospital Besar Pulau Pinang.
Semoga bantuan doa dan sumbangan sahabat-sahabat di luar sana akan diberkati الله SWT.
Jika ada sahabat2 yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh Whatsapp sy 0194805715
Atau boleh terus bank in dalam acc saya
Cimb Acc:
Mohd Hanis Hadi bin Rahman
7019273542
#hikmahhezra
Original posting: Facebook.com/tutorhadi/
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com