8.11.16

Ini Kisah Aku Sebagai Lelaki Gay


Salam buat Jumie yang dikasihi,


Malam ni aku terpanggil untuk menulis kat blog hang. Harap hang sudi publish. Amin. Since dalam blog hang dengan secara terbuka hang akan bercerita pasai isu gay / pondan ni semua. Malam ni aku terpanggil nak menceritakan kisah aku. Very simple, very easy to read.


Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, cukup serba serbi tapi taklah kaya mana. Biasalah cukup makan pakai. Bapaku seorang mekanik, ibuku seorang surirumah yang biasa. Aku anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Satu lelaki dan dua perempuan.


Walaupun aku lelaki, aku lebih suka mengemas rumah, membersihkan dapur. Pendek kata kerja-kerja perempuan ni aku lebih cekap berbanding kerja lelaki. Masa kecik pon aku suka main batu tujuh, galah panjang, kawan semua dengan pompuan dan kurang kawan laki.

Click read more



Sifat aku yang begitu memudahkan aku rapat dengan perempuan, hatta dari makcik-makcik aku, sampaila ke kawan-kawan perempuan. Yes! Aku rasa selesa dengan perempuan.


Aku masa sekolah rendah macam budak lelaki biasa yang slow-slow. Berbadan agak besar, so aktiviti sekolah yang berat-berat memang aku tak main. Tak dinafikan aku dikategorikan sebagai anak yang agak pandai dalam keluarga, so parents aku agak menyayangi aku dan menuruti apa sahaja kehendak aku.


Sampai ke sekolah menengah, bila aku mula mengenal internet, aku mula merasakan yang aku lebih suka tengok gambar bogel lelaki berbanding perempuan. Yes, aku mengaku start tingkatan 3 aku mula melancap bila melihat gambar bogel lelaki.



Aktiviti itu tidak terhenti disitu, aku lebih aktif apabila memasuki IPTA terkemuka di tanahair, aku mula mengenali aktiviti gay yang songsang ini. Aku bersekolah di SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), di sekolah aku seorang betul – betul anak dan pelajar yang baik, memang menurut sahaja kata ibubapa dan guruku.



Namun, bila menjejakkan kaki di kolej, aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang open minded. Aku bagaikan terkeluar dari kepompong bila berada di sini. Aku tak berani nak melakukan apa-apa perkara di luar tabii sebab takut / paranoid akan gagal di dalam pelajaran dan kasihan dengan ibu bapa aku yang menanggung segala perbelanjaan aku selama ini. Tambahan pula setelah masuk ke IPT yang menelan belanja yang besar.



Sepanjang aku belajar, aku cuba menolak jauh perasaan yang aku anggap sebagai tak betoi ni, tapi lagi kuat aku menolak, lagi kuat Allah menguji aku. Bayangkanlah aku ada di kolej lelaki dan semua yang berada di keliling aku elok-elok dan smart. Aku suka lelaki yang berpakaian kemas, dan smart. Putih-putih dan tinggi lampai. Dan kalau mereka pada waktu malam memakai kain pelikat dan singlet, perggh... bayangkanlah hati aku bila berada di masjid. Nak sujud pon tak khusyuk.



Sesudah habis belajar, aku mula ligat dalam kegiatan ini. Dengan pelbagai aplikasi sosial yang ada dalam internet, aku mula mengenali dunia gay / PLU ini. Hati aku mula tersangkut dengan seorang mamat bangsa Cina. Asal Penang tetapi bekerja di Singapura. Apabila dia pulang ke tanah air,  kami akan berhubung sama satu yang lain. Steve namanya. Steve seorang yang penyayang dan sangat caring dengan aku. Aku betul-betul jatuh cinta dengan dia, time tu memang angau habis habaq hang. Dan nak habaq mai aku pecah teruna kat sini la. Hahaha.



Tapi hubungan jarak jauh ni memang tak selalu lama. Dia ingin memutuskan hubungan ini kerana merasakan dia tak mampu nak menipu aku, sebenarnya dia takut dengan komitmen, ok done kami putus.


Bekerja sementara, dapat pula rezeki menyambung pelajaran ke peringkat degree di salah sebuah universiti awam yang tersohor ni. Lagilah dahsyat aku tengok perlakuan budak-budak kat Universiti ini. Aku terkejut. Tapi aku menerima mereka dengan baik seperti mana mereka semua menerima aku dengan baik, semua yang aku kenal menjadi sahabat rapat aku.



Sekarang aku bekerja, dengan gaji yang setimpal aku mula rancak balik kehidupan aku sebagai PLU. Pada mulanya aku bekerja, aku selalu berdoa agar pintu hati aku terbuka untuk meminati perempuan, sampai satu masa ada orang kirakan aku dengan satu perempuan nie. Kami mula couple dalam setahun.



Perempuan ini baik orangnya, aku namakan dia Aisyah. Aisyah tidaklah secantik mana, tapi perangai dia sangat baik dan sopan, asal family pon dari keturunan bagus. Aku cuba untuk mengubah hidup aku tapi lagi kuat ujian yang aku terima.



Cukup setahun aku kenal Aisyah, aku mintak untuk putuskan. Bukan apa, aku tak nak tipu diri sendiri. Lagi lama aku berkawan dengan dia, lagi banyak masalah mendatang.



Sekarang aku single, dan kehidupan seks aku macam PLU yang lain. Yes bertukar-tukar pasangan. Tak cukup dengan yang satu. Yes ada cuba untuk couple dengan beberapa orang tapi nampaknya spisyis anak-anak ikan ini semua bagaikan nak menipu aku dengan suruh support aku support mereka. Aku tak suka and aku tak bodoh nak layan semua tu. Cukuplah romen sekali dan belah. Touch n Go.



Aplikasi mudah alih memudahkan hubungan seks aku. Cukup suka apabila one night stand, orang datang dari negeri lain dan menginap di hotel. Dan jangan terkejut kalau aku kata aku pernah tidur dengan seorang pengacara TV terkenal di stesyen tanahair kita. Haaa...kerlas.



Kisah aku simple, tapi dah mai 30-an ni aku mula memikirkan adakah betul haluan hidup aku? Betul kah arah tuju nie? Mengapa aku tidak meminati perempuan sebagaimana kawan-kawan lain? Mengapa hidup aku tak sesenang hidup kawan aku straight yang lain? Kenapa aku tak dapat anak yang comel-comel macam hidup kawan-kawan aku? Soalan-soalan ni selalu bermain di fikiran aku.



Sebenarnya banyak perkara jadik ni banyak jugak tekanannya. Allah bagi ni semua ada hikmahnya. Kita tak nampak. Sabarlah wahai hati. Hidupmu tak sesenang orang lain.



Sekarang aku lebih suka untuk menyibukkan diri bersama kawan-kawan. Daripada memikirkan hal ini yang lebih penting ialah untuk membina karier, dan menjaga famili. Balas jasa baik ibu dan bapa aku. Kalau aku menikah pun, mungkin tumpuan aku kepada ibu bapa aku akan berkurang.



Lagipun, seikhlasnya aku sering terfikir. Baiklah aku tidak bernikah. Buat apa kalau aku bernikah dan beristeri tetapi masih dok chekchur? How? Lagi kesian anak bini cheq oii. Dah kawen anak dua pon muka separuh masih dok appear dalam Grindr lagu mana? Haaaaa…..At least aku buat jahat tak mengganggu emosi anak bini.



Nak diceritakan aku mengenali seorang mamat ni yang bekerja dalam badan beruniform. Dia handsome, bertubuh tegap dan sasa. Aku ONS dengan dia. Usai aktiviti kami, kami pun mula bersembang-sembang bercerita tentang kisah masing-masing. Aku mulakan dulu dengan kisah aku yang tak seberapa ni. Lepas habis semua, dia pula menceritakan tentang kisahnya. Orang hadsome dan mempunyai tubuh badan yang sempurna, aku tak terkejut bila dia nyatakan yang dia ada sugar daddy, seorang pakcik yang sponsor serba serbi keperluan hidupnya. Tetapi yang mengejutkan aku adalah apabila dia nyatakan yang oleh kerana pakcik itu takut dia lari ke Jantan lain, pakcik itu sanggup kahwinkan dia dengan adik perempuan pakcik itu sediri. So setiap weekend dia akan lari dari isterinya, si adik untuk pergi beromen dengan pakcik ni, si abang, si sugar daddy. Dalam keadaan lari pi lari mai tu, anak dah dua ya deknon !!


Isk! Takmau aku hidup macam aku. Lagi kasihan. Ko rasa dia menipu siapa ? Menipu orang-orang disekelilingnya atau menipu diri dia sendiri ?



Sekian sahaja cerita hidup aku, moga menjadi pedoman buat semua. Apa yang penting aku nak cerita kat sini ialah jangan menipu diri sendiri, tapi kalau boleh jangan la open sangat, sebab yes negara kita, agama kita tidak boleh menerima hubungan songsang kita ni. Teringin nak berubah, ampa doakan aku berubah ya! Amin.


Disclaimer : Penulisan ini sepenuhnya dikongsikan oleh pembaca blog JUMIESAMSUDIN.COM. Beberapa maklumat dalam cerita ini ditukar untuk menjaga kerahsiaan dan memudahkan pemahaman pembaca. Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

Noxford  :
Chekchur  -  Melacur
ONS – One Night Stand
PLU  -  People Like Us,  usually digunakan oleh golongan LGBT untuk merujuk kepada LGBT lain.

4 comments:

  1. aku suka mcm ni Jumie. Ramai kawan gay aku kawen konon2 nak sedapkan hati mak bapak, nak ada anak. konon2 nak berubah, ujung2 tak boleh. Biarla kau gay sendiri jangan libatkan hidup pompuan lain. Tak ke kesian kalau depa tau nanti?

    ReplyDelete
  2. Sape Dow pengacara tu korang rasa sape?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com