1.4.16

Perkongsian dari Aainaa Clever Girl

Hello u olls,

Haaa sapa duk tengok Clever Girl?  Rancangan realiti terbitan TV3 ni mendapat perhatian daripada pihak media sejak mula-mula dipaparkan.  Negative dan positif.  Tahukah anda,  one of the finalist dalam rancangan ini adalah kawan sekolah I olls?

Yaaa...haruslah ada wakil daripada rakan-rakan Jumizah Samsudin yang ber-IQ tinggi.

Aainaa adalah contestant wakil daripada Pulau Pinang,  kalau ampa nak tau dia yang mana satu?  Dia adalah yang paling kecik molek sekali.

Masa kat St.  George Girls' School,  I olls tak pernah satu kelas dengan dia tapi kami of course la mengenali sebab satu batch.  Nak kata rapat sangat tu...tak sangat...sebab apa?  Sebab dia adalah PENGAWAS! HAHAHAH dan aku adalah budak jahat yang selalu menarik perhatian orang ramai di waktu perhimpunan sekolah.  Gila nak rapat dengan dia macam mana?  Satgi terbongkar semua rahsia aktiviti 'blah sekolah' aku nih.

HEHEH sorry lawak-lawak sikit.  After sekolah,  Aainaa menyambung pengajian di USM sehingga sekarang beliau masih di USM untuk menyiapkan PhD beliau dalam bidang komunikasi.

Bila tau ja dia masuk Clever Girl,  haruslah I olls mengontek beliau sepantas mungkin dan begging dia untuk share something dengan you olls!!!  Naahhhhh.......dalam duk sibuk banyak benda nak kena buat,  akhirnya Aainaa hantaq juga jawapan gila panjang berjela aku rasa segan dan terharu sangat.

Jom baca perkongsian beliau!

ps/  Ampa nak kutuk pandaiiiiiiiiiiiiiiiii...cuba ampa semua duduk kat atas pentas tu.  Silap hari bulan aku tanya,  4+4 berapa?  Ampa jawab 400!!

Love,

JS

Aainaa Clever Girl


click read here



Dear Jumie,


Assalamualaikum. First of all Aainaa nak ucapkan terima kasih sebab sudi menulis tentang diri Aainaa dan juga berkenaan Clever Girl Malaysia. And nak mintak maaf juga sebab lewat hantar kepada Jumie coz my activities lately pack and shooting every day. Aainaa cuba ceritakan pengalaman Aainaa for your blog readers sebaiknya ok?


Alhamdulillah! Actually Aainaa tak terfikir pun untuk pergi audition Clever Girl Malaysia ni. Semuanya bermula masa iklan promo Clever Girl dekat TV then my dad kata why not I try this audition? My friend and cousin pun cakap benda yang sama even masa next day nak audition my friend called me 'You jadi ke tak nak pegi audition esok ni? Kalau tak I nak pegi karaoke dengan kawan2 I!" (Kekwat gitcheeww nada suara) Then Aainaa pun pergi lah audition tu tapi dah lewat sikit la di Hotel Sunway Seberang Jaya. My lucky number that time adalah 5046.


Sesi audition terbahagi kepada dua sesi :

1. Sesi menjawab soalan Mensa : Ada 30 soalan perlu menjawab dalam masa 15minit (soalan terdiri daripada General Knowledge, Mathematics, Logic Questions and sebagainya. Pendek kata soalan yang tetiba tak masuk akal macam ni 'Ada 10 orang manusia, 15ekor lembu, 6 ekor kambing dan 9 ekor ayam nombor genap dan nombor ganjil masing-masing bertukar berapakah kaki kesemuanya?' (Gitchewww soalan kan??)

Nota kaki : Mensa is the largest and oldest high IQ society in the world. It is a non-profit organization open to people who score at the 98th percentile or higher on a standardized, supervised IQ or other approved intelligence





2. Kalau pass soalan IQ tu baru boleh moved forward to next stage iaitu interview. Markah lulus untuk test tu kena 15 ke atas tapi untuk Pulau Pinang rasanya 18 atau 20 kot sebab ramai yang terror dapat banyak markah. Impressed sebab Pulau Pinang ramai wanita yang cerdik pandai and for your info Penang lah paling ramai yang datang audition so far 130 peserta bayangkan! Masa Aainaa masuk interview tu Aainaa bertemu dengan Ms. Shazreena (Produser untuk Clever Girl) and the beautiful Vanidah Imran (dia memang cantik dan sangat baik). Soalan Aainaa kena senang ja! Tapi bagi Aainaa bukanlah mudah untuk menceritakan tentang diri sendiri hingga cukup 30 minit. Nasib baik juga Aainaa membuat persediaan awal dengan membawa port folio sendiri.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan segalanya murahkan rezeki Aainaa bila dapat the golden ticket! YAY !!


Next stage kena tunggu panggilan telefon untuk profile shooting sebabnya supaya produser and pihak produksi untuk nak kenal Aainaa dengan lebih lanjut. So malam tu dapat call daripada pihak produksi dan esok tu cameraman mai and shoot kat rumah. So basically apa yang diorang shoot tu lebih kepada nak kenal Aainaa and family and also my forte la. Keputusan pemilihan itu akan diterima melalui telefon daripada pihak produksi, and so I have to wait lagi la 


Saat dinantikan bila dapat phone call daripada TV3 dan mereka menyatakan yang Aainaa terpilih sebagai TOP 28!! Masa tu I was on my way back from USM. Masa dok phone call bateri phone yang tinggal 12% tu terpadam arghhhh lawak dak?





Maka bermulalah perjalanan Aainaa bersama team Clever Girl! So sepanjang 5 hari Bootcamp dengan 28 gadis dari pelbagai latar belakang adalah sesuatu yang tak dapat Aainaa lupakan! Banyak peristiwa manis gembira sedih yang membuatkan kami semua ketawa bersama menangis bersama till time elimination lagi worst kot! I wish semua orang akan dapat tapi we know that cuma 14 gadis saja yang akan mewakili negeri masing2. And I’m one of the lucky person to be the Top 14!


Now dah lepas jadi Top 14 time for me to make over! Loads of fun activities and new challenge yang Aainaa buat setiap hari. Pendedahan kepada kerja-kerja produksi dan mass media. Meet up with loads of interesting and influential people yang banyak memberi inspirasi dalam diri Aainaa. Melakukan aktiviti and challenge yang Aainaa sendiri tak pernah imagine akan buat! And Im happy that I made it!


Dikelilingi oleh kawan-kawan Clever Girl yang cantik dan bijak! Perjalanan dalam Clever Girl ni masih jauh sebenarnya. Masih banyak perkara and benda yang Aainaa masih kena pelajari dan ketahui. Setiap minggu ada ja halangan dan cabaran baru untuk Aainaa dan Clever Girl kena lalui especially debaran yang paling memuncak adalah time Live Show every Sunday tu.


Memang tertekan sangat sebabnya everyone is watching you. Imagine you buat salah sikit orang (keyboard warrior and netizen) akan kecam you habis-habisan siap hashtag lagi. Even I yang tak pernah ada issue pun tetiba ada orang benci. Just imagine how we are dealing with this things.




After all Im having so much fun in this Clever Girl as I expose myself I stretch my comfort zone I challenge myself doing something new and I enlighten myself with more knowledge and being classy and patient is the key of all the success.


Benda yang paling tak sangka sekali adalah sebab tengok diri sendiri dekat TV. Serious rasa awkward kot tengok diri sendiri kat TV like betoi ka ni aku yang masuk TV dengan entah apa-apa punya expression muka and all. Agak nak tergelak la but all of this while I never dream to be on TV tapi tu la Allah dah atoq semua perjalanan hidup kita. Alhamdulillah 2016 started with the good journey in my life.


Aainaa juga akui dan sering ingatkan diri sendiri, apabila kita mula semakin dikenali, jangan sesekali bangga diri jangan sesekali jadi sombong just be yourself and yang penting kena sentiasa bersyukur! Alhamdulillah bila kita ingat Allah berbuat baik pada ibu bapa kita berbuat baik kepada orang-orang disekeliling kita InshaAllah Allah akan permudahkan semua urusan perjalan kita and murahkan rezeki kita.


Bila orang dah start kenal program Clever Girl ni secara tak langsung diri terdedah kepada public. Biasalah you can’t satisfied all people and the more people like you the more people will hate you as well walaupun you rasa you tak buat salah terhadap mereka and even you tak pernah kenal pun orang tu tapi you kena kuat semangat moving forward ambik yang positif ja yang negatif buang jauh-jauh. Aainaa realize netizen and keyboard warrior di Malaysia ni suka judge a book by its cover. Diorang lebih membuat penilaian secara semberono tanpa fikirkan sesuatu tu out from the box. And most of them tak boleh nak move on sebagai contohnya kes Clever Girl tersalah cakap about Mahatma Gandhi personally I memang kenal dia well she’s very smart person but cox of nerve cracking dia tersilap sebut then keyboard warrior keep bashing her and even now dah nak masuk episod 4 Clever Girl masih bercakap isu yang sama.


Just think at the future way if you have this kind of attitude you will not go far because you always look behind and never move on.


Pada Aainaa semua peserta Clever Girl mempunyai keistimewaan masing-masing. Ada kekuatan dari segi expertise dorang sebab setiap peserta ada background mereka yang berlainan. So basically everyone are challenging to me hehehehe


But on the other hand, all of us in Clever Girl dah mcm satu family semuanya boleh bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu task. Kalau tengok dalam diary semua cabaran-cabaran yang diberi memang out of our forte but we make it and I’m proud being in that situation! Being a Clever Girl adalah sangat tough! You Fight Like A Girl You Think and Energized Like A Men!


Semua benda boleh berlaku dalam live show sebenarnya nothing can be guaranteed! Maybe you rasa you dah buat yang terbaik tapi apa pun sebenarnya bergantung kepada kepantasan you digest soalan listening skill then refleksi you untuk tekan buzzer and confident dengan jawapan yang anda jawab. So just bersedia! Apa pun Aainaa doakan supaya Aainaa dapat sampai ke pentas final Clever Girl and harap semua orang dapat menyokong Aainaa. Amin





UCAPAN UNTUK PEMBACA BLOG JUMIE SAMSUDIN.....



Dont afraid to dream! Just be yourself love yourself and be confident!  Jangan sesekali takut mencuba sesuatu yang bukan forte kita! Sebab kita tak tahu sejauh mana perkara yang kita cuba tu akan membawa kita. Tak salah kita mencuba sesuatu yang baru kerana ianya sesuatu yang positif and will distract you to the new environment comparing to your routine life so you will have more variety skills in your life.
Yang paling penting sentiasa membantu and berbuat baik pada semua orang around our surrounding and I believe if you have right intention and you are kind hearted InshaAllah macam mana sekali pun orang-orang disekeliling you akan sentiasa support and bantu you. The love from Allah, love from your family and the love from your friends will guide you to the right direction.


Aainaa juga nak mengambil kesempatan untuk menggunakan platform Clever Girl ni untuk membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, pelarian peperangan, homeless people and sebagainya and sekaligus menyeru semua generasi-generasi muda kini untuk membantu mereka-mereka ini melalui cara anda yang tersendiri.


I wish all of the reader sentiasa di bawah naugan Allah (SWT) Always keep positive vibes permeate in you. Being clever is abstract but being yourself is beyond than that! Be confident okay? There's no harm being kind to people.



For more info about me and Clever Girl activities :

Fan page FB : Aainaa Clever Girl

Instagram : Aainaa_clevergirlmy


Jangan lupa saksikan Diari Clever Girl setiap Ahad 6-6.30 petang dan Live Show pada hari yang sama 9-10 malam hanya di TV3!  Last but not least Aainaa love all of you and Keep supporting me on Clever Girl! Muahx

Truly,

Aainaa Clever Girl

3 comments:

  1. betul... ramai yang kondem..tp sebenarnya para peserta bertungkus lumus and opkos bila satu malaysia tgk kita.. hat pandai jadi bodo.. sama laa mcm dlm kelas.. hang study pompang..bila dalam kelas dek sbb hang nervous dengan cikgu hang yang garang mcm singa lapaq, terus hang jadi benak 3 saat.... tp hadek yakin kalau hadek masuk.. konpon hadek n kakak hadek cik Vlad akan masuk final sbb kami bimbo yang cerdik hahahahahahaah

    ReplyDelete
  2. Typical orang kita yang memang suka mengondem..betul kata hang Jumie, cuba bagi depa buat..4+4 boleh jadi 2 kot..orang nampak senang, tapi sebenarnya kita yg mengalami lebih tahu susah atau senang..orang takkan nampak susah tu..lagi2 kalau atas pentas.."fright stage" bukan sesuatu yg mudah untuk diatasi..apapun aku suka ayat Aainaa "Dont afraid to dream! Just be yourself love yourself and be confident! Jangan sesekali takut mencuba sesuatu yang bukan forte kita! Sebab kita tak tahu sejauh mana perkara yang kita cuba tu akan membawa kita"..

    ReplyDelete
  3. Dear Jumie, thank you for writing about me and clever girl on your blog. I would like to express my thankful gratitude for the awesome stories you wrote about me on your blog. Keep in touch and keep supporting me okay? Love XOXO

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com