17.11.15

Ulasan ANTM Cycle 22 Ep14


Aku suka episode minggu ni sebab banyak inspirasi.  Banyak kata-kata yang dilafazkan oleh peserta dan Tyra Banks yang menyentuh hati sanubari aku.  About hard works,  about orang orang yang kita sayangi,  tentang hormat.  

At this point,  di mana hanya ada empat orang,  preasure dalam kalangan peserta semakin meningkat.  Tidak ketinggalan Nyle yang baru sahaja berada di bottom two last week.  Dia kata,  (aku translate la) "Sebagai OKU,  peluang yang diberikan untuk menyertai ANTM sudah boleh dianggap sebagai kejayaan tetapi saya tak mau beranggapan macam tu.  Saya nak menang,"

Miss Jay Alexander and Ms.  All Of Me.




Cabaran untuk minggu ini agak mudah tetapi susah juga sebab semuanya bergantung kepada nasib.  Kesemua mereka dikehendaki untuk posing untuk cover magazine NYLON dan majalah dengan cover muka depa ini akan dijual dikhalayak ramai secara random dan pemenang dipilih berdasarkan majalah mana paling laris.

Obviously,  Mikey menang.  Bad boy with the beautiful hair.  Nak hariam masa dia photoshoot.  Dia kata kat photographer dia nak simply let go his hair.  Walaupun dah bun elok apa semua,  sekali dia bukak,  rambut dia jadi elok terletak macam mana ka tak kejung pun.  Cuba kalau rambut aku?  Nak hariam macam mana kalau bloq 4 jam pun,  tunggu 4 minit dah kejung.

Tak dinafikan ramai orang nak beli majalah dengan cover muka Mikey.  Girls wants to date him,  gays wants to fuck him!

At the end of the day,  sebagai pemenang cabaran,  Mikey mendapat hadiah kemenangan iaitu seorang perempuan hot bernama Chrissy Teigen.  Aku suka perempuan ni mai kat show ni.  Aku rasa perempuan ni memang jenis real woman yang happening,  real bitch tapi style cool and sempoi.  Masa depa makan lepak ramai-ramai,  dia relaks ja angkat kaki bubuh kat kerusi.  Dia pun mai bagi banyak nasihat kat budak budak ni,  antaranya dia kata macam mana kita dah berjaya dan dapat job dahsyat-dahsyat pun kita kena selalu work hard untuk dapatkan job seterusnya.  Dia kata,  walaupun dah pernah covered dalam Sports Illustrated tapi still dia kena pi buat casting untuk dapat job baru.

Kalau Devin ada mesti dia makan hati.  Dia tu baru duk feeling dapat job job kampung,  duk feeling dah.    

Gambar masa cabaran.







Sesi photoshoot adalah sangat emosional sangat.  Sebelum sesi itu bermula,  Tyra Banks memperkenalkan mak dia Carolyn London seorang wanita yang sangat gojes.  Depa bersama bersembang dengan empat anak muda ini tentang kerja kuat dan hormat.  Aku sangat suka sekali apa yang dikatakan oleh Ms.  London iaitu 'Semakin kuat Tyra bekerja,  semakin dia sedar bahawa dia akan peroleh lebih banyak hormat apabila dia lebih focus dalam kerja,"

And later,  Tyra membuat suprised dengam memanggil semua ibu ibu para peserta.  Gila touching kot masa ni.  Aku pun macam nak nangis.  Lepas sembang-sembang and lepak dengan mak masing-masing,  depa bagitau bahawa photoshoot minggu ini adalah featuring mak depa.

Aku paling suka sekali sesi antara Nyle dan mak dia.  Aku nampak depa dorang sangat rapat dorang. Mak Nyle pun actually bisu juga.  Depa sama sama duk communicate pakai sign language.  Masa photoshoot,  mak Nyle overrr okay!!  Siap posing kang-kang.  Kau mampu?

Sesi antara Mame and mak dia bermula dengan okwed sekali.  Actually,  parents Mame stays in Ghana and Mame dibesarkan oleh makcik dia di US sejak kecil lagi.  Hubungan antara Mame dan ibunya hanya melalui telefon sahaja.  So bila tiba-tiba depa dorang kena bekerjasama dalam satu sesi photoshoot of courselah sangat sangkak u olls.  Mak Mame adalah seorang wanita Africa yang cantek ya tetapi sangat pemalu.  Tapi bila Tyra Banks duk buat gila and duk ajar mak dia untuk posing terus mak dia meletops!!  Aku rasa sebab itu gambar Mame jadi yang paling meletops sekali!!

Sesi antara Lacey dan mak dia biasa-biasa ja.  Boring.  Takdak apa special.  Tapi mak Lacey memang cantek.

Sesi antara Mikey dengan mak dia sangat touching sekali.  Ternyata,  Mikey sangatlah Mommy's Boy.  Dia sangat sayang kat mak dia.  Sebab selama ni kita duk tengok Mikey style gatai duk try semua perempuan,  playboy,  pastu mulut lancang ala-ala ass hole bad boy jugak,  tapi hari ni bila dengan mak dia,  dia style menangis dan memuja mak dia sangat.


Mame





Nyle






Mikey





Lacey




At the end of the day,  sebab semuanya performed well, semua depa tak terkeluar.  Aku tak tau apa akan jadi minggu depan!  At this point...sapa-sapa yang terkeluar akan rasa sangat teruk kot.  Gila dah top 4!!

1 comment:

  1. Aku suka tengok mak Nyle. Sekali posing dasyat. Mak Mikey sian weh kena byat 2 kerja takde masa nak pakai cantik2. So aku pun nangis tengok diorang. Lacey and her mom definitely so boring. So masa depa kata Lacey menang aku hangin jap. Mikey sampai terduduk kena troll dengan Tyra. Hahahahaha.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com