Apabila menonton cerita asains fiksyen yang memaparkan dunia post-apocalypse atau apa-apa filem sains fiksyen yang menunjukkan seluruh sistem masyarakat yang berbeza dari segi politik, agama yang sedia ada secara contohnya dalam filem The Hunger Games, Divergent, The Maze Runner, The Giver atau Elysium aku selalu wonder macam manalah kot kalau-kalau benda ni semua bukan benda ni bukan rekaan depa semata-mata tetapi something yang memang betul-betul depa dah buat dan sengaja disogokkan melalui media agar satu hari kita bersedia.
Khafi selalu kata macam ni kat aku, "What if penyakit Zombie dah memang wujud. Depa duk simpan virus ni sebagai senjata perang. And one day kalau dunia dah makin teruk, depa lancarkan virus ni. And semua orang turn out jadi Zombie. Kita nak lari macam mana? Depa duk bubuh ni semua dalam filem depa nak bagi kita ready and pikiaq siap-siap,"
Aku pun jawab "Kalau Zombie tu semua jalan biasa saja macam cerita The Walking Dead takpa....aku boleh fight depa. Tapi kalau Zombie style lagi laju macam World War Z, aku rasa aku dah lama jadi Zombie,"
So same goes dengan dunia dengan sistem masyarakat yang completely berbeza dengan sistem yang kita dah ada sekarang, entah macam mana satu hari masa duk nganga baca 9GAG aku terbaca pasai satu posting tentang Auroville yang dikatakan sebuah bandar yang sedang telah dilancarkan pada tahun 1968 dan masih sedang dibangunkan untuk menjadi sebuah sistem bandar dan masyarakat yang bebas politik, agama dan DUIT!!
Let's read about Auroville.
Apa itu Auroville?
Auroville adalah sebuah bandar yang juga dikenali sebagai City of Dawn yang merupakan sebuah sistem bantar eksperimental. Terletak di Daerah Vilyppuram, Tamil Nadu, India. Bandar ini diasaskan oleh seorang wanita bernama Mirra Alfassa, seorang wanita berbangsa Yahudi yang berasal daripada Perancis. Mirra yang juga dikenali sebagai The Mother mulai merasai dan mendapat pelbagai pengalaman spiritual sejak kecil lagi contohnya dia pernah 'diangkat naik ke atas langit' dan perlahan-lahan dia meneruskan 'pencarian' ini dan akhirnya apabila dia sampai ke India, dia pun belajar tentang falsafah hidup Sri Aurobindo dan sejak itu dia mengasaskan Auroville sebagai sebuah bandar universal untuk lelaki dan wanita dari semua negara yang mampu hidup dalam keadaan aman dan makmur ke arah keharmonian yang progresif, mengatasi semua kepercayaan (agama), politik dan bangsa. The purpose of Auroville is to realize human unity. (Aku translate semua ayat ni sendiri dari Wiki. Kalau nak lebih jelas ampa boleh pi baca sendiri.)

Pengasas Auroville, masa muda dan masa tua. Tapi dia dah meninggal dunia.
Sejak awal pengasasan bandar ini, sekarang ini depa mempunyai lebih kurang 2000 lebih penduduk di dalam Auroville yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Depa tanam pokok sendiri, bina rumah sendiri and beranak pinak semua dalam bandar ni.
Tapi kalau dikatakan tidak ada politik, macam tak lojik juga sebab sebagai sebuah bandar yang mendapat hak autonomous daripada Kerajaan India, depa ada sort-of-International Secretariat yang menetapkan peraturan dan mandat dalam bandar ini. So when there is rules, its politik la kan? Dalam bacaan-bacaan lain juga, ada yang kata, UN funded Auroville!! Aku rasa ini adalah salah satu investment yang dibuat oleh badan dunia ni untuk masa akan datang. Kot-kot lah semua orang mati, Obama mati, Najib mati...so kita dah takdak pemimpin. So kita bolehla amik template Auroville ni untuk bangunkan masyarakat baru.
And depa kata, depa tak guna duit, tapi bila Aurovillian keluar ke bandar berdekatan untuk beli barang dan pakaian dan sebagainya, depa beli pakai apa? At the end of the day, depa kena buat duit jugak, cuma DUIT bukan perkara utama dalam perancangan hidup depa. That's my understanding la kot.
And depa kata depa takdak agama. Tapi Matrimandir kat tengah-tengah tu? Tempat depa beribadah mencari ketenangan. Bagi aku, kalau ampa percaya secara beriman bersungguh-sungguh mengatakan bangunan bulat ni boleh bagi ketenangan dan ampa semua patuh dengan cara-cara tertentu untuk menghormati tempat tu, itu adalah agama lah.
Lepas baca website Auroville (aku ada letak kat bawah ampa boleh baca sendiri), kita orang luar boleh melawat Auroville okay!! And kalau sapa-sapa berminat nak join untuk duduk dengan depa pun boleh. Aku tengok ada jugak student apply untuk buat summer program kat dalam tu. Interesting.
Dah jom tengok gambiaq.
The Matrimandir
The Matrimandir adalah sebuah bangunan berbentuk sfera kat tengah-tengah town. Tempat ni dikira sebagai tempat suci depa untuk beribadat.
Bahagian luar.
Bahagian luar.
From inside.
From inside.
Auroville sekarang dengan penduduk lebih kurang 2400 dari 50 buah negara.
Auroville pada awal pengasasannya.
Hari perasmian pada 28 Feb 1968.
Bangunan-bangunan dalam Auroville
Rumah-rumah dalam Auroville
Taman dalam Auroville
The people
Kak jumie ni pandangan saya ye... sebenarnya Auroville ni merupakan satu konsep kepercayaan Moksha dalam agama Hindu yang mana ia lebih kepada spiritual dan animisme.
ReplyDeleteramai mat salleh semua memang tercari-cari sesuatu yang BEBAS dari HIRUK PIKUK dunia sebab mereka kononnya penat dengan segala macam permainan politik, keluarga drama dll.Mereka kononnya nak bina sebuah tamadun yang bebas unsur kebiasaan.
Auroville adalah salah satu cabang kepercayaan sebenarnya cuma dilampirkan dalam bentuk tamadun manusia.
mungkin ada hidden agenda...