Hello people,
Bahasa Inggeris memang ternyata adalah bahasa yang paling banyak meminjam perkataan daripada bahasa lain. Perdebatan ini masih lagi hangat dibicarakan tetapi aku setuju dengan point bahawa kadang-kadang kita memang terpaksa meminjam perkataa kerana itulah yang akan meng-kayakan bahasa kita. Sesetengah ahli bahasawan berpendapat, duk pinjam-pinjam perkataan ini adalah tidak bagus, lama-lama bahasa kita akan mati.
Sudah banyak perkataan bahasa Melayu yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Antaranya, orang utan, merbau, satay, babirusa, cempedak, durian, rambutan dan sebagainya.
Tapi perkataan-perkataan ini memang sah-sah pun kata nama yang sememangnya tak boleh nak diubah sebab benda-benda ni memang ada kat negara kita and depa pun tak boleh la tak pasai-pasai nak translate perkataan tu jadi English.
Contohnya, babirusa. Sejenis babi yang mempunyai tanduk berpusing-pusing macam rusa. Tapi dia babila. So takkan nak panggil pig deer! Tapi spisyis ni aku Google kat Malaysia takdak, tapi ada di Indonesia.
Then, orang utan. Takkan nak translate bodo jadi people of the forest.
Cempedak apa? Durian? Rambutan?
Babirusa.
Tapi tu semua kata nama yang usually memang susah pun nak tukaq sebab orang putih pun takdak benda-benda tu semua. Kalau kata kerja yang diamik dari bahasa Malaysia yang aku tau, AMOK. Diambil dari perkataan Melayu, amuk; mengamuk.
Ini adalah kerana pada zaman Melaka tu semua dulu, orang Portugese for the first time tengok mana orang Melayu mengamok. Naik hantu, bawak parang and bunuh semua orang. Orang Portugese tak pernah tengok macam ni semua dulu kat negara depa, so depa pun tulis dalam catatan perjalanan depa. Sampai lani memang orang putih pun pakai perkataan tu untuk menggambarkan orang yang berlari secara membabi buta.
Yang ni aku macam bangga juga, ahaahahaha. Sebab gila, sebelum kat Amerika duk sibuk-sibuk budak masuk sekolah bawak pistol and tembak semua orang, tok nenek kita dah buat dah. Dari zaman Hang Tuah lagi, dah ada orang mengamok dalam kampung and bunuh orang pakai barang. (I AM VERY SICK TO THINK THIS AS SOMETHING MEMBANGGAKAN).
Awat tak amik perkataan bahasa Melayu yang baguih-baguih untuk masuk dalam dictionary depa? Contohnya....gotong royong. "This Sunday we are going to be gotong royonging at the church" gitu!! Pastu church pun akan pasanglah lagu Haliluyah kuat-kuat kat speaker church depa kuat-kuat sampai satu kampung dengar.
Penduduk New York bergambar selepas bergotong royong membersihkan gereja.
Itulah sahaja aku nak share dengan ampa. K bye people, i want to go lepaking with my anak-anak ayam.





No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com