Gambar curi dari MynewsHub. Link di bawah.
Hello u olls,
Siriesly lama tak update blog. Sorry sangat-sangat kat ampa semua. Nombor 1, aku duk pulun tulis buku aku bagi perabih berjudul Himpunan Cerita Marhayam and keduanya sebab aku sendiri takdak idea nak update apa. Seems that semua kisah-kisah yang berlaku kat sekeliling aku ni macam dah pernah aku ulas dalam blog. Pastu mai pulak kisah-kisah politik, harga nilai ringgit kita dan bla bla bla.
Setiap hari sambil sibuk-sibuk di pejabat, aku scroll jugak Facebook page dari atas ke bawah mencari idea dan inspirasi untuk menulis next post aku. Rasanya macam bohsan juga buat kerja scroll down ni. Sebab kalau ikutkan style aku, memang aku ni pemalaih nak baca HOME FEED sebab kat situlah aku akan tengok benda benda merapu dan mulut akan tak berhenti berkata dan menambah dosa.
Tapi hari ini aku tertarik dengan dua posting yang dijadikan viral.
Nombor satu pasai Intan Farhana dan boyfriend mengutuk pasai ada couple depan depa naik motor untuk beli makanan segera kat drive-thru lane.
Nombor dua pasai posting Razak Rahim seorang cikgu yang menceritakan tentang kesusahan mengharungi hidupnya sebagai anak yatim piatu dalam mengejar cita-cita.
Dua posting ini menunjukkan dua jenis manusia dan bagaimana mereka menghargai hidup.
Pasai Intan tu, masa mula-mula aku baca dia punya posting, aku mula-mula gelak jugak. Bukan gelak hina kat orang naik motor, tapi siriesly wehs, aku ada dua kawan baik nama depa dorang tu Lenny dan Wawa. Depa dorang pompuan gemok yang tak sedaq diri and pemalaih celaka nak haram. Kalau ampa nak tau, kat area rumah aku, Ayer Itam, ada 3 outlet makanan segera yang berdekatan. KFC 1, Mc D dua bijik. Depa dorang pakgemok ni, memang SELALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUEWWW naik motor lalu drive thru, beli makanan and mai rumah aku untuk menambah lemak.
Aku selalu gelak dan maki kat depa. Bukan aku hina depa dorang naik motor. Depa dua dua ada kereta yang lebih besaq dari aku. Tapi aku hina depa sebab depa dorang ni baloq liat nak mampus. Awat hang naik motor ja kan? Bukan susah pun nak parking. Apa kata, ampa parking dan masuk dalam dan beli sahaja makanan tu kat kaunter. Buat malu saja duk naik motor dan beli makan kat drive - thru.
Tapi lama kelamaan, dah makin ramai pulak orang buat macam ni. Naik motor tapi lalu drive-thru. So now aku paham, mungkin orang nak cepat. Jimat masa. So tak kira la naik motor ka, kereta ka, can mayat ka, depa lalu drive - thru.
Takdaq la pulak aku nak gelak hina orang naik motor macam yang Fatin tu gelak. Maybe Fatin tu dia gelak sebab bagi dia, hanya kereta yang 'layak' lalu kat drive-thru. Kenderaan yang lebih rendah standardnya dari kereta tidak layak.
Kalau pun dia nak gelakkan, just simpan la lawak bodoh itu dalam hati dan bersama pasangannya yang sama bodoh piang. Silapla dia pi share kat laman sosial. Cepat sahaja benda ini menjadi tohmahan orang ramai.
Baguih la jugak benda ni jadi, sebab apa yang jadi kat Fatin ini adalah contoh manusia yang 'berada'. Saya pernah tulis dalam Facebook status sahaja dahulu "Time kita 'ada' pun Tuhan sebenarnya sedang menduga kita."
Harapan agar Ms Fatin belajar dari kesilapan. Takpayah la buat video / apa-apa posting kata hang menyesal dan malu, dan minta maaf bla bla bla. Just keep it to yourself. Itu pun hang kena belajar juga. Bukan semua benda nak kena post kat laman sosial.
Seterusnya, cerita pasai Razak Rahim. Rasa nak menangis sangat-sangat. Aku yang hidup ada mak bapak dan family support dan kawan-kawan ramai keliling pinggang ni, tiba-tiba berasa hiba sebab aku selalu marah dan maki hamun family dan kawan-kawan aku sebab mulut aku memang style babi takdak lesen pulak. Aku macam tak hargai pun depa semua. Tapi posting Razak Rahim ni memang betul betul buat aku insaf.
Kita memang tak akan nampak dan menghargai sesuatu tu sampailah kita dah tak dak. Razak dah lalui 'takdak' tu. Aku paling touching masa dia kata kat mak dia "mintak maaf mak sebab tak dapat jadi doktor. Lepas ni dah jadi cikgu, saya akan didik dan lahirkan lebih banyak doktor,"
AMIN AMIN AMIN. Aku doakan Razak lepas ni ditemukan jodoh yang baik-baik, dia ada anak yang baik-baik dan selepas ni rezeki yang dia dapat semuanya pun baik-baik belaka.
Nah, dua kisah manusia di negara yang tercinta ini. Di kala aku mengscroll ke bawah posting kalian semua dalam Facebook membaca komen-komen rakyat Malaysia yang sudah jatuh jati diri sama macam harga nilai Ringgit. Tapi bila aku baca kisah Razak ni, at leaast aku tau la...masih ada lagi orang baik kat negara kita ni.
Amin-amin. Sekian ampa semua, yang sudah ada anak. Jangan lupa untuk didik hati anak-anak kita. Didik cara mereka berfikir dan berkata. Akhlak yang baik tak boleh dibeli dengan duit.
Bacaan tambahan :
Mak Adik Dah Jadi Cikgu/ Malaysia Tribune
Wanita Dikritik Sebab Kutuk Orang Naik Motor Beli Drive Thru
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com