Senang ja nak komen pasai benda alah ni u olls.
Kesimpulannya, rekaan baju Rizalman untuk pasangan Syawal dan Fiqa adalah sangat klasik dan tidak disaratkan dengan rekaan melampau yang menyemakkan. Setelah beberapa minggu Rizalman sendiri bersama-sama dengan pasangan ini dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam pertandingan Pelamin Fantasi secara tak langsung pastinya pereka ini peka dengan reka pakaian yang bersesuaian dengan personaliti dua pasangan ini.
I olls adalah follower tegar Rizalman dalam Instagram and Ive always admire beliau punya simplisiti. Bila mana pereka fesyen Malaysia yang lain duk feeling dengan kemeriahan manik, bentuk-bentuk avant-garde yang kadang tidak masuk akal untuk tubuh badan Kak Zah dan Abang Osman, Rizalman tetap dengan pendirian seninya yang sentiasa klasik dan ekslusif. Dia ada tahap dia tersendiri.
Tapi the moment marhayam Rizalman mengupload dua komen kakak-kakak tudung manik tu kat Instagram secara otomatiknya bagi I olls itu adalah tidak patut. For me, Rizalman tak payah nak pi layan komen-komen macam ni. Sah-sah la kakak berdua ni bukan follower hasil kerja Rizalman and depa duk feeling nak tengok Fiqa pakai dress songket penuh prada 17 tingkat. Dah rupa macam pokok Krismes dengan cucuk sanggul baru depa akan approve yang dress pengantin tu cantek. Apa susah, suruh kakak berdua tu tayang gambar kawen depa dulu? Apa kot rupanya?
So I olls harap, Rizalman tidak lagi membuat kesilapan ini. U olls sudah ada tahap tersendiri yang pastinya tidak dapat dinafikan lagi. U olls adalah pilihan para VIPS dan ROYALTIS di Malaysia, u olls adalah icon dan juga idola kepada para pereka muda di negara kita. Just focus making something great untuk industri fesyen negara kita. Takpayah duk post dah pasai komen-komen bangang ni semua.
So adakah baju pengantin Syawal dan Fiqa adalah low class? Tidak sama sekali. Tetapi melayan komen bodo para peminat adalah tindakan menjatuhkan class kita sendiri oleh itu marhayam please dont do that again.
ps/ punya duk susun ayat takut takut la Rizalman terbaca blog kiter and carut kiter balik kat Instagram beliau. HAHAHAHA
Komen berani, pedas, masin dan manis semua ada... yg pasti hasilnya mmg sedap dimakan.... hehe
ReplyDeletesuka sangat pelamin dorang..very the vassssss...excited tgk pelamin sampai x perasan baju tu..hehe
ReplyDeletepelamin dorang dah meletop uolss..baju dorang pun kalau tengok betol2 memang kelas habis walaupun simple.
ReplyDelete