Saban hari Harian Metro tidak pernah gagal
untuk membawakan headline meletops yang bisa menarik perhatian pembaca
Malaysia. Baru-baru ini pasti kalian
terbaca tentang headline yang menjadi viral iaitu tentang kisah kemalangan ngeri
yang melibatkan pasangan suami isteri.
Kedua-dua mereka meninggal dunia dalam kemalangan tersebut dan yang
menjadi headline apabila isteri pertama baru tahu yang dia telah dimadukan
apabila dia mendapati perempuan yang meninggal dalam kereta suaminya itu adalah
isteri kedua.
JENG JENG JENG
Aiiyooo dahlah first day of Ramadhan tak
salah I olls masa cerita tu keluar. Masa
pagi-pagi baca post tu dalam perjalanan I olls nak mai kerja, dalam hati,
ya Allah kesiannya kat isteri tu.
Dahla baru nak sambut puasa,
suami pulak meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, pastu dapat tau pulak dia ni ada madu selama
ni, and paling sedih, katanya dia sedang mengandung. Ini dah bukan lagi kes, sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi inilah yang dikatakan, sudah jatuh ditimpa tangga, dah jatuh pulak terpijak tahi ayam pandu.
(Tahi ayam pandu adalah tahi ayam yang baru sahaja diterberakkan dan masih
panas)
Tapi rata-rata teman pompuan yang duk share
benda ni kat Facebook depa semua mampuih duk mencarut-carut. Carut siapa?
Haruslah carut si lelaki tu.
Biasalah pompuan, bila mai
bab-bab macam ni teruih la semua nak jadi feminis macam manaka. Tak semena-mena depa kutuk si arwah tu sebab
dikatakan sebab dia membuat onar dan isteri pertamanya (merahsiakan perkahwinan)
maka dia pun terkena tulah ini.
Sungguh dahsyat tohmahan ampa.
Akak ni bukanlah nak kata akak baik umpama enjels. Bulan-bulan puasa ni, kita kena lah praktis hati dan akal kita ni dari bercakap benda benda tak tentu hala. Ternyata headline yang diwarwarkan oleh Harian Metro ini mengundang kita semua untuk membuat andaian kilat dengan menuduh benda benda negative kat lelaki tu.
Sungguh dahsyat tohmahan ampa.
Akak ni bukanlah nak kata akak baik umpama enjels. Bulan-bulan puasa ni, kita kena lah praktis hati dan akal kita ni dari bercakap benda benda tak tentu hala. Ternyata headline yang diwarwarkan oleh Harian Metro ini mengundang kita semua untuk membuat andaian kilat dengan menuduh benda benda negative kat lelaki tu.
Siriesly u olls, for me la kan, lebih baik lelaki itu meninggal dunia bersama
isterinya yang sah. Daripada dia meninggal
dunia dengan kekasih gelap. Allah ni
maha pengasih, jahat mana pun kita dia
tak akan nak aibkan kita ni. Tak salah
kalau aku kata, inilah jodoh si lelaki
dan isteri keduanya. Kutemui cinta
hingga ajal bersama.
Secondly,
ampa duk baca kot headline tu sahaja.
Ampa tau ka cerita di sebalik kisah depa dua orang ni? Mana nak pi tau, dulu-dulu depa dua ni memang cinta dari zaman
pi mengaji kelas Khafa sekali. Tapi
lebih sekolah, mak bapak halang
percintaan. Tapi bila dah besar, sama-sama ada kerjaya dan harta pencarian
yang stabil, jodoh dipertemukan
semula. Nah....depa pun menikah. Dalam diam kerana mungkin nak menjaga hati
hati yang mereka sayang.
Banyak lagi andaian baik yang aku boleh
garapkan untuk ampa tapi aku rasa cukuplah setakat ini. Satgi aku buat banyak-banyak rugi sahaja idea
aku tu. Baik aku amik idea tu, buat novel,
nanti publish kat Taro Press and suruh ampa semua beli. Aku pun dapat duit.
Kepada keluarga isteri pertama, takziah. Janganlah bersedih kerana Allah sudah pasti menjanjikan pelangi selepas hujan dan ribut petir. Bangunlah dan basuhlah tahi ayam pandu itu, kerana seberat-berat najis mukholazoh boleh dicuci juga. Hati yang busuk sapa yang tahu?
Kepada keluarga isteri pertama, takziah. Janganlah bersedih kerana Allah sudah pasti menjanjikan pelangi selepas hujan dan ribut petir. Bangunlah dan basuhlah tahi ayam pandu itu, kerana seberat-berat najis mukholazoh boleh dicuci juga. Hati yang busuk sapa yang tahu?
Kepada kalian semua yang menghemtam si
arwah itu, tulah....pi la tengok Astro
Ria, TV 3, drama petang bodo-bodo tu semua lagi. Nahariam semua.....suami ku ustaz
la.....isteri ku tak tau masak la.....suami ku cik sotong la...........tu otak
ampa pun jadi lagu ni. Bodo bodo sikit.
ps /
I olls layan Game of Throne and Orange is the New Black.
Sekian.
Sumber bacaan : Sayu. Isteri ketahui suami nikah lagi selepas nahas
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com