10.3.15

What Colour Is The Dress?



Minggu lepaih sapa duk dapat gambak ni dalam WhatsApp group ampa semua?  Pastu soalannya "Apakah warna baju ni?"  Ataupun dalam bahasa orang putih...What Colour is The Dress?

Persoalan yang ditanya ini datang juga dengan sekeping gambar baju perempuan (dress) akhirnya telah perpecahan dalam group berkenaan sebab ada yang nampak colour biru dan hitam,  ada pulak yang mempertahankan bahawa warna yang mereka nampak adalah putih dan gold.

Mampuihlah bergaduh sakan dalam group tu pulak.

Tak sampai seminggu gambar dan spekulasi ini menjadi viral.  Jenuh semua orang duk bergaduh dan pertikaikan gambar ini.  Kalau ampa Google Search,  ampa type dulu "What colour...." teruih keluaq panjiang "What colour is the dress"

Last sekali barulah dikisahkan bahawa gambar ini adalah satu eksperimentasi untuk membezakan cara individu membedakan penafsiran warna dari mata ke otak kita.

click read more




Menurut Jay Neitz penyelidik colour-version dari University of Washington in Seattle"  Cara kita menafsir warna berubah dari semasa ke seamasa.  Manusia selalunya lebih sensitif dengan warna biru muda dan semakin meningkat tua tahap sensitiviti itu semakin berkuarangan.  Ini menerangkan mengapa ramai oran muda nampak BIRU DAN HITAM manakala generasi veteren nampak warna PUTIH DAN GOLD.  Namun faktor umur semata-mata tidak menjadi asas kepada perbezaan ini.  Pasti ada faktor-faktor lain juga yang perlu dikaji,"

Sumber  :  The Wired

Mampuihlah satgi semua orang pun duk paranoid bila duk nampak GOLD dan PUTIH padahal umur baru 20an.

Satu lagi explanation pada benda ini adalah sebenarnya semua makhluk yang boleh melihat mempunyai tahap penglihatan yang berbeza.  Ada manusia yang boleh melihat sampai beribu-ribu warna,  ada orang yang boleh tengok beratus-ratus warna sahaja,  ada orang yang boleh lihat 4 warna sahaja.  Orang yang mempunyai sensitiviti warna yang terhad ni la yang kita panggil sebagai rabun warna.

So there's nothing wrong dengan orang yang nampak BIRU HITAM or GOLD PUTIH or GOLD GREY or PURPLE PINK or what so ever.  Kita semua adalah berbeza.

Concetta Antico seorang pelukis yang claimed yang dirinya boleh tengok 99 juta colours (100 kali ganda lebih banyak daripada manusia biasa) nampak dress ini dalam warna LILAC (ungu muda) dan PINK. 



Masa mula-mula aku dapat gambar ini dalam WhatsApp group,  siriesly aku nampak gold dan putih.  Tapi masa tu aku diam tak jawab dalam group sebab aku duk busy.  Then kawan-kawan lain jawab dulu,  rata-rata jawab kata biru dan hitam.  Pastu aku tengok gambar tu lagi sekali baru aku nampak biru dan hitam.

Aku teruih macam pelik.  Instead aku teruih mengamuk dan mempertahankan mengapa aku nampak PUTIH DAN GOLD aku teruih membaca apa yang dibincangkan dalam group WhatsApp kami.  Then baru aku tau benda gambak bodo ni pun boleh jadi viral satu dunia.  Ellen Degeneres pun panggil orang yang rakam gambar ni masuk dalam rancangan TV dia.

Mampuihla lawak.

Pastu ada sorang kawan aku ni,  (dalam group wassap yang lain) dia duk rasa pelik awat semua orang nampak warna biru hitam dan dia sorang nampak putih dan gold.  And then aku explained kat kawan aku duk nama dia Ain,  yang ini adalah mungkin ada kena mengena dengan cara otak kita menerima mesej yang masuk melalui mata.  There's nothing wrong with our eyes cuma perbezaan daripada individu yang lain.

Aku katalah..."Mula-mula I pun nampak GOLD dan PUTIH pastu last sekali dia tukar jadi biru dan hitam,"

"Ekkk??  Macam mana boleh ubah Jumie?  Jumie ada buat apa apa ke?"

Aku pun jawablah...."I suruh suami I baca selawat tiga kali pastu ciup (hembus dalam Bahasa Penang) kat mata I...teruih i nampak biru semua..."

"Ohhh yeke.....nanti Ain nak try jugak la...."  HAHAHAHAHAH nahariammmm.  Orang macam ni pun ada ka?

Sekian saja cerita.

So ampa nampak colour apa?


5 comments:

  1. hahaha. tak sangka mata i sama concetta tu. mula2 tgk i ckp lavemder or lilac pastu semua org ckp mata i kero. hampes betoi.

    ReplyDelete
  2. Masa kami baca article hangpa 1st time tadi
    (baca kelam kabut takdan nak paham betui2 pasai semua yang hangpa post kami wajib baca)
    Kami nampak baju tu WHITE & GOLD

    Now that i want to repeat reading it.. I SAW IT AS BLUE + BLACK

    APAKAH ini?? hahaha

    #mula2 tengok masa dok viral tu kami ingat baju ni berantu truih.. lol

    ReplyDelete
  3. Hahahahahahaha!

    Pasai benda ni ku duk pecaya hang cakap tau!! sampai laki ku cakap org ckp main2 pun tak dapat beza kah?hahaha
    #akuyanglurusbendul

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com