Saya tidak memilih untuk membaca WIKI ataupun maklumat trivia dalam IMBD sebelum menonton filem ini. So ruang ekspektasi dalam rongga otak aku adalah kosong ketika menonton filem ini.
click read more
Namun apabila aku masok ke peringkat 80% sebelum penghabisan filem ini baru aku rasa macam terkesima seketika. Rupanya filem biografi ini membawakan kisah tentang seorang lelaki yang bukan sahaja bertanggungjawab membawa kejayaan kepada pihak British dalam perang dunia bersama Jerman namun, bukan sahaja kerana ideanya mencipta mesin yang menjadi kepada 'bapa kepada komputer masa kini', tapi ada cerita lebih besar disebalik cerita - cerita ini.
Selepas Perang Dunia tamat, semua hasil penyelidikan dan fail pemincangan mesin Enigma ditutup oleh pihak kerajaan British. Alan Turing hidup macam manusia biasa yang lain. Hidup sebagai seorang lelaki gay, Alan Turing beberapa kali ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kelakuan 'sumbang'nya. Setelah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, dia dijatuh hukuman bersalah kerana seorang 'homoseksual'.

In the end oleh kerana depresi yang mungkin datang daripada ubat-ubatan yang dia makan, akhirnya Alan Turing membunuh diri. Dia mati pada tahun 1954 sebagai Alan Turing, lelaki homoseksual yang sedang menerima rawatan daripada pihak hospital.
Di akhir filem ini, dipaparkan bahawa pada tahun 2014, Queen Elizabeth telah mengurniakan 'Royal Pardon' kepada beliau dan tarikh itu juga dipilih oleh pihak produksi filem untuk meng-release filem ini.

Aku sangat suka lakonan Cumberbatch dalam cerita ini. Riak muka dia yang naturally musibat memang berjaya menunjukkan sifat perahsia dan misteri seorang lelaki homoseksual yang hidup dalam dunia sendiri (pada era itu). Lakonan Keira Knigtley, kadang-kadang okay, kadang-kadang macam terlalu cliche. Skrip agak bosan pada sesetengah ketika. Tapi overall, penceritaan kisah ini sedikit mendatar sebab bila nak masok kat akhir cerita baru nak sampai klimaks.
All pictures sources : IMBD

No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com