6.3.15

Pilihan Hiburan



Ada kawan suruh saya pi tengok dan review drama TV bertajuk "Teman Lelaki Upahan". Saya tengok tajuk pun dah tak berminat. Bukan nak kekwat. HALO!! Saya layan TV Melayu okay, bukan kekwat-kekwat macam mana ka duk feeling Europe padahal muka macam Banjar sahaja.

Tapi seikhlasnya saya tak berminat nak tengok cerita yang melemahkan perasaan. Drama KOREA / INDONESIA / TAMIL / HINDI yang bersifat kisah cinta orang bodoh yang tak tau buat keputusan dalam hidup pun saya malas nak layan.

Siriesly kita kena jadi seorang yang MEMILIH / SELECTIVE walaupun dalam soal-soal hiburan. Kerana apa yang kita pilih untuk tonton ini akan sedikit sebanyak membentuk cara pemikiran kita seharian.

Tajuk cerita yang mengelirukan seperti TEMAN LELAKI UPAHAN ditambah dengan skrip yang melemahkan dan lakonan hambar sebenarnya secara tidak langsung boleh mengubah emosi dan cara kita berfikir dalam kehidupan seharian kita.

Kerapkali saya terima emel / luahan perasaan daripada pembaca blog yang tenggelam punca dengan masalah hidup / perhubungan yang dihadapi setiap hari. Sedangkan secara praktikalnya, segala itu adalah mudah. Mungkin pengaruh dari drama TV yang ditonton, kalian lebih cenderung untuk menjadi sangat MUSHI MUSHI dan FEELING KUAT.

Kalau nak tengok secara suka-suka tak mengapa, tapi bayangkan kalau jalan cerita dan skrip dalam drama ini menjadi KITAB dalam kehidupan seharian?

Harap para wanita Malaysia lebih bijak memilih jenis hiburan yang kalian nak layan setiap hari. 

3 comments:

  1. hi jumie...

    saya setuju bab kne selektif memilih cerita y nak kita tonton..letih la kalau fefeeling emo memanjang..nak pulak trend drama sekarang semuanya dari novel..tak salah mengangkat drama dr novel tu..semuanya tangkap leleh..tak mencabar minda..tapi tu la trend sekarang..penerbit pun kena la buat cerita ikut selera penonton, tp kita ada pilihan untuk memilih..saya suka baca novel tulisan ramlee awang murshid..penulis thriller..buat kita berfikir sambil berhibur..

    ReplyDelete
  2. Ha'a la.Tengok tajuk ja dah lemah, mcm mana nk yakinkan org nak tgk nih. Haha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com