5.3.15

Kuih Kacang Mazola by Jumiess ARE BACK!!

Hello u olls semua,

Alhamdulillah bermula 2015,  kami telah memulakan semula operasi perniagaan  Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Penjualan kuih kacang ini baru baru ini terpaksa I olls hentikan sebab takdak support system (pekerja) yang mencukupi,  so now kami dah ada new management so alhamdulillah dah 3 bulan kami jalankan perniagaan ini.




click read more




So lani sapa yang buat Kuih Kacang Mazola by Jumiess?

Kalau dulu I olls dan rakan-rakan bekerjasama membuat Kuih Kacang Mazola by Jumiess,  lani kuih kami di buat oleh kakak saya dan juga saudara saudari kami yang lain.  Tapi still,  cara pembuatan adalah HOME MADE.  Setiap hari sambil depa duduk melepak kat rumah kakak I olls,  depa pun akan membancuh adunan kuih dan menggelintir kuih kacang kami dengan ikhlasnya.

Same resepi,  same harga dan yang paling penting SAME RASA cuma lebih meletops sebab packaging yang lebih cantek sebab kami dah ada STICKER.  hahaha.

Ampa boleh tengok kat sticker Kuih Kacang Mazola by Jumiess ada kami tulis "proudly produced by Fantasi Indah Enterprise".  Tu kira company kakak I olls lah.

I olls pulak ditugaskan sebagai promoter dan duta Kuih Kacang Mazola by Jumiess yang rasmi.  Sebab tu la kalau ampa tanya kat aku nak order kuih semua aku tak boleh nak jawab.  Sama macam ampa call Safiq Rahim nak beli makanan kucing macam mana?  Haruslah dia akan suruh u olls call sapa penjualnya kan?


Yang kiri tu nama dia Khafi,  dialah suami I olls merangkap tukang balas mesej-mesej kalian semua.  Janganla rasa segan sebab nak mesej suami I olls,  kita buat berniaga kan?  No telefon tu puna dalah no khas untuk business ini.  So jangan rasa was-was. (melainkan ampa memang ada niat jahat nak mengorat laki aku!!)


Ini adalah gambar kakak I olls Sanita Samsudin yang mengusahakan proses produksi Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Beliau bergambar dengan anak-anaknya Farihin and Fariha (kembar lelaki pompuan).  Yes,  yes,  kakak i tak berapa segak sikit.  Dalam family...i olls paling segak.  :)



Senarai Produk dan Harga

Selain our famous Kuih Kacang Mazola by Jumiess,  kami juga turut menghasilkan beberapa produk biskut yang memang SEDAP rasanya.  Berikut adalah senarai produk kami dengan butiran  :


Kuih Kacang Mazola by Jumiess
Balang Besar 60 biji RM20
Balang Kecil 30 biji RM11


Biskut Kacang Pis by Jumiess
Balang besar 60 biji RM24
Balang Kecil 30 biji RM12


Chocolate Chips by Jumiess
50 biji RM25


Tart Gulung by Jumiess
50 biji RM25


Tart Nonya by Jumiess
50 biji RM25










Nak order macam mana?

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan produk kami,  berikut adalah cara-cara untuk buat order  :


  1. Sila WhatsApp nama / butiran order / lokasi penghantaran ke +6011-3331 3646.
  2. Mohon tunggu maklumbalas dari pihak kami.  *Kadang-kadang kami akan ambil sedikit masa untuk balas sebab kami tengah proses order-order terdahulu.  Ampa jangan duk MESEJ KAT JUMIE SAMSUDIN.  AMPA TANYA KAT AKU AKU NAK JAWAB APA?  AKU PUN NAK KENA TUNGGU JUGA KALAU AKU NAK ORDER AMPA TAU DAK?  KAWAN OFFICE AKU PUN KENA TUNGGU TURN JUGA NAK DAPAT KUIH KACANG!!
  3. Pembayaran adalah secara COD.  Bila barang dapat baru ampa bayar.  Iaitu secara tunai.  :) Credit card / debit card / Baucer BRIM / cek adalah tidak diterima.
  4. Free delivery adalah untuk 3 balang dan ke atas. 








Boleh posting ke luar Penang dak?

Jawapannya TAK BOLEH.  Kami mintak mahap sangat sebab kami tidak boleh meng-post produk kami melalui post ke mana-maan lokasi seluruh dunia.  Sekiranya anda semua teringin dan terliuar ampa kena mai Penang dan beli kat sini.  Ataupun pesan kat kawan-kawan yang travel datang ke Penang.  Sorry sangat-sangat.

Kami dah pernah try post kuih kami ke KL dan Sabah dan hasilnya amat menghampakan.

Oleh itu kepada u olls yang nak travel ke Penang,  kalau boleh Whatsapp kat kami seminggu awal untuk buat booking kuih!


Kuih Kacang Mazola by Jumiess
Proudly produced by Fantasi Indah Entrprise
Contact info  :  Sanita Samsudin +6016-491 6439
Official Facebook :  Facebook.com/KuihKacangJumie
IG :  #kuihkacangmazolabyjumiess





Berita Gembira

Sempena Bulan Mac yaitu Bulan Birthday JUMIE SAMSUDIN kami ada spesyel price untuk ampa semua.

Hanya RM55 untuk 3 Balang Besar Kuih Kacang Mazola by Jumiess

Cepat-cepat WhatsApp order ke 011-3331 3646

Tawaran istimewa hanya dari 5 Mac 2015 hingga 31 Mac 2015!!



1 comment:

  1. jumieeeeeee...adoii..craving dari kl nih.....x leh pos pulak..sat nak tgk kalendar bila bole mai penang...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com