4.3.15

Good Bye 2015

Nenjia sat saja dah masok bulan Mac.  Seperti biasa,  aku akan membuat review untuk bulan Februari.  Macam-macam jugak yang jadi kat bulan Februari.  Perayaan,  wedding,  anak angkat,  laki masok ospitel dan macam-macam lagi.

Mai sini aku nak share stori kat ampa. Selamat membaca.










Gambar dari Facebook Pojiepooh Abdullah dengan caption "Tu diah jumpa mak hayam besaq Penang sama anak2 hayam bawa pi makan kat Gurney Drive..."



Pojie Pooh Hanya Satu

Pada awal bulan Feb,  seorang penulis blog yang I olls kenal sejak tahun 2008 datang ke Penang bersama isteri beliau yang juga seorang blogger.  Link blog beliau  :  http://pojiepooh.blogspot.com/.

Giler noks,  berapa tahun kenal ini lah kali pertama kami berjumpa.  Walaupun setiap hari gigih berwassap dan mesej.  Rasa macam nak peluk Pojie masa first jumpa dia!!  Tapi segan kat wife dia.  HAHAHAH over dak aku?  Habis jumpa malam tu Pojie mesej..."Awat hang duk skema tadi?"  hahahaha

But it is very nice to finally meet him.  Beliau sejak dulu selalu bagi tips nak tulis blog dan bagi naik rating pembaca semua.  Tapi lani dia pulak yang bertanya dengan I olls.  Tapi I olls selalu lambattttttttttttttttttttttttt nak balaih kat dia dan dia akan memaki hamun I olls dengan mengatakan I olls kekwat.  Sabiaq ja la.

Hope Pojie and wife enjois berjalan-jalan di Penang :)  I olls nak share dengan ampa semua email i sent to him apabila dia mintak I tolong plan trip dia di Penang.  Kot-kot la ampa boleh gunakan sebagai panduan.

Hi there Pojie, 
Welcome to Penang. So here is my suggestion. I assume yang u punya kenduri adalah pada hari Sabtu 7 Feb 2015. 
Sabtu 7 Feb 2015 
1455 - Arrive in Penang International Airport
- Shoot to Kulim Kedah (approx time 45 mins - 1 hr )
1600 - Kenduri kendara di Kulim
1830 - Shoot to Penang
1930 - Check in hotel. I wanna suggest u duduk area Georgetown sebab senang nak pi mana-mana. U can also tengok mana-mana hotel lain yang u suka, tapi i cadangkan u cari tempat yang lokasi Muntri Street, Chulia Street dan berdekatan. Sebab itu memang tengah-tengah Georgetown. So these are some of the cool budget hotels yang u boleh try :
Chulia Heritage HotelMalabar Inn
Guest Inn Muntri
100 Cintra Street
2100 - Lepas u rehat and mandi apa semua. I ingat malam ni nak dinner dengan U. Me and the others will arrange everything for u. We will come and pick you up. Maybe lepas makan, kita terus pergi Night Market Batu Feringgi, Straits Quay,


Ahad, 8 Februari 2015 
0800 - Wakey Wakey. Bangun awal untuk breakfast and brisk walk for Penang Heritage Trail. Kalau u duduk area Muntri Street tu dah memang dekat sangat nak explore Penang Heritage Trail. U boleh dapatkan brosure / map dari hotel. U boleh jalan kaki pi jalan-jalan amik gambar kat bangunan cantek-cantek. U boleh sewa basikal / motor juga. Motor i tak sure berapa harga sewa, tapi sewa basikal is only RM8 sebuah. Boleh sewa sampai malam. I tak suggest u naik beca. Sebab beca (or we called it lanca) bukanlah best pun. Melaka punya lagi best.  So time ni la u boleh tengok Penang Street Art, Masjid Kapitan Keling, Muzium 3 D, Muzium Attractive, Chendol Penang Road, Chowrasta Market, Jeruk Madu Pak Ali (di Chow Rasta), Little India dan amcam-macam lagi. I juga cadang u masuk Peranakan Mansion or Cheong Fat Sze Mansion.
Nanti lunch time, i suggest u pekena BANANA LEAF RICE dekat Ananndha Bhavan dalam Little India.  I guess, u akan spend the whole siang day la pusing Georgetown.
1600 - Balik hotel and rehat.
1900 - Amik Rapid Penang / any public transport ke Persiaran Gurney. Makan di hawkers stalls. Must try Pasembor, CHEE CHEONG FUN, Bubur Cha Cha, Otak otak, Rojak Buah, Asam Laksa, Cendol. Dah sampai sini, u boleh jalan kaki kat tepi tu ada Gurney Plaza, Paragon. Situ bolehlah u nak pi tengok wayang ke. Ada laut juga :)
Kalau u nak plan something nice and sweet for you beloved wife, I suggest jugak ampa dorang pi nice dinner for two. :) Yang makan-makan gurney drive tu, kita boleh pi pada hari Sabtu. So kalau u nak makan kat tempat yang nice for u and wife, i suggest ampa pi makan kat sini :
Il Bacaro : Yang ni bajet around RM150 two person memang boleh!
Suffolk House, Penang - I sangat rekemen kat sini. U mai la sini. Boleh la u amik dinner package untuk Valentine sekali. Why not!!!! Tapi for me agak mahai la jugak. :( But the fine dining experience dengan rumah yang bapak cantek nak mampussss sanagt berbaloiii! Rumah ini adalah rumah asal yang didiami oleh Captain Francis Light, Penang founder.
 
Monday, 9 Februari 2015
0800 - Ampa pi makan Roti Canai Transfer Road!!! Kalau dari Muntri St., ampa boleh jalan kaki sahaja.
0900 - Ampa amik Penang Hop-On-Hop (City Rout) Tiket dia sorang RM19. Valid 24 jam. So dia akan bawak pusing macam-macam tempat menarik kat Penang. So ampa bolehlah naik bus tu pusing Georgetown and then terus pi Bukit Bendera and Kek Lok Si Temple.
1000 - Naik Bukit BENDERA. U boleh spend time around 3-4 hours kat sini. So petang dah settle.

So itulah contoh perjalanan yang i boleh suggest kat u. Semoga panduan ini boleh memudahkan perancangan u nak mai sini. Pasai time untuk dinner dengan kami tu pun, kalau u nak tukar hari lain pun takpa. Nanti kami arrange lain. 
Love,
Jumie



Suami Masuk Hospital

Yes,  laki i masok ospital.  I tak cerita macam mana dia masok semua sebelum ni.  Malaih la nak cerita benda sakit-sakit ni semua kat Facebook ka apa.  Sapa yang tau,  tau la.  Bukan takmau bubuh kat Facebook,  satgi kalau aku bubuh kat Facebook,  NENJIAAAAAAAAAAAAAAAA...semua nanti dok komen...so lani nak jaga laki aku ka ataupun nak main Facebook.

Kisahnya bermula apabila I olls,  Ezal and Mamu feeling nak buat program meng-detoks-kan diri.  Kami ada plan dah apa makanan nak makan untuk seminggu tu untuk mengurangkan kolestrol dan lemak dalam badan.  Untuk diet hari pertama,  kami telah menjadualkan diri untuk memakan buah-buahan dan air masak sahaja.  Paling direkemen adalah buah tembikai atau tembikai susu.

Maka malam sebelum mulanya diet detoks,  i olls dan suami pun pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan.  Nak potong dan simpan dalam peti ais siap siap,  so nanti bawak ja pi office.  Takpayahla bila nak makan baru nak pi kedai beli buah...nanti hilang rasa semangat nak diet.  Silap aribulan,  biskut mayat kat sebelah pun hang sapu sebab dah lapiaq.

So i olls pun malam tu pi la beli buah tembikai dua bijik.  Malam tu potong semua siap siap.  Dapat tiga bekas,  1 bekas untuk bawa pi office,  satu lagi untuk dinner and satu lagi i kata kat laki I "Abiang...hat ni abiang punya....satgi bila abiang nak makan...amik hat ni..."

Pastu maka hari pertama diet aku berjalan dengan lancar,  memang rasa lapar tapi i duk sesah makan tembikai tu satu tupperware.  Memang bagus sebab kita dah potong buah siap siap.  Kalau nak tunggu pi beli la apa lagi...memang takdak maknanya aku nak keluar naik kereta panas-panas pi cari buah tak pasai-pasai kan?

So petang tu,  aku pun balik kerja macam biasa.  Dalam perjalanan balik,  menempuh jam yang durjana sekali aku dapat phone call dari laki aku.  Aku pun jawab la......

"Sayang..........hahhh...(bunyi nafas) hahhh.....telefon....ambulan....hah.....abang....semput..."  kata laki aku.  Tersekat-sekat sebab tak boleh bernafas.  Deni memang ada asthma.  Ampa ingat tak trejedi hampir maut di Pulau Perhentian?????

"APARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!,"  haaa aku pun mulala pereng.  Ni kalau dah tak boleh cakap ni mesti dia duk sakit dari pagi.  Tapi awat dia tak bagitau aku apa pun.  Kalau dari pagi dah tau sakit dada,  kena pi ospital siap siap.  Tak boleh macam ni.

Aku pun terus telefon ambulance.  Sampai sahaja di rumah aku pun kelang kabut memberikan bantuan yang sepatutnya untuk laki aku yang semput ni.  Lebih kurang 30 minit lepas tu baru ambulan mai dan bawak dia pergi ke ospital.  Lambat sedikit sebab jalan jem.  Tapi takpa...alhamdulillah selamat semuanya.  Untuk pengetahuan ampa,  dah masuk 2 kali aku call ambulance amik laki aku kat rumah.

Biasanya kalau dah dibawa oleh ambulance,  depa akan masukkan laki aku dalam ward khas untuk amik gas.  Untuk sejam atau dua jam.  And then,  laki aku dah boleh balik la.  So aku pun mandi apa semua dulu and called Lenny untuk teman aku pi ospital untuk amik Khafi balik.  Sebab aku rasa macam tak payahla nak parking apa bagai.  Jemput ja pakcik ni satni.

Sekali nenjia....aku dah sampai kat ospitel...rupa-rupanya laki aku kena tahan kat ward sakit dada.  HAHAHAH kena tidok satu malam kat sana.  Aku punya gelak kat dia.  Celaka dak aku?  Tulaa sapa suruh tak tau jaga diri.

Sebenarnya ampa tau pasaipa dia boleh kena serangan asthma kali ni?  SEBAB DIA MAKAN BUAH TEMBIKAI AKU SEMUA DALAM PETI AIS SAMPAI HABIS!!!  SEJAK MALAM BUTA BILA AKU DAH TIDOK DIA DUK PI BUKAK PETI AIS FEELING NIGELLA LAWSON PASTU PAGI PAGI BILA DIA DAH START SEMPUT DIA DUK PEKENA JUGAK BUAH TEMBIKAI TU MACAM GILA.

Baru ada akaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

Ni la puncaaaaaaaaaaa..................


Esok harinya aku amik satu hari cuti sebab nak pi tengok laki aku kat ospital.  Tu yang boleh jadi cerita ASAMKO.  HAHAHAHA.  Macam-macam lagi kenangan apabila laki aku masok ospitel.  Dan aku rasa sangat best sebab kami masok Hospital Pulau Pinang sebab rasa macam semua orang dalam ward laki aku duduk tu adalah ramah macam astu family pulak.  Duk lepak ramai-ramai kat ospital macam kenduri.

Nasib baik,  kira petang tu .......laki aku dah boleh keluar ospital.

Itulah kisah laki aku masok ospitel.  Okay,  ini aku nak share kat ampa jadual diet detoks yang Mamu buat untuk kami.  Sapa nak cuba,  boleh la buat!!

Day 1
- 3L of water
- Any fruits except banana (any amount, any quantity)
- Recommended fruits: watermelon & cantaloupe 
Day 2
- 3L of water
- Any vegetables (any amount, any quantity)
- Large boiled potato for breakfast.  
Day 3
- 3L of water
- Mixtures of fruits and vegetables (any amount, any quantity)
- No banana & potato 
Day 4
- 3L of water
- 8 bananas
- 3 glasses of milk
- 1 bowl of vegetables soup 
Day 5
- 3.5L of water
- 1 cup of rice
- 6 whole tomatoes 
Day 6
- 3L of water
- 1 cup of rice
- Any vegetables (any amount, any quantity) 
Day 7
- 3L of water
- 1 cup of rice
- Fruit juice
- Any vegetables (any amount, any quantity)


Anak Angkat Jepun dan Make Up di Villa Tengah Ladang Jambu

Ampa mesti dah baca catatan anak angkat Jepun I olls tu.  Tapi actually the reason I olls pergi ke Taiping juga adalah kerana I olls ada make up job.  So ini adalah gambar hasil make up I olls.  Simple sahaja.  Thanks kepada Ms.  Ella sebab sudi menempah kami.


Gambar i olls make up Ella.  Kalau nak enquire about harga make up service,  please WhatsApp me at +6012-4130060.




Bunga Api CNY

pada hari raya Cina yang ketiga, sebuah majlis makan malam besar diadakan di padang Sekolah Chung Ling yang terletak di sebelah rumah I.  Tudia dari pukul 6.30 pm depa duk pasang speaker kongset meletops.  Depa duk menyanyi la menari la.  Lagu disko sepanjang malam.  Tapi kan,  siriesly i olls bukan nak reka cerita,  5 minit before laungan azan Isya iaitu lebih kurang pukul 8.45pm depa berenti pasang lagu semua.  Depa katop semua lagu,  pastu azan pun berkumandang.  Lepas habis laungan azan,  depa pun sambung kongset.

Siriesly aku rasa nak menitik ayak mata.  Tahniah kepada pihak penganjur majlis makan malam itu!!

Malam tu sebelum depa menutup majlis makan malam depa,  depa pun pasanglah bunga api.  Nenjiaaaaaaaaaaaa 15 minit punya bunga api meletops style kaler maler semua.  Bunga api itu meletus betul betul atas bumbung rumah we olls.  So i dan En Khafi pun spend time kat luar rumah sambil menengok bunga api berkaler-kaler itu.  Siriesly cantek sangat and I rasa inilah kali pertama tengok bunga api punya dekat duk meletops atas kepala.

Tapi kali ni I olls tak tergedik nak lari pi amik camera handphone and rakam bunga api tu...sebab rasa macam i just wanna enjoi the bunga api yang sangat cantek malam itu.  Sometime u just have to enjoi the moment.  Jangan baziaq masa duk nak pi amik gambar and nak pi share dengan sapa-sapa pun sebab THAT MOMENT HAPPENED just for you.  Kalau kita duk bagi kat semua orang pun,  last sekali kita ada apa?

Sorry takdak gambak bunga api so I olls share video ni  :


Belon Udara Panas Penang

Punya eksaited nak pi tengok benda ni,  tapi last sekali KEMALASAN melanda diri yang teramat dahsyat,  last last sekali I olls tak pi pun.  Lagipun masa tu duk baca kat Facebook apa semua ramai duk kata macam boring sebab pi sana takdak apa sangat nak buat.  Takpalah,  tahun depan la I olls pergi.  So takdak gambak kat ampa.  Pi Google sendiri.




Putrajaya #ainikmal Wedding

So penutup bulan Februari aku dan Khafi membawa my parents pergi ke Putrajaya sempena majlis perkahwinan anak menakan we olls.  Meriah sungguh majlis perkahwinan they olls yang berlangsung di Dewan Melati berhadapan dengan Istana Kehakiman.  Tempat pulak beraircond,  seronoklah anak-anak dan mak mak dan bapak semua.  Menari dan berkaraoke sakan.  Walaupun sedikit jauh tapi dewan adalah selesa and plus,  pemandangan Putrajaya yang mencantikkan.  Ive posted some of the pictures in my IG,  ampa dah like dak????


A photo posted by Jumie Kamarulhafiz (@jumiekhafi) on


Sekian sahaja laporan untuk bulan Februari.  Doakan kesihatan ampa semua sihat walafiat sekeluarga.

Love,

Jumie Samsudin


2 comments:

  1. bangga jumpa mak hayam besaq pakej masuk muka dalam blog
    mau naik trafik blog aku, walaupun dah terkubur ahhaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com