12.3.15

Aibkan Jenazah

Sumber : meetville.com


Kemudahan internet / media sosial masa kini memang amat memudahkan pelbagai urusan kerja seharian.  Sekarang ni sapa yang ada channel HITS kat Astro mesti ampa boleh tengok rancangan drama TV dulu dulu seperti X Files kembali disiarkan.

Cerita X Files adalah pasai dua ajen FBI yang menjalankan  siasatan kepada kes-kes jenayah yang misteri.  Drama TV ini sangat popular pada tahun 1990 an. Cerita tu pun berkisar pada era tahun yang sama.

So bila aku tengok balik Ajen Mulder and Scully duk pi siasat orang sana sini,  zaman tu takdak smart phone apatah lagi internet dalam tangan.  Style depa buat catatan pun guna buku nota yang sentiasa disimpan dalam jaket depa.  And bila depa nak tunjuk sesuatu atau explain kat orang yang depa nak siasat nenjia depa duk jenuh kena lukis and cerita satu-satu kat orang tu.

Aku bagitau kat suami aku "Macam susah kan dulu depa takdak Google di dalam tangan.  Lani kita type sahaja,"

Okay ini adalah contoh jurang kemudahan yang disumbangkan dari teknologi ICT kepada masyarakat kita.  Tapi sepatutnya lagi banyak ilmu mudah sampai kat hujung jari kita,  patutnya kita pun menjadilah masyarakat yang lebih peka dan berilmu tinggi.  Namun yang duk jadi adalah semua ilmu tu duk pi sampai hujung jari sahaja,  dia tak pi kat hati dan otak.

Aku nak kaitkan kebodohan-kebodohan yang berlaku kepada masyarakat Malaysia yang bukan baru dalam dunia ICT ini.  Kemudahan ICT ni memudahkan kita menyebarkan bukan sahaja ilmu malah berita dan informasi terkini.  Tapi kita duk mai jadi lagi bengong sebab benda benda yang tak sepatutnya kita sebarkan pun kita duk pi sebar.  WHY!!!!!!!!!!!

Im talking about gambar orang mati.

click read more



Pasai pa orang Malaysia sangat suka forward / memanjangkan gambar orang mati!!!

Tak kisah artist,  selebriti,  menteri,  orang biasa,  ulama.................ATAU SAPA SAPA PUN,  kalau ada saja gambar si polan itu mati sekian sekian cara,  kita dengan cepatnya akan mengforward gambar itu kepada teman-teman especially dalam social message group.

Kes terkini melihat kepada gambar yang menunjukkan Allahyarham Harun Salim Bachik meninggal dunia terjatuh di sebuah hentian rehat lebuhraya.  Cepat sungguh mesej dan gambar itu tersebar.  Yang menyayat hati apabila pihak keluarga Allahyarham bukan sahaja nak kena tanggung perasaan sedih kehilangan orang yang mereka sayang tapi at the same nak kena MERAYU PULAK KAT AMPA-AMPA SUPAYA MENGHENTIKAN MENGHANTAR GAMBAR-GAMBAR SEUMPAMA INI.

Ada banyak lagi contoh yang boleh dijadikan rujukan semula melihatkan kes kes high profile.  Aku tak paham APA YANG BESAQ SANGAT KALAU AMPA DAPAT TENGOK GAMBAR REAL ORANG MATI?????? AMPA DAPAT PAHALA KA?  AMPA JADI TERLEBIH SEMPOI KA BERBANDING ORANG LAIN?  AMPA JADI HEBAT DARI ORANG LAIN YANG TAKDAK GAMBAQ TU KA?

Dua minggu lalu,  dalam salah satu WhatsApp Group kenalan saya,  seorang teman telah memanjangkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kejadian kemalangan ngeri dimana kepala kanak-kanak itu berada di riba ibunya dan jasab tubuh kanak-kanak perempuan itu berada dipangkuan ayahnya.

Gambar itu sangat menyedihkan,  mengerikan dan amat mengganggu perasaan aku yang melihatnya.  Aku tidak punya anak,  tapi aku manusia yang ada hati dan perasaan.  Aku terus menegur perbuatan kawan aku yang menghantar gambar itu dengan mengatakan yang gambar ini mungkin boleh mengganggu perasaan ibu ibu dalam group Whatsapp berkenaan.

Tapi aku tak boleh pikiaq the fact that kawan aku MENG-FORWARD GAMBAR itu dalam WhatsApp group berkenaan.  And orang lain pulak sengap.  Aku tak tau la depa enjoi ka tengok gambar macam tu?  Aku memang amat paling sentitip bab gambaq-gambaq mati / eksiden / taik / racist macam ni.  Aku akan mengamok and marah sapa-sapa yang forward tak tentu pasai macam ni.  Tapi in the end aku lah yang kena "Alah Jumie tu...semua tak kena...duk buat baguih,"

So kepada u olls pembaca blog yang aku tersayang,  u olls are the brothers,  sister,  mothers, fathers,  aunties and uncles and friends to maybe somebody yang suka duk forward benda benda macam ni.  Semuanya bermula dari kita.  Tegur dan nasihatlah anak-anak dan family u olls yang terbuat perkara ini.  Perbuatan ini sebenarnya menyakitkan perasaan insan yang tersayang dalam hidup si polan itu.

Just bayangkan gambar ibu kita meninggal dunia dalam mengerikan menjadi viral masyarakat dunia?  Bukankah kita mahu hanya imej dan kenangan terindah yang melakar dalam dunia hayatnya?

Think about it STUPID!

7 comments:

  1. kami setuju ngan entry hangpa ni.. gambar2 depa dok sent out kt whatsapp/fb apa semua tu kadang2 mengganggu perasaan & akan buat kita teringat2..
    Kami ingat lagi dulu gambar Karpal Singh yang accident tu..
    Adoii kesian kawan kami sorg ni, masa tu dia mengandung tertengok gambar dalam whatsapp maarop sintok mana ka p forward dalam group dia punya terkejut nasib baik tak gugur..

    kena hati2 la juga jenis2 gambar kita nak forward kat org tu kalau mendatangkan kebaikan takpa..
    mendatangkan kemudaratan NO NO NO

    ReplyDelete
  2. Betoi2.. ingatkan chek ja yang rasa annoying dengan perangai gila tengok gambaq orang mati, eksiden la apa. SCARY AND PATHETIC kot. Okay, I am not alone. =.=

    ReplyDelete
  3. Sokong sesgt..That is why, now, saya set tak auto-download..cause i don;t want to download image2, gambar2 sebegini..Kak Jumie cerita pasal gamabr kanak-kanak tu pun, bergenang air mata..huhuhu..betul, saya pun tidak suka perkara sebegini cause, what if those pics yang dok di forward tu, gambar ahli keluarga kita..ape perasaan kita? in the first place, ape reason gambar sebegini nak di forward kan? uhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. haaa tau takpaa! Kami lemaih betui dgn wartawan tak bertauliah ni. Depa tu dah laa dok sedih, satgi pi pulak org Whatsapp gambaq2 family dia yg dah tak dak tu dlm keadaaan ngeri atau mengaibkan, lagi laa depa sedih dok pikiak teringat semua. macam mana depa nak move on. mcm baru2 ni gambaq budak 5 a 6 thn yg jatuh kat kenanga wholesale city mall tu. depa rasa depa best kot sapa dpt update kat fesbuk dulu. mau ja aku nak tanam kasut tumit 5 inci aku ni kat dei depa lepaih tu tangkap gambaq bg viral kat fesbuk

    ReplyDelete
  5. Dah penah teguq spesies jenih dok forward gambaq2 macam ni.End up dia kata kita cetek akai😓

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com