10.2.15

Ulasan Final Maharajalawak Mega 2014

sumber :  Beautifulnara.Com

Ulasan ini saya buat sebab mulai hari ini saya ingin memberikan sokongan yang lebih kepada industri hiburan tanah air.  Aku tak mau nak kekwat-kekwat dah kata takdak kualiti ka apa ka.  Aku akan cuba untuk tengok semua and bagi komen seikhlasnya.  Harap penulisan aku tidak menyakitkan juburi sesiapa.

Bukan senang nak jadi pengkritik.  Ampa ingat,  senang-senang ka nak kutuk orang dan cari gaduh dengan orang tak pasai-pasai?  For you olls reading this ampa mungkin anggap ini sebagai satu hiburan sebab tengok orang lain bertelagah dan mencari kekurangan orang lain.  Tapi niat kita bukan nak ketawakan sesiapa.

Tapi setiap hasil seni kena ada keberanian untuk digilap dalam satu platform perbincangan,  kritikan yang menjurus kepada kebaikan pada masa depan.

Oh siriesnya muka depan aku.  Aku actually nak cerita pada Final Maharajalawak Mega yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu.

Penganjuran event yang aku tunggu-tunggu  kerana setiap minggu aku dan suami memang nak tunggu apa la lawak yang depa nak present kat kita.  And yes,  aku dengan laki aku memang suka gelak.  So ini adalah hiburan yang kami suka.

Berikut adalah beberapa komen yang aku ingin kongsikan berkenaan dengan event ini  :




  • #ZeroToHero.  Dari hot seat,  pasukan "Pantang Mundur Kecuali Operasi" ini memang menarik perhatian aku.  Penyampaian depa bagi aku adalah lebih humble dan aku rasa dekat dengan hati.  Bukan sebab kesian pada status underdog tapi aku juga dah bohsan dengan muka muka lama seperti Zizan,  Nabil,  Pak Yus dan muka-muka lain yang siriesly dah takdak orang lain ka?  Walaupun persembahan depa tak konsisten kadang-kadang,  tapi alhamdulillah depa dapat pi akhir dan depa menang :)  Tahniah untuk depa.


  • Pembukaan Final Maharajalawak Mega 2014 adalah amat gempaq.  Tiba-tiba da Gandalf versi Melayu siap baca sajak.  And then masuklah semua juri-juri meletops.  Aku sangat menantikan appearance Nur Fazura yang semestinya tampil amat meletops bergaya.  Siap posing keribaih skirt macam mana ka.  Very the DIVA.  Seterusnya,  para peserta pun masuk dengan gaya kemas bersuit bagai.  Segak dan kelas!  Tapi sayangnya,  awat masa time penyampaian hadiah,  semua peserta pakai baju macam nak pi pasar malam kat atas pentas?

    Datuk Jamali Shadat dah elok mai pakai suit nak bagi hadiah kat ampa,  ampa pakai macam kampung-kampung.  Ini adalah butiran kecil yang mungkin produser perlu ambil pusing.  Bila depa pakai suit time amik hadiah,  baru nampak macam meletops sikit.


  • Penganjuran ini tidak dikaburi dengan kilaian mahkota dan baju baju blink Dato Vida.  Tapi yes,  she was there at the event.  Kerlas Dato bagi penghormatan.  Tapi saja la aku nak highlight maybe ampa perasan ka dak,  hadiah kepada pemenang dalam pertandingan ini MELAMPAU BANYAKNYA.  Setengah juta untuk juara.  Padahal untuk AJL hari tu takdaklah meriah macam ni.  Ini actually adalah bergantung kepada penganjur.  Kalau dapat sponsor besar,  hadiah pun besar la kot.  Tapi mungkin now,  ASTRO mempunyai bajet yang lebih maha besar la kalau nak banding dengan stesen TV percuma macam TV3.


  • Persembahan peserta?  Saya sedih why semua punch Bocey tak menjadi malam itu.  Padahal sebelum ni lawak depa best jugak kot.  Sebab tu la depa tercorot dapat nombor lima.  Yalah,  persembahan tak best,  orang pun tak SMS sokong.  Maybe juga depa dah bok keluar semua idea...so bila masok final depa dah tak tau nak buat lawak apa.


  • Rasa macam terseksa sikit masa tengok persembahan Nabil.  Actually beliau adalah dah tak lawak sangat.  Tapi orang ramai dalam dewan tetap gelak and bagi sokongan sebab suka atau tidak Nabil mempunyai ramai penyokong yang kuat.  Aku rasa dia yang paling seronok malam tu sebab rasanya kalau banding orang lain dia yang menang paling besar sebab tak perlu share / bahagi dengan sapa-sapa.

Sekian sahaja perkongsian lawak dari I olls.  Tahniah kepada semua dan terima kasih sebab duk bagi aku gelak saban minggu.

2 comments:

  1. betul jumie..sy rasa nabil da x lawak..dia lebih lawak bila jadi pengacara...begitu juga dgn zizan..tapi dah rezeki anak dia yg bakal lahir nanti..syabas je la diucapkan..

    ReplyDelete
  2. bagi aku nabil ni berani and kreatif sgt2.wpun kdg2 mmg xlawak.kesian pun ada sebab lawak xjadi.tp sapa bleh berani buat lawak sorang2 mcm dia atas stage. n cakap xberenti kdg2 lebeh masa. shuib try sorang hari tu pun mcm dah jammed gila dah.org gelak sebab tgk dia gelabah ja.bukan isi lawak dia sangat. mcm mana pun ni semua rezeki depa.dari org susah jd glemer n senang.baguslah. tumpang seronok tgk org hepy.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com