24.2.15

Sentosa Villa Taiping

Sumber laman web :  www.sentosa-villa.com

Hello u olls,

Seperti yang dijanjikan I olls nak bagi review pasai Sentosa Villa Taiping yang pertama kali I olls discover thanks to Ms.  Ekin Tajuddin yang telah mengrekemen tempat ini kepada I olls.  Actually pada minggu yang i olls nak kena pergi ke Taiping itu,  bukan sahaja sebab nak bawak anak angkat Jepun I olls jalan-jalan,  I olls juga mendapat jemputan untuk memake up seorang pengantin untuk majlis nikah dan persandingan beliau.

So bila I olls check out website Sentosa Villa Taiping first of all i olls tengok of course teruja sebab tengok WOW ada jugak tempat ala-ala spa dalam hutan kat Taiping ni.  Untuk pengetahuan u olls,  me and Khafi sangat suka Taiping.  Whenever kami free and tak tau nak pi mana ka,  kami akan pi Taiping,  amik hotel mana-mana kat sana satu malam,  Khafi akan tidok...............aku akan tulis blog.  Pastu malam kami akan keluar makan dengan kawan-kawan.

Now that I know this place,  rasanya lepas ni kami akan mai sini saja la.



Lokasi

Sentosa Villa Taiping terletak di kaki Bukit Maxwell.  Tidak jauh daripada Taman Tasik Taiping,  ampa akan pass by Burmese Pool (Air Terjun Batu Hampar).  Melalui kawasan perumahan and suddenly,  ampa akan jumpa sebuah rumah yang mempunyai tembok yang tinggi.  Macam rumah orang kaya yang sombong mahukan privacy kan?  Apabila masuk kawasan Villa ini ampa terus akan terpegun melihat kawasan sekitar yang menghijau dan tenang.


Why I Like About This Place?

Sebab tempat ini adalah di Taiping which sangat dekat dengan Penang.  Harga dia pun taklah melampau mahai samapi beribu dollar Amerika.  Dengan harga serendah RM128** kita boleh dapat menginap di sebuah lokasi yang sangat terpencil,  aman,  cantek dan sangat mendamaikan.  Sesuai untuk pasangan kekasih ataupun orang-orang kota yang nak lari dari kesibukan kerja.  Tak macam bilik hotel dimana kita akan rasa stucky kat sini ampa akan rasa nyaman sahaja.


Pemandangan cantik dari balkoni loteng.




Pemandangan dari balkoni bilik.  Sangat cantek dan mendamaikan.



Bilik Penginapan

Terdapat beberapa jenis bilik penginapan di Sentosa Villa Taiping yang bersesuaian dengan keperluan tetamu,  saya dan kawan-kawan memilih bilik family yang mempunyai dua katil single dan sebuah katil king size.  Sebuah bilik mandi lengkap dengan bath tub dan shower dan mempunyai loteng yang membolehkan kita melepak dan menghirup udara yang segar.  Teruja me and kawan-kawan naik loteng itu.


Tangga menuju ke loteng.



Lanskap Yang Indah

Sayangnya disebabkan masa yang singkat,  I olls sendiri tidak berkesempatan untuk meronda-ronda sekeliling kawasan Sentosa Villa Taiping ini.  Memang amat rugi sekali.  Kerana villa ini mempunyai sebuah tasik buatan manusia,  anak sungai dan denai hutan menuju ke Bukit Maxwell.  Pagi-pagi u olls dan keluarga boleh berjalan merentasi denai hutan ini sambil menghirup udara segar hutan khatulistiwa.  Cuci paru-paru yang selama ni duk kena asap beracun yang memenuhi ruang udara kota.  Untuk pasangan bercinta,  jangan lupa tengok-tengok pakej Honeymoon Suite.  Bayangkan bangun pagi,  dengar suara air sungai mengalir di bawah bilik mu.

Overlooking honeymoon suite dari balkoni bilik kami.





Kemudahan Lain

Sentosa Villa Taiping mempunyai cafe yang beroperasi dari 8 pagi hingga 11 malam.  Boleh order makan ke bilik atau tidak aku tak sure sebab aku sendiri lupa nak tanya.  Depa takdak swimming pool tapi depa ada sungai yang cantek.  Selamat untuk keluarga bermandi manda.  Setiap bilik mempunyai kemudahan asas toileteri yang lengkap dan bersih.






I'm so sorry kalau gambar dan review saya tidak begitu memberangsangkan sebab seikhlasnya aku sendiri tidak begitu sempat meng-explore tempat yang cantek ni.  Mengejar masa between nak pi make up pengantin dan nak bawak anak Jepun aku jalan-jalan,  upon checking out pun,  aku mengeluh kat receptionist;

"Rugi la i tak sempat nak jalan-jalan keliling villa ni,"

"Akak pusing-pusing la dulu ni sebelum berangkat,"  kata adik tu dengan sopan.  Tak sempat la dik.  Takpalah next time akak mai lagi.  Kepada u olls,  saya amat mengalu-alukan ampa bawak family mai lepak kat sini.  Tapi jangan duk buat perangai Melayu kampung ya,  mai sini orang nak relaks jangan duk terjerit jerit buat bising.  Mengacau guest yang lain.

Sekian.

Sentosa Villa Taiping  

Laman web  :  http://www.sentosa-villa.com/

Lokasi  :  Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel no : + 605 – 805 1000 / + 6013 – 593 1000

2 comments:

  1. macam best ja tempat ni.. sesuai untuk weekend escape sebab dekat ngan PENANG..
    hehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com